• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2009
    M T W T F S S
        Jan »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan


Masih tercari-cari apa yang boleh aku beli untuk suamiku utk ulangtahun perkahwinan kami tiba2 telefon berbunyi..Assalammualaikom Ila, kataku..Ila menjawab salamku. Jom pergi makan..katanya pula. Ok..kejap lagi aku keluar, nak jumpa dimana? Aku ada dibawah office kau ni kata Nabila lagi. Ikram ada aku bertanya lagi..tak dia outstation dan aku mc hari ini. Naiklah dulu pelawa ku pula..tak payahlah kita jumpa aje kat bawah nanti..ok kataku..sekejap ye.

Kami ke restoran yang berhampiran sahaja…

Nabila : Lama juga kita tak jumpa ye Nur..

Nur      : Ialah..kau tu yang sibuk aje sekarang ini..dah ada suami dan bakal     jadi ibu lah katakan..makin comel pulak tu..

Nabila : hehehehe..kau tu pun apa kurangnya..makin tambah berseri..

Nur      : aku hanya tersenyum..Alhamdulillah kataku lagi. Datanglah rumah Ila, dah lama juga kita tak dapat nak bersembang lama..ni asyik jumpa kat luar aje..tak seronoklah..

Nabila : alah cakap aje..kita ni sekarang dah banyak urusan..kau kat sana, aku kat sini..hanya cakap kat talipon ajelah…ah..adam dan anak-anak apa kabar?

Nur       : Alhamdulillah sihat walafiat semuanya….

********************************************************************

Hah…aku mengeluh tiba-tiba, kenapa Nur tanya Ila…aku ni sebenarnya sedang fikirkan apa hadiah yang sesuai utk Adam…hadiah..Ila bertanya? Ia hadiah utk Adam sempena wedding anniversary kami..oh ok ok…tapi tak tahu pula kenapa kali ini susah pulak utk aku fikir hadiahnya…selalunya ada ajelah yang boleh aku fikirkan..agaknya sekarang ni kami asyik bergaduh aje itulah yg jadi masalah kot…

Hah..bergaduh? Bertengkar kata Ila lagi..aku hanya anggukan kepala. Terbeliak biji mata Ila mendengarnya…dan aku tahu aku dah terlepas cakap. Kau orang berdua bergaduh sampai tak tidur satu bilik lagi ke?..Taklah sampai macam tu..bertengkarlah Ila..pasal anak2, pasal adam sering balik lewat akhir-akhir ini….

Dah terlanjur kau terlepas cakap ni baiklah kau cerita kat aku ni sebab musababnya..macam aku kata tadi projek yang ada memerlukan tumpuan dan sebab itu sejak 6 bulan kebelakangan ini adalah yang terabai  juga…tak dapat nak bersama anak2 selalu, tak dapat balik kampung selalu dan aku yg terpaksa mengalah juga demi anak2 tapi biasalah org lelaki bila dah ada isteri yg dia rasa  boleh handle semua, nak serahkan pada aku aje..mana boleh? Anak2 sentiasa tanyakan ayahnya..aku nak jawab apa..Tapi aku ingatkan Ila, Adam ada girlfriend kot..sebab junior architect dalam project ni dok tenung dia aje…aku tergelak.

Amsyar dan Amin dah pandai cakap..hari itu aku terdengar yang mereka kata ibu dan ayah tak sayang mereka lagi..nasib baik aku tak mati kat situ…dah kau cakap dengan Adam…nak cakap macam mana Ila..kalau jumpapun dah hampir subuh…aku tak percaya kata Ila yang Adam ada teman wanita..tuduhan kau tidak berasas..eh wah..tiba-tiba aje kau bela Adam kenapa? Kau boleh kata apa aje Nur, tapi ada teman wanita ini aku tak percaya langsung. Aku berani bertaruh dgn kau pasal ni. Kerja mungkin tapi teman wanita tidak sama sekali…Ila menambah lagi.

Keadaan ini semua membuatkan hubungan aku dan Adam dingin jugalah sekarang. Aku tension Ila kerana dulu Adam sering ada masa utk anak-anak dan anak2 juga tahu yang ayah mereka sentiasa bersama.  Aku tak boleh ambil tempat Adam dihati mereka, kalau aku, aku tahu Adam sibuk tapi anak-anak?..

