• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2010
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • Archives

Hari Keluarga

Amin, Amsyar, aku memanggil anak kembarku..saya ibu jawab mereka serentak. Please siapkan homework sebelum Tok, Atok, Nenek dan semua sampai. Kalau homework tak siap, tak boleh main di luar, aku memberi amaran. Apa yang Nur leterkan tu? suamiku menegur. Nur minta anak-anak siapkan homework bang, kataku. Ibu ni kalau dah banyak kerja, hmmmmmmm bisingnya semacam, kan sayang..abang adam bercakap dengan Sophea. Puterinya senggeh sajalah..eh abang ni, ajar anak yang bukan-bukan kataku dan menepuk bahunya…haiii lama-lama badan ayah ni lebam tak hilang Sophea, ibu makin hari makin suka pukul ayah..ehhh..ehhhh Sophea tergelak..Sophea suka hati bila ibu cubit ayah…tak kesian kat ayah, katanya lagi pada puteri kesayanganya. Amsyar, Amin let’s sit down and finish your homework, ayah pulak memberi arahan. Ayah..berapa lama kita nak pergi Langkawi? 4 days, jawab ayah. Kenapa kita pergi Langkawi.. tanya Amsyar lagi. Kita pergi Langkawi kerana family day office ayah dan ibu, kita pergi ramai-ramai and they choose Langkawi…ayah menerangkannya.

Family Day kali ini kami bawa semua, kedua ibubapaku, abang Aidil sekeluarga dan juga mak mertuaku. Dengar cerita Sarah ikut Adam dan Nur ke Pulau Pinang baru-baru ni? Aliya berkata..Ya Liya, jawab ku..hmmmmm kali ni dia tak ikut sama? Liya bertanya. Malas Nur nak ajak, macam orang asing saja lagaknya..lahhh kenapa jadi macam tu? Liya hairan. Nur pun tak tahulah Liya, masa di Penang dia lebih suka duduk dalam bilik, susah nak tengok dia bermain dengan anak-anak buahnya…kataku seakan membebel. Sabarlah Nur, mungkin dia dalam dilema sekarang ini dan susah nak luahkan, kata Liya memujuk.. Jom kita keluar..kataku dengan membawa dulang air.

________________________________________________________________________________________________

Langkawi destinasi family day Adam and Associates. Pantai Cenang jadi pilihan dan Nadia Inn Comfort Langkawi, tempat penginapan yang berkonsep rumah, selesa dan sesuai dengan kami yang telah berkeluarga. Kami tiba menjelang waktu makan tengahari, jamuan tengahari telah di siapkan untuk kami semua menikmatinya.

Ahli Jawatankuasa : Perhatian kepada ahli keluarga Adam and Associates..selepas makan tengahari sehingga pukul 5 petang acara kita bebas, sambil menikmati makan tengahari kami akan memberi kunci bilik masing-masing…dan esok breakfast starts at 6.30 am, pick up to Kilim River Mangrove and Eagle Feeding Tour pukul 8 a.m dan kita akan balik pada pukul 11.30 pagi dan terus ke Gunung Mat Cincang untuk makan tengahari dan melihat keindahan Langkawi dari atas sana. Kakitangan Adam and Associates compulsory pergi ye…opsss sorry..terlupa, sila berkumpul di tepi pantai jam 5 petang ini untuk telematch di tempat yang di tandakan untuk Adam and Associates..terima kasih

Adam : To all family members, let us have a good time and to all ladies happy shopping and kepada para suami poket dah di jahit ketat ke tak? Berhati-hati untuk 2 or 3 hari ini…jangan nanti balik office asyik termenung sana-sini….

Ketawa dan tepuk sorak kedengaran bila boss mengatakan happy shopping to the ladies dan para suami kena berhati-hati…

Nur : Liya..apalagi…jom tinggalkan anak-anak dengan ayah mereka, kita round Langkawi berbelanja sakan….

Aidil : Amboi Nur, bercakap tak toleh kiri kanan lagi..? Hah Adam..dengar apa Nur kata tadi?

Adam : Ah..apa dia bang? Rasanya telinga Adam ni tersumbat agaknya..nanti kejap bang..(sambil pura-pura mengorek telinga)…apa abang kata tadi?

Mak Jah : Sambil menepuk bahu Adam..kenapa? takut?

