• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2009
    M T W T F S S
        Jan »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Koleksi Pantun – Alam Maya Nur Kasih


Cerita Minyak Gamat

Minyak gamat empunya kisah
Bermulanya kisah nan indah
Red, Seh, Angah, Kintan dan Apple ketawa riuh rendah
Pabila bercerita dan mengolah

Minyak gamat tinggi khasiatnya
Seh sentiasa memerlukannya
Untuk sikembar sekiranya luka
Pabila bermain bola diluar sana

Red pula senyum memanjang
Scene minyak gamat tak pernah hilang
Walaupun puluhan kali diulang-ulang
Kesan cinta Adam dan Nur nak dijulang-julang

Kintan tak ku ingat pula
Kerana semuanya sama sahaja
Minyak gamat menggamat suasana
Setiap masa dan ketika

Hari itu Angah kata apa pula
Hai puas nak ku mengingatinya
Asyik-asyik minyak gamat jadi cerita
Tak pernah ada duka lara

Apple broker terbaru
Tampahan gamat datang bertalu-talu
Pos laju tak pernah laju
Kalau apple yg kendali dulu

Iza taukeh gamat terbesar
Misi menyelamat amat sukar
Plan diatur sentiasa bertukar
Bila phd datang kepadang sasar

T Yah dan Dodin juga ada sama
Dalam minyak gamat punya cerita
Cuma tak dapat ingat semua
Hanya ingat Adam dan Nur punya cerita

Tamatlah sudah kisah gamat
Kalau disambung takut mudharat
Tersenyum tersengih melarat-larat
Nanti dituduh tergeliat urat

Sanaa 25/12/09

_____________________________________________________________________

Kisah Adam dan Nur

Merdunya kicauan burung
Ditengah belantara ini
Menggamit rasa yg agung
Pada alam semesta

Bunga2 segar mengharum
Berseri dipagi hari
Menyeri hati yg mengunjung
Diistana alam ini

Alam yg indah permai
Sedamai hatiku dikala ini
Tatkala cinta bersemi
Dipersada ruang hati

Kau dan aku tidak dapat dipisahkan
Bagai awan menutupi hujan
Bagai embun menitis perlahan
Bagai suria terbit malam

Irama unggas berlagu merdu
Menyelimuti hati yg rindu
Dalam dakapan mesra bersatu
Degupan jantung beriring lagu

Alam luas menjadi saksi
Ketika cinta dipaksi
Dengan syariat and tuntutan Illahi
Kasih mekar ditaman syurgawi.

Sanaa 25/11/09 1.41 am

_____________________________________________________________________

Meniti Memori Di Port Dickson

Siapakah kamu wahai dara
Kenapa kita bertentang mata
Berdetik hati utk bertanya
Distesen keretapi menyimpan rahsia

Tidak ku tahu siapa dirimu
Tidak pernah ku tahu namamu
Namun ada rasa yg menganggu
Ketika saat kita mula bertemu

Pertemuan pertama membenih rasa
Rasa benci pada sidara
Namun sikapnya yg keras kepala
Membenih seribu pertanyaan yg menjelma

Dia bukan gadis biasa
Silap kiranya ku menafsir sejak mula
Suasana kampung membentuk jiwa
Cekal, tabah dan berani dalam apa jua

Wajah ayu menawan semua
Menguntum senyuman buat ayah bonda
Dara manis pilihan mereka
Buat teruna Adam namanya

Bunga tanjung harum baunya
Tak ku sangkal terbitnya rasa
Tika ikatan disimpul bersama
Demi kasih buat ayah bonda

Sayang selasih hamba lurutkan
Kerana kekasih hamba turutkan
Titik permulaan gelombang kehidupan
Ciptaan hinanya insan

Tak ku sedar sejak mula
Cinta bertakhta didalam jiwa
Membibit rasa yg membara
Untuk kupulang mencari semula