Aku kenal sangat dengan laki kau tu…sampai Ikram pun boleh cemburu tau..apa halnya pulak? aku bertanya pula. Ialah Ikram siang2 dah angkat tangan, katanya dia mungkin tak mampu nak buat macam Adam…eh tak boleh lah dia nak samakan diri dia dengan Adam kataku pula. Maksud aku Ikram lihat sendiri Adam layan anak2 dan juga kau termasuk kerja2 rumah..ikram tak macam tu…ohhh kataku pula..Kau ini nak beritahu akulah ia yang betapa beruntungnya aku jadi isteri Adam…ha’ah lebih kurang macam tulah…kau dah dapat segalanya Nur apa lagi yang kau nak..aku percaya apa yang Adam buat sekarang pun utk kebaikan kau dan anak2 juga..Ila menasihatiku dan pasal hadiah ulangtahun tu aku rasa lebih baik kau bagi Adam anak seorang lagi….kan Adam nak anak ramai….nasib baik tak tersembur air yg baru aku minum..oi kawan..ini aku cakap kau tak betul..Amina Sophea baru 1 tahun 2 bulan tau…kami sama2 tergelak

Kami beredar dari situ setelah lama duduk berbual.

*********************************************************************

Nur, boss tanya you tadi..ok kataku. Thanks Dina. Pintu biliknya ku ketuk sebelum masuk..abg..hmmmm..macam mana lunch tadi? Ok jawabnya ringkas. Nur dah makan..tanyanya pula. Dah, Nur makan dengan Ila tadi. Oh ya..apa kabar dia? suamiku bertanya. Makin sihat dan comel. Dia hanya tersenyum tapi ada kedutan di wajahnya. Abang tak sihat ke? tanyaku lagi..penat sayang..jawabnya.

Apa kata kita balik awal sikit hari ini? usul ku dan tanpa banyak bicara dia bingkas bangun dan capai bag…nak kemana pulak tu? Nak baliklah, tadi Nur kata nak balik awal..betul ni aku bertanya pula? Betulah ni..jom katanya lagi. Aku tersenyum lebar, pasti anak-anak gembira yang kami pulang awal hari ini. Amboi lebarnya senyuman isteri abang, mestilah bang..anak2 pasti gembira hari ini. Dia menarik tanganku untuk beredar.

Amsyar dan Amin menyambut riang kepulangan kami..ayah dan ibu balik awalnya kata Amin..ialah kata Amsyar pula. Kenapa ayah mereka bertanya..tak suka ibu dan ayah balik awal? Suka,happy..kita boleh main kat belakang hari ini kan ayah..boleh tak? Boleh boys tapi bagi ayah rehat sekejap ok?..Ok jawab mereka serentak.

Malam itu abang adam masak untuk kami. Aku girang melihat anak2 gembira malam ini bila ayah mereka ada dirumah. Selepas makan ayah duduk lagi bersama mereka utk main dan bercerita. Segala marah yang bersarang dihatiku hilang serta merta, tapi masih ada yang perlu aku fikirkan..hadiah ulangtahun perkahwinan kami..apa nak bagi ye..fikir lagi…..

*********************************************************************

Tiba-tiba marahku dtg lagi apabila suamiku tidak juga pulang apabila jam dah menunjukan hampir 2 pagi. Memangpun dia pernah lewat dari ini tapi hari ini aku tidak dapat menghubungi nya langsung sejak pagi tadi dan Dina kata dia keluar sejak jam 10.30pagi. Tiada berita darinya sejak itu. Kerisauan mula melanda hati ku.

Kedengaran enjin kereta dimatikan..aku matikan diriku diruang tamu supaya tidak aku menyerangnya dengan tuduhan yang bukan2. Aku menarik nafas panjang apabila pintu dibuka, kelihatan wajahnya letih dan lesu tapi aku diam sahaja. Nur, katanya..kenapa tak tidur lagi ni? Abang lebih baik jangan cakap dgn Nur skrg…eh apa halnya pulak ni Nur? jangan nak marah tak tentu pasal..abg penat ni sayang…ok abg penat, yang Nur ni tunggul dalam rumah abg yang tersergam indah ini? kataku pula masih cuba menahan marah. Astagfirullah..katanya..syaitan mana dah rasuk Nur ni..aku dah mula nak menangis..abang tahu tak seharian Nur cuba hubungi abang tak dapat dan hari ini abang langsung tak hubungi Nur..apa yang abang harap Nur fikir dan pukul berapa dah ni bang? kataku tanpa henti.

Kedengaran dia mengeluh dan menghampiriku sambil memegang bahuku..maafkan abg Nur, aku mengelak….mula2 coverage tak ada lepas tu bateri pulak habis dan charger tak ada dalam kereta yang abg bawak..maafkan abg Nur, bukannya abg sengaja katanya lagi. Abg kemana? Kuantan..jawabnya…lagilah darah ku naik…abgggggg..dia mendiamkan diri. ok ok abg tahu abg salah..jom kita naik ye..abg dah terlalu penat ni dgn renungan dia yg memang dia tahu aku akan kalah.

Dalam marah aku bertanya juga..abg dah makan? Nak minum? Kalau boleh tolong buatkan abg milo..pintanya…baju abang ada atas katil, kataku pula. Ok..thank u jawabnya.

*********************************************************************

Perang dingin kami berterusan hanya kerana malam itu dan tak semena-mena aku menyerangnya dgn tuduhan dia ada hubungan dgn wanita lain. Kesabaranya hilang tiba2.

Adam : Nur jeritnya…memang syaitan mana dah rasuk Nur ni..sampai kesitu tuduhan Nur pada abg..

Nur      : aku terkejut..dah lama aku tak dengar dia menjerit macam itu..

Adam   : mengucap Nur katanya lagi. Abg tahu yang abg tak banyak luangkan masa dgn Nur dan anak2 tapi jangan sampai menuduh abg begitu..you are part of the project earlier and you should know the expectations of our client.

Nur         : Aku diam membatu..

Adam      : Nur katanya..

Nur           : abg kataku pula…abg jgn sampai lupa pada anak2..mereka perlukan abg juga, sejak kecil abg dah ajar mereka bersama abg selalu makan, main, hujung minggu tapi skrg hujung minggu pun abg kerja juga…kita lain bang..lambat macam manapun kita masih jumpa, kita masih tidur satu bilik..anak2 hanya jumpa abg waktu sarapan pagi, abg hantar pergi  sekolah dan tak jumpa sampai esok hari…Nur dah buat apa yang terdaya oleh Nur tapi anak2 juga dah kata yang ibu dan ayah tak sayangkan mereka..fikirlah bang..aku berlalu pergi.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku jadi begini sejak akhir2 ini…mungkin juga aku penat bisik hati kecil ku. Selama ini abg adam ada utk sama2 memikul tanggungjawab ini dan membantu…Ya Allah janganlah kau susahkan hati suamiku kerana perbuatan ku ini kerana sesunggunya aku sendiri tidak sedar akan keadaan ini..bantu dan tolonglah aku Ya Allah dalam menyelesaikan segalanya dengan baik. Berilah aku segala kekuatan Ya Allah dalam menempuh segala dugaan ini….dan janganlah kerana ini meruntuhkan segala apa yg kami ada selama ini. ..tolonglah aku Ya Allah.

********************************************************************

Assalammualaikom kak..tiba2 suara Sarah kedengaran. Eh Sarah..dtg dari mana ni? Tak kerja ke? Hai banyaknya soalan akak…sarah minta balik awal tadi sebab abg adam minta tolong temankan akak malam ni…hah temankan akak? kataku lagi..esok nak pergi kerja macam mana? Nanti abg minta tolong Ramdzan hantarlah Nur atau sesiapa yang boleh tolong…tiba2 kedengaran suara suamiku dari belakang. Hai aku mengeluh…eh abg balik awal pun Nur mengeluh juga syg…katanya itu bkn meredakan kemarahan yg ada malah menambah sesak didada aku ni.

Kenapa ni sayang..masam macam cuka..aku terus beredar kedapur..

Sarah :  angin apa tu bang? bertiup kencang nampaknya.

Adam:  entahlah Sarah..kerana itulah abg minta tolong dengan sarah dan mak juga ayah utk tengok2 dan jaga anak2 dua tiga hari ini semasa abang dengan kakak tak ada dirumah.

Sarah  : abg nak bawa kakak pegi holiday ye?

Adam : hmmmmmmm..sarah tahulah nanti..terima kasih kerana sudi membantu.

Sarah  : sama-sama bang.

Kedengaran seperti org memberi salam lagi seperti suara ayahku. Mak, ayah kataku dan terus kedepan dan bersalaman dengan mereka. Mak dan ayah dtg dgn siapa? tanyaku. Sebelum sempat mereka menjawab ternampak Ramdzan didepan pintu..Nur nanti bagi tau boss yang I datang ambil both of you at 8 am tomorrow ye…ok jawabku. Dalam hati ku berkata ini mesti ada rancangan yg dibuat oleh suamiku tanpa berbincang dengan aku dulu.

Mak, ayah suamiku menegur mereka. Abang, aku bersuara..oh ya Nur siap bag ye, kita bertolak ke Bali pagi esok jam 11? Bali? aku berkata separuh menjerit..surprise sayang dgn senyuman meleretnya. Senyuman dan renungan yang amat menyakitkan hatiku waktu ini.

Oh sebab itu mak, ayah dan sarah ada kat sini? Abg dah bagi tau Amsyar dan Amin? Dah jawabnya ringkas…and a promise they have made to keep it as a secret…kata suamiku lagi sambil membelai pipiku didepan semua org. Sama aje anak dengan ayah…aku mendengus.

*********************************************************************

Nusa Dua Beach Hotel and Spa jadi pilihan. Pantai memang tempat abg adam, sehingga kini dia merahsiakan kenapa dia suka pantai walaupun aku tak pernah jemu bertanyakan dan apabila hanya kami berdua bilik yang menghadap laut jadi pilihan. Aku masih marah pada diri ku sendiri kerana sikapku yg membawa aku kemari dan lebih teruk lagi ulangtahun perkahwinan kami esok dan aku tak ada hadiah utk suamiku. Mungkin ini surprise darinya utk ku..tak ku tahu.

Aku mengeluh lagi…apa yang tak kena lagi ini..aku dipeluk manja dari belakang. Aku hanya diam membisu, dan menikmati keindahan berada didalam pelukannya dan akhirnya aku bertanya..kenapa kita kemari tanpa ada rencana?

Adam : Hmmmmmmmm..marah Nur menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan abg dah tak mampu utk melihatnya lagi..kenalah abg ambil langkah emergency ini…katanya seperti berpuisi.

Nur       : Aku mengeluh juga lagi..4 days 3 nights tinggalkan anak2 dgn mak dan ayah..

Adam    : Bukannya kita tak pernah tinggalkan mereka dgn datuk dan nenek mereka dulu..

Nur         :  Ialah selalunya cuma 1 malam aje bang…

Adam     : Nak buat macam mana kata suamiku lagi..ibunya dah marah2 setiap hari dan ayah pun tak tahu apa nak buat lagi..kenalah bawa ibu lari….Just relax and unwind and enjoy everything at my expense..ok sweetheart satu ciuman hinggap dipipi.

Nur         :  How are you going to expect me to enjoy when part of me is at home with the children?

Adam    :  Trust me and I promise by evening you are a different person..sambil tersenyum.

Nur         : You are really playing with my weaknesses.

Adam     : To my advantage dear.

Seperti selalu pantai tempat kami berehat selepas makan malam. Hanya duduk disini dan disisi suamiku aku rasa amat tenang sekali. Tanpa bicara tanpa kata dan dgn manja aku rebahkan kepalaku dibahunya dan memejamkan mataku. Aku tenggelam dalam dunia ku sendiri.

Abang minta maaf Nur tiba2 suami ku berkata..aku masih berdiam diri..abg minta maaf kerana tidak sedar yang perkara ini hampir menjejaskan hubungan kita. Tapi abg tahu yg Nur tahu abg sayangkan Nur dan anak2..you are my world. Tanpa Nur dan anak2 abg tak punya apa2..aku hanya diam membisu.

Kicauan burung, desiran ombak dan cahaya matahari yg mula menampakan sinarnya…aku kesiangan rupanya tapi aku masih dipantai ini..kami tidur disini kata hatiku…suamiku masih lena ..aku tersenyum sendirian dan membelai mesra pipinya..hai katanya..aku hanya tersenyum. Is this part of the plan? aku bertanya..dgn malas dia menghulurkan tangan meminta aku menariknya utk bangun..I’m sure breakfast is ready..i am starving….

*********************************************************************

We meet for lunch sambil menghulurkan sehelai envelope kepada ku..Apa ni? Didalamnya ada voucher utk spa dan macam2 lagi. Do everything you need and want to do and have a good day sayang..I love you dan berlalu pergi tanpa sempat aku berkata apa2. Aku masih lagi mencari apa yang boleh dibeli utk dijadikan hadiah. Apa yg ada dipulau ini detik hatiku…

Wear this for dinner..will pick you at 8pm..Love Adam.

Huh…rancangannya tak terduga olehku. Melihat gown hitam yg menawan ini yg sebenarnya menjadi idaman ku beberapa bulan dulu bila kami keluar membeli belah tapi aku menghalangnya utk dibeli kerana harga yg agak mahal dan kemana aku nak pergi dgn pakaian begitu dgn potongan yg menggiurkan pasti cemburu juga suamiku nanti. Diwaktu itu suamiku tidak berkata apa2.