Adam : Aku tersenyum bila mak bertanya dan menoleh untuk melihat isteriku..hmmmmmmm mak jangan tak tahu Adam dah buat perjanjian dengan Nur sebelum ke mari..setiap ringgit yang di belanja..Adam potong dari gajinya nanti…

Nur : Apa abang cakap?

Adam : Abang cakap dengan mak, isteri abang jimat orangnya..jadi datang Langkawi ni tak ada apa-apa Nur nak beli (aku tersenyum)..isteri Adam lagi cantikan mak kalau dia marah…lalu lompat dari kerusi takut kena piat telinga lagi..

Mak Jah..Aii Adam…takut pulak tu?

Anak-anak semua, kata abang adam…ibu nak pergi shopping kita pula pergi crocodile farm? Oh oh oh..ayah tolong jangan bawa anak-anak pergi crocodile farm..aku memohon….Nur takut? suamiku bertanya…bukannya abang tak tahu keadaan di farm tu..kitakan pernah pergi dulu…tapi ibu, tiba-tiba Amsyar mencelah..why can’t we go to the crocodile farm? Amsyar next time bila ibu dan ayah bercakap jangan mencelah dulu and if there is need for you to do so apa yang perlu Amsyar kata…excuse me..sorry ibu, katanya. Abang please, please ..kataku seakan merayu kini. Baik sayang..risau sangat isteri abang ni dan membelai pipiku untuk memberi kepastian. Dah habis makan ke belum? ayah bertanya lagi. Kalau dah habis makan..please take your bag, kita masuk bilik, tukar baju and off we go..ok boys, girl sambil mencuit pipi gebu Aliesya. Marah Aliesya di buat begitu sambil menggosok-gosok pipinya. Ibu..saya Amsyar..kenapa ibu tak bagi kami ke crocodile farm? Oh sorry Amsyar..kataku..crocodile farm tu bahaya sayang, kita pergi lain kali saja ye…bolehkan? kataku cuba memujuk. Bukannya aku tak percaya yang suamiku boleh menjaga mereka tapi buaya di sana akan melompat tinggi lebih-lebih lagi sewaktu di beri makan. Lagipun bukannya Amsyar dan Amin tidak pernah tengok crocodile sebelum ini? kataku menambah. Walaupun ada kecewa di wajah mereka tapi akur dengan peneranganku.
________________________________________________________________________________________________

Zoo dan aquarium menjadi minat anak-anak kini dan kami bergegas ke Underwater World semuga berkesempatan untuk melihat binatang-binatang di beri makan. Anak-anak seronok dan excited bila melihat binatang-binatang yang ada.

Amin : wow..anaconda, marmoset..betul ke ini anaconda ayah? flamingos, mandarin ducks dan plenty of fish.

Adam : Betul tu Amin..baca apa yang di tulis..Aliesya nampak geli sewaktu melihat anaconda..eeeeeeeeeeee aku mengusiknya dan dia terus menjerit..ahhhhhhhhhh Pak Busu jahat, katanya..mana ada Pak Busu jahat? aku berkata. Ya jawabnya..Pak Busu suka kacau kakak..terus saja melekat kat walidnya..aku gelak..kalaulah Sophea jadi macam ini nanti susah juga agaknya ya bang, aku berkata kepada Abang Aidil.

Aidil : Rasanya Sophea ni boleh tahan lasaknya, sambil melihat Sophea yang lena tidur dalam premnya. Kagum abang tengok Adam jaga anak kecil sendirian. Sophea rapat dengan Adam ke?

Adam : Sophea anak perempuan bang..macam automatic saja di beri lebih perhatian..Nur tu kadang-kadang risau juga bila tengok Adam lebihkan Sophea, bimbang terlebih manja kata ibunya.

Kami menyusuri bahagian lain di sini dan sewaktu melalui sub-antartic sections lagi sekali aku mengusik Aliesya..kakak tengok tu..penguin tu jalan terkedek-kedek dan lompat dari satu batu ke satu batu..macam kakak ya tak? Aaaaaaaaaa…..dah nak nangis Aliesya aku usik tapi mungkin ada Amsyar dan Amin dia tak jadi nangis.

Amsyar : Mari kakak..ikut Amsyar diri di depan..mereka nak bagi makan penguin tu…dan nama penguin ni Rockhoppers dan dari Johann..ahhhhhhh macam mana nak sebut ni ayah?

Adam : Johannesburg, South Africa

Amsyar : Thank you ayah..

Aliesya : Mana Amsyar tahu?

