Putaran waktu terus berlalu
Menginjak usia dan hari
Yang datang dan pergi silih berganti
Ramai berkata
Penantian adalah penyiksaan
Namun apakah semuanya begitu
Apakah mungkin aku berharap
Sesuatu yang terbaik
Walaupun amat pedih
Aku mengulanginya lagi
Ketika dirinya makin lemah dan lesu
Yang kini patah-patah perkataan makin layu
Hanya anggukan dan gelengan
Berkata tidak memberi persetujuan
Bertanya diri berhari-hari
Mungkinkah aku tabah melalui
Perjalanan ini dengan penuh pasti
Setiap kali malam bertemu siang
Siang menanti malam
Dalam meniti perjalanan ini
Hanya Allah yang mengerti segala
Kerana aturannya teramat indah
Lalu kepadaNYA aku mengadu
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bertabahlah hati
Itulah pujukan pada diri
Kerana ia bukanlah perjalanan
Yang ada waktu tarikh ketentuan
Owned and written by : Sanaa 20/02/12
March 10, 2012 at 3:53 am
salam san…terharu akak menbacanya..boleh bayangkan apa yg san rasa..akak pernah melaluinya saat spt ini .apa yg dpt akak kata..sabar dan buat yg terbaek untuk membahagiakannya.doa akak sering mengiringi.tabah shan..love
February 22, 2012 at 1:04 pm
Semoga San bertabahlah..
February 22, 2012 at 1:20 pm
Insha’Allah Aesha…thank u
February 22, 2012 at 8:41 am
Ya Allah…moga dirimu tabah menghadapi saat2 sukar ini… Didn’t quite sure what was this poem actually about, but deep in my heart i have a feeling that it’s about ur father… Sy doakan ayah Sanaa boleh sembuh semula. Jangan berhenti berharap ye, rahmat Allah itu besar buat hambaNya yang sabar… hugssss from me dear friend…
February 22, 2012 at 6:20 am
Salam San, sedihnya puisi ni… whateva u go through right now, hope u can still keep ur feet on the ground.
Btw, how’s ur father’s condition? Getting better?
February 22, 2012 at 8:06 am
Wassalam Lia
As what the puisi says dear…it’s a real situation and current. Insha’Allah I’ll be given the strength dear. Thank you.