Hujan turun menitis
Bersama mimpi-mimpi indah
Memberi seribu kedamaian
Lalu terlukis satu wajah
Penuh cahaya dalam kerinduan
Hujan tadi membuatnya menangis
Kerana turunnya memberi seribu hikmah
Setiap titis membawa cerita
Warna jernih kesabaran serta kekuatan
Tidak mampu untuk terus menatap
Warna-warna jernih yang terus menitis
Lalu ku usap agar ia hilang
Semoga tiada kesabaran yang tercalar
Dari rangkaian cerita tanpa tafsiran
Terlalu mudah jari-jari menuding
Mudah jua kata dilempar
Menjadi pelengkap cerita tanpa kebenaran
Terus menuding sehingga terguris
Sekeping hati
Titis-titis yang turun
Adalah hikmah
Membersih ketandusan kebenaran
Kerana hati lebih mengerti
Bahawa cinta ini tidak akan pernah layu
Owned and written by : Sanaa 16/2/2012
February 16, 2012 at 5:24 pm
hmmm…dpt inspiration ker?..hehe….
February 16, 2012 at 11:12 pm
gitulah kira2nya…thanks to you…hehehe
pleasant day and wonderful weekend dear..take care