Amsyar : Bacalah kat sini..ayah selalu kata pada Amsyar dan Amin, mana-mana pergi mesti baca apa yang mereka tulis supaya kita tahu asal-usul dan nama mereka..tadi Amsyar tak tahu nak sebut Amsyar tanya ayah..betul tak ayah?

Amsyar lebih pandai memujuk berbanding Amin, itu sebab mak selalu kata Amin lebih mirip kepada ku ketika kecil dan Amsyar lebih kepada Abang Aidil. Melihat mereka membesar adalah kebahagian buat kami. Mereka seronok melihat Rockhoppers Penguin makan dan sukar nak ajak ke section lain. Anak-anak jom kita pindah ke fresh water section…kakak nak tengok ikan besar tak? aku bertanya. Mukanya masam saja..kakak..Pak Busu tanya tu, Abang Aidil menegur anaknya yang tidak mahu menjawab pertanyaanku. Amsyar dan Amin pergi tak? Aliesya pula bertanya. Jom kita pergi ajak Amin dan Amsyar..Aliesya mengikut saja. Hampir tergelak aku melihat gelagat Aliesya..anak perempuan manjanya lain juga kata hatiku mungkin sebab itu Nur kadang-kadang marah kalau merasakan yang aku memanjakan Sophea. Apalah agaknya kaum ibu kita buat? abang Aidil bersuara..hai abang bimbang ke Aliya tu terlebih belanja? aku beseloroh. Taklah begitu..cuma rasa lain juga Adam kerana abang jarang buat benda-benda macam ini. Benda macam mana bang? Abang bukan macam Adam suka keluar dan bawa anak-anak kesana kemari..jadi kerana itu abang izinkan Liya buat banyak perkara sendiri..ubahlah sikit-sikit bang..ada perkara kita boleh ikut cara kita waktu bujang, ada perkara kita kena ubah, aku menambah.

Amsyar : Ayah, apa nama ikan yang ekor panjang tu?

Adam : Stingray dan yang itu snapping alligators..dan yang itu siapa tahu? aku menunjuk kearah Albino turtles yang baru lalu di hadapan kami

Amsyar dan Amin: Albino Turtles.

Amin : Kita pernah tengok Arapaima masa di Australia kan Amsyar? Hah tu satu lagi..tu catfish Aliesya

Amsyar : Yes..kat sana lagi besar..look there is matamata..

Apabila berada di marine life section banyak yang mereka dapat lihat seperti sea dragons, lion fish, giant clam, puffer fish dan banyak lagi. Puas juga nak di terangkan pada anak-anak semua ini dan rasa macam kena balik ke sekolah. Kena benar-benar belajar dan tahu, bukan serba sedikit tapi banyak bila anak-anak bertanya dan abang Aidil juga mengakui perkara ini. Mereka lebih pandai dari kita kata abang Aidil lagi. Oleh kerana jam dah hampir 4.00 petang aku kena pujuk mereka untuk keluar. Anak-anak ayah, kita balik dulu ye..ayah dan pak long nak solat lepas itu kita nak ke pantai untuk telematch..boleh kan? Ok..jawab semua..can we go to the beach ayah? tanya Amin. Kita semua pergi beach nanti jawab ku.

Ketika sampai di bilik, kaum ibu dah pulang begitu juga dengan ayah mertuaku yang mengambil keputusan untuk menemani mereka tadi. Banyak shopping sayang? aku bertanya isteriku..banyak tak banyak tapi adalah juga, jawabnya. Kalau dah macam tu apa conclusionnya? aku bertanya lagi. Semua yang pergi berbelanja, mak kelihatan letih, namun wajahnya terpancar gembira. Mak shopping untuk satu kampung ke ni..aku menegur..biasalah Adam mak tunjuk saja apa mak nak…orang tolong bayar sambil ketawa kecil..mengenakan aku nampaknya. Cepat siap everyone..abang Adam mengarah..kita nak ke pantai lepas ini. Sophea dah susu bang? aku bertanya. Belum Nur dia baru saja bangun…ohhhhhh anak ibu baik ye bila dengan ayah..tidur lama..kalau dengan ibu asyik nak main saja..aku menggeletek puteri kesayangan ayahanda..ekk..ekk..ekk menangis mengada-ngadanya kedengaran..hmmmm ok sayang ibu buat susu dan salin diapers..sekejap kataku tapi rengekannya berterusan.

Ahli keluarga Adam and Associates dah berkumpul di pantai. Acara pertama adalah tarik tali di ikuti dengan bola tampar. Dua pasukan bersedia mengambil tempat masing-masing. Satu pasukan terdiri dari sepuluh orang. Wisel di tiup untuk memulakan acara. Aku dan Liya serta anak-anak bersedia untuk jadi tukang sorak. Amsyar, Amin dan Aliesya berdiri bersebelahan kerana Aliesya nak sokong walidnya yang berada di kumpulan yang satu lagi. Go ayah, go everyone aku mengajar mereka untuk bersorak..mulalah mereka menjerit..go ayah, go, ayah you can do it, go ayah, go..tiba-tiba Sophea menyebut “ayah tuh”. Aku memandang Liya..betul ke apa yang Nur dengar? aku bertanya. Sophea ikut cakap ibu..a-yah..dengan senyumnya dia menyebut dan menunjuk pada ayahnya. Alhamdulillah anak ibu dah boleh sebut ayah..aku memeluknya erat. “Ayah tuh”..ayah jatuhlah agaknya sambil menoleh pada Liya..ialah tu Nur kata Liya pula. Apabila ayah datang menghampiri Sophea begitu riang memanggil ayah..terperanjat ayah mendengarnya. apa sayang ayah cakap? Ayah..panggil siputeri dengan senyuman di beri. Ayah terlalu gembira dan memberi ciuman..thank you sayang…dakapan yang di beri dan di terima menandakan kebahagian ayah dan anak.

Sewaktu ahli-ahli keluarga senior bermain bola tampar, acara anak-anak juga di adakan. Amsyar, Amin dan Aliesya masuk bertanding acara lari dalam guni, cari gula dalam tepung, tiup belon sampai pecah. Yang penat bersorak dan bertempik dua orang ibu, dua orang nenek dan juga datuk. Bila acara habis kami yang hampir hilang suara. Masing-masing menang satu hadiah untuk kumpulan. Bila dah berkumpul begini baru tahu ramai juga anak-anak di Adam and Associates yang sebaya tapi jarang berjumpa.
________________________________________________________________________________________________

Keesokan harinya selepas sarapan pagi kami terus ke jeti menaiki bot untuk menikmati keindahan Kilim Mangrove and Nature Park. Oleh kerana kumpulan kami ada anak-anak kecil kami tidak melawat gua, iaitu gua cerita dan gua kelawar, kami menikmati keindahan alam dari atas bot dengan menyusuri perlahan kawasan ini. Tentunya anak-anak gembira bila melihat banyak burung helang yang berterbangan mengeliling kami dan juga ikan-ikan yang berenang kelihatan dengan jelas kerana air yang jernih. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam tidak terasa kerana keindahan yang mengasyikan dan abang Adam memang tidak lekang dengan cameranya. Acara kedua untuk hari itu ke Gunung Mat Cincang…anak-anak bersorak riang lagi bila melihat cable car dan tak sabar-sabar untuk menaikinya.

Ibu..tingginya dan sejuknya kata Amsyar. Amsyar suka naik cable car ni ke? Tok bertanya pada cucunya. Suka jawab Amsyar. Apabila tiba di puncak aku bertanya pada Aliesya..seronok tak naik cable car tadi..dia hanya diam membisu dan Liya menjawab..takut Nur..dah nak menangis. Mak dan ayah apa perasaan… tanya abang Adam pada mereka. Mak terdiam sebentar dan ayah menjawab..terima kasih kerana mempelawa kami sama…kata ayah. Alhamdulillah dapat ayah tengok dunia indah ciptaan Allah dari gunung ini..kata ayah lagi. Mak sebenarnya terperanjat Adam, Nur..tinggi benar rasanya dan bila nampak bawah tu gerun jugak tadi..kedengaran mak mertuaku ketawa..ohhhhhhh kamu takut rupanya Ani? Iya Kak Jah..kembang kecut perut Ani di buatnya dan kata dalam hati tak ada ke tempat lain budak-budak ni nak bawa aku..naik gunung ni buat apa agaknya..tak berani Ani nak buka mulut. Gelak ketawa kedengaran apabila mak habis bercerita. Hai apa yang seronok benar ni? Dina menegur. Kami ketawa sebab mak Nur rasa kembang kecut perutnya nak sampai ke puncak gunung ni. Ada sesiapa yang tak naik Dina? aku bertanya pula. Ada tapi tak ingat pulak family yang mana? jawab Dina. Amsyar, Amin best naik cable car tadi? Best…jawab mereka. Memanglah anak-anak you ni adventurous Nur, sepanjang dua hari ni I tengok mereka senang dengan segalanya, tak banyak kerenah. Alhamdulillah Dina, selagi mereka tak sakit deman Insha’Allah semuanya ok. Lunch di sebelah sana nanti ye Nur..Dina berkata. Ok thanks Dina..boss dok excited nak ambil gambar, we will join kejap lagi..aku berkata.