You are full of surprises, my love. After all these years of marriage you can still surprise me..aku tulis dalam card yang aku buat sendiri dan diletakan diatas meja. Ketika loceng pintu berbunyi aku melihat diriku didalam cermin sekali lagi dan membetulkan apa yg patut.

Good evening ma’am..a bouquet for you and whenever you are ready allow us to escort you for your dinner. ..aku terkejut. Bilik yang dihias indah, cahaya lilin dikelilingi bunga mawar berbagai warna dan dgn banyaknya serta beberapa org saja yang ada disitu…Adam menantiku…pertama kali dalam sejarah hidupku sebagai isteri aku merasakan seperti permaisuri pulak malam ini..ketika menghampirinya lampu terpasang dan jeritan Happy Anniversary kedengaran dari rakan2 dan kenalan kami diIndonesia dan juga staff hotel yang bertugas. Terpaku aku disitu seketika sehingga suamiku menghampiri dan memimpinku kemeja..sambil berbisik..You look wonderful tonight…

*********************************************************************

Rasanya merah padam muka ku..jgn nak menangis..katanya lagi. Jamuan kami dihidangkan diiringi irama merdu muzik yang dimainkan membuai perasaan ku ketika ini..

Nur     : Abg,

Adam : simpan aje thank you tu for later

Nur     : hai tak sempatpun Nur nak cakap..

Adam : ok, apa yang nak Nur cakapkan?

Nur      : Thank you.

Adam  : Alah, kalau itu abang dah tahu dan kalau Nur cakap I love you pun abang dah tahu..katanya tersenyum.

Nur      : aku tersenyum sama…berapa lama abg plan ni semua?

Adam  : mmmmmmmmmmm..rahsia.

Nur      : banyaknya bunga…

Adam  : it’s represent each day of our life together for the whole year and how beautiful you have made my life..dia merenungku.

Congratulations and happy anniversary to both of you…the most lovely and romantic couple I have known, semuga kekal hingga keakhir hayat..kami mengucapkan selamat kepada kalian berdua dan berbahagia selalu..ucapan dari kami yg hadir.

It was a lovely evening..thank you. Senyumannya sentiasa dibibir kegembiraan jelas terbayang diwajahnya dan aku tahu aku isteri yang disayangi.

Nak jalan2 dipantai sekejap..aku bertanya. Tak penat ke? tanyanya pula..tak aku gelengkan kepala tapi janji kita balik kebilik utk tidur..tak mau tidur kat pantai lagi..ok….ok katanya.

Kami menyusuri pantai utk seketika, suasana indah dan nyaman seindah hati dan perasaanku ketika ini dan berada disamping suami yang aku sayangi dan cintai walaupun sebentar tadi aku teringat pada anak2 dirumah…walaupun nenek mereka menyakinkan yg mereka bertiga baik2 sahaja.

Adam   : Apa yg Nur fikirkan?

Nur       : ermmmm tak ada apa-apa, cuma menikmati keindahan alam yang terbentang luas yg berada didepan mata dan juga bersama abang….abang

Adam   : hmmmmmmmmmm

Nur       : Happy Anniversary bisik ku ditelinganya sambil memeluk manja pinggangnya.

Adam   : Happy Anniverysary to you to

Kami berdakapan seketika seolah-olah tak ada apa lagi yg perlu diucap..semuga desiran ombak mengetahui hati dan perasaan kami.

Kamar kami dihiasi indah tidak seperti mana aku tinggalkan tadi…..terpaku aku lagi disitu…cahaya lilin saja yang menerangi, bunga2 mawar menghiasi setiap sudut dan kelopak mawar ditaburkan diatas katil dan juga dressing table..ada kotak kecil ditengah2nya. Kad yang aku buat utk abg adam seolah-olah telah dibuka…aku mengamati suasana sekeliling tanpa tahu utk berkata apa…kehadiran suamiku kesisiku dengan rangkulan lembutnya dan bisikan…I will live long enough to treasure each day and this moment with you every single day of my life and with every breath I take…I love you sweetheart. Thank you for being with me and loving me and thank you for the beautiful and wonderful three children. Air mata jatuh jua dan dengan perlahan dia memusingkan badanku..jangan menangis sayang…aku tak mampu utk berkata apa-apa…hanya syukur kehadrat Yang Maha Esa untuk kebahagian ini….

Aku lemas dalam dakapannya……………..

Sanaa 6/12/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers

%d bloggers like this: