Deria

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyempurnakan sifat kita apabila kita dilahirkan. Deria yang sedia terbentuk adalah deria rasa, bau, dengar, sentuh dan lihat. Walaupun begitu ada juga sesetengah dari kita dilahirkan dengan kekurangan namun dengan berkat belaian kasih ibu dan bapa serta keluarga, segala kekurangan dapat diatasi. Bekalan kecekalan hati juga adalah di antara fakta bagi mengharungi perjalanan hidup ini.

Mukadimah tersebut membawa saya kepada perbincangan status pelakon utama Dejavu di Kinabalu iaitu Tiz Zaqyah bertarikh 5hb July lalu yang saya kepilkan di sini.

As salam..
Teruja baca macam macam komen ttg DDK..ada yang betul emosi sampai geram,ada yang sayang yang kesian :( hmm… Betul soal perasaan dan hati tak boleh dipaksa kan? Kalau dah tunang/kahwin dan cinta dah tak ade,tetapi cinta tu wujud kat org lain,sama juga macam menipu/curang dgn pasangannya kan?sanggupke kite nak hidup dalam penipuan? In the end,dua dua pun seksa..bukan luaran tapi dalaman .. Anyway..hidup ni macam macam kan :) look at the bright side,at least there is “love” around and within us . Good day ! Lala”

Melalui status tersebut Tiz bersama peminat telah bertukar-tukar pendapat tentang perjalanan hidup Nadira, Ammar dan juga Bazli, sehingga ada yang mengaitkan kisah cerita ini ke realiti. Semenjak awal kita dihidangkan bahawa Nadira adalah tunangan Bazli, Nadira di katakan adalah “penerima” jantung arwah tunangan Ammar dan akhirnya pertemuan tidak disangka antara Ammar dan Nadira yang mengubah segalanya. Episode-episode minggu lalu telah membawa kita membenci Nadira kerana berubah hati terhadap Bazli, lalu wujudnya di alam realiti #teamammar dan juga #teambazli. Saya hanya menjadi pembaca sahaja kepada luahan pendapat peminat yang diselangseli oleh pendapat Tiz sendiri. Ada sekelumit rasa di hati ini untuk menulis di laman web Tiz akan tetapi apa yang ingin saya luahkan terlalu panjang dirasa lalu keputusan saya ambil untuk mengupas subjek “perubahan” hati di dalam cerita lalu dibawa ke realiti itu di sini. Keinginan saya bertambah apabila seorang peminat menggunakan “Adam” dari drama bersiri Nur Kasih sebagai contoh.

Saya melihat perubahan Nadira bukan hanya kerana pemindahan jantung. Perubahan Nadira bersangkut paut dengan soal hati dan keinginan yang mungkin sukar untuk Nadira fikirkan sendiri. Ini adalah kerana jantung merupakan sebahagian dari organ dalam diri kita yang bertugas tidak henti sejak dilahirkan hinggalah jantung itu berhenti di hari kematian kita. Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang disediakan oleh pembuluh arteri koroner. Di dalam terjemahan bahasa jantung = heart dan hati = liver. Namun apabila sasterawan Melayu mengindahkan bahasa lalu menjadi jantung berdetik hati yang merasa. Ini tidak ada dalam sastera Inggeris kerana mereka hanya menggunakan jantung (heart) untuk merasai segala gerak perasaan. Indahnya bahasa Melayu tatkala jantung berdetak, hati tersentuh lalu akal bertanya apakah makna getaran ini? Tanpa disangka dan diduga bermulalah episode yang dinamakan CINTA tatkala diterjemah dalam naskah cerita membuat ramai yang terbuai-buai dalam alunan irama dan lagu sehingga ada yang terlupa akan logic relevant dan realiti.

Good job Tiz kerana berjaya membuat orang membenci Nadira dan begitu juga dengan pendapat yang diberikan. Apabila bercakap di alam realiti kita menggunakan “hati” sebagai pengantara dan bukan lagi jantung walaupun kajian menunjukan penerima jantung akan ada sedikit sebanyak mewarisi perangai pendermanya. Ini telah dibuktikan oleh kajian perubatan sejak dahulu lagi dan ada juga extreme cases dan rare cases yang dilapurkan. Akan tetapi kajian yang ada mungkin tidak begitu menyeluruh, besar kemungkinan ramai yang menerima hakikat ini. Bagaimana pula dengan akal dan soal hati dalam hal ini? “The conscious and sub-conscious mind” dalam cerita memang kurang digunakan.

Di antara celahan kata Tiz, besar kemungkinan Ammar memberi ruang kepada Nadira untuk mencuba perkara-perkara yang mendatangkan sesuatu yang baru, ghairah mencuba dan cabaran yang diterima. Manakala Bazli is Mr Good Guy, yang terlalu bimbang akan keselamatan, kesihatan dan sampai terlanggar batu kecil di jalan pun besar kemungkinan menjadi kerisauan buat Bazli. Life no excitement bersama Bazli, I think. Tertimbul satu pertanyaan dalam diri saya…if excitement menjadi sebab berapa lamakah ia akan bertahan? Secara logiknya hidup ini bukan untuk hari ini sahaja. Tiz juga mengungkap bahawa rumahtangga atau bercinta bukan untuk hari ini saja, apa akan jadi selepas, selepas dan selepasnya (lebih kuranglah macam tu tapi dalam erti kata yang sama)

Dalam waktu yang sama juga kebarangkalian Bazli terlalu cool membuat Nadira bosan juga. Setakat ini “perebutan” tu belum nampak ketara dan Nadira tidak menggunakan akal sepenuhnya dalam mentafsir keadaan ini. Bimbingan dan nasihat juga kurang.

Itu adalah bait-bait cerita ketika status facebook Tiz ditulis. Keinginan saya mencungkil cerita di sebalik cerita melalui komen-komen yang diberikan adalah sesuatu yang terlalu subjective. Namun begitu saya berharap dapat menerap nilai-nilai jati diri, kekuatan mental dan fizikal serta komersial melalui cerita di dalam kupasan ini. Saya mengakui bukanlah penonton setia Dejavu di Kinabalu. Akan tetapi saya membaca banyak komen mengenainya dan juga terbit #teambazli dan juga #teamammar. Seorang dua mengatakan cinta Ammar dan Nadira adalah cinta suci. Memandangkan ia sebuah cerita pendapat yang dihulurkan saya terima akan tetapi tidak bermakna saya bersetuju oleh kerana ramai yang cuba mengaitkan kejadian ataupun babak-babak dalam cerita ke alam nyata.

Perenggan di atas membawa saya kepada pendapat seorang peminat yang menggunakan “Adam”, “Nur” dan “Katrina” sebagai contoh perubahan. Tatkala Adam memberontak dinikahkan dengan Nur, Adam “dibendung” oleh ramai. Adam ada abang, mak, ayah dan juga keluarga mertua. Adam meminta Nur menjadi pelakon dihadapan mereka semua lalu menjadikan mereka pelakon yang berjaya menakluki hati keluarga. Realitinya hanya mereka saja yang tahu (di dalam cerita). Dalam pada itu sedikit sebanyak fikiran Adam juga telah bercelaru di antara ketukan hati yang baru dan keganasan keinginan yang sedia ada iaitu Katrina. Adam memilih Katrina setelah kematian ayahnya lalu meninggalkan Nur. Di sini saya tidak memandang Adam sekadar mencari Katrina, Adam sebenarnya mencari kehidupan yang diimpi, iaitu hidup bebas dan mengejar kemewahan. Katrina adalah alasan ataupun jambatan untuk Adam mencapai apa yang diinginkan. Nur adalah sebaliknya, demi menjaga nama baik dan maruah keluarga, Nur sanggup menipu keluarga dan menelan segala pahit ditinggalkan seorang diri. Nur ditinggalkan tanpa berita, tanpa nafkah zahir dan batin. Gantung tidak bertali kata orang. Walaupun dihimpit keperitan dan kepayahan Nur tetap bertekad menyambung pelajaran dan tidak juga Nur lupa untuk berdoa buat Adam.

Di antara babak-babak yang ada membuat ramai penonton berfikir dan juga cuba membawa watak-watak ini ke dunia nyata. Nur digambarkan sebagai seorang anak, wanita dan isteri yang tabah dan cekal walaupun cintanya tidak berbalas, Nur masih tetap mendoakan kesejahteraan Adam. Adam tak perlu tahu tapi sub-conscious Adam menerima segala getarannya. Ia terjadi dan mungkin terjadi kerana Adam pernah berhadapan dengan Nur, keikhlasan Nur berdoa dan barangkali juga mereka ada melalui saat-saat yang tidak terduga dalam lakonan mereka. Keadaan ini dikukuhkan lagi apabila Adam menghalang Katrina membuang cincin perkahwinannya. That’s telepathy. Rahsia perkahwinan Adam dan Nur tersimpan rapi sehinggalah ia dibocorkan ketika Adam mencari kembali dirinya yang hilang.

Watak makin kukuh lagi dengan Adam yang “berperang” dengan diri sendiri. Kemewahan material, isteri yang cantik dan pekerjaan yang menjamin masa depan tidak memberi Adam kebahagian yang diimpi. Adam tidak tahu apakah punca semuanya ini. Setelah berbagai dugaan Adam lalui, dia bertemu jawapan tatkala mata Adam bertentang kembali dengan Nur yang masih dalam telekung berdiri di atas tangga. Arghh..that’s it. Adam tak perlu apa-apa lagi. Adam telah menemui jawapan yang dia cari selama ini tanpa bicara tanpa kata. Apakah laluan Adam mudah? Pastinya penonton setia Nur Kasih sudah tahu jawabnya.

Berdasarkan dua cerita dan pendapat seorang peminat yang mengatakan bahawa kita dibekalkan garis panduan dalam Islam baik dari segi perhubungan insan dan juga kehidupan kita sehari-hari. Namun kita juga sedari sebagai manusia kita diselaputi oleh berbagai rasa dan perasaan seperti rasa marah, bersalah, hendak itu dan ini, keinginan mencuba sesuatu yang baru. Selain daripada itu dalam mempertahankan sesuatu hubungan bukanlah kerja seorang saja. It takes two to tango. Ia adalah kerjasama dan juga keinginan berdua. Faktor-faktor luaran juga mempengaruhi keadaan fikiran dan keputusan yang bakal kita buat dan ambil. Tidak dinafikan dengan segala garis panduan yang ada, ramai yang tidak mampu mengikutinya kerana masih ada fakta-fakta kekurangan di sini. Tengok saja apa yang terjadi kepada Adam…Adam seorang yang rebellious walaupun ayah dan ibu berpegang kuat kepada agama…perjalanan Adam terlalu lama dan jauh sebelum dia kenal agama dan pulang ke pangkal jalan

Siapakah guru kita? Siapakah kawan-kawan kita dan siapakah ahli keluarga kita? Kekuatan fikiran saja tidak cukup andainya tiada kesedaran dalam diri kita dan juga pasangan kita. Keadaan akan menjadi lebih celaru dan kelam kabut apabila ramainya penasihat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada sesetengah keputusan yang dibuat hari ini adalah yang terbaik untuk hari ini saja atau untuk keadaan yang kita hadapi di masa itu. Esok, lusa, tulat atau tahun-tahun yang berikut besar kemungkinan keputusan yang kita buat dahulu mendatangkan beban, penyesalan, keluh kesah dan sebagainya. Di saat dan ketika itu ia memaksa kita menghadapi keadaan sekarang berdasarkan apa yang telah berlaku bertahun dahulu. Itulah yang terjadi kepada Adam. Akan tetapi kerana olahan cerita, skrip yang kuat dan kukuh serta lakonan yang berkesan membuat penonton mahu berubah sama menjadi watak-watak di dalam Nur Kasih. Watak-watak itu ingin dan mahu dicontohi. Ketika berakhirnya Nur Kasih jika tidak silap saya memandang dan mendengar ramai yang ingin mencontohi Nur, ingin berubah dari Adam dahulu kepada Adam sekarang, ingin menjadi isteri yang baik, anak yang baik, ipar yang baik dan segalanya baik. Keputusan Adam empat tahun dahulu membawanya kembali menagih kasih dari Nur isteri yang ditinggalkan, isteri yang tidak dicintai dan keputusan Adam empat tahun yang lalu membuat Nur berjaya menggenggam segulung ijazah dalam keperitan dan kepayahan hidup. Babak-babak ini adalah contoh kekuatan di dalam sebuah cereka yang membuat kita berfikir dan mengupas bahawa setiap dugaan dan cabaran akan memberi kita kesedaran dan merubah diri.

Sedikit rumusan tentang watak Nadira, Ammar dan juga Bazli kalaulah ada di dalam alam nyata yang begini jawapannya “hancus” disebabkan semuanya ikut perasaan. Bazli seorang yang terlalu baik dan terlalu sayangkan Nadira, manakala Ammar pula dalam setiap salur darah dia Innara masih hidup dan segar bernafas. Diletakan sepuluh wanita dihadapan Ammar saya pasti Ammar mencari Innara dalam wanita-wanita tersebut. Nadira pula tersekat dalam dua dunia yang dia sendiri tidak tahu (she’s confused) dan Nadira juga tiada kawan dan teman yang benar-benar dapat membantu dan membimbing dia dalam hal-hal yang begini. Nadira tidak pasti lalu meminta pertunangan diputuskan. Itu adalah jalan yang terbaik pada fikirannya kerana hawa nafsu sudah menguasai diri. Saya terima seadanya apabila Nadira mahu memutuskan pertunangan kerana Nadira tidak lagi merasa bahagia dengan Bazli. Nadira memilih untuk berpisah. Itu adalah keputusan dan kehendak Nadira. Di dalam cerita keputusan Nadira itu kita anggap yang terbaik kerana cintanya kini telah beralih arah kepada Ammar. Kenapa cinta dan kasih Nadira beralih kepada Ammar? Jawapan di dalam cerita adalah kerana Nadira sekarang bernafas dengan jantung Innara yang merupakan tunangan Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Wajar ataupun tidak kalau kita katakan Nadira adalah “mangsa” keadaan? Setiap kali bertentang mata dengan Ammar atau Ammar berada dijarak yang dekat, jantung Nadira berdegup kencang. Di sini kita kembali kepada komen peminat mengenai garis panduan itu tadi. Andai hendak berlandaskan hukum hakam saya tunding jari kat Ammar. Dah tahu Nadira tu tunang orang kenapa dikacau? Dah kenalpun dengan tunangan Nadira masih juga nak ikut kata hati? Nasihat kawan tidak langsung Ammar endahkan…so apa yang boleh kita garapkan dalam realiti? Apakah mungkin Bazli terus saja bersabar? Tak bertumbukkah Bazli dan Ammar? Apakah tindakan Ammar dan Nadira mampu kita katakan cinta suci? Perkara-perkara begini apabila kita bawa ke alam realiti boleh jadi padang gusti, kerana kalaulah benar Bazli tu cintakan Nadira tentu dia akan bertindak. Tak tahulah saya kalau perasaan belas Bazli keatas Nadira mengatasi segalanya. Ataupun Bazli mengalah sebelum berjuang? Mungkin episode-episode yang akan datang mampu menjawabnya.

“Merewang sebentar kepada plot cerita yang seakan sama dalam penerbitan luar negara yang pernah saya baca dan tonton. Seperti yang saya katakan dalam artikel terdahulu, tema dan plot Dejavu di Kinabalu adalah plot yang telah acap kali digunakan dalam penerbitan luar. Akan tetapi penerbitan luar lebih menumpukan kepada kekuatan penerima jantung. Kesan yang mereka hadapi dan lalui, mimpi-mimpi ngeri yang datang dan juga keanehan selera makan, pakaian dan sebagainya. Amat jarang perebutan kasih dan adanya orang ketiga dalam perhubungan. Saya cuba mengingati sebanyak mungkin bait-bait cerita dari sebuah buku yang saya baca, seorang penerima ini sering saja terbayang dan bermimpi untuk terjun dari tempat yang tinggi walhal sebelumnya dia amatlah penakut. Hubungan dengan kekasihnya juga hambar oleh kerana di dalam mimpinya sering hadir seorang lelaki yang mencumbui dirinya dan membelai dirinya. Makin hari kehidupannya makin tertekan lalu dia mengambil keputusan untuk mengikut kata hatinya melalui bayangan dan mimpi itu tadi. Perpisahan berlaku di antara dirinya dan kekasihnya kerana dia perlu mencari jawapan kepada igauan yang hadir. Penerima jantung tersebut dalam pencarian, berjumpa dengan berbagai ragam manusia sehingga dia melakukan apa yang wujud dalam mimpinya. Penerima jantung mengembara kerana itu yang sering di mimpikan. Bungy jumping, diving, surfing adalah di antara mimpi-mimpi yang hadir. Kekasih yang ditinggalkan tetap berjanji akan membantu sedaya upaya lalu mereka berjanji untuk terus berhubung.