Pertemuan semula penuh benci
Yg mengguris perasaan ini
Tak mungkin ku undur walau seinci
Kau tetap idaman hati

Port Dickson pantainya nyaman
Tampat berkelah kebanyakan teman
Desir ombak bertiup perlahan
Memecah kesunyian dua insan

Desir ombak memecah pantai
Menyapa hati yg gersang ini
Azamku tersimpul rapi
Hatimu tetap kumiliki

Jejak-jejak kasih dipantai nan indah
Disulam dgn benci, cemburu dan marah
Namun ku tak mungkin mengalah
Walau seribu rintangan yang menerjah

Kurasa hangatnya cinta
Tika berdua sering bersama
Walau cemburu bersarang dimata
Akan ku tepis segala halangan yg tiba

Lopak dan belukar idaman sidia
Dicelah belantara mahligai dibina
Pacuan empat roda detik permulaannya
Terbit rasa cinta yang membara

Gembira bernyanyi didalam hati
Tatkala kesempatan diberi
Duduk berdua memecah sunyi
Diantara benci dan menyukai

Masamnya muka tak terperi
Bila rahsia hati diketahui
Diantara suka dan benci
Kasih dan merindui

Kau bercanda sesuka hati
Apakah niat untuk menguji
Perasaan dan hatiku diwaktu ini
Ditengah-tengah dihutan belantara ini

Tidak akan ku undur walau selangkah
Pantang pendekar menyerah kalah
Akan ku bukti kasih yang menyerlah
Walau rintangan datang menyembah

Senangnya hati tidak terkira
Pabila sidia bersetujua segalanya
Dengan pelan atur dan senibina
Utk membina mahligai cinta syurga

Buat jahat jgn sekali
Kelak merana diri
Sakitmu nampak dikaki
Ku minta izin utk mengubati

Sakitmu nampak dikaki
Tak akan kau ku tinggal lagi
Cukup sudah penderitaan ini
Setiap kali kau muncul dalam mimpi

Mata bertentang mata
Kelu lidah utk berkata
Apakah perlu mendustai jiwa
Bila gelora menikam dada

Tak ku sedar sejak bila
Cinta mulai terasa
Setiap kali bertentang mata
Mengukir senyuman penuh makna

Keikhlasanmu cerminan hati
Bahagiaku kini tak terperi
Kaulah isteri mithali
Impian setiap sang suami

Kau sinar hidupku
Menyuluh setiap kegelapan
Dalam mencari sinar kebahagiaan
Yg telah lama ku idamkan

Kita bersama akhirnya
Setelah mengharungi segala suka duka
Semuga bahagia akan bersama
Sehingga ajal tiba

Kumohon kecekalan hati
Dalam menempuh hidup ini
Semuga bahagia dapat kuberi
Padamu isteri yg dikasihi.

Sanaa 1.32pm 30/11/09

_____________________________________________________________________

ADA ADA SAHAJA

Sedih dihati tidak terperi
Nur Kasih yg diikuti tiada lagi
Penghujungnya sakit sekali
Sehingga ke hari ini dirasai

Platform tetap juga berseri
Bersama teman-teman yg ku kenali
Gelak tawa, pujuk rayu menyeri hari-hari
Terhibur hati dikala sunyi

Masih berkesempatan kita disini
Meniti memori perjalanan ini
Demi mencari realiti diri
Dalam kehidupan sehari-hari

Yang tinggal hanya kami
Iza, Apple, Red, Dodin, T Yah dan Ummi
Seh kini menyepi diri
Aku pula hilang dalam ilusi sendiri

Semuga platform terus dibuka
Buat kami teman setia
Untuk meneruskan senda loka dan cita-cita
Final episode dibuat semula

Kabir dan Mira membuat kami berduka
Nasi dimasak jadi bubur pula Iza berkata
Apa nak dibuat bukan kehendak kita
Ummi Azah pula berkata

I’m not over with this masih ada
T Yah menyebutnya juga
Aku masih begitu juga
Meniti memori menjadi pengubat duka

Hai Dodin apa nak jadi
Setiap hari kita kesini
Ulasan diberi tidak dipeduli
Wartawan juga disanjung tinggi

Adam kini Mansor Adabi
Teater Natrah nama diberi
Woody kata full house setiap hari
Kerana adanya Adam disini

Aku masih ingin mencari pasti
Nur Kasih masih idaman hati
Penyelesaian yang menyakitkan hati
Membuat ku tertanya-tanya hingga kini

NK2 atau movie tidak bermakna
Kalau bukan Remy dan Tiz pelakonnya
Adam dan Nur serasi bersama
Pasangan secocok dimana sahaja

Akan ku angan selagi daya
Cjoli Moli punya cerita
Nur Kasih permulaannya
Akan ku olah sampai jaya

Sanaa 12.48pm 3/12/09
_____________________________________________________________________

SELOKA MEMECAH SUNYI

Platform sunyi juga hari ini
Ummi dan Woody nampak pagi tadi
T Yah dan Apple belum lagi
Dodin, Red dan Iza muncul cuma sekali

Kesunyian mula terasa
Namun perit dihati belum reda
Nur Kasih juga yg jadi cerita
Ada yang kata Adam, Sarah yg jaga

Benar atau tidak itulah berita
Yang dibawa komentar hensem namanya
Cemburu pasti ada di hati
Apabila melihat kekasih disamping Siti

Liputan meluas disana sini
Pasangan sepadan cocok sekali
Remy dan Tiz berita terkini
Dalam MHI seperti suami isteri

Wahai Sarah jangan berkecil hati
Doa kami bersama cjoli moli
Tak mampu menipu diri
Bila hati sudah dipadu janji

Adam dan Nur cjoli kami
Remy dan Tiz pasangan serasi
Doa dipohon pada Ilahi
Semuga rahmat melimpahi

Kami bersama meniti hari
Sementara platform masih disini
Gurau senda menawan hati
Buat teman kekal disini

Tamatlah sudah pantun ini
Adam dan Nur bahagia kini
Kami menanti dengan debaran dihati
Cjoli moli kekal abadi

Sanaa 1.55pm 4/12/09
_____________________________________________________________________

Warga Produksi Nur Kasih

Nur Kasih berlalu sudah
Tamatlah kisah sebuah cerita
Rumah siap complain tak sudah
Hanya kerana kelabu dimata

Warga produksi izinkan ku berkata lagi
Jgn sampai kesilapan diulang lagi
Kami bukan rakyat fantasi
Yg tidak mengenal relevant dan realiti

Fantasi kami punya realiti
Logic juga mesti dikenal pasti
Bukan bollywood yang diimpi
Dalam fenomena drama ini

Kabir dan Mira ceritamu indah sekali
Pelakon baru dan lama bertemu disini
Jgnlah sampai fenomena menguasai diri
Kalian lupa landasan realiti

Kami disini masih dibelenggu
Oleh Nur Kasih yang baru lalu
Untuk terus menonton cerita melayu
Yang akhirnya seperti ceritamu

Jgn dianggap kami boneka
Yg boleh diubah dimana jua
Kami hidup menjulang cita2
Fantasi juga ada relevantnya

Skrip, dialog diambil kira
Camera play important juga
Tak perlu peluk dan manja
Untuk mesej sampai kepada kita

Kekuatan seni pada adabnya
kekuatan agama pada perbuatannya
Jangan sekali-kali disatukan kedua2nya
Kerana tiada fantasi didalam agama

Bukannya saya pengkritik terbilang
Terkilan menonton alang kepalang
Tarikan cerita yang dijulang
Penamatnya macam curi tulang

Bollywood inginkan fantasi
Yang realiti tidak dipeduli
Tapi kami yang bijak bistari
Bukan sekadar menonton apa yang diberi

Bukan hollywood juga yang kami minta
Cuma belajar apa yang ada
Semuga perfect ending diambil kira
Bagaimana mereka mengolahkannya

Terlalu banyak saya berkata
Termasuk teman di sini jua
Semuga apa yang kami kata
Dimanfaatkan bersama-sama

Terima kasih sudi membaca
Harap2 diambil kira
Teguran kami yang membina
Untuk drama melayu diminati semula.

Sanaa 7/12/09
_____________________________________________________________________

Cmoli Diserang

Platform kini gamat kembali
Kerana Adam yang diserang lelaki misteri
NK Fan serang bertubi-tubi
Mempertahankan Adam yang dikasihi

Muga Adam sihat hari ini
Utk meneruskan teater dimalam hari
Semuga kawalan yang lebih ketat diberi
Kepada Adam yang diminati

Mansor Adabi nama diberi
Lakonan Remy terserlah lagi
Ada saja hasad dan dengki
Oleh org melayu sekarang ini

Populariti menguasai dunia seni
Cinta yang ada masih tersembunyi
Demi menjaga maruah diri
Serta orang yang disayangi

Namun apa salahnya dirimu
Sehingga kau dibuat begitu
Hanya kerana pangkat dan nama
Atau cemburu yang tak bermata

Doa kami untuk mu wahai Remy
Sabarlah dalam menempuh dugaan yg datang
Semuga kesabaran menjadi tunggak perjuangan
Dalam meniti arus kehidupan

Semuga yang diidam menjadi kenyataan
Alam realiti dan fantasi disatukan
Tiada siapa dapat menghalang ketentuan Tuhan
Apabila segalanya telah ditentukan

Bersabarlah..kemenangan akan berpihak kepada org2 yang sabar dan kebenaran akan diketahui jua nanti..

Sanaa 6/12/09
_____________________________________________________________________

Buat teman

Salam ku hulur buat semua
Seh, Red, Ummi, Tyah Dodin dan Iza
Angah, Apple, Kintan, Woody tak ku lupa
Semuga sihat sejahtera hendaknya

Cjoli moli diarah berbeza
Cjoli ada digerai gua
Moli pula di istana budaya
Namun hati tetap bersama

Dari berita terkini
Moli cedera dikaki
Dipukul sekumpulan lelaki
Hanya kerana sakit hati

Berita terkini belum dikenal pasti
Cjoli tentu bersedih hati
Kekasih hati dibuat begini
Apakah malang menimpa diri

Cinta dihati masih tersembunyi
Cjoli moli tetap bersendiri
Untuk menjaga hati dan publisiti
Demi kasih sayang yang abadi

Berkorban lagi cjoli kita
Demi kasih yang ada
Buat moli yang kini menderita
Akibat cemburu tak bermata

Zalimnya manusia didunia ini
Sehingga sanggup berbuat begini
Pada insan yang seperti Remy
Yang jujur pada diri sendiri

Doa dipohon buat cjoli moli
Supaya tabah menghadapi
Segala dugaan yang diberi
Untuk meneruskan kehidupan ini

Pastinya nanti kesabaran diberkati
Kebenaran jua akan diketahui
Ketika itu tidak berguna lagi
Untuk dinafikan perbuatan sendiri

Bersabarlah wahai merpati dua sejoli
Akan tiba saatnya nanti
Buat kamu berdua bahagia dialam realiti
Bagi menyambung cinta abadi

Kalaulah benar kata Hayati
Dimanakah letaknya harga diri
Tidak malukah pada diri sendiri
Bila perbuatan diketahui umum nanti

Jangan dipaksa cinta yang hilang
Telah kau tahu ia tak akan pulang
28 juta yang membilang
Pastinya cinta agung yang dijulang

Sekian dulu kali ini
Semuga kita berjumpa lagi
Cjoli moli baik2 jaga diri
Doa kami sentiasa mengiringi

Sanaa 11.42am 8/12/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers

%d bloggers like this: