Maaf
Cinta sebesar dunia tidak mampu aku janjikan
Aku hanya mampu berjanji
Mencintaimu dengan setulus hatiku
Dengan kasih yang tidak berbelah bagi
Maaf
Tidak aku mampu berjanji
Sepatumu nanti dari Italy
Wangianmu dari Paris
Hanya
Aku mampu memberi kebahagian buatmu
Kerana kau satu-satunya wanita
Idaman qalbu
Maaf
Aku tidak mampu memberi harapan kosong
Kerana itu aku bicarakan jujur hatiku
Sebelum kita sama-sama membuka langkah
Mencari bahagia berdua
Aku
Jujur mencintaimu
Jujur didalam penantian ini
Jujur mahu bersama mu
Mencari cinta diberkati
Dalam perjalanan menuju hakiki
Di gelap malam
Langit yang menangis
Tidak mungkin menghentikan langkahku
Sakit yang dahulu
Tidak mungkin menghapuskan harapanku
Lelah itu juga tidak mungkin
Menghentikan penantianku
Cinta
Memang mudah dilafaz
Namun sukar dimengerti
Tatkala ujian melanda
Tapi kini
Aku mula mengerti
Bahawa sakit perit dan lelah dahulu
Membawa sinar
Lalu aku tetap memberi waktu
Menanti detik
Semoga cinta ini
Bertemu jalannya
Untuk kita bersatu
Sabar didalam doa
Aku panjatkan di setiap solat
Agar
Penantian ini bertemu sinarnya
Kerana aku pasti
Ujian tetap ada
Hujan tetap akan turun
Namun tetap aku harungi
Semoga cinta ini
Adalah cinta hakiki
Diberkahi olehNYA
Owned and written by : Sanaa 15/4/14
Leave a comment