• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • December 2014
    M T W T F S S
    « Nov    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Titi

Hari cuti berlalu pantas sekali
Namun khayalanku tidak pernah berhenti
Sewaktu kenduri Uda dan Dara di sakati
Oleh semua yang menghadiri

Hmm patutlah mak mertua sayang
Anak menantu rajin dan ringan tulang
Usikan semua yang datang bertandang
Dara tersipu tidak mampu memandang

Kasihan sungguh pada si Dara
Uda juga tidak mampu berbuat apa
Andai di bela lagi bertambah sakatnya
Hanya senyuman di beri sentiasa

Jemput makan wahai Dara
Pelawa seorang di antara mereka
Silakan wahai makcik semua
Nanti Dara makan bersama bonda

Orangnya putih cantik pula
Hmm patutlah Uda tidak lepas ke mana
Kalau teman begitu juga
Di sangkar emas tempatnya

Uda dan Dara sudah berjanji
Tidak akan terus membela diri
Biarlah mereka terus menyakati
Di terima kini dengan senang hati

Usik dan gurau tidak berhenti
Sehinggalah selesai majlis kenduri
Puas sudah di usik sehari
Melepas penat lelah lalu ke titi

Jalan berdua berpegang tangan
Sambil menikmati angin yang nyaman
Indah jua pemandangan
Kampung yang kini telah di tinggalkan

Puas sudah hamba mengikuti
Namun tiada apa yang di bicara lagi
Kawasan kebun juga mereka lewati
Masih juga senyap dan sunyi

Akhirnya mereka sampai ke titi
Duduklah di titi yang merentangi
Sungai kecil pohon buluh kanan dan kiri
Keluhan kecil Dara lepaskan kini

Penat?…tanya Uda memecah sunyi
Hanya gelengan yang Dara beri
Senyuman berbalas dari dua hati
Yang mungkin terbayang peristiwa kenduri

Uda pula bersiul kini
Bagai anak muda yang merindui
Memandang manja kekasih hati
Tawa kecil Dara turut mengiringi

Apakah nanti alasan kanda
Dara akhirnya bersuara juga
Kalau bonda terus bertanya
Meminta kepastian tentang kita

Di pandang lagi Dara di sisi
Pertanyaan Dara mencuit hati
Akan kanda bilang pada bonda nanti
Dinda kata hujung bulan Februari

Oh kenapa di tunggu begitu lama
Jawablah pada bonda esok sahaja
Haii ada orang mencabar nampaknya
Tidakkah Dinda menyesal dengan usulan yang ada

Hehehe ketawa kecil Dara kini
Dinda tahu kanda tak sampai hati
Tentunya kanda juga tidak berani
Kita juga belum muafakat tentang ini

Siapa kata? Uda pula bertanya
Eh tadi kanda juga yang berkata
Ada saja yang menukar cerita
Memanglah…kerana dinda sering menduga

Hmm..yang berkata tu apa kurangnya
Pagi kata lain petang kata lain pula
Amboi-amboi kalau bagi peluang nak mengena
Pantas saja salah kanda nampak di mata

Pipi di cubit geram terasa
Dara mengelak terkena jua
Silap-silap jatuh sungai pula
Lalu hamba membayang bagaimana pula cerita

Tenang dan nyaman alam semesta
Menemani Uda dan Dara seketika
Sewaktu hari hampir senja
Berjalan pulang mereka berdua

Sekadar itu cerita sang pencerita
Uda dan Dara tidak mahu berkongsi semua
Doa hamba mengiringi mereka
Semoga segera di ketahui tarikhnya

Begitulah kisah Uda dan Dara
Di alam kasih indah terbina
Hati luhur memberi dan menerima
Kasih sayang terpancar di muka

Sekian dulu buat kali ini
Cerita hamba berhenti di sini
Selamat malam cjolimoli
Semoga kasih mekar terus bersemi

Owned and written by : Sanaa 05/02/11

Kenduri

Percikan cahaya menerangi angkasa
Berdentam dentum meriah bunyinya
Itulah tanda Tahun Baru Cina
Mercun menghalau hantu yang ada

Kepercayaan lama di ikuti mereka
Tinggalan nenek moyang tidak di lupa
Warna merah bawa untung kata mereka
Limau pula melimpah rezeki tidak kira masa

Begitu beruntung rakyat Malaysia
Hidup harmoni berbilang bangsa
Setiap perayaan di sambut bersama
Kunjung mengunjung tidak di lupa

Sepanjang jalan pulang ke Melaka
Terbayang hamba pada Uda dan Dara
Apakah rancangan di buat mereka
Maklumlah cuti…tidak bekerja

Lalu hamba intai rancangan berdua
Uda pulang menemui keluarga…kabaran di terima
Bonda menanti dengan gembira
Mendapat tahu Uda pulang bersama Dara

Kedatangan mereka di sambut gembira
Setelah sekian lama tidak bersua
Tangan di salam ciuman di terima
Uda cemburu tidak semena-mena

Wahai anakanda…kenapa tercegat di sana
Masuklah…pelawa bonda tercinta
Dara tersenyum membaca gelodak rasa
Uda geram bagai dirinya di lupa

Datang Uda berbisik di telinga
Jampi apa yang telah dinda baca
Sehingga bonda boleh lupa
Pada anakanda kesayangannya

Tidakkah kanda merasa bahagia
Bahawa dinda di sayangi bonda
Lihatlah pada senyuman di wajahnya
Berseri-seri dan bercahaya

Hmm…bijak sungguh dinda berkata-kata
Sehingga membuat kanda terleka
Bukan bijak wahai kekanda
Itulah kebenaran yang sudah tertera

Bonda bagai merancang kenduri
Barang di dapur banyak sekali
Lalu bertanya anakanda lelaki
Untuk siapakah persiapan semua ini

Tawa ibu enak sekali
Maaf anakanda terlupa bonda tadi
Hajat bonda membuat kenduri
Doa selamat hajat tertunai kini

Uda sekadar berdiam diri
Bahagia bonda ingin di kongsi
Tidak akan di tanya lagi
Apakah hajat yang tertunai kini

Ramai sudah orang yang datang
Ke teratak bonda menjelang petang
Anak-anak berlari riang
Nanti malam di ajak main perang-perang

Uda mencari buah hati tercinta
Tidak lagi nampak di depan mata
Di manakah pula hilangnya Dara
Hanya terdengar suara yang manja

Uda kini jadi pemerhati
Dara duduk bercerita bila di kelilingi
Makcik-makcik yang ingin ketahui
Di sulam ketawa tanda geli hati

Bayangkanlah saudara saudari
Tajamnya pandangan yang menembusi
Telah kita lihat berbagai aksi
Renungan Uda di kaca TV

Uda hanya tersenyum memandang
Ketika Dara duduk bersembang
Hati yang kasih bertambah sayang
Pada Dara pujaan abang

Tersentak Uda dari lamunan
Ketika bonda memberi teguran
Jangan asyik di tenung Dara pujaan
Banyak lagi kerja yang mesti di bereskan

Dara mendengar bonda berkata
Terasa malu kerana tidak berbuat apa
Lalu bangun merapati bonda
Cemburu Uda datang semula

Tidak mengapa wahai anakanda
Bonda sekadar mengusik sahaja
Anakanda teruna hilang di alam buana
Memerhati Dara yang asyik bercerita

Benar sungguh apa di kata
Makcik juga tidaklah buta
Cahaya kasih sayang serta cinta
Terpancar di wajah anakanda berdua

Tersipu malu Uda dan Dara
Di tegur begitu orang ramai pula
Uda pura-pura memandang sini sana
Eh bonda langsir bertukar juga

Deraian ketawa dari semua
Sudahlah tu…jangan nak pura-pura
Tak perlu di sembunyi rasa cinta
Sekilas ikan di air…kami tahu jantan betina

Dah ada tarikhnya…wahai bonda
Usik mereka menjadi pula
Hmm sudah puas diri ini bertanya
Belum di jawab anakanda berdua

Jawapan sebenarnya sudah sedia
Hanya tidak di hebahkan saja
Ishhh pandailah kamu meneka pula
Pada bonda tidak di kata apa

Dulu seringgit makan seorang
Kini pula hendak di bahagi dua
Abang sayang adik sayang
Kenapalah nak di tunggu lama-lama

Ha’ah betul tu wahai bondanya
Gunakan kuasa vito pada anakanda
Kami ni teringin juga nak merasa
Nasi minyak rumah kamu pula

Sudah-sudahlah tu makcik semua
Nanti Uda umumkan bila tiba masa
Kenduri hari ini nasi minyak juga
Jadi Uda tidak berhutang apa-apa

Ewah…pandai kamu berkata-kata
Dengar sini anakanda teruna
Tidak sempurna nasi minyak yang ada
Kalau tiada pengantin di singgahsana

Kenduri sekarang nasi beriani
Sampuk pula Makcik Ani
Nasi minyak hidangan tradisi
Apa susah…mari kita panggil Tok Kadi

Merah sudah wajah si Dara
Di sakat makcik-makcik sebegitu rupa
Muka dah cantik merah nak tunggu apa
Jom kita siapkan pelaminnya

Maafkan kami wahai makcik semua
Uda menarik tangan si Dara
Oii oii nak ke mana anakanda berdua
Sayur dan daging belum di potong juga

Uda buat tidak tahu sahaja
Walaupun Dara cuba menahannya
Nak ke mana kita wahai kanda
Kerja di dapur menanti kita

Dinda sanggup di usik begitu
Tanya Uda benar-benar ingin tahu
Usikan mereka tandanya restu
Jawapan bonda sambil berlalu

Tiada apa lagi yang boleh di kata
Menahan saja segala gurau senda
Baik-baik jari jangan terluka
Fungsinya nak guna lama

Senyuman Dara memang menawan
Habis semua makcik-makcik tertawan
Bertambah lagi segala usikan
Sehingga Uda duduk berjauhan

Meriah terasa majlis yang ada
Gembira bonda tidak terkata
Anakanda pulang tepat pada masa
Bersama berhimpun dengan keluarga

Kenduri menjadi tajuk cerita
Sang Pencerita mengangan segala
Dari kereta kuda hingga kenduri pula
Nanti ku tambah kompang bergema

Waktu kini hampir dinihari
Mata juga sudah berpinar kini
Esok pagi sambung cerita lagi
Selamat malam dari hamba di sini

Owned and written by : Sanaa 02/02/11

Apalah Lagi Si Murai Ini

Walaupun hari ini hari cuti
Hamba kena kerja setengah hari
Terbantutlah segala imaginasi
Yang ada sejak pagi lagi

Entah kenapa murai.com hamba lewati
Ada lagi cerita Dara yang di kasihi
Cerita remeh temeh murai beri
Menarik perhatian pembaca sana sini

Aduhai murai tercabut ekor lagi
Namun kenapa Dara saja yang di sakiti
Apabila di baca segala isi
Ohh nak minta di betulkan penampilan diri

Di baris bawah lagi menyakitkan hati
Larry King di sebut dalam tulisan tadi
Murai jadilah “Larry King” di sini
Interview pula Hollywood celebriti

Teringin pula melihat murai berbicara
Setelah lama menjaja gossip sahaja
Tunjuk pula pada kami semua
Yang murai berpengetahuan dalam semua perkara

Ukur baju di badan sendiri
Bila menegur perlu ada diplomasi
Kalau berkata ikut suka hati
Teguran menjadi hina dan mengeji

Pssttt murai…hamba ada berita terbaru
Tidak lama lagi Dara jadi pengantin baru
Pakaian dan di tempah lama dahulu
Hebohlah murai…biar semua orang tahu

Dara nak nikah tahun ini
Konsep dah sedia tunggu apa lagi
Cerita kamu macam tu dah basi
Hamba bagi clue lagi sensasi

Carpet ternganga dengan cabaran
Sang Pencerita di anggap tidak siuman
Entah mana kabar berputaran
Di ambil murai silap-silap di paparkan

Hahaha sang pencerita duduk ketawa
Bila carpet menyuarakan rasa
Kalaulah murai yang sebarkan berita
Tiada siapa yang percaya

Mari murai kita betting di sini
Cerita siapa yang lebih sensasi
Jangan asyik menyanyi tak henti-henti
Orang baca lagi lama lagi benci

Hamba selidik sedikit bukti
Di baca juga rencana di murai tadi
Hanya kisah Uda dan Dara rating tertinggi
No wonder murai asyik mencari mereka ini

Wake-up murai ini zaman teknologi
Sokongan bantahan perlu ada bukti
Cakap kosong tidak bererti
Paling tidak duduk di forum cari

Dara itu adalah orang seni
Hati dan jiwa yang merasai
Cekal dan tabah dalam mengharungi
Mental Independence yang di terajui

Siapakah kamu wahai murai?
Kenapa berselindung di sebalik tirai
Hamba rasa mungkin dirimu kusut masai
Itulah di belakang tabir duduk mengirai-ngirai

Kita ini manusia biasa
Tiada siapa diri yang sempurna
Janganlah berkata ikut suka
Fikir dulu baik buruk sebelum berkata

Terlajak kata buruk padahnya
Hamba ni pun bukannya sempurna
Namun cuba dengan segala daya
Bila mengkritik masih guna budi bahasa

Eh sudahlah ya murai…ingatlah jangan lupa
Sekali orang terluka sepuluh kali kita merasa
Andainya tidak mahu sakit dalam jiwa
Berfikir dahulu sebelum pena menita

Hamba tahu murai tidak ke sini
Namun tiada siapa tahu suatu hari
Tergerak pula mencari penawar diri
Singgah di sini murai syok sendiri

Ok murai ingatlah pesanan ku ini
Esok lusa jangan buat lagi
Oppps ada soalan hamba terlupa tadi
Kenapa murai suka “serang” Remy dan Tizzy?

Murai tak jawab tetap hamba ketahui
Cemburu mu jutaan kali
Bila melihat sepasang merpati
Menyimpan rahsia kuat terpatri

Apapun murai senangkanlah hati
Di hari cuti-cuti begini
Ingatlah jangan di buat lagi
Sudah banyak kali hamba berpesan begini

Kalau nanti murai buat lagi
Hamba ada satu resipi
Bahan campuran gunung berapi
Kena sekali tiada ampun kini

Pantun hamba berhenti di sini
Maklumat terkini telah hamba beri
Murai mesti senyum tak henti-henti
Cjolimoli nak nikah tak lama lagi

Kawan-kawan kita terapi petang hari
Tanya Dodin mana songket yang di beli
Sungguh…tidak hamba bohongi
Dodin beli sejak tahun lepas lagi

Tu tu Dodin dah senyum sendiri
Sebab sang pencerita tulis tiada bukti
Berapa kali dah cakap nak berhenti
Kenapa di sambung panjang-panjang lagi

Ini last untuk pantun ini
Selamat Bercuti semua di sini
Tahun Baru Cina sehari saja lagi
Makan limau jangan tak henti-henti

Owned and written by : Sanaa 01/02/11

Limpahan Kasih

Kasihku
Hari ini bayangmu
Mendamaikan hatiku
Indahnya senyumanmu
Membahagiakan seluruh jiwa raga ku

Kasihku
Janganlah di takuti
Masa hadapan
Kerana angan tercipta
Di hari ini
Tidak terkurung dan tidak juga jauh

Kasihku
Hatiku tidak lagi berselerakan
Tidak lagi kekosongan
Tidak lagi kesunyian
Kerana telah di isi
Dengan limpahan kasih sayang
Mengalir terus bersama keindahan dan kebaikan

Kasihku
Pagi ini bersamamu
Bersama tiupan angin berbuai lembut mengiringi
Dalam sebuah harapan dan doa
Dengan sepenuh kasih di hati
Aku memanjat syukur ke hadrat Ilahi
Kerana memberi kita kasih dan cinta
Untuk hari ini esok dan selamanya.

Owned and written by : Sanaa 31/01/2011

Ombak

Oleh kerana keletihan adanya
Sang Pencerita terlena tidak sengaja
Terkejut pula hamba dari lena
Macam orang mengigau sahaja

Wake-up wake-up sang pencerita
Kami bawa berita hangat semasa
Buka matamu janganlah lena
Jangan terlepas sesaat juga

Rupa-rupanya carpet datang
Berlari-lari macam nampak jembalang
Kenapa carpet…lari lintang pukang
Ada kabaran asyik terbang-terbang

Terpisat sang pencerita mendengarkan
Apakah kabaran yang berterbangan
Sehingga tidak dapat menahan
Bercerita dengan penuh perasaan

Apakah aku mengigau? bertanya sendiri
Memang tak compute dalam fikiranku ini
Cerita carpet memang menarik sekali
Namun sukar untuk di percayai

Benar sesungguhnya benar wahai sang pencerita
Datang pula teropong mengiyakan segala
Suka hatilah kamu berdua
Jangan bercerita tanpa ada buktinya

Lahh apa sudah jadi dengan sang pencerita
Macam orang hilang selera saja
Kami ni nak bagi berita gembira
Kabarnya Uda dan Dara bersua muka

Inilah kami sedang pasang camera
Tengoklah sendiri wahai sang pencerita
Oh alangkah manisnya senyuman mereka berdua
Andainya madu dah lama inginku rasa

Terbeliak biji mata hamba
Melihat Uda dan Dara bergurau mesra
Eh eh apakah mereka tak siuman agaknya
Ombak yang kuat hendak di duga

Dinda!!! Uda menarik tangan si Dara
Yang cuba terlalu dekat ombak yang gila
Dara ketawa Uda menahan segala rasa
Cemas dan takut hingga hilang kata-kata

Dara masih dalam pegangan
Di renung dan tenung tiada ucapan
Dara melihat penuh kehairanan
Nafas di tarik mata dipejamkan

Wahai kanda cubalah bersuara
Kucupan hinggap di atas kepala
Itulah jawapan yang Dara terima
Pelik dan hairan dengan aksi Uda

Nafas ditarik lega dirasa
Apabila ketakutan hilang adanya
Wahai adinda kesayangan kanda
Selangkah silap mengundang bahaya

Manja dan nakal Dara dengan tawa
Uda masih menahan rasa
Pipi dicubit geram tak terkira
Kekasih hati buat tidak tahu pula

Wahai dinda…intan payung buah hati kanda
Errrr Dara menggelengkan kepala
Tahukah adinda bagai terbang rasa nyawa
Ombak yang ganas itu hendak dinda duga

Tawa Dara lagi kedengaran
Di tatap wajah kekasih pujaan
Timbul pula rasa kasihan
Pabila kerisauan di jadikan permainan

Maafkan adinda wahai kekanda
Niat hati saja nak menduga
Apakah benar ombak mengacau jiwa
Seperti mana kanda pernah kata

Eee eee ada juga ku gigit nanti
Kata Uda dengan geram sekali
Dinda sudah hilang segala isi
Kalau di gigit kanda juga yang rugi

Terus saja Dara melepaskan diri
Uda terdiam hanya memerhati
Kanda marahhh…Dara bergurau lagi
Takkk…larilah hingga sepuas hati

Jauh kini Uda dan Dara
Di biarkan saja Dara dengan aksinya
Senyum Uda penuh bahagia
Kekasih hati berada di hadapan mata

Berlari Uda mendapatkan Dara
Tangan di pegang kuat terasa
Hilai tawa penuh cinta
Hamba memandang dengan gembira

Berpimpin tangan mereka berdua
Tangan di hayun berirama pula
Makin kabur di pandangan mata
Itulah saja rakaman yang ada

Teropong dan carpet mendapat berita
Membeli belah batik sutera
Apakah nanti di buat kebaya
Tentu cantik dipakai Dara

Itulah angan-angan yang di bawa
Oleh sang pencerita dan rakannya
Tutup mata angan sahaja
Cinta Uda dan Dara kukuh terbina

Doa hamba buat mereka
Semoga cepat berumahtangga
Pastinya anak-anak comel belaka
Ayah tampan ibu cantik jelita

Elehh sang pencerita terlebih pula
Tegur carpet yang memerhati segala
Senyum hamba sampai ke telinga
Bila ternampak keluarga bahagia

Sekian dulu cerita kita
Haripun hampir senja
Siang tadi hamba bekerja
Letih juga dah mula terasa

Selamat beristirehat wahai semua
Cuti Tahun Baru Cina hendak kemana
Sang Pencerita pulang melihat ayah bonda
Alhamdulillah mereka sihat adanya

Owned and written by : Sanaa 29/01/11

Langkah Ku

Pagi-pagi di beri kabaran
Nampak belon tinggi di awan
Di tanya pula siapakah gerangan
Yang sedang berada di awang-awangan

Manalah mungkin sang pencerita meneka
Bila teropong tidak mampu menembusi segala
Di kata pula Dara tinggi di atas sana
Waduhh berdebar-debar saja hati berkata

Ke manakah diri di bawa
Awal pagi sudah berada di atas sana
Tidaklah dapat hamba meneka
Jadi inilah angan sang pencerita

Tugas dan tanggungjawab memisahkan
Setelah seminggu rindu jadi tanggungan
Resah gelisah hati tidak keruan
Naiklah belon jumpa kekasih pujaan

Berlinang airmata bila bertemu
Dek kerana membaranya rindu
Selisih faham juga ada berlaku
Pertemuan di rancang jangan di speku

Airmata menitis tanda gembira
Bila terjumpa girang tak terkira
Di sapu pula dengan penuh manja
Lagilah berderai si airmata

Renungan kasih Dara terima
Tersipu malu ada juga agaknya
I miss you itu yang di kata
Oleh Uda pada Dara

I miss you too balasan di terima
Ehh ada juga air di mata Uda
Huuu ini tentu rindu tak terkira
Sedih berdua semacam hamba rasa

Melihat ombak yang bergelora
Begitu agaknya hati Uda dan Dara
Biarlah ombak ambil segala
Asalkan mereka tahu batas yang ada

Ombak masih menemani mereka
Tiada bicara hanya diam sahaja
Hanya hati saja yang berbicara
Di perhati oleh angin dan awan bersama

Itulah ertinya cinta
Dalam hati saja yang merasa
Tidak perlu di umum pada dunia
Bicara hanya untuk berdua

Jom kita pergi ke sana…ajak Uda
Ke mana? Dara pula bertanya
Trust me you like it…itulah kata seterusnya
Huluran tangan di sambut jua

Berjalanlah mereka berdua
Menyusuri pantai indah terasa
Baik-baik wahai adinda
Ombak yang ganas tu merbahaya

Tibalah mereka di satu perhentian
Kawasan kecil sebuah perindustrian
Membuat keropok dan batik tulisan
Gembira Dara melihat keunikan

Di kabarkan minat mereka ada persamaan
Keindahan alam dan juga lukisan
Mengambil gambar adalah impian
Itu yang pernah Dara utarakan

Sama-sama mereka melewati
Menghargai hasil seni juga tradisi
Rehatlah wahai pasangan serasi
Pandai-pandai jaga diri

Haha tamatlah ilusi sang pencerita
Kerana tidak di benar rakam segala
Doa hamba buat mereka berdua
Semoga berbahagia selamat sejahtera

Segala rahsia hati di kunci rapi
Tidak mampu hamba menembusi lagi
Sekali sekala hanya hati merasai
Kukuhnya cinta cjolimoli

Selamat bertugas wahai teman
Janganlah asyik kita kerunsingan
Kini sudah sampai hujung bulan
Segala bil jangan lupa pula di jelaskan

Hehehe sekadar buat senyuman
Jenaka setiap hujung bulan
Kerja penat dan keletihan
Itulah yang mesti di beri keutamaan

Owned and written by : Sanaa 28/01/11

Sedikit Pesanan

Kisah artis di sana sini
Ada yang mencari rezeki dan populariti
Perkara kecil diperbesarkan sendiri
Atau adakah mengundang kontroversi

Kalau dulu tuduhan di kata
Dara pujaan di jadikan mangsa
Perkara tiada di sebut merata
Satu Malaysia orang membaca

Kini takdir mengena diri
Di salahkan pula bekas isteri
Satu Malaysia juga mengetahui
Manakah lagi di letak harga diri

Bukannya hamba makhluk yang suci
Sekadar ingin berkongsi
Walaupun diri bintang terpuji
Janganlah cerita di jaja sana sini

Lihatlah apa ada dalam diri
Sejauh mana tohmahan di adili
Hentikanlah menuding jari
Sudah tiba masa untuk menginsafi

Masih banyak lagi ruang waktu
Ketika sihat dan masih lagi laku
Pergilah jauh ribuan batu
Untuk mencari diri yang satu

Blog ini tidak pernah bercerita
Tentang dirimu seorang saja
Namun sebagai manusia bersaudara
Pesanan di beri ikhlas adanya

Hentikanlah sandiwaramu ini
Pergilah berehat musabahah diri
Tenangkan fikiran berzikir jutaan kali
Semoga menemui cinta yang hakiki

Jalan masih terbentang luas
Andainya kita berfikir waras
Dugaan dan cabaran jadikan teras
Perbaiki diri tanpa was-was

Terlalu banyak hamba membaca
Kisah cinta yang di taja
Sekali dua orang boleh menerima
Tentu sekarang orang dah tahu segala

Masih belum terlambat adanya
Wajah yang jelita juga jangan di sia-sia
Sebelum jalan tertutup buat selama-lama
Pergilah cari ketenangan jiwa

Cuma satu hamba ingin berpesan
Jangan di ganggu Dara pujaan
Tohmahan dahulu masih dalam ingatan
Walaupun dah berlalu masih berkesan

Itulah saja sedikit pesanan
Dari hamba yang sering memerhatikan
Perjalanan hidup seorang insan
Yang di kurnia Allah cukup sifat dan kesempurnaan

Kasihanilah dirimu sendiri
Jangan di siksa batin dan sanubari
Ambillah nasihat walaupun sehari
Pergilah jauh membawa diri

Semoga nanti jalan bahagia di temui
Tiada lagi dendam kesumat menyelubungi
Hidup berkat lagi terpuji
Sanjungan yang datang ikhlas di beri

Kepada teman-teman yang melewati
Selamat pagi semoga ceria hari ini
Baik-baik jaga diri
Janganlah lupa bersarapan pagi

Owned and written by : Sanaa 28/01/11

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 65 other followers