Tatkala penerima jantung melaksanakan mimpinya yang pertama iaitu bungy jumping, ia didatangi mimpi seorang anak kecil yang menangis kehausan dan kelaparan. Peluh dingin membasahi tubuhnya ketika terjaga dari mimpi tersebut. Pengalamannya itu diceritakan kepada kekasihnya dan terus menyokong usahanya, semoga dia akan bertemu dengan jawapan yang dicari. Perjalanannya makin jauh dan dia juga semakin penat sehingga berjanji pada diri bahawa Alaska (kalau tak silap saya) adalah destinasi terakhirnya. Ketika sampai dan mencari tempat penginapan dia bertemu dengan seorang lelaki separuh umur. Tidak tahu kenapa dan mengapa lelaki itu menarik perhatiannya lalu terus ditegur. Merenung wajah lelaki itu memang tidak silap lagi bahawa itulah wajah yang sering hadir dalam mimpinya tetapi merasa aneh kerana di dalam mimpinya adalah seorang muda. Dia terperanjat, ragu, curiga dan berbagai rasa hadir dalam waktu yang singkat namun dia telah bertekad untuk mencari jawapan pasti kepada semua ini. Mereka berkenalan dan oleh kerana wujud kemesraan dan keserasian di antara mereka, dia menceritakan pengalaman yang dilalui. Lelaki itu menjadi pendengar setia kepada cerita-ceritanya.

Suatu pagi lelaki tersebut mengajaknya datang kerumah untuk bersarapan bersama dengan keluarganya dan berkata ada sesuatu yang ingin ditunjukan. Pelawaan itu diterima dengan senang hati. Pertemuan dengan keluarga menambah pertanyaan dalam diri dan membuatnya rasa takut tiba-tiba. Wajah-wajah yang ada dihadapannya bagaikan segar berputaran seperti mimpi. Tatkala dia membuka mata, seorang lelaki berada disisinya dan bertanya apa yang berlaku dan kenapa dia boleh pengsan tiba-tiba. Dalam keadaan yang masih terperanjat, dia memerhati sekeliling membuatkan dirinya penuh dengan pertanyaan. Sekeliling bilik itu membawa berbagai perasaan sehingga matanya tertumpu kepada gambar seorang bayi. Lalu dia bertanya siapakah bayi tersebut? Pemuda itu menjawab bayi itu adalah anaknya yang kini berusia dua tahun.

Sejak dari itu bermula pula perjalanan baru dalam hidup penerima jantung, mengenali siapakah pendermanya dan mengenali siapakah dirinya sendiri sebelum dan sesudah pemindahan jantung. Di satu saat ada terdetik perasaan jatuh cinta kepada lelaki tersebut dan begitu sebaliknya, akan tetapi ia dikukuhkan dengan ayat perpisahan pemuda tersebut bahawa “andainya satu hari nanti kita bertemu kembali mungkin saya mampu untuk mencintai awak sebagai diri awak sendiri akan tetapi buat masa ini adalah tidak adil untuk saya merasakan cinta itu kerana apa yang awak lalui adalah impian-impian yang tidak kesampaian oleh isteri saya dahulu”. Isteri kepada pemuda tersebut adalah anak perempuan kepada lelaki yang ditemui sejak sampai di Alaska. Perpisahan terjadi di antara mereka dan juga akhirnya penerima jantung berpisah jua dengan kekasihnya kerana masing-masing harus dan mesti mencari jalan sendiri. Namun begitu mereka berjanji untuk terus menjadi sahabat suka dan duka”.

Itu adalah sebahagian dari kisah sebuah buku yang pernah saya baca bertahun dahuulu, tajuknya juga sudah saya lupa. Besar kemungkinan di waktu saya membaca cerita pemindahan jantung masih awal dan kajian mengenainya belum begitu meluas barangkali, akan tetapi penulis berjaya menanamkan unsur cinta, kekuatan diri, hubungan insan, pencarian diri dan meneruskan kehidupan dalam naskah ini. Naskah-naskah yang begini amat kurang dalam penerbitan kita. Dari pengamatan saya, penerbitan kita lebih cenderung kepada tema cinta pasangan kekasih dan yang berlaku di sekitar mereka. Jarang benar kita membawa cinta pasangan kekasih ini kepada corak kehidupan yang lebih besar. Kita masih lagi dibelenggu dengan cerita mainan perasaan yang membuat kita tersenyum simpul seorang diri di hadapan tv serta yang membuai perasaan. Amat jarang dapat saya menonton naskah cerita kita yang akan saya katakan…”yes…i would like or i want to be like him/her. how can I achieve it? Naskah-naskah membuai perasaan ini lama kelamaan akan menjadi stagnant dan hambar. Mengikutinya tidak akan melalaikan akan tetapi risiko melalaikan itu tetap ada.

Sesebuah cerita diolah oleh penulis skrip, pengarah dan penerbit seperti masakan. Apabila masakan kita cukup asam, garam, rempah ratus dan ditambah pula dengan ajinomoto sebagai penyedap rasa, pasti selera makan pun terbuka. Begitulah juga penonton terbuai oleh petikan gitar Ammar serta nyanyian Ammar untuk Nadira. Buaian perasaan ini membuatkan kita lupa ianya sebuah cerita yang direka, lalu ada yang menganggapnya sebagai cinta suci. Di manakah sucinya? Nadira yang masih tidak pasti dan Ammar yang masih tercari-cari kebenaran diri sendiri. Adakah ini dianggap sebagai cinta suci dan sejati apabila nafsu menguasai AKAL? Apapun sekalung tahniah buat team Dejavu di Kinabalu kerana telah berjaya membawa penonton ke dalam cerita tersebut dan ia menjadi satu kejayaan. Lumrah kehidupan tidak mungkin begitu mudah rasanya. Sewaktu memperkatakan soal hati dan cinta, kita sering lupa pada satu kurniaan yang di namakan AKAL. Tatkala AKAL hadir maka dengan sendirinya terbentuk satu perasaan yang mungkin bergolak dan akhirnya menjadi kronik apabila perasaan bersalah menguasai diri.

Ini amat berbeza dengan perwatakan Adam, Nur dan Katrina. Adam mencari dirinya dan jawapan yang Adam terima adalah Nur, isteri yang dinikahi akan tetapi ditinggalkan dan diabaikan. Dalam pada kekusutan fikiran dan keadaan terhimpit Adam tetap menjaga Katrina, walaupun penonton sudah sedia maklum cinta Adam kepada Katrina telah tiada. Yang tinggal hanyalah simpati dan kenangan yang pernah mereka lalui. Adam memenuhi tanggungjawab itu walaupun ada ketika Adam mengabaikan Katrina apabila dimasukan ke pusat pemulihan. Kali ini Adam tidak menentu. Adam berbohong kepada semua orang termasuk dirinya. Jiwa Adam masih lagi bergolak sepanjang masa sehingga dia berhadapan dengan kebenaran. Kebenaran yang Adam terima amatlah pahit apabila Nur dan Katrina meninggalkan dirinya. Senang cakap “padan muka” kerana yang dikendong tak dapat yang dipegang berciciran. Akan tetapi proses yang dilalui oleh Adam membawa kita berfikir kembali kepada hubungan insan yang lain. Adam ada Aidil yang tidak jemu-jemu membimbingnya, ada ibu yang amat memahami dan dalam pada itu Adam tidak pernah berputus asa dalam usahanya untuk mendapatkan kembali kasih Nur. Cara Adam kali ini amat berlainan. Adam meneruskan kehidupan dan mengenali cinta yang ada di sekelilingnya dengan bantuan Aidil dan sokongan ibunya. On the other hand, Nur yang dilengkapi dengan segala ajaran agama, seorang wanita yang tabah dan kuat, kecundang jua akhirnya apabila dugaan demi dugaan datang menghimpit. Di kali ini Nur kalah dengan kenyataan dirinya di madu. Kita pasti berkata hati wanita mana yang tidak punah kalau kasih yang baru berputik disimbah racun berbisa. Nur tidak mampu menghadapi gelombang perasaannya sendiri lalu dengan bantuan seorang kawan, Nur pergi membawa diri mencari erti cinta yang sebenarnya. Walaupun tindakan kawan Nur itu saya anggap tidak berapa sesuai, Nur tidak meninggalkan Adam tanpa berita. Setidak-tidaknya Nur meninggalkan sepucuk surat untuk Adam dan lafaz izin yang Adam berikan membuat kita menerima tindakan Nur.

Apa yang saya cuba tekankan disini berdasarkan pendapat garis panduan Islam itu tadi dan juga pendapat ramai, pada saya garis panduan itu memang sedia ada dan ramai antara kita yang tahu akan kehadirannya sejak azali lagi. Namun dalam realiti kehidupan kita perlukan guru, adanya kasih sayang dan adanya tunjuk ajar yang berterusan supaya kita tidak alpa dalam kehidupan. Seorang guru pernah bertanya, kenapakah kita perlu mendirikan solat? Semua orang tahu solat itu wajib bagi umat Islam, buat dapat pahala tak buat berdosa. Jarang benar kita diajar dan diasuh kenapa dan mengapa perlunya kita melakukan sesuatu perkara, lalu kita hidup dalam keadaan hanya berpegang pada “buat dapat pahala tak buat dapat dosa”. Dari sudut pemikiran ia menjadi “condition” kepada kita lalu membuatkan kita seperti robot apabila berhadapan dengan isu-isu yang bersangkut paut dengan tuntutan hak, hati dan perasaan. Dalam erti kata lain, kita menerima keadaan seadanya. Islam tidak mengajarkan kita begitu. Sebagai manusia kita mesti ada sifat mendengar dan mengalah. Mengalah bukan bererti kalah, cuma memberi peluang pihak yang satu lagi untuk berfikir dan mencari jawapan kepada apa yang berlaku. Andainya kita tidak mampu menjadi pendengar, bagaimanakah mungkin kita dapat mengetahui isihati sebelah pihak lagi dan bagaimanakah mungkin kita mengharapkan pihak yang satu lagi untuk mendengar luahan hati kita dan keluh kesah yang ada.

Sebagai contoh apabila berlaku pertengkaran suami isteri ataupun pasangan kekasih dan adik beradik misalnya, kalau semua nak tinggikan suara, siapa yang hendak mendengar? Apabila sudah ada pihak yang mengalah dan juga mendengar, akan tetapi keadaan masih tegang juga, masih ada option yang boleh digunakan. Khidmat runding cara yang terdiri dari ahli keluarga di dahulukan dan kalau gagal juga lagi perkara itu kita bawa kepada pihak yang mahir dalam hal-hal syariah dan akhirnya barulah perceraian. Apabila kita melihat dari susun atur tersebut bahawa semuanya memang telah tertulis dan yang sepatutnya tiada lagi dakwa dakwi, cuma yang menjadi perdebatan sekarang ini adalah orang-orang yang terlibat dan sejauh mana akal, hati serta fikiran mereka dapat meresap ke dalam panduan itu tadi. Garis panduan ini telah termaktub dalam sebuah kitab bernama Al-Quran yang ramai membacanya setiap hari, akan tetapi begitu sedikit yang faham isi kandungnya. Khatam juga boleh berkali-kali namun keindahan pasti hadir apabila kita mampu memahami dan menitiskan airmata tatkala menyebut kalimah-kalimah suci ini.

Kita juga tidak boleh terus dibendung oleh perasaan terhutang budi, kasihan dan tanggungjawab semata-mata. Walaupun perceraian amatlah perit terutama bagi anak-anak akan tetapi tanggungjawab seorang ayah kepada anak-anaknya tidak boleh diabaikan begitu juga tanggungjawab seorang ibu. Pastinya di sini akan timbul soalan “ it is easier said than done”, oleh kerana itulah kita kena berbalik kepada AKAL (silalah renung-renung sejenak article yang saya petik dari “http://perjuangan4ever.blogspot.com/2011/04/kelebihan-dan-fungsi-akal.html”) yang dikepilkan di bawah ini.

Terlalu banyak yang ingin saya luahkan berdasar jalan cerita dan watak yang boleh dibawa ke alam nyata sebagai contoh dan panduan, akan tetapi topic ini adalah topic yang subjectif untuk dikupas dengan panjang lebar, kecuali kita berada di discussion board. Kehidupan bukanlah sesuatu yang static oleh itu sejauh mana kita ingin melangkah dan sejauh mana kita merancang kehidupan ini, pasti satu hari dan suatu masa akan ada seseorang yang hadir dalam hidup kita, dan juga kejadian yang akan mengubah pendirian kita, sama ada baik ataupun buruk. Di alam percintaan dan hubungan berkasih pula, seorang kenalah berusaha menjadi warna-warna crayon yang bakal memberi warna kehidupan dan seorang lagi berusaha menjadi matahari dan bulan yang akan memberi sinar kepada alamnya. Bak kata Adam kepada Nur bezanya mereka bagaikan langit dan bumi lalu Nur mengingatkan bahawa langit dan bumi saling memerlukan dan saling melengkapi. Oleh itu tiada akan ada dua manusia yang serupa dibumi ini, setiap dari kita Allah berikan kelebihan dan kekurangan untuk kita mencari erti dalam kehidupan. Melepaskan sesuatu yang kita kasihi bukan bermakna mengaku kalah akan tetapi ia adalah tanda untuk meneruskan kehidupan. Ia bukan sesekali keputusan yang mudah namun ia menguji tahap kesabaran, keteguhan dan redha dalam hati setiap insan.

Saya berpegang pada prinsip terus mencuba dan tetap bersyukur dengan apa yang kita ada, walaupun begitu terus memperbaiki kelemahan yang ada di dalam diri. Kasih dan sayang ibarat sebatang pokok, untuk melihat buah yang lebat, enak dan tidak berulat, perlulah kita taburkan baja, disiram setiap hari dan disembur racun serangga. Tidak pernah kita marah kepada pokok andainya tidak berbuah lebat dan buah dimakan ulat. Kita pasti kata, musim panas air tak cukup, baja pun tak ada, tak pernah sembur racun macam mana pokok nak sihat dan berbuah lebat. Dengan sedikit usaha dan berbekalkan keyakinan kita mula menjaga pokok tersebut dengan harapan ia akan berbuah lebat dan buahnya sihat di musim akan datang. Andaikata apabila semua itu telah kita buat, pokok tidak juga berbuah lebat, kita tertanya-tanya dan bercakap juga dengan pokok “kenapalah kau ni pokok, dah penat aku siram, dah penat aku bubuh baja, kau macam tu juga”. Tup-tup tanpa disangka satu pagi kita akan nampak putik-putik mula tumbuh ataupun tunas bunga yang keluar. Believed and trust me, siapa peminat orchid pasti percaya petua ini kan? Cuba alihkan pandangan itu kepada diri kita manusia yang dilengkapi oleh segala deria; dari rasa, bau, lihat, sentuh dan dengar dan yang paling berharga adalah AKAL

Allah telah mengurniakan segalanya kepada kita dengan melimpah ruah…hargailah ia sebelum segalanya Allah ambil kembali.

A thought by : Sanaa 10/07/12

*****

Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah
seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.

Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.

Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.

Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:

BAU

Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.

RASA

Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka
tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.

PENDENGARAN

Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.

SENTUHAN

Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN

Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak,
mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong di
dalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Renung-renungkan!

Artikel dipetik dari : http://www.wangcyber.com/forum/motivasi-and-inspirasi/14252-5-deria-seorang-usahawan.html

*****

Imam Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’, mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.

Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan.” (Surah At-Tiin, ayat 4)

Dengan dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan, dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang mengagumkan.

Fungsi

Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah”.

Dalam ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:

“Wahai manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang menderhakai-Nya”.

Al-Quran sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi. Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi keterangan bagi orang yang mengerti, yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi”. (Surah Al-Imran, ayat 190-191).

Nikmat

Sebenarnya, akal ialah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia kerana akal itu akan melindungi dan memeliharanya daripada segala bahaya dan mala petaka yang akan mencelakakannya. Dengan akal, manusia akan takut kebesaran Allah, lalu menahan jiwanya daripada menurut nafsu, sehingga dia dijanjikan tempat di syurga.

Tetapi jika jiwanya dikuasai oleh keinginan yang jahat sehingga pemikirannya dibelit oleh telunjuk nafsu dan syahwat, maka sesungguhnya tempat yang disediakan untuknya ialah neraka Jahanam. Allah telah mengancam akan menyeksa mereka yang lalai dan tidak menggunakan pemikiran untuk mengenal Tuhan dan melihat kekuasan-Nya, lalu dia sesat dan terjerumus dalam pelbagai kesalahan dengan pilihannya sendiri.

Hal ini disebabkan ilmu yang paling tinggi ialah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya membawa kepada tahap keyakinan yang disebut sebagai haqq al-yaqin. Tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya, malah bertindak membelakangi jalan yang selamat dengan memandang ringan nikmat akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Dia lebih suka tinggal dalam kejahilan. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud:

“Kami beri mereka telinga, mata, dan hati tetapi telinga, mata, dan hati mereka itu tiada berguna kepada mereka barang sedikit pun.” (Surah Al-Ahqaf, 26)

Allah s.w.t. telah membezakan antara seorang pemikir yang menggunakan fikirannya untuk berfikir dan meneliti dengan seorang yang lalai dan bodoh yang mengetahui dan memerhatikan.

Yang pertama, Tuhan menyifatkannya sebagai seorang yang celik dan yang kedua sebagai seorang yang buta, lalu Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama si buta dengan si celik, tidaklah kamu mahu berfikir.” (Surah-Al- An’am, 50).

Alangkah tepat sekali diskripsi terhadap orang yang berfikir iaitu sebagai seorang yang celik dan melihat segala sesuatu dengan penuh pengertian. Justeru, dapat dikatakan bahawa pemikiran ialah jalan untuk mencari kefahaman, penelitian dan kesahihan. Tuntutan Allah s.w.t. supaya ilmu dan fikiran manusia diintegrasikan dengan keimanan terhadap Allah s.w.t. supaya membolehkan orang yang berilmu, ahli sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuwan, dan ulama membangunkan masyarakat serta alam sekitarnya sebagai usaha pengabdiannya kepada Allah s.w.t.

Setelah kita mengetahui kepentingan dan kedudukan fungsi akal, maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara akal itu. Agama Islam menyuruh umatnya menjauhi dan meninggalkan segala makanan, minuman, dan perbuatan yang boleh merosakkan akal. Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan dan makan makanan yang merosakkan kesihatan. Islam telah menerangkan cara seharusnya mengunakan waktu supaya tidak menyalahi tabii hidupnya.

Hal ini kerana, orang yang menggunakan waktu bukan pada tempatnya akan merosakkan akal fikirannya seperti orang yang selalu berjaga malam atau banyak tidur pada waktu siang. Kesimpulannya, Allah telah meletakkan akal itu di tempat yang mulia dan mengingatkan manusia supaya tidak berbuat sesuatu, melainkan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Rasulullah sendiri pernah bertanya kepada Jibrail a.s.:

“Apakah yang mulia? Jibrail a.s.s menjawab: “Akal”. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga kelebihan dan fungsi akal sebagai tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat-Nya.

Artikel adalah sumbangan dari : http://perjuangan4ever.blogspot.com/2011/04/kelebihan-dan-fungsi-akal.html”)

Compiled by : Sanaa 10/7/12

*****

Note: Kepada sesiapa yang ingin melegakan ketegangan di hujung minggu dan menambah ketegangan juga, di bawah ini ada beberapa cerita yang menarik. Tak perlu fikir dan tak perlu kaji. Tengok, senyum, ketawa lepas tu tutup tv tido…hehehe. Happy Weekend semua.

Watch Lion King for strong character in animation movie. (Got the opportunity watching the making and how the team develop all the characters, while Sir Elton John playing the piano for the music).

Watch Harry Potter for genius of imagination in the wizard world.

For relaxation and light drama watch a simple romantic comedy such as Before Sunrise, Before Sunset, Wedding Date, What a Girl Want etc and find the message behind it.

For a good laugh watch Mr Bean with his bear. His loved towards his bear is undeniable.

Watch Narnia for human relationship and imaginary world.

Want to cry with the character? Read Nicholas Spark..”A Walk to Remember” and watched the movie of the same title.

Need something real and horror? Watch our local production…”Kekasih ku seru” dan “Waris”.

Ingin menonton cerita yang selalunya terjadi di alam nyata…tontonlah “Bukan Bidadari”

Heavy movies…watch Michael Scorsese. “The Departed”, “The Aviator”, “Hugo” to name a few.

A good reading and excellent movie adaptation…”The Godfather”

Tontonlah filem CINTA untuk mengetahui 4 cinta di dalamnya dan salah satu cinta yang berkecai adalah kisah sepasang suami isteri. Sang suami amat menyayangi isterinya lalu menyimpan angan dan cita-cita untuk mendirikan mahligai idaman. Mahligai tersebut meruntuhkan mahligai yang telah sedia terbina oleh kerana impian dan cita-cita itu tidak dikongsi bersama. Si isteri menemui kembali kekasih lama, lalu perceraian yang diminta. Anak memohon dan merayu sang bapa untuk melepaskan ibunya pergi kerana CINTA yang masih kukuh di hati.

Cari hobby baru and challenge ourselves towards it…

A friend says…Marriage is all about hard work. You need to work hard to keep the spark going. Is this true?

The list will go on with no doubt….

Sanaa 12/7/12

Iri Hati dan Fitnah

Assalammualaikom dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan di laman blog ini.

Sejak beberapa hari yang lalu saya cuba menulis dan mencari artikel tentang fitnah dan sebaran mengenainya, akan tetapi oleh kerana kesuntukan masa saya gagal melakukannya. Allah maha mengetahui dan maha mendengar, di dalam saya menyelak artikel yang ada, terjumpa oleh saya satu artikel yang bermain di fikiran sejak beberapa hari ini.

Oleh yang demikian saya berharap dengan artikel yang dilampirkan ini dapat memberikan kita sedikit sebanyak panduan tentang bahayanya fitnah dan sebaran mengenainya. Dari sudut psychology pula, fitnah bermula dengan perasaan hasad dengki dan iri hati. Apabila perasaan ini tidak dapat dibendung ia akan menjadi nanah dalam diri lalu membuat seseorang itu melakukan apa saja demi kepuasan hati sendiri. Telah lupa segala dosa yang berkaitan dengannya. Susah sebenarnya untuk mengikis perasaan iri hati ini andainya kita tidak mendidik hati untuk menjadi bersih.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari pembacaan ini dan semoga menjelangnya bulan Ramadhan akan membersihkan jiwa dan hati kita. Berdoa dan bersyukur dengan segala limpah kurnia rahmatNYA dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Insha’Allah dengan berkat kesabaran dan mendidik diri dengan wirid dan zikir, kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.

Salam Kasih

Sanaa 01/07/12

*****

Iri hati punca sebar fitnah
11:47:45 AM Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Individu wajar tapis, usah hebah perkara tidak sahih

FENOMENA fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya. Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW pula telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah telah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. Sesungguhnya impak daripada perbuatan keji itulah yang membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri telah dikuasai nafsu marah dan dengki khianat yang berpanjangan.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang telah mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlulah mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dan dijadikan modal untuk menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang individu.

Akibat daripada perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan menghijab diri dengan penafian bagi menolak segala tuduhan yang dilemparkan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga amat melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian dengan tujuan untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan untuk menegahnya daripada berlaku perkara sumbang, tetapi bertujuan untuk mendapatkan mesej tertentu mengenai peribadi seseorang dan kemudian dijadikan umpan sebagai alat untuk membalas dendam kepada orang berkenaan.

Islam sendiri menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Telinga adalah salah satu pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya.
Justeru, Muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar kepada apa yang didengar kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah lagi hadis Baginda yang bermaksud: “Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)

Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh masyarakat.

Credit to : Sudut Agama Berita Harian

Compiled by : Sanaa 01/07/12

Deja vu

Hidup memang penuh dengan berbagai ragam manusia. Dalam berbagai ragam ada banyak rahsia yang tersembunyi kepada sesiapa yang ingin dan mahu mencarinya. Hikmah pencarian yang ditemui pasti membawa perubahan kepada pemikiran, tindak tanduk dan juga bertanggung jawab dalam segala apa yang berlaku. Adakalanya kita terasa bagai melalui satu fasa kehidupan yang bukan macam realiti akan tetapi ia benar-benar berlaku. Kejadian begini membawa kita berfikir di mana, kenapa, mengapa, apa yang mesti dan harus dibuat dan sebagainya.

Dejavu adalah perkataan Perancis yang bertitik di atas “E” dan juga “A” dan ditulis “Deja vu” serta sebutannya “deza vy” amat sedap dipendengaran. (Sila rujuk laman web ini andainya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang deja vu (http://en.wikipedia.org/wiki/D%C3%A9j%C3%A0_vu). Sejak minggu lalu perkataan ini menjadi sebutan rasmi kepada peminat-peminat drama Melayu lakonan Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan ramai lagi. Setelah bersiaran selama 5 episode saya cuba mencungkil rasa hati peminat-peminat pelakon ini dan secara rambang yang saya temui adalah terujanya peminat semua dengan babak-babak romantis antara Nadira, Ammar dan Bazli. Cinta di antara Bazli, Nadia dan Ammar adalah tema di dalam Dejavu di Kinabalu. Dibuai rasa cinta yang membuak-buak membuatkan saya bertanya apakah “cinta” saja yang menghiasi drama ini? Apakah lonjakan perasaan di dalam 5 episode yang berlalu hanya sekitar itu?

Sudah tentunya menonton sewaktu bersiaran di kaca TV tidak dapat saya penuhi dek kerana waktu tayangan yang tidak bersesuaian dengan rutin seharian saya. Nasib baik ada tonton.com.my jadi dapatlah saya menonton untuk sama-sama merasai buaian perasaan yang disebut oleh peminat semua di laman facebook milik Tiz Zaqyah. Well, dari awal cerita bermula begitu ramai orang mengatakan bahawa cerita ini adalah cedokan dari “Summer Scent” terbitan dari Korea dengan jalan cerita yang hampir sama. Saya tidak menonton “Summer Scent” akan tetapi saya tahu ada cerita yang sebegini diterbitkan di Hollywood tidak lama dahulu. Tema sakit jantung dan pertukaran jantung bukanlah tema baru dalam mana-mana penerbitan di dalam industri ini lalu mungkin ramai akan membezakan Dejavu Di Kinabalu dengan cerita yang pernah mereka tonton. Ia bukan bermakna ketandusan idea. Ia adalah perkara biasa dalam mana-mana industri penerbitan dan juga penulisan. Idea datang dari berbagai cara, cuma yang membezakan sebuah jalan cerita adalah pengolahan dan skrip yang baik. Para pendukung watak yang mampu membawa watak yang begitu berkesan di hati penonton lalu menjadi sebutan.

Tidak banyak bezanya dalam drama arahan Erma Fatima ini. Tema yang sama digunakan cuma cara penukaran jantung itu saja berbeza membuatkan saya terfikir lamanya Nadira dapat bertahan dengan kelemahan jantung yang dialami. Semenjak kecil Nadira tidak mampu berlari dengan kawan-kawannya dan scene yang berikut membawa kita ke Institut Jantung Negara di mana Nadira menerima pemindahan jantung milik Innara setelah dewasa. Sudah pasti tiada siapa akan mempertikaikan logik, relevan dan realiti di sini. Ini adalah kerana semua sudah teruja melihat Tiz Zaqyah yang memegang watak Nadira. Separuh dari episode pertama amatlah lembab dan terlalu banyak kebetulan. Tiada momentum pada diri saya untuk bertanya “what’s next”. Itu yang menjadi kelemahan pada diri saya untuk menonton. Selain dari babak-babak romantis yang diketengahkan apa lagi yang hendak diceritakan? Setiap hari itu saja yang saya baca, tiada satupun yang mahu berkata tentang cerita…romantiknya Nadira dan Bazli, untungnya Nadira menjadi kesayangan Bazli dan Ammar lalu saya bertanya apa kes Nadira asyik cium tangan Bazli setiap kali mereka “berpisah”. Aduhaii hukum mana pulak tu? Hukum penerbit dan pengarah lah ya!!! Ada juga pembelaan di sini yang mengatakan “dah skrip cakap macam tu, jadi ikut sajalah”. Jadi kitapun tengoklah dengan perasaan yang terbuai-buai. Ibu-ibu yang menonton yang pastinya terikut sama dibuai perasaan, tolong bagi tahu macam mana kita nak explain kat anak-anak kita nanti? Kita akan bagi tahu anak-anak kita ke, kalau sayangkan tunang/teman lelaki kita kena hormat mereka, cium tangan mereka jaga hati mereka..bla bla bla. Begitu ke nanti? Itulah yang sebenarnya terjadi di alam realiti sekarang ini apabila landasan begini tidak dapat difikirkan dengan waras. Akan tetapi bila artis kesayangan digosipkan tinggal serumah tak mahu pulak percaya…

Berdasarkan adegan tersebut membawa saya menyimpang jauh dari tajuk asal tulisan ini. Saya membawa hati, perasaan serta pemikiran saya kepada apa yang berlaku di antara Remy Ishak dan Tiz Zaqyah baru-baru ini. Umum memang sudah lama mengetahui hubungan kasih dua insan yang kita sayangi. Banyak yang telah diperkatakan dan banyak juga yang telah dihebahkan. Peminat juga bercabang liku apabila dirasa adanya tidak kena dengan pasangan ini. Hentaman, cacian, hinaan, tundingan jari, andaian dan berbagai lagi meliputi para peminat lalu diluahkan di laman sosial. Tidak kurang juga dengan liputan media. Secara peribadi apa yang telah berlaku adalah “damaged done”. Apapun yang kita katakan tidak mungkin akan mengubah keadaan. Di dalam fasa begini saya selalu bertanya, andainya saya menuding jari kepada Remy apakah saya dapat membantu Tiz dalam menyelesaikan kemelut mereka? Begitu juga sebaliknya. Yang bergeser, bertelagah, kecil hati, cemburu serta berbagai rasa datang dari mereka berdua. Tidak akan jadi kalau tak berdua kerana itu orang tua-tua kata tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kecuali kita tampar pipi orang, tepuk meja, tepuk bahu dan sebagainya. Mata kasar kita memerhati, membaca lalu mentafsir dengan naluri dan perasaan kita yang mungkin rasa lebih berat kepada Tiz dan ada pula yang lebih berat kepada Remy. So…at the end of the day are we helping them? Kita semua nie macam lebahkan? Setidak-tidaknya lebah kalau dah berbunyi tu ada juga madunya. Kita dapat apa? Tatkala melihat lovey dovey mereka kita lupa yang kita pernah umpat keji mereka dulu dan kita pun terlonjak sama dengan apa yang mereka perlihatkan. Setelah ini semua terjadi apakah pertanyaan kepada diri kita sendiri? Kalau kita diam dan tidak berkata apa, apa pula yang terjadi? Bak kata seorang forumner yang saya terbaca komen beliau, dari kita menuding jari dan spekulasi sana sini dan meluah rasa dilaman web, lebih baik kita doakan kesejahteraan mereka, semoga mereka diberi taufiq dan hidayah dalam mengharungi arus percintaan mereka. Semoga Allah pertemukan jodoh mereka berdua setelah lama berkenalan dan bermesra. Begitu panjang doa yang forumner ini iringkan. I loved them, I adore them and I accept them as a human being but that not necessary mean I agree with their act. Dengan segala rasa kasih yang ada, saya mengharapkan Remy dan Tiz dapat melalui fasa ini dengan tenang dan mengambil hikmah di sebalik kejadian. I do know you loved each other very much…hehehe perasan sungguh sang pencerita, hmmm tapi BETUL KAN, RITZ?

Oleh itu apabila menonton Dejavu di Kinabalu saya terbayang apa yang baru terjadi. Kita semua menonton cerita cinta, dibuai rasa cinta, seronok apabila Bazli telefon panggil Nadira sayang, tanya kabar, dah makan ke belum…bla bla bla tapi semuanya itu hampeh kat alam nyata. Betul tak? Siapa sini yang boring kalau kekasih hati asyik-asyik call tanya dah makan, tanya sihat ke tidak, malamnya jumpa dengan alasan dah rindu setiap hari. No excitement kan? Lima episode pertama Dejavu di Kinabalu buat saya lemas lebih-lebih lagi Nadira yang asyik pegang dada setiap kali berhadapan dengan Ammar. Kat alam nyata ni, orang tak tukar jantungpun akan ada perasaan berdebar-debar bila bertemu seseorang, tertanya-tanya kenapa ya aku berdebar-debar setiap kali jumpa sipolan sipolan tu…nak present paper kat board pun saya berdebar-debar sebab bimbang salah fakta atau tersalah cakap, so sorrylah Kak Erma..akak mungkin masih penuh dengan cinta tapi baru 5 episode saya dah jemu menontonnya. Tiada lonjakan dalam watak yang dipamerkan selain dari Nadira bertukar jantung dengan Innara.

Cakaplah apa saja, saya masih berada dalam lambungan cinta Nur Kasih The Series. Kelemahan tetap ada akan tetapi Nur Kasih mengisi kegersangan hati dalam penantian yang begitu lama untuk saya menghargai drama Melayu. Ramuan yang cukup menarik dan membuat saya banyak berfikir. Itulah contoh cerita yang masih saya nantikan dari pengarah dan penulis skrip yang lain. Sebuah karya biasa, orang biasa namun penuh dengan emosi yang dibawa dari Nur kepada Adam, dari Adam kepada Nur dalam bahasa tubuh masing-masing tanpa bicara, dari ibu kepada anak, dari abang kepada adik dan dari ahli masyarakat kepada masyarakat. Dari soseh-soseh yang kedengaran, ada pengarah, penerbit dan penulis skrip mahu mencipta sejarah atau mengulangi sejarah Nur Kasih. Impian yang saya sanjung tinggi dan harapnya genggamlah bara api hingga menjadi abu.

Seandainya Tiz Zaqyah menantikan watak seumpama Changeling lakonan Angela Jolie yang menjadi idolanya, saya pula menantikan Tiz membawa watak yang lebih simple tetapi berkesan seperti sakit dan deritanya hati seorang ibu angkat yang menyayangi dengan sepenuh hati anak yang diserahkan kepada beliau sejak bayi dan kini dituntut kembali oleh ibu kandungnya. Usaha yang dilakukan oleh ibu angkat tersebut supaya anak itu tidak diambil darinya. Pertentangan dua wanita dengan naluri keibuan, tanpa ada jerit pekik, sendu sedan namun dengan mata yang merah berkaca meluahkan rasa hati masing-masing.

Deja vu…

A thought by : Sanaa 26/06/12

Perlukah?

Hidup manusia dikelilingi undang-undang. Ada undang-undang yang boleh dicerobohi dan ada juga undang-undang yang tidak boleh diingkari. Sebagai umat Islam sudah tentu kita tahu bahawa undang-undang Allah tidak boleh dan tidak mungkin dicerobohi bukan seperti undang-undang manusia di dunia ini. Akan tetapi dalam arus kehidupan yang serba mencabar serta keinginan dan kehendak yang membuak-buak tidak dinafikan kita juga terumbang-ambing dalam ombak tersebut. Sana ada ia melibatkan individu ataupun penerbitan filem, majalah dan drama, kita semua tidak dapat lari dari hakikat tersebut.

Banyak sudah filem-filem kita yang ditontonkan kepada umum. Berbagai reaksi juga telah kita baca dan lihat. Saya masih lagi seorang pemerhati dan adakalanya tidak mampu untuk membawa diri ke pawagam untuk melihat terbitan sekarang ini. Besar kemungkinan juga sudah sebati dalam diri bahawa filem-filem kita tidak memberi kesan yang mendalam untuk membentuk peribadi diri dan menyentuh perasaan. Filem-filem yang bertemakan cinta juga tidak mempunyai kekuatan kerana ia lebih terdorong kepada nafsu semata-mata. Filem-filem komedi lebih mencorakan lawak murahan dengan pekikan serta lolongan tanpa ada sentuhan di jiwa. Drama dan filem kekeluargaan lebih menumpukan kepada perebutan harta, pertelingkahan adik beradik, sihir dan yang paling disukai adalah keruntuhan akhlak dan moral. Saya sama sekali tidak menafikan semua yang tersebut tadi adalah rempah ratus kehidupan, akan tetapi dengan skrip yang longgar dan hanya tertumpu kepada kejahatan lama kelamaan cerita begini akan hilang sengat. Sedikit masa dahulu ada sebuah drama bersiri yang cuba meniru Dallas akan tetapi tahap lakonan, skrip dan jalan cerita yang amat membosankan tidak menempah kejayaan. Drama bersiri PJ Holdings menjadi hambar. Berkemungkinan lagi di masa itu budget yang terhad menghadkan lokasi penggambaran. Tidak macam sekarang pengarah dan penerbit mampu untuk ke Eropah untuk latar belakang cerita mereka, lalu menjadikan bilik pejabat empat segi bagaikan tidak menepati gaya hidup orang Melayu korporat.

Jadi apakah yang menepati? Soal saya sendiri. Kisah berlatarbelakangkan keluarga, perniagaan dan kemewahan sering menunjukan keburukan tabii manusia. Terlalu lama saya meneliti jalan cerita drama Melayu dan lagi lama saya rasakan kita tidak keluar dari skop yang Ada. Ia makin menjadi hambar dan membosankan dengan lakonan pelakon-pelakon yang berdiri bagai tiang sebatang. Lantunan suara, mimik muka, luahan emosi dan juga gaya percakapan yang serupa walaupun berlainan watak, kata-kata yang keluar seumpana membaca dialog memenuhi ruang kebosanan saya sebagai penonton. Saya cuba mendekati diri dengan drama-drama Melayu akan tetapi kebosanan tetap melanda setiap kali menontonnya. Apakah mungkin Nur Kasih The Series memenuhi citarasa saya? tanya seorang kawan. Hmm peratusan kebarangkalian memang tinggi.

Nur Kasih The Series adalah kisah hidup masyarakat biasa. Kisah-kisah manusia yang punyai keinginan dan cita-cita, nafsu dan juga cinta. Kasih sayang kekeluargaan, sesama masyarakat dan mencari cinta sehingga tidak mengenali cinta di hadapan mata menjadi tema cerita ini. Kalau hendak ditimbang kekurangan, dalam segala segi kehidupan pasti ada kekurangan akan tetapi Nur Kasih berjaya menghidupkan cinta di antara manusia sesama manusia dan cinta kepada Allah memberikan kita segala. Nur Kasih juga memaparkan bahawa cinta kasih dan sayang mampu merubah seseorang dan malapetaka yang menimpa membawa kita kembali ke pangkal jalan. Kita mengingati Allah setelah kejadian menimpa diri dan sebagai manusia kita mesti redha terhadap dugaan yang diterima sebagai laluan kepada perubahan diri. Cerita yang amat biasa namun olahan yang luar biasa membuat ramai meminati dan mengingatinya sehingga hari ini.

Apakah cerita lain tidak mampu menandingi Nur Kasih?

Bukan tidak mampu, jawap seorang kawan akan tetapi olahan cerita yang longgar, serta adegan-adegan yang ada membuat orang yakni penonton merasa meluat dan mengutuk sana sini. Ini membawa kami kepada filem yang bakal ditayangkan kepada umum sedikit hari lagi. Tayangan perdana cerita ini telah dibuat pada 30hb Mei 2012 dengan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Bront Palarae dan ramai lagi. Setelah pra-tonton tidak banyak ulasan/review mengenai filem ini saya temui kecuali ulasan adegan-adegan panas yang memenuhi ruang. Adegan berahi dan ranjang menjadi sebutan lalu mendapat kritikan oleh pembaca. Apakah nanti filem ini akan ditonton oleh masyarakat Malaysia kerana ia sebuah naskah yang hebat atau kerana mahu melihat adegan-adegan panas Remy Ishak bersama Diana Dianelle dan juga Bront bersama Nadhiya Nisa? Ia terlalu awal untuk dikritik kerana filem belum lagi ditayangkan, akan tetapi kenapakah pengarahnya iaitu Osman Ali menengahkan adegan-adegan yang begini. Perlu diingat ia memang sebuah cerita namun kita adalah lambang negara Islam yang masyarakat majmuknya beragama Islam. Sensitiviti masyarakat negara ini dipandang ringan oleh pengarah dan juga pelakon-pelakonnya.

Melalui wawancara bersama Osman Ali selaku pengarah filem ini beliau berkata filem ini bertujuan memberi mesej bahawa kehidupan dalam cerita itu wujud dalam masyarakat hari ini. Tujuan beliau juga memberi peluang bahawa setiap kesilapan ada pembetulan untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali Allah semula. Memang tidak dinafikan dan saya bersama kawana-kawan amat bersetuju dengan kenyataan tersebut akan tetapi babak-babak yang ditonjolkan amatlah kurang mengambil kira agama adat dan budaya. Bila disentuh pula tentang agama sudah tentu semuanya tak boleh dan pasti akan ada perdebatan nanti, jadi cukuplah sekadar kita melihat fasa adat dan budaya. Osman Ali dikatakan sebagai pengarah yang suka mencuba benda-benda baru dan saya amat pasti Osman juga terpengaruh dengan aksi-aksi filem di Hollywood lalu menterjemahkan segalanya di dalam cerita beliau. Filem ini telah diklasifikasikan sebagai 18X dan Osman Ali juga berkata telah bersedia untuk menerima segala kritikan.

Apakah itu jawapan wajar dari seorang pengarah?

Pertanyaan saya apabila melihat screen shot dan scene shot filem ini…adakah dengan adegan-adegan itu dapat membantu masyarakat dalam perubahan diri dan adakah cinta kepada seorang wanita penyembuh segala duka? Pasti ada pembaca mengatakan saya “double standard”. Kalau Nur Kasih cinta sesama manusia mengubah segala kenapa tidak dalam Jiwa Taiko? Di awal tadi saya ada berkata memang terlalu awal untuk memberi kritikan kepada filem yang belum ditayangkan dan pengarahnya juga tidak mensasarkan kutipan lebih dari RM4 juta ringgit, jadi apakah yang boleh diharapkan?

Saya juga sedar bahawa filem tempatan pasarannya kecil dan kalau seminggu ada 3 buah filem siapalah yang akan menontonnya? Skop dan jalan penceritaan juga tidak pelbagai. Asyik-asyik kita dipaparkan situasi yang sama, yang berbeza adalah tajuk, pelakon dan penerbitnya. Adakah kita juga menonton sesebuah filem ataupun drama kerana pelakonnya atau jalan cerita yang ada?

Seorang teman berkata, kita nantikan Juvana yang telah difilemkan. Adakah Juvana nanti menonjolkan adegan-adegan panas dan ranjang? Juvana juga mempunyai jalan cerita yang lebih kurang dengan Jiwa Taiko bahawa setiap manusia boleh dan mampu berubah. Drama Juvana juga mendapat sambutan ketika bersiaran dahulu. Pendapat peribadi saya sama ada aksi panas ataupun ranjang adalah perkara biasa dalam semua terbitan perfileman ataupun drama. Terpulanglah kepada kita untuk menerima babak atau adegan tersebut dari kaca mata kita, akan tetapi saya juga sedar terhadap sensitivi masyarakat negara ini. Adakalanya juga ia lebih kepada sentimen pelakon yang melakonkan babak tersebut dan apabila kritikan mula timbul perkataan “maaf” dikeluarkan menjadikan isu ini lebih hangat. Kenapa nak mohon maaf apabila di awalnya berkata itu adalah tuntutan watak? Kenapa lakonkannya kalau sudah tahu batas yang ada? Memang semua tahu penggunaan “sihir” kamera akan tetapi mampukah penonton menerima alasan yang sebegitu. Masalah besar sekarang ini apabila para pelakon mula bersuara dan memberi jawapan ia pasti mengundang kutukan dan kritikan.

Para pelakon semestinya tegas dalam memberi jawapan supaya tiada spekulasi dan tidak dianggap lalang dalam industri seni seperti kata pepatah “It takes strength to be firm and it takes courage to be gentle”

Sokonglah filem tempatan dan tontonlah terbitan tempatan semoga minda dapat menerima penerapan nilai-nilai murni yang hendak diterapkan. Janganlah ambil yang negative saja, itulah antara luahan kata dari Osman Ali. So, I shall wait and see ke mana arah tuju filem ini nanti.

A thought by : Sanaa 02/06/12

*****

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2012: Pelakon kacak, Bront Paralae akui terkejut selepas menonton aksi berahinya bersama pelakon, Nadiya Nisaa ketika tayangan perdana Jiwa Taiko, kemarin.

Malah, Bront Paralae berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa hasilnya menjadi seperti begitu realistik ketika dia bersentuhan dan berciuman dengan Nadiya Nisaa sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya pun tidak sangka hasil camera trick nampak realistik padahal saya dan Nadiya tidak bersentuhan langsung.

“Tetapi terus-terang ketika diarahkan oleh Osman Ali untuk melakukan babak itu, saya agak gementar kerana inilah pertama kali saya melakonkan babak yang agak panas dan berahi.

“Namun saya terima ianya sebagai cabaran dalam lakonan saya,” jelasnya yang ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Babak aksi berahi itu dilakonkan dia atas sofa ketika Nadiya yang hanya memakai kemeja besar lelaki dicium oleh Bront dari hujung kaki hingga ke wajahnya.

Lebih menggusarkan Bront Paralae lagi, apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita berstatus isteri orang ketika melakonkan babak berahi berkenaan.

Namun dia bersyukur kerana Nadiya memberi kerjasama dan masing- masing tahu untuk menjaga batas.

“Pada mulanya, saya dan Nadiya ada berbincang mengenai aksi panas dan berhai yang akan kami lakonakan bersama kerana saya risau dia sudah berstatus isteri orang.

“Tetapi Nadiya juga memberi kerjasama kerana kami sudah lebih sepuluh tahun kenal dan agak rapat. Malah saya sudah anggap dia sebagai adik saya sendiri.

“Saya harap tiada pihak yang akan beranggapan buruk dengan aksi saya dan Nadiya. Lebih-lebih lagi daripada pihak suaminya.

“Tetapi jika ada menyentuh mana-mana pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” katanya yang memegang watak Pinto.

Sementara itu, Nadiya yang memegang watak Lara dalam filem yang hanya ditayangakan untuk 18 tahun ke atas itu berkata yakin suaminya akan memahami kerana dia telah menjaga batas ketika melakonkan aksi berahi tersebut.

“Saya memang tidak masalah untuk melakonkan aksi ini kerana saya tahu saya akan bersama kawan baik saya iaitu Bront.

“Dia pun faham saya perlu menjaga batas untuk melakonkan aksi tersebut kerana saya sudah berkahwin.

“Jadi saya hanya lakukankan sahaja tetapi saya akui agak terkejut apabila melihat aksinya kerana ketika melakukannya saya tidak banyak berfikir dan hanya go with the flow,” terangnya yang memegang watak wanita liar di dalam filem tersebut.

Selain Bront dan Nadiya, filem yang akan mula ditayangkan mulai 14 Jun itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa.

Petikan dari : murai.com

*****

Aksi Berahi Remy & Diana Dalam Jiwa Taiko

31 MAY 2012, 01:50PM

Selepas muncul dalam filem ‘Anak Halal’ dan ‘Cun’ arahan Osman Ali, pelakon berbakat besar, Remy Ishak kini bakal muncul dalam sebuah lagi filem arahan pengarah Ombak Rindu itu iaitu ‘Jiwa Taiko’. GUA sendiri berpeluang menghadiri Malam Gala Tayangan Media filem tersebut di Cathay Cineleisure, malam tadi dan apabila menontonnya, GUA terkejut melihat aksi ‘berani’ pelakon kacak itu melakonkan aksi berahi dengan pelakon Diana Danielle.

Remy yang memegang watak sebagai Firman, seorang bekas banduan bertemu dengan Trisya (Diana Danielle) di sebuah pusat pemulihan dan dari situ, mereka jatuh cinta. Dalam filem tersebut, ada beberapa babak berahi di mana Firman dan Trisya berpelukan, ‘berciuman’ serta melakonkan aksi-aksi yang mengghairahkan.

Malah, terdapat juga satu babak cium yang dipotong oleh Pihak Lembaga Penapisan Filem dan ini ternyata akan mencetuskan persoalan sama ada mereka benar-benar cium atau sebaliknya. GUA sempat bertemu dengan buah hati Tiz Zaqyah ini bagi bertanyakan mengenai isu tersebut dan Remy menganggap itu hanya tuntutan beliau sebagai seorang pelakon semata-mata.

“Saya memilih untuk berlakon dalam filem ini kerana seronok dengan jalan cerita serta perwatakannya dan bukan sebab babak pegang-pegang ini. Sebagai pelakon, kami bercerita, jadi benda ini harus dihidupkan. Saya tak mahu nanti di mana watak itu perlu buat, tapi kami tak boleh buat lantas ia jadi tak hidup.

“Mungkin orang akan pertikaikan, tapi saya tahu batas saya. Saya juga tak mahu benda-benda sebegini membataskan kerja-kerja saya. Saya juga tak nak perkara begini buat saya tak boleh berlakon serta kekok untuk menghidupkan watak saya,” ujar Remy menafikan babak tersebut keterlaluan.

“Saya tak rasa benda ini agak keterlaluan. Saya ambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebagai pelakon, kami hanya berbicara tentang niat kami untuk bercerita. Bagi saya, tak ada istilah tentang aksi keterlaluan. Malah, masa shooting pun tak ada yang keterlaluan dan masing-masing profesional melakukan tugas.

“Bagi saya, apa yang penting ialah niat di mana niat kami di sini adalah untuk bagi nasihat dan memberitahu kepada masyarakat tentang masalah-masalah social yang berlaku sekarang. Saya tak rasa benda ini akan jadi satu isu. Saya harap penonton dapat ambil ia sebagai satu nasihat dan bukan satu perkara yang jijik.”

Dalam perkembangan lain, Remy memberitahu baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Bravo 5’. Selain ‘Jiwa Taiko’ yang bakal ditayangkan 14 Jun 2012, Remy turut akan muncul dalam filem ‘Aku, Kau dan Dia’, ’29 Februari’, ‘Hantu Kapcai’ dan ‘Azazil’.

Petikan dari : gua.com.my

****

AKSI berkucup antara Remy dan Diana dikritik hebat.

GIMIK buka panggung pratonton filem Jiwa Taiko dengan bersilat, bertikam golok dan aksi karate bata sungguh meyakinkan. Sehabis tayangan Rabu lalu, para jemputan terutama petugas akhbar hanya menjuihkan bibir.

Sebagai teraju utama, Osman Ali ditanya tentang adegan panas yang dipaparkan dalam karya terbaharunya itu. Sebelum ini, Jiwa Taiko dicanang sebagai sebuah filem genre aksi dan gangsterisme, bagaimanapun ia sendat dengan adegan yang sengaja mengundang sensasi.
Babak asmara antara watak antagonis Pinto lakonan Bront Palarae bersama Lara (Nadia Nissa) dikatakan sedikit erotik dan hangat dipersoalkan. Selain itu, adegan ciuman antara hero filem berkenaan, Firman (Remy Ishak) dan Trisha (Diana Danielle) turut menimbulkan kritikan hebat walaupun ia ditapis pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Osman pernah membuat babak teknik pelaris filem 1980-an dengan menyelitkan adegan ranjang Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu, tetapi kali ini, dia sudah menyediakan perisai terhadap soalan wartawan.

SENSASI BINTANG: Adegan seks dalam filem Ombak Rindu dan Kaki Bakar kononnya terpaksa diadakan alasan mengukuhkan jalan cerita. Dalam filem Jiwa Taiko pun ada adegan sama. Tidakkah itu mencerminkan ada seorang pengarah tumpul idea?

OSMAN ALI: Memang cerita Jiwa Taiko itu menjurus kepada kehidupan bebas anak-anak muda dalam masyarakat. Saya percaya ada grup yang sedemikian dan rujukan saya pula kepada filem-filem Perancis seperti City Of God, Kids serta filem-filem arahan Claudio Amendola. Saya sebenarnya masih terbawa-bawa oleh dunia eksperimental dalam berkarya. Saya cuba bayangkan realiti gelap dalam dunia yang saya cipta dan berikan ia warna. Apa yang terlihat dalam Jiwa Taiko ialah jalan paling selamat yang telah saya lakukan.
Apa asas menyelitkan adegan seks untuk melariskan Jiwa Taiko?

Sungguh saya tiada niat untuk jadikan adegan ranjang sebagai bahan promosi. Sebenarnya banyak lagi elemen lain yang saya serapkan, malangnya adegan panas itu juga yang dikedepankan. Rasanya saya sudah kena ambil iktibar daripada teguran-teguran ramai. Untuk filem berikut yang berjudul Ada Setan Di Kepala yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi, saya akan lebih berhati-hati. Saya tak mahu dianggap pengarah yang sebegitu. Saya kena sedar di mana saya berpijak. Untuk penonton moden barangkali okey tapi apabila berdepan penonton tidak selesa, masalah akan timbul.

Jiwa Taiko meriah dengan gaya rasta dan budaya hippies. Pekat mempromosi budaya pergaulan bebas, seks dan dadah. Apa yang mahu anda gambarkan?

Jika dilihat kepada keseluruhan visual dan susun atur, imej-imej itu sudah dirancang untuk membentuk satu subbudaya dalam filem. Saya percaya memang wujud grup sosial yang begitu. Saya mahukan sebuah filem yang penuh emosi, tekanan, dramatik bahkan konsep sinematografinya dibikin dalam nuansa 1960-an dan warnanya sengaja diberi filter grainy (berbintik-bintik). Saya memang bersiap-sedia untuk dipersoalkan. Angkara kebebasan akan membawa kecelakaan yang lebih parah dan memporak-perandakan hidup. Tapi saya juga harap elemen itu tidak dipersoalkan kerana bukan itu premis utama saya untuk filem ini.

Ramai yang kurang senang terhadap watak Firman bertatu kerana dia memberi gambaran bahawa ustaz zaman akan datang mesti bekas gangster yang sudah bertaubat. Tidakkah itu keterlaluan?

Saya ada merujuk kepada seorang ustaz berhubung soal itu. Untuk watak yang memang asalnya penjenayah, ia dibolehkan. Tatu itu jadi imej dan lambang hubungan Firman dan Pinto dan kesesatan lampau Firman sendiri. Firman sedang berubah mencari hidup yang lebih baik sebab itu ada adegan solat. Solat bagi orang yang bertatu masih dibenarkan jika boleh mendatangkan mudarat sekiranya tatu dibuang tidak mengikut prosidur yang sepatutnya.

Tajuk filem itu Jiwa Taiko, tetapi ramai yang berbisik ia lebih tepat diberi judul ‘Jiwang Taiko’, komen anda sebagai pengarah?

Judul asalnya filem ini Bara Jiwa, jika judul asal digunakan, saya yakin tiada masalah dalam soal itu. Atas alasan komersial, Jiwa Taiko kena menjual genre aksi sebab genre emosi susah untuk tarik khalayak. Sebenarnya tajuk Jiwa Taiko pun menarik sebab rata-rata anak muda yang berlagak samseng, perasan hebat dan terlibat dalam jenayah merasakan diri mereka cukup taiko, sebenarnya tidak. Watak dalam filem ini sendiri masih kuat nilai kemanusiaan. Firman boleh berubah menjadi baik manakala Pinto sendiri boleh jatuh cinta dengan Lara.

undated sources

Bagaikan Permainan

Hidup perlu ada teman dan kawan. Ini adalah sebahagian dari tuntutan kehidupan. Berteman bagi setiap orang pula mungkin punya definasi yang berbeza. Teman hidup yang selalu diperkatakan adalah ikatan suami isteri ataupun pernikahan dan perkahwinan. Sebagai umat Islam pastinya sedikit sebanyak tuntutan pernikahan dan perkahwinan serta adab sopan berumahtangga telah diajarkan kepada kita oleh kedua ibubapa dan juga dari pembacaan serta pencarian sendiri. Baik lelaki dan wanita kita punya tanggungjawab masing-masing dalam memenuhi tuntutan ini. Perkahwinan bukanlah satu sandiwara semasa. Pernikahan dan perkahwinan telah tersedia hukum hakamnya oleh Allah. Namun yang menyedihkan di zaman ini terlalu ramai yang mempermainkan hukum hakam ini. Perkahwinan bagaikan membeli baju di kedai. Bila suka beli dan tak suka dicampak ke tepi.

Saya mengakui topic ini bukanlah topic mudah untuk dikupas dan ditulis, memandangkan saya bukanlah perunding rumahtangga. Akan tetapi hati saya dicuit-cuit untuk terus membaca dan mencari risalah-risalah mengenainya. Semuanya bermula apabila heboh diakhbar tempatan tentang majlis pernikahan artis-artis terkenal tanahair dan juga pergolakan rumahtangga yang memenuhi ruangan hiburan. Bukan hendak menjaga tepi kain orang akan tetapi apabila telah disiarkan sedikit sebanyak dibaca juga lalu timbul tanda tanya kenapa, mengapa dan bagaimana perkara terjadi. Walaupun ada yang menganggap perkara ini lumrah hidup dan dilalui oleh ramai orang, namun apabila ia melanda golongan terkenal seperti artis ia menjadikan satu hebahan berita yang mengundang jari-jari menambah rencah perisa di forum gosip. Jari-jari yang menulis pula bagaikan ahli-ahli syurga yang hidup berseri tanpa dosa. Mereka sajalah yang suci murni dan tahu pula kisah luar dalam artis berkenaan.

Saya berani mengatakan bukan kehendak individu-individu bergelar artis ini untuk mempamirkan kisah hidup mereka, tapi apakan daya tag “dah awak tu artis” lalu menjadikan hak untuk wartawan menulis tanpa selindung lagi. Temuramah juga dibuat dan mesti dijawab oleh artis berkenaan. Apa yang tidak boleh saya berkata pasti adalah kemelut yang berlaku dalam hidup suami isteri insan-insan bergelar artis ini yang menjadi hiasan laman-laman internet serta ruangan hiburan akhbar tempatan. Sudah pasti pula apabila wartawan yang menulis akan ada penambah rasa mengeruhkan keadaan yang sedia tertekan. Lapuran-lapuran begini tentunya akan membuat pihak-pihak terbabit tambah tertekan dan meruncing. Sebagai pembaca pula memang mudah untuk kita membuat segala rumusan berdasarkan apa yang tertulis. Apabila telah dimasukan ke dalam blog gosip, sudah tentu ada kutukan-kutukan jua. Kepada pembaca yang faham tidak banyak yang boleh dikatakan selain bersabar dengan segala dugaan, namun kita yang bernama manusia ini adakalanya kalah dengan keadaan. Kekuatan selalunya hadir bersama sokongan keluarga, suami/isteri, kawan-kawan sejati dan yang paling utama adalah kekuatan iman dan diri sendiri ketika menghadapi masalah dan musibah.

Perceraian pula adalah jalan terakhir setelah segala usaha dilakukan untuk memulihkan rumahtangga dan hubungan suami isteri yang retak dan goyang. Walaupun begitu kemanakah perginya manis semasa bercinta? Kemana hilangnya kekuatan memikat si gadis dan si teruna? Apakah setelah bergelar suami isteri kuasa-kuasa ini dibuang ke tepi hanya kerana hajat di hati telah diperolehi? Lalu salah sedikit naik tangan dan kaki, tidak seperti zaman bercinta…lautan api sanggup direnangi. Itu yang amat saya musykilkan. Kenapa tidak mahu merenangi lautan api setelah gadis menjadi isteri dan teruna menjadi suami. Setelah menghalalkan diri barukah nampak belang di dahi? Apakah dulu nampak tapi hati berkata cinta? Atau apakah dugaan kala bercinta tidak sehebat setelah berumahtangga?

Soalan-soalan ini akan berterusan dan menjadi paling sedih dan pedih apabila ada anak-anak di dalam keadaan ini. Anak-anak pasti terhimpit di antara kemelut ibubapa mereka. Anak-anak menjadi mangsa apabila orang tua tidak lagi seia sekata. Walaupun setelah berpisah, ibubapa ini mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa ia tetap tidak sama. Terlerainya ikatan ibubapa bermakna runtuhlah mahligai buat anak-anak mereka. Anak-anak tersebut tidak lahir ke dunia tanpa ibubapa mereka dan mereka berhak merasa kebahagian bersama ibubapa sebagaimana ibubapa melayari bahagia sebelum kehadiran mereka.

Anak-anak bagaikan patung permainan di kedai. Cantik dilihat namun tidak bercahaya. Cahaya mereka hilang apabila ibu dan bapa mengambil keputusan mencampak dan membuang mereka ke lembah tandus dan gersang. Macam mana sekalipun gelak dan tawa mereka selepas ini akan menjadi hambar kerana di satu saat ia hanya diperhatikan oleh ibu dan di satu saat lagi ia hanya diperhatikan oleh bapa. Anak-anak tidak dapat melihat wajah riang gembira kedua ibubapa mereka dalam masa yang sama. Kesedihan pasti terpancar di wajah anak-anak ini apabila melihat rakan taulan mereka berlari, berkejaran, berebut dan bergaduh adik beradik diikuti oleh teguran ibubapa mereka. Walaupun saya tidak mengalami sendiri keadaan ini, akan tetapi saya pernah menjadi pemerhati di tengah-tengah kemelut perceraian seorang saudara sepupu. Setelah hampir enam tahun berpisah, anak-anak masih lagi bertanya kenapa perpisahan yang terjadi di antara ibubapa mereka. Anak-anak terpaksa belajar memahami, menerima hakikat bahawa kasih sayang ibubapa mereka sudah terlerai namum mereka tetap mengatakan bahawa kasih sayang mereka terhadap anak-anak tidak berbelah bagi. Apakah ini adil buat mereka? Apakah ini caranya mengajar anak-anak erti kasih sayang? Takdir, sudah tiada jodoh, apa nak buat sudah tiada sefahaman dan sebagainya adalah alasan-alasan yang sudah pasti kedengaran, tetapi di manakah perjuangan? Kenapa tidak dicari kembali sefahaman semasa berkenal dan bercinta?

Umat Islam adalah umat yang paling beruntung di dunia ini.Setiap inci perjalanan hidup kita dibekalkan oleh garis panduan terperinci bagi menikmati kebahagian yang hakiki di mukabumi ini. Walaubagaimanapun arus kemodenan kehidupan telah membuat ramai di antara kita melupakan panduan Al Quran dalam membentuk keluarga dan rumahtangga bahagia. Seandainya kita menerapkan nilai-nilai ini lalu mengamalkannya dalam jiwa dan kehidupan kita, Insha’Allah institusi kekeluargaan akan berdiri kukuh dan utuh.

Amat menyedihkan apabila kes perceraian berlaku dan lagi menyedihkan pula apabila cerita mereka menghiasi laman-laman akhbar sebagai rencah berita. Akan tetapi lebih memilukan apabila ia dibuat bagai tarik tali. Hari ini kata nak bercerai, esok kata tak jadi pulak. Bulan depan nak cerai balik. Apa yang terjadi sebenarnya kepada masyarakat hari ini? Saya pasti ramai lagi di luar sana melalui perkara yang sama akan tetapi mereka bukan di kalangan orang dikenali lalu kisah-kisah mereka tidak kedengaran oleh kita semua.

Janganlah permainkan ikatan pernikahan dan perkahwinan kerana di sini jugalah memulakan runtuhnya institusi kekeluargaan dan tempangnya budi bicara manusia. Jangan juga sesekali mempersendakan ajaran agama dan melupakan hukum hakam yang telah tersedia, kerana andainya kita mengabaikan apa yang ada lambat laun perit dan derita kita juga yang melaluinya. Di saat dan ketika itu besar kemungkinan semuanya sudah terlambat.

Kepada ibu dan bapa fikirkanlah betapa beruntungnya diri dapat memperolehi nikmat di dunia bergelar ibubapa. Didiklah anak-anak dengan penuh kasih sayang serta tanggungjawab. Ingatlah jua anak-anak adalah amanah Allah kepada kita, jangan biarkan mereka hidup terkapa-kapa di dalam dunia yang mencabar ini. Jagalah amanah Allah dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Written by : Sanaa 21/05/12

*****

Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya

1)Pengertian Perkahwinan

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :

Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

2)Hikmah Perkahwinan

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.

Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.

Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.

Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.

Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.

Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.

Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

3) Hukum-Hukum Perkahwinan

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Huraiannya adalah seperti berikut :-

Perkahwinan yang wajib.

Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

Perkahwinan yang sunat

Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

Perkahwinan yang haram

Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

Perkahwinan yang makruh

Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

Rukun Nikah

Calon isteri. (perempuan)
Calon suami. (lelaki)
Wali.
Dua orang saksi.
Akad ijab dan qabul.

Syarat-Syarat Calon Isteri

1. Bukan mahram dengan bakal suami.

2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.

3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.

4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.

5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Calon Suami

1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

Syarat-Syarat Wali

Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.Firman Allah:
Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.
(Surah Al-Maidah : Ayat 51)

Baligh
Berakal
Merdeka
Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.
(Riwayat Muslim)

Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

4) Syarat- Ijab Dan Qabul

a.Syarat-syarat ijab :
Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.
Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

b.Syarat-syarat Qabul :
Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

5) Syarat-Syarat Saksi
Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
Lelaki
Berakal
Baligh
Merdeka
Adil (tidak fasiq).
Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

6) Susunan Wali
Bapa
Datuk sebelah bapa hingga ke atas
Saudara seibu sebapa
Saudara sebapa
Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.
Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

7) Wali Hakim
Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :
Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :
Ertinya :
Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.
Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.
Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.
Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.
Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).
Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
Wali bersembunyi.
Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

8) WALI MUJBIR
Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :

Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.
Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

9) Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya
Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.
Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

Perempuan Yang Haram Dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :
Haram buat selama-lamanya.
Haram buat sementara waktu.
1) Sebab-Sebab Haram Dikahwini
Haram dengan sebab keturunan
Haram dengan sebab susuan
Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).
2)Haram Dengan Sebab Keturunan
Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.
Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :
Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu.
(Surah An-Nisa : ayat 23)

Perhatian :
Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

3) Haram Dengan Sebab PEnyusuan
Ibu yang menyusukan.
Saudara perempuan yang sepersusuan.
Firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan.

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :
Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan
Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.
(Riwayat Al-Dar Qatni)

Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :
Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.
(al-Hadith)

Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.
(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)
Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.
(Surah An-Nisa:ayat 23

Dan firman Allah :
Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).
(Surah An-Nisa : ayat 22)

5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan Sebab Menghimpunkannya
Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.
Anak saudara isteri sebelah bapa.
Anak saudara isteri sebelah ibu.
Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Maskawin
1)Pengertian Maskawin(Al-Mahar)
Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.Sebagaimana firman Allah:
Ertinya :Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:
Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu
“adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran,” lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.
Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.

2)Bahagian Mahar
Mahar Misil
Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar Musamma
Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3) HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD
1. Sunat
Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
2. Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :
1. 1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2. 2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
3. 3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).

4) WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :
1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.
2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.

5) GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :
Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6) MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

7) AL-MUT’AAH
Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:

Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.
(Al-Ahzab : ayat 49)

Bab : WALIMATUL URUS
1) HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN
Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG
1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Yang dijemput itu juga beragama Islam.
4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php

Compiled by : Sanaa 21/05/12

Let’s Make Tortillas

Mix the salt and masa harina then add the water.

Mix the masa harina and water together with one hand. The tortilla dough will start out crumbly, but continue mixing it and it will start to come together. Knead it for 2 minutes.

After kneading, the tortilla dough should have a smooth texture like playdough.

Form the tortilla dough into a ball, cover with plastic wrap, and let it sit for at least an hour.

After the dough has had a chance to rest, it’s time to check the texture. Break off a small piece, roll it into a ball, then press it between your palms.

If it forms cracks along the edges it’s too dry. Knead some more water into the dough a little bit at a time until it looks more like the center picture.

If the dough sticks to your palms it is too wet. Add more masa harina a little at a time until it doesn’t stick anymore.

Split the dough in half 4 times to get 16 even pieces and roll them into balls (if you’re looking for an excuse to use your kitchen scale, the balls should be about 1.5 oz). Be sure to keep the tortilla dough covered with a damp paper towel while you work to keep them from drying out

Ideally you’ll have a tortilla press, but if you don’t, a flat bottomed plate will work. The plate in the photo works out perfectly because it has a very shallow lip that’s 5 1/2″ in diameter, which just so happens to be the exact size these tortillas are supposed to end up. Wrap your tortilla press or the bottom of your plate and counter top with plastic wrap. This makes it easier to remove the delicate tortillas.

Start preheating a cast iron skillet over medium heat. If you are using the plate+countertop method, put one ball on your counter and line it up with the middle of your plate. Press down evenly on the plate using your body weight to get it about 1/16″ in thickness. It will take some elbow grease and practice, but you can always reuse the dough from your mistakes.

Your pressed tortilla should look something like this. Carefully peel the tortilla onto the palm and fingers of one hand.

Move over to your preheated skillet and use a sweeping motion to move your hand out from under the tortilla being careful not to burn your hand.

Flatten out any ruffles in the tortilla and cook while you press your next tortilla (about 1 minute). The tortilla is initially cooked on only one side and should not brown. Transfer it to a pot with a lid lined with paper towels. Repeat until the rest of the dough balls have been pressed and cooked on one side. You can do these steps ahead of time and store the half cooked tortillas in the fridge until you are ready to serve them.

When you’re ready to serve the tortillas, turn up the heat on the pan to medium high. Place a tortilla in the pan, uncooked side down. Gently press the tortilla with a wadded up paper towel. Once the tortilla has a few brown spots flip one last time and press on it some more. This will cause the steam escaping to blow the tortilla up like a balloon.

The tortilla is done when it has ballooned up and is lightly toasted on both sides. Transfer to a paper towel lined pot with a lid to keep warm until they are all ready to serve.

TOPPINGS

1/2 small head iceberg lettuce, shredded
1 cup Monterey Jack cheese, shredded
1 small yellow or red bell pepper, sliced
1 cup canned black beans, rinsed

Chicken Tortilla Filling

Ingredients

1 tablespoon olive oil
2 large skinless chicken breasts (about 12oz)
1 large red pepper, chopped
1 large onion, chopped
8oz button mushrooms, sliced
2 tablespoons chili powder
1 teaspoon ground cumin
1 teaspoon salt
1/2 teaspoon pepper
1 tablespoon dried oregano
1 tablespoon paprika
1/4 cup sour cream

Directions

Cut the chicken into bitesize chunks.

In a deep skillet, sautee chicken in olive oil for 2 minutes. Flip and sautee the other side for 2 minutes more. Add vegetables and continue to cook for 5 minutes, stirring occasionally.

Stir in spices, then sour cream. Continue to cook until chicken is no longer pink. It should only take a few minutes. Serve on top of a green salad with additional sour cream and cheddar cheese or use as a filling for tortillas.

BEEF TORTILLAS

2 tablespoons vegetable oil
1/2 small red onion, minced
1 1/2 pounds ground beef
2 garlic cloves, crushed
1 tablespoon chili powder
1 teaspoon cumin
1 teaspoon coriander
1 teaspoon salt
1 1/2 cups tomato sauce

To make the beef filling, heat the oil in the skillet over medium. Add the onion and saute for 3 minutes or until soft.

Add the ground beef and cook, stirring to break up the meat, until it’s no longer pink (about 4 minutes). Pour off the liquid.

Add the garlic, chili powder, cumin, coriander, salt, and tomato sauce. Cook, stirring occasionally, over low heat for 10 minutes. (If the sauce is too thick, add a few tablespoons of water.)

Meanwhile, place your toppings in separate small bowls and set them on the table.

Place the warm tortillas in a basket and the beef filling in a bowl.

Kids’ Steps: Kids can help prepare the toppings. Soft vegetables can be cut with plastic picnic knives, and other items, such as grated cheese and salsa, can simply be arranged in small bowls.

******

Other Names
Masa de Harina

Description

Masa Harina literally means dough flour in Spanish and in Mexican cuisine, it refers to flour made from maize that has been soaked in lime water (calcium hydroxide). It is not the same thing as cornmeal and cannot be used interchangeably. The process of soaking the maize in lime water softens the kernels changing the texture so that the finished dough is more elastic and workable. After the maize is soaked, it’s ground then used fresh as masa, or dried to make masa harina.

In the photo above you can see the fine almost white powder on the right with the dough it forms on the left. In the back is a bag of Maseca brand Masa Harina.

What’s it taste like?

It has a nutty slightly minerally flavour that unsurprisingly tastes like corn.

When is it best?

There’s no season, but if you are able to find fresh masa, which looks more like a dough, the flavour and texture are better than rehydrating dried masa harina.

How do I use it?

Masa harina can be worked into a dough by adding water then allowing it to rest for about an hour to fully rehydrate. This dough can then be pressed into corn tortillas which can be “baked” on a hot cast iron skillet. These tortilla’s can then be used to make tacos or enchiladas or just served along side a stew. If they are cut and deep fried you will have tortilla chips. Masa harina can also be used to make tamales, although there is a special kind for tamales (para tamales) that has a more course grind than the kind for tortillas.

Nutrition

The lime water used to treat the maize adds calcium and releases niacin from the niacytin which greatly increases the nutritional value of the corn.

Compiled by : Sanaa 25/04/12

Sources : Various

Mind Blowing or Mind Boggling

It is again life testing journey for me, trying to accommodate between demanding family situation and keeping intact with current buzz of entertainment industries. Nothing is actually special about the industry but reading articles about the artist and media make me thinking a lot about journalism. Again the issues between media and artist being mentioned. If it a puzzle I am sure it should be complete long ago but since it is a trading between demand and supply the chain continues. It is a commodity or stock broking being trade. As long as there are producers/manufacturers there will be buyers there will be a supply. There will be a time short of supply and we will crack our head to find a similar product desperately. On the other hand if we are in a maze; the manufacturer/producer, supplier and buyer will find difficulty to meet in between. Whether it is mind-blowing or mind-boggling, the “journalism” and entertainment industry in Malaysia is much affected with the relationship between reporter and artist for the gossip published.

Today, the voice of known actor heard. I never realised a column by Bront Palarae in Mingguan Malaysia on 25th March 2012 (article attached) which addressed the issues surrounding the media and the artist. Bront given the symbolic approached and messages behind his article. It has been days now but the response towards it very small. I am not so sure whether the opinion of Bront taken lightly by the readers or fans and even the media itself. With Bront write-up in mind and since my interest more towards Remy and Tiz and their reputation/havoc created by Berita Harian (BH) lately, I am taking them again as my terms of reference. Remy and Tiz been a “target” by Berita Harian starting with gossip of their break-off since January (if I recall correctly) and followed by not participating in recent road tour for Anugerah Bintang Popular, a yearly event organised by BH. Their story or gossip been continuously recycled by BH until last Sunday, by Zubir the gossip writer. I end up buying BH last Sunday due to one sms from a friend. During exchanging sms’s I found this friend of mine being emotional about the article, so much so it increases my curiosity (could all of us see “the power”). Let me put it clearly, I bought BH because I really need to know how Zubir construct the stories until a die -hard fan of Tiz Zaqyah and a strong supporter of RITZ was so upset. With much interest, I read the first word followed by the first line until the end. Nothing new and fresh in that article, what I can offer is a big laugh out of my lung.

Writing is a journey, a journey by the writer taking their readers into their mind and world. As we lost into the writer world we will form a mental picture, whether it is a love story, a fantasy or horror. We as readers will sail through the characters and form a mental opinion. The success of a book and become a known writer is partly because of the readers. The same method and concept goes to journalism. The only difference is the mode and medium of delivering their thoughts and subject.

After many times, the subject between artist and reporter interest me because the “trading” of human stories and where pointing fingers begin. Bront laid-out the same subject and I do know Remy and Tiz has shared the article in their facebook and twitter. Did other artist do the same? How many readers to Bront article see the message behind it? Since it is not a fresh or brand new subject but an ongoing and “unsolved mystery” in the entertainment world what can we expect and achieved from it?

As we all know in a trade industry we must have raw material turned into product and market them. The end party is the buyer. The successful of the product will depend on marketing strategy. The more convincingly the marketing team, more buyers they get and more income the producer/manufacturer will get. The success of the product marked an achievement followed by profits to the producers/manufacturers. The success will give another idea to the producer in inventing a new product. Its call development and progress. Is the scenario relevant to Bront article? I’m surely it does if we read every word of it and make a mental picture where are we in that article.

From the two scenarios I am sure we see the “pattern” as recycled. In everything we do, it will start with an idea, laid it open and there will be buyers and readers.

I must admit being bloody sore with the reporters myself. I hated the way they construct gossips from the early days of this blog. I grew up and mature with the entertainment column. Although nothing new in Bront article but it is from an actor himself making me wanting to understand more. I picked up a point which will take us back to the “trade” industries. It is a question that readers should answer. Don’t let us be the laughing-stock when we claimed did not want that kind of “trading”. For example, readers grinning ear to ear when hearing and reading about Remy declaration on 25th October, 2011 which saying Tiz Zaqyah is the woman of his life. Is it a day to remember? Are we forgetting about that day? I am sure many of RITZ die-hard fans IS keeping the article for their archive. Months followed another article hits the headline saying their relationship is on the rock. Fans and fanatic are outraged over the issues and few saying will boycott BH in future.

A good move, I tell myself. I had a long grinned reading about the fans qualm over the issues and their over-reaction. Will anyone of us come forward and admit the continuous article and gossip about Remy and Tiz is our own doing? It is easy to point our finger blaming the paper and reporter without looking at the real scenario. We denied wanting to hear that kind of news but we read, we commented, we condemn and it becomes a chain. Are we not the contributing party?

Gossip and scandal rocks the world.

It is a learning process for me. I take the blame for hating reporters with Remy and Tiz gossip but there is a limit to everything. Without doubt, the reporters and the newspapers have their freedom and rights and so do we (artist and fans). BUT where will it take us by going hype over the issues? Keep on asking ourselves…are we the interested parties? Why do we get involved? What will we get out of this stories? Is this the way of supporting our favourite actor and actresses or we do it because their personal stories make us smile for days? Did we take action? Will it help by boycotting the issuer? Many questions with no answer will never solve the issue. As long as there is demand there will be a none stop supply.

Where are the roots of the problem?

A thought by : Sanaa 28/03/12

*****

Artis, media ibarat dakwat dan pena

Hasil kerja artis sama ada di layar perak atau kaca televisyen menjadi bukti kecintaan mereka terhadap dunia seni.

Artis sepatutnya berterima kasih kepada wartawan hiburan kerana tanpa mereka kerjaya seseorang artis itu pasti tidak boleh pergi jauh.”

Ayat di atas adalah antara ungkapan yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang hubungan antara artis mahupun pekerja industri hiburan dengan media (atau dalam konteks yang lebih khusus wartawan hiburan).

Hubungan artis dan media sering digambarkan sebagai satu simbiosis. Mengikut definisi, ‘Simbiosis’ adalah interaksi antara dua organisme yang hidup berdampingan, pola interaksi yang sangat erat dan khusus antara dua makhluk hidup yang berlainan jenis.

Namun, apa yang tidak dijelaskan atau dihuraikan adalah bentuk simbiosis antara dua entiti ini. Sama ada ia Parasitisme di mana pihak yang satu mendapat keuntungan dan merugikan pihak lainnya; Mutualisme di mana hubungan sesama makhluk hidup yang saling menguntungkan kedua pihak; mahupun Komersialisme, di mana pihak yang satu mendapat keuntungan tapi pihak lainnya tidak dirugikan dan tidak diuntungkan; atau ‘ism-ism’ yang lain.

Mungkin pandangan saintifik tidak relevan dalam dunia hiburan, tidak seperti ruangan gossip mahupun gambar panas serba seksi glamor.

Lantas kita cuma merumuskan hubungan itu sebegitu rupa, hanya menjadi peringatan secara kasar tapi bukan untuk difahami dengan mendalam.

Media mempersembahkan berita yang mempunyai nilai berita buat pembaca, manakala penggiat seni memerlukan pendedahan untuk mengembangkan karier seni mereka sama ada melalui cerita peribadi mahupun hasil kerja seni.

Secara rambang, senario ini berlaku di mana-mana sahaja di dunia. Tapi jika kita merenung dengan lebih jauh dan dengan lebih mendalam, ada sesuatu yang agak janggal di negara kita.

Sebagai contoh, di zaman 80-an untuk seseorang artis mendapat pendedahan dalam ruangan hiburan akhbar harian seharusnya seorang yang berkaliber dan berbakat.

Paparan mengenai diri mereka dan hasil kerja mereka menjadi inspirasi buat pembaca. Bagi penerbit atau syarikat rakaman pula, paparan mengenai seseorang artis itu dijadikan ukuran atau tanda aras populariti.

Kini, sesiapa sahaja boleh mendapat pendedahan sedemikian asalkan mereka berani mengaku diri mereka ‘artis’ atau ‘selebriti’. Malah, sesiapa sahaja mampu mendedahkan diri mereka tanpa memerlukan kredibiliti hasil kerja seni.

Cukup dengan pengakuan “saya tidak seksi” sambil berskirt pendek dan baju ketat, artis kini mampu mendedahkan apa yang mereka mahu dedahkan (pakaian, pemikiran atau kedua-duanya) dalam ruangan media.

Lambakan majalah hiburan dan penambahan sisipan ruangan hiburan dalam akhbar harian serta mingguan membawa kepada permintaan terhadap bahan itu.

Golongan penggiat seni kini cuma sekadar bahan. Bahan jualan seperti barangan lelong di pasar murah. Cantik dan baru tapi tiada nilai. Kekerapan pendedahan di ruangan media bukan lagi tanda aras populariti yang sebenar, hanya satu ilusi untuk diperdagangkan.

Artis, terutamanya pelakon baru, kini lebih mementingkan sesi fotografi bersama media daripada menumpukan kerja di set penggambaran kerana mereka tahu penerbit dan stesen tv masih bergantung kepada majalah hiburan dan akhbar harian dalam memantau populariti mereka.

Yang menjadi mangsa di sini bukan sahaja tenaga kerja produksi, malah juga khalayak penonton. Masa (dibayar) yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan kerja yang bagus digunakan untuk kepentingan diri sendiri (walaupun tanpa bayaran).

Rentetan dari perkembangan ini, ramai artis yang serius, semakin berat hati untuk mendedahkan diri dalam ruang tersebut kerana risau dilihat sebagai artis picisan. Hari-hari di dada akhbar, tanpa hasil kerja sebenar.

Senario ini bukan sahaja menggoncang kredibiliti dunia seni, malah dunia kewartawanan juga terpalit sekali lumpurnya. Bahan yang dipaparkan kini kebanyakannya bersifat pojok, cubit-cubit, jeling-jeling dan yang seerti dengan tabloidismenya.

Mungkin itu yang masyarakat kita mahukan, tapi adakah itu makanan yang kita mahu sentiasa saji pada mereka? Adakah paparan harian adalah tanda aras populariti?

Laungan keramat yang selalu kita dengar, mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang. Cuma bezanya, pedang dicipta untuk membunuh, tetapi mata pena mampu merubah dan membentuk tahap pemikiran sesuatu masyarakat.

Berpandukan sejarah kemajuan dan kegemilangan tamadun Islam, terlintas di kepala ayat ini “setitik dakwat para ilmuwan sama nilainya dengan setitik darah orang yang mati syahid.”

Tepuk dada, tanya hati, apa nilai dakwat kita?

Note :

Symbiosis means:-

1. Interaction between two different organisms living in close physical association, typically to the advantage of both.

2. A mutually beneficial relationship between different people or groups.

Parasite means :-

1. An organism that lives in or on another organism (its host) and benefits by deriving nutrients at the host’s expense.

2. Derogatory. A person who habitually relies on or exploits others and gives nothing in return.

Mutual :-

1. The doctrine that mutual dependence is necessary to social well-being.

2. Symbiosis that is beneficial to both organisms involved.

Note: Apakah ini yang dikatakan oleh peribahasa ‘bagaikan anjing menyalak bukit”?

Compiled by : Sanaa 27/3/2012

Kecuaian

Perjalanan kehidupan tiada siapa dapat menduga. Tua, muda, miskin dan kaya adalah wajah-wajah yang menghiasi alam ini. Semalam telah berlalu, esok belum tentu dan hari ini menjadi milik kita selagi kita diizinkan bernafas dan menikmati segala bentuk ragam kehidupan. Jangan dikenang perkara yang lepas bakal merosak diri sendiri jangan dirintih perkara yang terjadi kerana ia ketentuan Ilahi. Bait-bait kata penuh bermakna sering dan akan kedengaran ketika kita melewati saat duka dan bersedih. Pujukan demi pujukan dan rayuan demi rayuan pasti kedengaran bagi membangkitkan semangat insan-insan yang sedang dalam kedukaan. “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul” bidalan yang tidak pernah hilang dek zaman. Begitulah yang sedang bergolak di fikiran saya sekarang.

Berita kehilangan dan penculikan anak-anak telah lama berlaku. Saya memang tidak ada kronologi kejadian yang berlaku di masa-masa lalu dan begitu juga yang menimpa Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) berusia 5 tahun yang dilapurkan hilang pada 1hb Mac 2012 yang baru lalu. Saya hanya membaca kisah kehilangan Dirang apabila tajuk utama akhbar tempatan mengatakan menemui mayat yang dibunuh dan dibakar. Terdetik perkataan kejam di hati membuatkan saya membaca isi kandungan berita tersebut. Dirang dikatakan keluar dari rumah pada petang 1hb Mac untuk ke kedai membeli sebungkus mee dan telor. Semasa dalam perjalanan ke kedai ibu saudara Dirang ada terserempak dengannya lalu menyapa dan bertanya. Besar kemungkinan berpuas hati dengan jawapan diberi ibu saudara Dirang berlalu pergi dan anak kecil itu terus ke kedai barangkali. Itulah anggapan yang saya buat ketika membaca rentetan kejadian. Lapuran polis dibuat apabila Dirang tidak kembali ke rumah.

Apabila sudah membaca sedikit saya mula mencari satu dua artikel yang berkaitan dengan kehilangan Dirang. Tidak banyak yang saya temui yang membawa kepada kejadian cuma anak kecil ini diminta ke kedai oleh ibunya. Namun hati saya luluh di pagi ini apabila bercerita perihal Dirang bersama seorang kawan di mana ada satu artikel menyebut Dirang diminta ke kedai kerana ibunya asyik dengan facebook. Sebelum itu fikiran saya asyik bertanya-tanya kenapa anak sekecil itu diminta ke kedai? Mereka sekeluarga duduk di tingkat 4 sebuah flat kediaman dan tentunya kedai berada di tingkat bawah sekali. Memang mungkin sudah tertulis ajalnya Dirang begini tapi apakah kita tidak menyoal kecuaian diri sebagai ibu dan keluarga? Terbayang-bayang di mata saya wajah anak-anak saudara yang seusia Dirang, wajah girang mereka bermain dan tidak dibenarkan bermain di halaman rumah dan tepi kolam ikan tanpa pengawasan orang dewasa inikan pula untuk melepaskan anak sekecil itu untuk ke kedai membeli barang. Dirang telah menemui jalannya dan pasti keluarganya akan sentiasa dihimpit sedih dan kecewa. Kita sebagai pembaca, pemerhati dan orang luar mungkin akan lupa kisah ini dalam sehari dua tapi apakah mungkin ada pengajaran buat kita?

Melalui lapuran-lapuran akhbar, ibu mangsa dan juga keluarga mangsa meraung dan meratap pemergian Dirang. Siasatan polis juga perlu mencari punca (clue) untuk meneruskan siasatan hingga tertangkapnya penculik dan pembunuh kejam ini. Adakah keluarga mereka mempunyai musuh? Adakah mereka dari kalangan orang berada dan berharta. Sekali lagi mengikut lapuran akhbar ibu mangsa mengatakan mereka adalah keluarga susah dan tidak berharta akan tetapi ada tuntutan wang tebusan sebanyak RM30K. Beberapa panggilan dan sms berupa ugutan diterima oleh ibu mangsa sebelum mayat Dirang ditemui. Tuntutan permulaan berjumlah RM10K minta diserahkan bagi menjamin keselamatan Dirang. Ugutan yang berbunyi “kalau wang tidak diterima, Dirang akan dibunuh” dan ada juga ugutan yang berbunyi “kalau wang tidak diterima, Dirang akan dijual kepada sindiket penjualan kanak-kank di Thailand”. Wang tebusan minta diserahkan di satu daerah di Kelantan (malangnya saya tidak dapat mencari archive lapuran ini). Bak kata orang Indonesia bolak balik cerita tetap sama juga. Dirang sudah tiada dan pemergiannya amat kejam di mata kita namun apakah intipati disebalik kejadian kepada kita yang masih hidup dan punyai anak-anak kecil sebegini.

Sememangnya benar, ajal dan maut serta jodoh pertemuan bukan ketentuan kita. Akan tetapi ingat dan sedarilah Allah telah mengurniakan kita dengan cukup sifat serta akal fikiran untuk kita berfikir dan mencorak landasan hidup ini. Usaha tangga jaya kata orang tua-tua, beringat sebelum kena pesan mereka lagi. Namun sedih tetap mengundang apabila di zaman yang serba canggih ini kita lupa akan sifat-sifat kehidupan, tanggungjawab sesama insan dan keperihatinan dan yang paling utama adalah amanah Allah kepada sepasang suami isteri. Anak adalah amanah yang tidak ternilai dalam ikatan perkahwinan yang terhasil dari titisan kasih suami isteri.

Apakah kelalaian tidak dikenal pasti? Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna, satu lagi pepatah buat kita meniti hidup ini. Kita boleh terus mengatakan perbuatan sipenculik dan pembunuh adalah kejam dan tidak berhati perut. Bertanya lagi apakah salah anak sekecil ini diperlakukan begitu? Apakah salah kedua ibubapa mereka sehingga terjadi begini? Jawapan kepada soalan-soalan ini selalunya tundingan jari akan berbalik kepada diri sendiri, bukan hanya satu tapi empat. Tidak sesekali saya menuduh keluarga Dirang tidak menyayanginya akan tetapi satu kesilapan kecil pasti akan membawa penyesalan sepanjang hayat. Sudahlah anak mati dibunuh, mayat pula dibakar dan yang tinggal adalah tulang rangka yang pengesahan dibuat berdasarkan ujian makmal. Apakah mampu mata terpejam erat mengenangkan semuanya ini? Apakah mampu kekuatan dibina kembali? Sejauh manakah kita mampu meneruskan kehidupan supaya anak-anak lain tidak mengalami nasib yang sama? Apakah pula tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat dalam membendung gejala sebegini?

Kejadian sebegini kalau di negara barat, kedua ibubapa mangsa yang akan ditahan atas sebab kecuaian akan tetapi sistem begitu tidak digunapakai di negara kita. Kita akan terus menanti pihak polis membawa pesalah kemuka pengadilan untuk diadili. Selama mana pula penantian keluarga mangsa ini?

Soalan demi soalan akan berputar, kejadian tidak lekang dari pendengaran. Oleh itu hargailah segala pemberian Allah kepada kita dan bersyukur di atas nikmat kurniaanNYA. Belajarlah dari segala kesilapan dan demi masa yang masih bersisa berusahalah mengubah keadaan kerana kekuatan yang ada pada kita saja mampu mengubahnya. Sekali lagi saya ingin berpesan, menuding jari amatlah mudah akan tetapi ingatlah diri kita sendiri sebelum menyalahkan sesiapa.

Ambillah ikhtibar dari kejadian ini buat renungan dan panduan kita bersama.

Sekadar berkongsi : Sanaa 15/03/12

*****

Mayat rentung ditemui disahkan Nurul Nadirah – Polis

12/03/2012 7:45pm

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. – UTUSAN

*****

Selamat dikebumikan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 14 Mac – Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, di sini kira-kira 1.30 petang ini.

Keadaan hujan renyai-renyai dengan cuaca mendung mengiringi pengebumian kanak-kanak itu, seolah-olah turut sama menangisi pemergian Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Selain ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, bapa tirinya, Lima Medang, 25, dan kaum keluarga terdekat, hampir 100 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat yang simpati dengan nasib insan kerdil yang tidak berdosa itu turut sama menghadiri pengkebumian itu.

Note: Bapa kandung Dirang adalah di antara suspek dalam pembunuhan kejam ini.

Tatih sampai lemas
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

AJAL…Nik Mohamad Iqbal ditemui terapung, kelmarin.

LINI…tak sedar anak keluar
KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Berkali Sudah

Hatiku diragut sayu
Membaca akhbar tulisan tak tentu
Wahai penulis yang serba tahu
Sang Pencerita terasa amatlah malu

Kita laungkan slogan
Tidak hilang melayu ditelan zaman
Namun tulisan bagai tak berpendidikan
Isi dan fakta berserakan

Dunia berkembang dengan teknologi
Invosi sejak zaman purba lagi
Henry Ford Wright Brothers diingati
Johannes Guternberg menangis hari ini

Akhbar bernama Berita Harian
Hari-hari membuat lapuran
Longkang pecah Remy Tiz berantakan
Yang mana satu melariskan jualan

Awal pagi mendapat kabaran
Seorang teman membeli Berita Harian
Oleh kerana terpampang di hadapan
Gambar Tiz yang melemparkan senyuman

Kalau sepuluh yang berbuat begitu
Senyum simpul Marimuthu
Suratkabar banyak laku
Komisen kasi beli sepatu baru

Berkali sudah panjang bercerita
Berpantun dan juga rencana
Oleh kerana marah sang pencerita
Kepada akhbar Berita Harian diberi nama

“Tuntutlah ilmu hingga ke Negara China”. Pernah dengarkan? Tapi mungkin telah lapuk oleh kerana dunia siber yang menguasai penduduk dunia sekarang ini. Namun hakikatnya pembelajaran tidak pernah ada titik noktahnya.

Sebagai manusia dan seorang Islam kita ketahui bahawa kita belajar dan diajar dari dalam kandungan lagi sehinggalah ke liang lahat. Pastinya ramai yang tahu mengenai perkara ini. Setiap inci kehidupan kita adalah pembelajaran. Tidak kira melalui pengalaman sendiri ataupun melihat dan mengamati pengalaman orang lain. Jauh berjalan luas pandangan begitulah juga dengan pembacaan seperti kata-kata Dr. Seuss “The more you read, the more things you will know. The more you learn, the more places you’ll go”. Dalam apa bidang sekalipun kita memerlukan guru dan kita akan terus mencari ilmu bagi memantapkan apa yang mahu kita pelajari dan ketahui. Melalui ilmu yang kita perolehi, kita juga punyai tanggungjawab untuk menyebarkannya kepada orang ramai bagi mendidik mereka dan menyedarkan mereka tentang sesuatu keadaan dan juga peristiwa. Penyebaran maklumat di zaman berteknologi canggih ini juga amat mudah, hanya di hujung jari kata sesetengah orang namun apakah maklumat yang disampaikan itu dapat membantu mencorak pemikiran pembaca dan juga pendengar?

Pembacaan yang macam mana diperlukan oleh masyarakat bagi mengembangkan pemikiran secara positif? Golongan yang macam mana pula menjadi tarikan penulis, pemberita ataupun bloggers? Sekali lagi pepatah mengatakan “we are what we read”. Seingat saya semasa saya kecil, suratkabar adalah medium utama penyampai maklumat. Buku pula menjadi bahan bacaan dan rujukan bagi mengembangkan minda untuk berfikir, meneroka, berkhayal dan sebagainya.

Hari berganti hari, bulan menjadi tahun lalu merubah manusia juga bentuk mukabumi ini. Setiap individu diberi anugerah dengan kecerdasan mental dan fizikal untuk terus mencipta dan memudahkan perhubungan lalu adanya television, computer, telefon dan banyak lagi ciptaan terhasil dari pengajian dan pembacaan terdahulu. Individu ini sentiasa berfikir bagaimana hendak memajukan diri bagi memudahkan segala urusan. Kehadiran segala teknologi canggih datang dari orang-orang yang terdahulu daripada kita yang mengkaji dan terus mengkaji lalu mencuba. Andaikata mereka gagal dicubaan pertama mereka akan terus mencuba sehinggalah terciptanya kereta, kapalterbang, talipon bimbit, keretapi dan bermacam lagi ciptaan manusia di dunia ini. Itu adalah perubahan ketara yang dapat kita lihat dan dapat kita banggakan dalam proses yang di namakan sejarah. Nama-nama seperti Henry Ford, Wright Brothers, Johannes Gutenberg dan Alexandra Graham Bell adalah di antara yang telah mencipta sejarah dunia dan kita menikmati ciptaan mereka sekarang ini.

Semakin lama dunia beredar semakin maju jugalah akal dan fikiran manusia bertindak bagi menaikan taraf dan juga memperbanyakan ciptaan terbaru dari nama-nama tersebut. Sepertimana yang kita lihat sekarang telah banyak model kereta di atas jalan, jenama-jenama talipon dan kegunaannya serta pengangkutan yang makin cepat dan tepat.

Panjang sungguh pembukaan kata saya kali ini. Bukan disengajakan. Ini adalah kerana dari tahun 2009 setelah hati saya disuntik oleh kemanisan Adam dan Nur dari drama bersiri Nur Kasih, kesempitan ruang fikiran mula saya temui dari satu sudut yang dinamakan hiburan dalam akhbar tempatan. Saya mula tertanya-tanya tentang etika kewartawanan di Malaysia waktu itu. Bertanya saya lagi apakah fungsi gosip hingga hampir mengaibkan insan-insan seni ini? Apakah arus kemodenan dan kepesatan pembangunan merubah cara penulisan sehingga ia menjelikkan sesetengah pembaca akan tetapi memberi keuntungan kepada pihak yang lain? Berkali sudah saya perhatikan kesilapan yang dibuat oleh wartawan hiburan di Malaysia. No homework, no research dan paling menyedihkan no thinking yang akhirnya bersamaan dengan no brain.

Di dalam banyak-banyak gosip artis saya akui hanya mengikuti dengan tekun apa yang terjadi kepada Remy Ishak dan juga Tiz Zaqyah. Akhbar yang sering membuat kesilapan pula adalah Berita Harian. Oleh kerana kekerapan yang berlaku dari dulu hingga sekarang, membuat saya mempunyai pandangan serong terhadap akhbar ini. Adakah mereka anti Remy Ishak dan Tiz Zaqyah? Apakah ada tangan-tangan yang tidak senang hati dengan kebahagian dan kejayaan Remy dan Tiz? Atau adakah “suapan” yang diterima dari individu lain bagi menjatuhkan reputasi Remy dan Tiz? Di manakah letaknya kredibiliti seorang editor dalam menyunting berita-berita sebegini. Sekali lagi akhbar Berita Harian membuat kesilapan fakta di rencana “Nafi Putus Kasih” ketika mewancara Tiz Zaqyah sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran TV3 pagi semalam. Tiz sekali lagi dihambat persoalan tentang status hubungannya dengan Remy Ishak. Pertanyaan yang diulang walaupun telah Tiz jelaskan dalam wawancara yang terdahulu. Bagaikan piring hitam rosak perangai wartawan hiburan ini. Tidak cukup dengan itu, ada satu perkara yang amat menyedihkan apabila wartawan ini menyentuh tentang projek Tiz yang dalam perancangan iaitu “Cinta Jangan Pergi”. Nama penulis skrip bertukar sama sekali. Entah dari mana datangnya sumber mengatakan bahawa Cinta Jangan Pergi ditulis oleh Zul Huzaimi dan diambil inspirasi dari percintaan Remy dan Tiz membuatkan saya kabur. Bagaimana nama Mira Mustafa hilang dalam bicara “Cinta Jangan Pergi”? Tiz bagaimanapun menjelaskan kekeliruan yang ada namun ia masih tidak memadai untuk menutup kesalahan seorang wartawan yang bertugas di salah satu penerbitan akhbar tempatan yang menjadi tatapan ribuan rakyat Malaysia setiap hari. Tiba-tiba saya teringat barangkali wartawan tersebut menggunakan piring hitam dan bukan laser disk. Oleh kerana terdapat calar-calar dipiring hitam tersebut maka nama Mira Mustafa telah bertukar menjadi Zul Huzaimi. Betulkah begitu? Bayangkan pula jikalau kenyataan Datuk Najib disalah cetak lalu membangkitkan kemarahan rakyat sehingga tercetusnya rusuhan? Apakah mampu pihak penerbitan menanggung kos kerugian dan kehilangan nyawa? Atau apakah kerana ia sekadar ruangan hiburan jadi fakta dan isi tidak memainkan peranan asalkan dapat menghangatkan situasi dan melariskan jualan?

Apakah ini etika kewartawanan dan penulisan? Di manakah letaknya tanggungjawab seorang penulis yang menyampaikan berita? Kalau orang Melayu dan Islam akan diungkit pulak dosa pahala, tapi kita lupakan soal itu dalam context ini. Ini adalah media maklumat, bagaimana kesilapan begini diulang-ulang? Sekali dua mungkin boleh dimaafkan akan tetapi apabila berkali-kali adakah patut kita terus mengatakan ia hanya kesilapan lagi?

Berkali sudah saya meluahkan rasa dan berkali jua rasa kecewa bertapak di hati. Bagaimana hendak kita mendidik anak bangsa kalau cara begini berterusan. Apakah mampu kita mencorak peribadi serta jati diri pada anak-anak muda yang makin tergila-gilakan hiburan sehingga lupa pada adat resam dan menjaga peribadi diri dengan cara begini? Berita Harian adalah akhbar yang paling pantas dan cepat mengeluarkan rencana negatif Remy dan juga Tiz sejak dari dulu lagi. Ketika berlangsungnya teater Natrah dan untuk tujuan promosi, bukan teater menjadi cerita, bukan keperitan dan kekecewaan Mansor dan Natrah mencengkam jiwa akan tetapi kita disajikan oleh cinta Remy dan Maya yang tidak pernah wujud dan tiada kaitan langsung dengan teater. Begitu juga sehingga hari ini hanya Berita Harian sahaja yang mengeluarkan kenyataan balas Remy dengan desas desus putus kasih di antara dirinya dengan Tiz. Sepantas kilat juga Berita Harian mengeluarkan wawancara Tiz semalam berkisar perkara yang sama? Apakah motif dan apakah agenda Berita Harian sebenarnya? Adakah begini caranya hendak mendapatkan rating yang tinggi atau menaikan nama Tiz sebagai calon Anugerah Bintang Popular? Pada saya ini semuanya karut belaka dan sudah-sudahlah memperbodohkan pembaca dan sudah-sudahlah mempromosikan benda yang tiada.

Dunia hiburan tempatan amat kecil dan jangan jadikan pelakun-pelakun ini sumber menaikkan nama penulis-penulis yang mahu mendapat nama kerana mewancara pelakun-pelakun terkenal dan berbakat ini. Dahaga benarkah wartawan-wartawan ini untuk mendapat nama lalu menulis hal-hal peribadi? Andainya dah kehausan benar untuk menulis cerita atau kisah peribadi bolehkah ia ditulis dengan berhemah, bersulam gurauan ataupun usikan semoga pembaca mampu tersenyum ketika membaca. Sesekali para wartawan perlu melihat diri sendiri dan bertanya adakah manis kalau cerita kita dihebahkan? Apakah tidak tergugat hubungan dan ikatan pernikahan andainya sering diganggu oleh keluarga dan kawan-kawan? Apakah mungkin tidak nanti kita menagih simpati bagi memberi ruang dan masa untuk menyelesaikan segala salah faham dan sengketa antara berdua dengan baik? Janganlah terus-terusan jadikan alasan bahawa hidup pelakon dan penyanyi menjadi hidangan peminat lalu memberikan wartawan hak untuk menulis kisah peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini walaupun atas alasan kerja. Berfikirlah sejenak hati dan perasaan mereka, salahkah untuk berbuat begitu?

Ingin rasanya mendengar penjelasan wartawan kenapa dan mengapa adanya pilih kasih dalam menulis rencana tentang artis-artis kita dan kenapa cara penulisan semakin hari semakin meruntuhkan keindahan bahasa itu sendiri? Kenapa dan mengapa juga lain yang ditanya lain yang ditulis? Fakta dan isi diputar belitkan? Mungkinkah saya bermimpi?

Kepada Remy dan Tiz serta insan-insan seni yang lain, kini telah tiba masanya untuk bertegas dalam soal ini. Walaupun seringkali dikatakan biasa menjadi anak seni hidup peribadi dicungkil dan dijaja akan tetapi saya merasakan perlunya batas pemisah dan had dalam sesuatu perkara. Belajarlah mempertahankan hak kita dengan menggunakan undang-undang masyarakat yang ada. Kita punya undang-undang akan tetapi perasaan bertolak ansur terlalu digunakan sehingga membuat golongan ini memijak kepala. Ia sekadar pendapat peribadi, semoga dapat dipertimbangkan.

Sanaa : 09/03/2012

*****

Nafi putus kasih

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2012/03/09

Cinta Jangan Pergi papar kisah hubungan Tiz, Remy

LUAHAN Remy Ishak yang mengakui memerlukan masa tatkala disentuh perihal cintanya yang dikatakan sudah berakhir mengundang persoalan memandangkan sebelum ini dia dan Tiz Zaqyah dilihat serasi bersama.

Cuma berbanding diri si jejaka, pihak gadis pula dilihat selesa ketika berkali-kali membuat penafian. Malah dia menegaskan, mereka masih bersama hingga sekarang.

Saya tidak faham, kenapa soalan mengenai gosip sama juga yang diajukan, sedangkan saya sudah pun memberi komen kepada media sebelum ini yang kami masih lagi bersama. – Tiz Zaqyah, Pelakon Tegas Tiz saat ditemui pada sidang media Wanita Inspirasiku di Kota Damansara semalam, selagi kenyataan putus hubungan tidak keluar daripada mulut Remy sendiri, selagi itu dia tidak akan percaya dengan segala desas-desus yang bertebaran.

Bagi pelakon berusia 24 tahun ini, hanya kesibukan tugas yang membuatkan orang luar jarang terlihat kelibat mereka berdua, sehingga timbul cerita kurang enak menyatakan segala-galanya sudah berakhir.

“Kami masih bersama dan gosip yang mengatakan kami putus tidak berasas. Kalau benar dia (Remy) yang mengatakan hubungan kami sudah berakhir, kenapa tidak di depan saya?

“Mungkin orang salah anggap kerana tidak melihat kami ke mana-mana bersama. Hakikatnya, perhubungan kami masih seperti dulu,” katanya dengan tenang. Seakan memahami persoalan berkaitan hubungan bakal diaju media semetelah kekasihnya sendiri dikatakan pernah memaklumkan kepada teman media dirinya sudah kembali solo, Tiz cukup berhati-hati menyusun bicara.

Walau kurang selesa berkongsi soal hati, pelakon Nur Kasih itu tetap membalas setiap persoalan, cuma dari bahasa tubuh serta riak wajahnya, dia seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

“Saya tidak faham, kenapa soalan mengenai gosip sama juga yang diajukan, sedangkan saya sudah pun memberi komen kepada media sebelum ini yang kami masih lagi bersama.

“Itu cuma gosip dan bagi saya pula, adalah lebih selesa untuk bercerita mengenai karier berbanding soal peribadi. Publisiti sebegini kena adil dan seiring dengan karier saya kerana peminat juga ingin tahu fasal karier, bukan hanya gosip,” katanya.

Menyentuh mengenai jangka hayat perhubungan mereka, Tiz menyerahkannya kepada ketentuan Tuhan. Dia juga sedia menerimanya sebagai takdir jika tiada jodoh di antara mereka.

Sibuk dengan penggambaran drama terbaru berjudul Dejavu Di Kinabalu, Tiz memegang watak Nadira bergandingan dengan Aqasha yang membawa watak Amar. Turut berlakon bersama mereka ialah pelakon baru, Aisyah.

Selain itu, Tiz juga akan bergandingan dengan kekasih hatinya dalam drama Cinta Jangan Pergi yang akan menjalani penggambaran di Eropah, Jun ini.

“Skrip ditulis oleh Zul Huzaimi dan sedikit sebanyak ia ada kaitan dengan kisah percintaan kami. Mungkin drama ini akan dapat menguatkan lagi pandangan orang mengenai hubungan kami,” katanya.

Compiled by : Sanaa 09/03/12

*****
Tiz Zaqyah Zak

Salam,
Sedikit info.Ada kesilapan dalam artikel dalam Berita Harian tentang CINTA JANGAN PERGI.Ia ditulis oleh MIRA MUSTAFFA , bukan Zul Huzaimy.Dan ia tidak langsung ada kaitan dengan hidup Tiz atau mana mana pihak,seperti yang diterangkan dalam artikel tersebut.
Minta take note ya,salam

Credit to Tiz Zaqyah Zak fb status dated 09/03/12 approximately at 8.40 am.

Compiled by : Sanaa 09/03/12

WHO ARE WE?

It is now 3.16 in the morning and I have been awake for more than an hour now. I did not know what make me awake at this hour after a very tiring day and another promise of long days ahead. I realise I have not been writing for couple of weeks now but again I am not able to really concentrate on my subject matters. I still been bothered by the issues of and buzz over the past week of Remy and Tiz. In “Obsession…My Personal Journey” I admit being a busybody and stalker (with good intention :) ) and for the purpose of my writing and dreaming about Remy and Tiz relationship I do read, interprets, link, analyse theories and fix the puzzle together and later put it into words. I talked, discuss and evaluate situation among my group of friends who are equally obsess with Remy and Tiz. That’s was the truth and it actually takes lots of our time and and keep on thinking why now and then Remy-Tiz status in their social media create a buzz and full of question mark. It was fun though at times and we laugh at ourselves BUT we never jump to conclusion like few others and spread rumours. Even in the event of doubt I think I am still able to write about Remy and Tiz that makes readers to my blog wears a smile.

I loved my readers because they inspire me especially few who actually become so inquisitive and start worrying about Remy and Tiz relationship. I take it as a challenge every time things started to sizzle on this love birds because without doubt I will received messages in my email and facebook worrying about the situation. At most times I obliged by replying to all enquiries (hahaha I gave myself a big laugh with multiple question…Am I the inquiry desk for Remy and Tiz? Am I their adviser? Am I their guardian angel?) Everybody has their own limits I believed and after long it’s actually irritates me especially in facebook when they seems does not get enough of information and becomes more inquisitives and wanting more. I’ve learned about wanting more but how much more? Things getting more complicated when Remy created his blog (this is where the sizzle begins) and readers, fans and people like me and my friends have all the questions in our head). There was an entry which fans, readers together with the nosy reporters form a conclusion there was a scratch in Remy-Tiz relationship and heading for split. It has been a chaos in one of Remy’s entry and matter of perception create the rumours. Another sizzle will happen or going to happen or might happen because now Tiz has created her “tumblr” account and posted poems too. Hardly 24 hours I’m flood with question to interpret Tiz poem. Oh my…I gave a big sigh. It is so different between me and my friend, we do everything for fun. Without doubt we spend our time talking about it and one good thing come out of this we seems to “know” Remy and Tiz better via their expression. I am not claiming it is 100% true or perfect but we did not speculate and we never jump to conclusion. We have our guidelines and never cross the border. I must say this…my friend and I are not fanatic we are supporters.

Do we really need to interpret or form a conclusion in each of their writing? I asked myself million times the moment I received the first questionnaire. Again I had a big laugh to myself. Am I creating trouble now and start arguing with the busybodies?

It will be endless if I start to press the button…why, why and why will keep on coming.

Don’t worry my dearest Remy and Tiz, as long as this journey continues it will give me a great pleasure knowing both of you via your talents in arts. This is a free country and you are free to express any of your thoughts and feelings. Let people judge and interpret because they will be at losing end.

To all nosier out there let’s enjoy the journey of Remy and Tiz blog and learned about them through their expression of arts not otherwise. Don’t ever relate, form a conclusion or even jump to conclusions. I am sure Remy and Tiz are gifted individuals with their own story to write from the day they were born. Their experiences in life, circle of friends, observations and interpretations allows them to express their feeling in a personal column called “blog”. I am sure as a very private person Remy and Tiz will keep their love life to themselves. Give them that space and stop the inquisitive mind of ours to rest.

A magic word taken from Tizzy…spread love and shall we continue to do so. Have a pleasant day dearie.

With lots of love

Sanaa 21/02/12

****
The dictionary says a busybody is : A person who meddles or pries into the affairs of others.

Are Busybodies Born That Way

By Feline Prophet

In my earlier journalist avatar I was trained to focus on the Five Ws (and one H) in order to put together a coherent report. However I never allowed that curiosity to spill over into my private life. Who? What? When? Where? Why? How? These are questions I don’t spend too much time asking unless the answers are expected to have some bearing on my life. Hearing them answered in relation to other people doesn’t really interest me.

I am a firm believer in the ‘live and let live’ philosophy, which is why I just can’t understand busybodies. What makes them tick? Why do they need to know so much about everything and everyone around them? Most of us have a few in our lives; people who buzz around incessantly collecting and dispersing unnecessary information like bees in a garden. Or maybe I’m doing bees an injustice here. They are certainly more discerning, collecting nectar from specific sources and using it to create a useful byproduct like honey. Which is more than you can say about the average busybody’s activities.

A busybody spends most of his time gathering misinformation from various dubious sources and disseminating it among hapless others who have little or no interest in his findings. He’s a meddler who thinks nothing of butting into your affairs with unsolicited advice. He’s a nosey parker who wants to know things you wouldn’t tell your best friend. He is inquisitive about things that don’t concern him, and hugely irritating. He presumes altogether too much. And in many cases he is a she but let’s stick to one gender for easier reading.

Are busybodies born that way or does life turn them into obnoxious nosey parkers? I would think that anyone with a fulfilling life has enough to think about without worrying about his neighbours or the rest of the world. Is it a lack of excitement in their lives that has them seeking vicarious thrills in other people’s scandals? Or could it be a lack of tranquility that has them itching to meddle in the routine affairs of their friends and family?

I recall a woman who lived next door when I was a child. She seemed to spend all her time at the window. With three young daughters and a succession of cats traipsing in and out of her house, one presumes she had enough to keep her occupied, and yet she was always at that window watching the goings-on in the neighbourhood. It freaked a lot of people out, especially the youngsters, since she was always carrying tales to our parents. We took to ducking every time we passed that window, and it wasn’t a very comfortable way to live.

Lack of an occupation, or even an absorbing hobby, turns many people into busybodies. If you have nothing to hold your attention your mind will start wandering in directions it has no business heading for. Books and music may work for some, assuaging the need for something to fill the gap in their lives, but not everyone is so lucky. Some turn to cyberspace, and end up making a profession of meddling in the lives of people halfway across the world from them, people they’ve never even seen leave alone met.

Online communities are fertile hunting grounds for busybodies. The Internet allows unlimited access to people and forums and it’s easy for a skilled busybody to get carried away. My experience of online communities is that they are often hotbeds of intrigue and gossip, with stories getting spun and embellished faster than you can create them. It amazes me the way people attribute motives to the actions or words of people who may or may not be what they profess to be on cyberspace. How completely pointless!

I know this is turning into a rant but I seem to have encountered more than my share of busybodies in the recent past. It begins to rankle, especially if you haven’t discovered a foolproof way to deal with them without being hopelessly rude. I’m looking for inventive ways to deal with the busybodies in my life. Any suggestions?

Compiled by : Sanaa 21/02/12

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 45 other followers