Kedinginan puncak gunung ini membuat aku khayal seketika. Waktu pertama kali berada di puncak ini adalah detik paling indah dalam hidupku. Kami bagai pengantin baru ketika itu. Aku tenggelam dalam keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Sayang menungkan apa tu..aku di peluk manja dari belakang. Tak ada apa, jawabku. Kita tidak pernah naik ke sini lagi sejak kelahiran Amsyar dan Amin..aku menarik nafas panjang..memang benar kita tidak pernah kemari selepas kelahiran mereka tapi bukan itu sebenarnya yang Nur nak katakan..betul tak? Kali pertama kita kemari Nur anggap waktu itu adalah bulan madu kita, mengenali diri dan hati masing-masing walaupun kita telah lama berada dalam ikatan perkahwinan. Nur mula belajar mengenali abang, minat abang dan segala dengan lebih mendalam lagi serta banyak perkara yang abang lakukan adalah spontaneous dan sehingga hari ini Nur tak berani nak mengakui that I know you 100%..you are full of surprises aku menoleh untuk melihatnya. Pelukan di eratkan dan senyuman di beri dengan penuh makna. Oiiii..oiiiii cukup-cukuplah tu love bird..dahlah sejuk di puncak ni..makanan pun dah nak beku..suara-suara mengusik kami. Kami berjalan ke arah mereka dengan berbagai kenangan dan keindahan berada dalam hatiku kerana kali ini kami ke sini bersama tiga orang buah hati kami dan juga keluarga serta ahli keluarga Adam and Associates, assets terbesar kami dalam dunia perniagaan. Mak dan ayah rasa sejuk sangat ke? abang adam bertanya? Alhamdulillah Adam, mak rasa nyaman dan selesa, nasib baik mak kuatkan hati tadi. Masa tengok ada keluarga tak nak naik, mak nyaris-nyaris cakap dengan ayah yang mak tak nak ikut sama, kata Mak Ani. Kalau awak tak ikut tadi, awak tinggal sorang-sorang di bawah, bukan senang nak dapat peluang begini kalau bukan anak-anak yang bawa, lepas ni bolehlah awak cerita kat semua orang kampung, kata Imam Bakar. Kami tergelak mendengarnya. Eh, eh abang ni, mentang-mentanglah dia tak rasa takut, kata Mak Ani lagi. Kami beredar selepas menikmati makan tengahari dan suamiku yang tak habis-habis dengan lensa cameranya mengambil gambar dari berbagai sudut, bertambahlah album di rumah lagi..detik hatiku.
________________________________________________________________________________________________

Malam terakhir di Langkawi di adakan jamuan makan malam untuk ahli keluarga Adam and Associates dengan karaoke dan persembahan dari mereka serta cabutan bertuah. Ahli jawatankuasa mengambil keputusan untuk menyiapkan hadiah untuk semua dan juga yang membawa ibu ayah. Kemeriahan malam itu terasa apabila melihat telatah mereka dan menunjukan kehandalan masing-masing dengan pakaian yang berwarna-warni serta beraneka gaya. Masing-masing gembira dan bersorak riang bila nombor bertuah di umumkan dan apabila boss mereka memenangi peti sejuk ada yang minta tukar hadiah..boss nak buat apa dengan peti sejuk lagi..peti sejuk rumah boss besar dah..masing-masing berkata..ok..ok nanti kita bid price…alahhhhhhh keluh mereka..tak acilah macam tu..tukar sajalah dengan kami..macam mana nak tukar? kata boss..barang satu yang nak ramai..apa yang you all dapat nak tukar-tukar ni? tanya boss..hamper jawab seorang..voucher giant and parkson kata seorang lagi..eh wah mana boleh nak tukar dengan peti sejuk..campur dua-dua pun tak boleh beli peti sejuk baru…eh eh eh tak boleh kata boss lagi..tergelak semua. Hah tulah tak mahu jampi sebelum draw tadi…dan apabila Dina dapat lcd tv lagilah ramai yang minta tukar hadiah dengannya.

Walaupun kami ada sehari lagi tapi ada yang akan pulang selepas makan tengahari jadi sebelah paginya kami melawat Makam Mahsuri, Laman Padi, Taman Lagenda dan Dataran Lang, dan juga Padang Maksirat. Kedua ibubapaku gembira dapat berada di sini dan baru aku tahu yang Liya tidak pernah sampai ke Langkawi. Hisssh kata Liya..janganlah bising-bising Nur..lahhhhhhh Liya setengah dunia Liya dah pusing Langkawi tak pernah sampai…itulah Nur, bila Adam dan Nur pelawa kami, Liya yang beria-ia pujuk abang Aidil supaya bersetuju..kami sama-sama ketawa. Family day yang kami buat kali ini memang betul-betul family kerana aku bawa semua ahli keluarga kecuali Sarah dan begitu juga dengan Dina serta seorang dua lagi. Ibu mertuaku memang sporting orangnya dan sering mengusik kedua ibubapa ku sewaktu kami berada di Idaman Suri.

Mak Jah : Apa yang di belek dan di fikirkan tu Ani? Beli saja kalau dah berkenan nanti bila dah balik menyesal pulak tak beli…

Mak Ani : Hish Kak Jah ni…asyik nak usik Ani dari tadi..dah banyak Ani beli ni kak..takut tak boleh bawa naik kapalterbang nanti..

Imam Bakar : Betul kata Kak Jah tu Yang..kalau dah berkenan belilah..jangan nanti awak tak tidur malam dan termimpi-mimpi pulak…

Mak Ani : Ehhhh abang pun sama jugak macam Kak Jah…

Mak Jah : Kan betul apa akak cakap…datang sini jangan fikir tak nak belanja..lagi fikir tak nak belanja lagi banyak duit yang keluar….

Imam Bakar : Betul tu kak..nampak saja berkenan..tak nak belipun boleh terbeli…

Apalagi yang di belek tu mak..abang Adam pula bertanya..inilah Adam, semua asyik usik mak, teragak-agak nak beli. Hmmmmm kalau dah berkenan tu ambik sajalah mak..nanti terbayang-bayang tak lena tidur pulak…sambung abang Adam lagi. Amboi-amboi semua orang ni memang bagi semangat untuk mak berbelanja ye..diikuti dengan deraian ketawa dari kami. Menjelang petang masing-masing dah terasa penat yang amat sangat..kami hanya berehat di tepi pantai seketika menjelang makan malam dan bersedia untuk pulang esok harinya. Bestlah ibu..tiba-tiba saja Amin bersuara..kita datang lagi boleh? Insha’Allah Amin jawabku tapi ini bukan first time ibu dan ayah bawa Amin ke mari..ibu dan ayah pernah bawa Amin dulu..tak ingat ye..Amin menggelengkan kepalanya. Kepenatan yang di rasa hilang begitu saja bila anak-anak, kedua ibubapaku dan ahli keluarga yang lain merasa gembira. Percutian memang menyeronokan dan meninggalkan banyak kenangan.

Sanaa 30/01/10

4 Responses

  1. mmg best ‘giler’……akk bleh wat apple ‘hidup dalam khayalan yg indah…’ hahahahahahahaha

  2. San, dah lah red baru lepas tengok episode 13 kat local tv…..rasa ‘Nur’ dan ‘Adam’ memang jelas di depan mata dan minda ne betul2 merasai kebahagiaan di org kecapi.

    Teruskan dengan tulisan, pena yg memang bombastic, fantastic…then olahan cerita yg memang memukau….lain dari lain kan….baca balik2 pun memang mengujakan….

    Rindu pada c joli moli ne dah terubat, beberapa hari tak dpt beri apa apa kat laman ne kan……ne dah terbalas…..memang MELATOP

  3. salam san..

    i think we should thank to Apple jgk pe for this ilham..ye ke tak..? klu tak betul tu sorry la ye..hehehe.. n san dh bape kali u pegi underwater world tu..? mcm dh hafal je semua spesis yg ade kt situ..?

  4. salam sanaa,

    best cite ni.
    nape ye, baca je cite2 kat sini, macam nur ngan adam kat depan mata. terbayang2. apa pun tahniah, teruskan berkarya, ubatkan hati-hati yang rindu kat nur dan adam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 65 other followers

%d bloggers like this: