• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2018
    M T W T F S S
    « May    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • Advertisements

10 Doa For Forgiveness

Assalammualaikom friends, followers, readers and passers by…

May I find all of you in excellent health on the 13th day of Ramadhan. May Allah showers us with His blessing and mercy. I am sharing today the 10 dua asking for forgiveness with hope it will help each and everyone of us as we walked through life.

Have a bless day all.

http://turntoislam.com/community/threads/10-prayers-of-forgiveness-from-the-quran.54406/

Compiled by : Sanaa 30/5/18 13th day of Ramadhan.

Note: Thank you to the owner of the blog. May Allah Bless You

Advertisements

The Spirit of Ramadhan

Assalammualaikom my dear Muslim followers and readers,

In the month of Ramadhan I would like to share a video about the secret of Surah Al Fatihah. Many of us might already know it by hard and might be few of us want to revise the surah.

Take care everyone. May Allah grant us good health and accept all our doa during this bless month

Video credit to : Islam the Complete Way of Life

Compile by: Sanaa 18/5/18

Reminder of the Day

A poet once said “Love is the best master key to all doors of happiness” May Allah give us the understanding and guide us through any trails of hardship that come our way…

As someone said to me “No one makes a lock without a key…that’s why All won’t give you problems without solutions”.

Alhamdulillah I’m on the road of full recovery and with hope the month of Ramadhan will help me in the process. In shaa Allah.

#Anoynamous

Compile by: Sanaa 2/5/18

English Madeleines

_DSC4048

Sudah lama tidak membuat sebarang kuih untuk minum petang, tiba-tiba teringat kepada kek yang sudah tidak nampak dimata. Korek punya korek resipi lalu terjumpa jadi jom kita sama-sama buat kek ini. Resipi senang sahaja dan bahan-bahan juga biasa diguna dalam resipi kek yang lain.

_DSC4011

Acuan (mould) untuk English Madeleines.

Bahan-bahan:

100g gula kastor
100g butter (lembutkan)
100g tepung naik sendiri (self raising flour)
2 Eggs
3-4 titik vanilla
6 sudu besar jam strawberry (saya suka guna raspberry)
60g kelapa kering (dessicated coconut)
5/6 biji ceri dibelah dua sebagai hiasan (seperti gambar diatas) ataupun boleh guna buah segar seperti raspberry/strawberry

1. Panaskan oven 170c bersama kipas.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telor satu persatu, kacau perlahan. Masuk pula tepung sedikit demi
sedikit. Cuba jangan biarkan bancuhan ada “curdle”
4. Masuk pula esen vanilla.
5. Masuk baki tepung dan pukul sederhana sehingga bancuhan sebati.

Note: Sekiranya bancuhan terlalu pekat masuk sesudu dua susu segar

6. Masuk bancuhan tadi kedalam acuan (seperti diatas) lebih kurang setengah.
7. Letak acuan didalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 20 minit (jika
kurang masak lebihkan sedikit waktu membakar)
8. Sejukkan kek diatas redai. Setelah sejuk dan selesa untuk dipegang potong
sedikit dibahagian atas supaya senang hendak ditegakkan nanti.
9. Sapu jam dan golek kek diatas kelapa kering dan hias dengan ceri atau buah-
buahan segar yang menjadi kegemaran.
10.Ulang sehingga habis kek.
11.Boleh dihidang dan amat sesuai untuk minum petang.

Selamat mencuba.

Sanaa 28th February 2018

Bukan Laluan Mudah

Seringkali kita mendengar orang berkata bahawa hidup ini terlalu singkat untuk kita melakukan semua yang kita mahu. Menjadi lebih singkat apabila waktu yang ada dipersia-siakan dengan hanya berangan tanpa berbuat apa-apa. Namun ada juga antara kita yang berusaha tanpa henti akan tetapi segala usaha belum berhasil lalu merasakan semuanya itu adalah pembaziran masa dan tenaga. Keluhan juga tidak akan pernah lekang dari bibir atas sebab kekecewaan.

Menanti detik, saat dan minit yang sesuai juga adakalanya berhasil iaitu setelah bersedia mental dan fizikal. Ada juga keadaan penantian waktu yang sesuai tidak lagi beruntung kerana menangguh sesuatu perkara mendatangkan mudharat.

Akhirnya saya mentafsir sendiri bahawa waktu tidak menanti sesiapa cuma waktu yang sudah berlalu patut dan mesti dijadikan panduan serta pedoman supaya tidak tersia lagi.

Pembuka kata yang panjang lebar diatas merujuk kepada coretan saya yang terdahulu mengenai mengenali diri dan perubahan didalam diri apabila bersangkut dengan sakit dan penyakit. Saya akui mengambil masa yang lama untuk mengenali diri dengan perubahan yang ada pada tubuh badan saya tanpa berbuat apa-apa. Boleh dikatakan apabila saya bersedia untuk kehospital waktu yang ada sudah genting. Begitu juga dengan pandangan doktor apabila mengesahkan “mass” yang ada sudah terlalu besar dan selain itu ada cycst serta appendix yang membengkak. Tidak cukup dengan itu kandungan air yang dipanggil ascites didalam perut yang bertambah setiap hari menjadikan pergerakan makin sukar. Oleh kerana itu keputusan diambil oleh pihak doktor adalah pembedahan saya persetujui tanpa banyak berfikir.

Perkataan ascites itu terlalu baru buat saya dan pertama kali didengar. Sewaktu merasa amat sakit, pakar perunding perubatan sakit puan menyarankan supaya kandungan air itu dikeluarkan. Saya terima sahaja dengan harapan rasa mengah dan sakit akan hilang. Alhamdulillah proses mengeluarkan air itu berjalan lancar. Tiub halus dipasang diperut melalui tebukan kecil lalu disalurkan kedalam bag seperti urine drainage bag. Dalam masa 6 hari jumlah air yang dikeluarkan adalah sebanyak 9.7 liter. Saya merasa kelegaan yang amat sangat semasa 2 liter pertama telah dikeluarkan dan seterusnya.

Akan tetapi kelegaan itu tidak dapat membuang 1 perkataan aneh yang asyik berlegar dikepala saya iaitu ascites tadi. Hendak digoogle hati berbelah bagi kerana bimbang apa yang ditemui bakal menakutkan saya. Perasaan gusar itu bertambah apabila setiap kali doktor pakar mahupun doktor pelatih ataupun para doktor yang bakal menduduki peperiksaan doktor pakar sakit puan asyik menyebut tentang kanser. Saya tertanya kenapa mereka semua asyik menyebut tentang kanser dan kimoterapi walhal semua ujian darah, air kencing, ct scan dan juga ultra sound yang saya lalui tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang amat digeruni tersebut. Ujian pada air yang dikeluarkan berliter itupun tidak menunjukkan sebarang tanda.

Setelah proses mengeluarkan air, saya sepatutnya menjalani pembedahan pada 6/11/17 akan tetapi ia terpaksa ditunda kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya diserang batuk, selsema dan demam panas hanya 2 hari sebelum tarikh tersebut. Prosedur yang ditetapkan, seorang pesakit tidak boleh dibedah dalam masa 2 minggu setelah pulih. Menunggu adalah waktu yang perit kerana saya mula merasakan kembali kepenatan kerana kandungan air kembali banyak walaupun doktor mengatakan ia adalah normal dan tidak akan memudaratkan. Jadual pembedahan berikutnya adalah pada 4/12/17 akan tetapi batuk saya tidak pulih sepenuhnya sepanjang waktu itu.

Pada 30/11/17 saya kehospital bagi tujuan assessment sebelum pembedahan. Proses yang sepatutnya mengambil hanya beberapa jam bertukar pada kemasukan wad kerana keadaan jantung yang lemah dan juga terdapat jangkitan kuman pada kulit dibahagian kaki. Kebimbangan pakar perubatan adalah jangkitan itu meresap hingga kedalam namun dengan izinNYA ia hanyalah sejenis jangkitan biasa. Masih ada lagi kebimbangan apabila kaki sebelah kanan membengkak 2 hari sebelum hari pembedahan ialah saya mengidap “thrombosis” atau darah beku. Namun demikian dengan limpah kurnia rahmatNYA tidak ada darah beku pada bengkak tersebut. Syukur saya kehadrat Allah kerana memberikan saya kelegaan hati dan fikiran setelah gusar berhari-hari.

Semasa itu dengan segala kebimbangan doktor yang merawat saya, pakar bius dan juga pakar bedah, saya mengingati pesanan keluarga, saudara-mara dan juga rakan taulan bahawa apapun jangan sesekali lupa kepada Allah. Jangan sampai hilang kepercayaan bahawa Allah ada bersama kita dalam apa juga keadaan. Lalu saya terapi diri dengan zikir dan doa kerana itu saja yang saya mampu. Setelah berusaha kita bertawakkal dan berserah.

Pada 4/12/17 tepat jam 7.30 pagi saya ditolak keruang menunggu bilik pembedahan dan tepat jam 8 pagi saya ditolak masuk kebilik pembedahan. Sempat juga mata saya mengerling keadaan bilik tersebut dan betapa kecilnya katil yang digunakan bagi tujuan pembedahan. Para jururawat yang menolak saya dan pembantu doktor bedah membisikan supaya tidak lupa selawat dan katanya lagi “In shaa Allah semuanya akan berjalan lancar, kami sentiasa ada bersama akak”. Beberapa saat dan minit kemudian doktor bius datang dan sebelum menekup alat pernafasan pesanan diberi “say your prayers…this is just a normal aneasthetic. Everything will be fine”. Saya hanya mendengar setakat itu sahaja, selebihnya saya yakin dan percaya Allah menjaga saya sewaktu menyerahkan diri saya kepada pakar-pakar bedah yang ada.

Mengikut rekod, pembedahan berjalan selama 6 jam dan dalam keadaan masih pening dan tidak berapa sedar saya tahu adik bongsu ada bersama saya apabila saya ditolak semula kewad. Pada masa ini yang saya tahu 1 perkara sudahpun selesai. Perkara yang pernah saya geruni telah saya lalui dan bagaimana bentuk rupa barang yang dikeluarkan dari perut saya tidak saya ketahui. Saya lalui hari pertama selepas pembedahan lebih kepada keadaan tidak sedar apa yang berlaku disekeliling saya.

Apabila sedar sedikit, tekak dan bibir terasa amat kering tetapi saya tidak dibenarkan untuk meneguk air cuma sekadar sesudu dua. Walaupun masih kurang sedar emosi saya terus terganggu apabila diberitahu saya kena berpuasa sehingga esok hari. Saya sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa perasaan itu menyerang cuma rasionalnya kesan luka terasa sakit semasa cuba bergerak walaupun hanya sedikit serta 3 jarum yang tercucuk disebelah kanan tangan juga tidak boleh digerakkan. Airmata juga senang mengalir dan ramai yang berkata ia adalah sesuatu yang biasa bagi pesakit yang baru saja menjalani pembedahan. Hanya keluhan saya lepaskan dan cuba mencari kekuatan diri sebanyak mungkin.

Ketika mampu untuk duduk dihari kedua dan semasa doktor datang melawat hati saya sekali lagi diragut resah. Mereka tetap bercakap tentang kanser tetapi seperti tidak mahu berterus terang. Saya merasa amat pelik apabila doktor pakar sakit puan berkata “you have a long way to go…be strong” dan datang pula seorang pakar perunding berkata “i can guarantee you 98% the chemo pot need to be fix since it is so difficult to find your vein”. Tetapi entah macam mana kata-kata mereka tidak melemahkan saya malahan seperti ada satu kuasa yang mengatakan bahawa saya masih ada 2% lagi harapan supaya penyakit itu tidak saya hidapi.

Alhamdulillah dengan izin rahmatNYA saya keluar dari hospital setelah 7 hari berada disana. Tempoh untuk temujanji pemeriksaan selanjutnya 3 minggu selepas tarikh discharged. Bisik-bisik yang saya dengar jangkamasa yang panjang itu supaya saya pulih sepenuhnya dan kesan jahitan tertutup rapat sebelum kimoterapi. “Kimo lagi?” detik hati saya tetapi menyahkan kata-kata itu dengan segera.

Temujanji pada 27/12/17 bagai bukan seperti satu temujanji antara pesakit dengan doktor. Tidak ada diskusi antara kami cuma diberitahu saya menghidap kanser rahim tahap 1 dan terus sessi kimoterapi dijadualkan. Boleh dikatakan saya masih lemah tetapi ada sel-sel otak saya yang berhubung mengatakan bahawa mereka tidak telus dalam memberi lapuran. Apa yang mereka hendak hanyalah saya menjalani 6 sessi kimoterapi (kimo). Selepas pertemuan itu, bukan kanser yang saya fikirkan tetapi sikap doktor yang merawat saya dari awal dan yang juga menjalani pembedahan keatas diri saya berubah 180 darjah.

Sekali lagi kekuatan datang untuk terus bertanya kepada sesiapa saja tentang kimo dan bacaan C125 ataupun “tumor marker” kerana saya tidak diberitahu tentang bacaan tersebut sebelum atau selepas pembedahan serta saya akui kesilapan saya tidak bertanya. Namun demikian masih belum terlambat bisik hati saya. Berbekalkan sokongan kawan-kawan supaya jangan gelabah dan resah sebelum mengetahui perkara sebenar dan supaya mendapatkan 2nd opinion memberikan kekuatan untuk menggali semua ini dengan terperinci.

Susulan pemeriksaan pada awal January saya menguatkan diri memohon penangguhan rawatan kimo dan saya juga meminta lapuran penuh ujian darah saya sejak dimasukkan kehospital sehinggalah selamat dibedah. Dihari itu selepas desakan barulah saya mendapat keputusan sebenar C125 dimana bacaannya sebelum pembedahan adalah 537. Ia sudah tinggi walaupun masih dikategorikan kanser tahap 1 oleh pakar perubatan.

Dengan lapuran ditangan saya membuat lagi kaji selidik dan mula mencari alternatif kepada kimo dan second opinion. Saya redha dengan ketentuan Allah dan kerana itu juga saya yakin dan percaya Allah punya penawar yang lebih baik dan lebih berkesan. Saya menolak kimo atas kepercayaan tersebut dan tidak mahu menyerahkan diri kepada kimo dan menghadapi sakit yang berterusan. Keputusan saya tidak disambut baik oleh para doktor dan mereka tetap memujuk saya untuk melakukannya dengan kata-kata jika kimo tidak dibuat sekarang penyakit tersebut akan menyerang kembali dalam masa setahun. “Even with chemo cancer recur” lawan saya dalam hati.

Kata-kata mereka serta pujukan tidak sedikitpun menggoyahkan semangat saya untuk terus mencari alternatif. Alhamdulillah dengan izinNYA jua saya berjumpa dengan beberapa kenalan baru yang sudah menjalani kimo lalu meneruskan dengan rawatan alternatif dan yang tidak menjalani kimo tetapi mengambil ubat serta rawatan alternatif. Dengan lafaz Bismillah serta doa semoga Allah menjadikan usaha saya satu kejayaan, saya sudah bersedia untuk menolak kimo. Hanya satu saja yang saya tahu adalah yakin dan percaya bahawa Allah itu maha penyembuh lagi maha penyayang dan pasti akan menunjukan jalan yang terbaik selagi belum tiba masa dipanggil olehNYA.

Sekali lagi ujian darah dan air kencing saya lalui iaitu pada 10/1/18. Hati memang dilanda resah, berdoa tidak pernah berhenti dan membaca apa saja surah dan zikir yang saya tahu dengan harapan bacaan C125 turun ketahap paling maksima. Penantian memang satu penyiksaan kerana keputusan ujian hanya boleh diketahui selepas 4 atau 5 jam. Setiap detik jarum jam amat lambat saya rasakan namun saya kuatkan hati dengan penuh harapan. Penantian memang satu penyiksaan.

Tiada kata lain selain bersyukur sangat-sangat kehadrat Allah setelah diberitahu bahawa bacaan C125 saya adalah 37. Penurunan yang tinggi dalam masa sebulan. Dengan penurunan tersebut lagilah tinggi harapan saya untuk tidak menjalani kimo akan tetapi pihak hospital tetap mahu saya menjalaninya. Saya diminta hadir untuk satu lagi sessi diskusi pada 18/1/18 tetapi saya tidak dapat menghadirinya kerana keadaan kerja.

“Apakah pihak hospital telah membuang saya?” tanya saya sendiri apabila tidak lagi menerima panggilan untuk sessi pemeriksaan seperti yang pernah dijanjikan. Saya pernah mendengar kisah dan pengalaman dari ramai pesakit yang disahkan mengidap kanser tetapi tidak mahu menjalani kimo diketepikan oleh pihak hospital. Ini terjadi kepada semua hospital baik kerajaan mahupun swasta.

Walaupun situasi saya belum disahkan betul atau tidak tetapi keengganan saya untuk menjalani kimo sudah dianggap mencabar bidang dan kepakaran perubatan serta credibility seorang doktor. Saya akan menjalani ujian darah sekali lagi dalam masa dua minggu dari sekarang dan doa saya masih dan tetap sama supaya bacaan C125 atau tumor marker saya turun lagi lalu berhentilah perdebatan antara saya dan doktor-doktor pakar serta hospital.

Tulisan saya dari atas hinggalah keperenggan ini sebenarnya saya cuba sampaikan diagnosis kesihatan saya hinggalah kepada proses rawatan. Niat saya semoga dapat memberi iktibar kepada pemmbaca semua jangan bertangguh apabila bersangkut paut dengan sakit serta jangan mengalah dengan sakit. Saya sedar berkata memang mudah tetapi apabila dugaan datang tidak mudah untuk ditangani. Apa yang perlu adalah semangat dan kelilingi diri kita dengan orang-orang yang sudah melaluinya dan beriktiar selagi mampu DAN jangan sekali-kali lupa kepada Allah. Ingat Allah dan bermohon padanya adalah rawatan yang paling mujarab disamping usaha yang dilakukan.

Saya belum terlepas lagi dari sakit yang amat digeruni oleh ramai tetapi dengan berbekalkan semangat yang ada dan menerima segalanya dengan redha saya yakin Allah akan memberikan saya jalan untuk terus berusaha dan akhirnya sihat kembali sehinggalah waktu saya sampai untuk bertemu denganNYA.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, ingin saya berpesan kepada semua bahawa rajin-rajinlah menjalani ujian darah 6 bulan sekali ataupun paling tidak setahun sekali. Rasanya semua tahu sel kanser memang ada didalam tubuh setiap manusia cuma yang membezakan ia aktif ataupun tidak. Perlu juga diingatkan bahawa “tumor marker” itu adalah satu ujian yang membolehkan kita tahu sama ada sel kanser aktif ataupun tidak tetapi ada kalanya ia bukanlah ukuran yang sebenar. Tarif bacaan selamat untuk kanser adalah 0-30 dan andainya angka itu melebihi 30 bermakna kanser sudah menyerang dan anda adalah penghidap kanser.

Pesan saya lagi rajin-rajinlah mencari maklumat mengenai pencegahan kanser dan elak lah segala makanan yang membolehkan sel kanser berkembang. Sekali lagi saya pasti ramai yang tahu kawan rapat kanser adalah gula jadi cubalah kurangkan gula dalam diet seharian kita. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Walaupun begitu hanya Allah yang menentukan segalanya.

Doa saya agar semua pengikut dan pembaca blog ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan. Hargailah kesihatan sebelum datangnya sakit.

Sanaa 22/1/18

Kenalilah Diri

Pepatah berkata sihat terlalu jarang dihargai sehinggalah munculnya sakit. Apabila sakit melanda barulah kita mengenal erti sihat dan mengimpikan kembali saat-saat itu.

Sebagai hamba Allah tidak mungkin kita terlepas dari merasa kesakitan, sedih, perit, derita dan pastinya bahagia. Cuma setiap daripada kita melalui jalan yang berbeza bagi ataupun untuk mencapai segala impian dan harapan. Kita semua melalui detik yang dikatakan sakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian semasa ingin mencapai cita akan tetapi penyakit yang singgah tidak pernah mengenal umur. Walaubagaimana baik kita menjaga kesihatan apabila penyakit hendak menyerang tidak mampu untuk kita elak.

Begitulah yang saya lalui beberapa bulan yang lalu. Tanpa saya sedari berat badan naik walaupun selera makan menurun. Tetapi segala tanda yang datang tidak saya hiraukan. Hanya berfikir bagaimana hendak menurunkan kembali berat badan. Beberapa usaha dilakukan termasuk senaman ringan, mengambil makanan yang kurang kabohidrat dan akhirnya terpaksa mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Keadaan kembali tenang seketika tetapi beberapa hari menjelang sambutan hari raya aidil adha saya merasakan kepenatan yang tidak terhingga walaupun tidak membuat kerja berat. Kesakitan diperut yang datang sesekali menimbulkan pertanyaan kenapa dan mengapa. Terasa juga seperti perut membesar dan mengeras tetapi hilang setelah beberapa ketika. Kedatangan Aidil Adha disambut sederhana dan saya tetap menunaikan kewajipan memasak serba sedikit untuk juadah pagi raya dan makan tengahari bersama keluarga.

Sebaik selesai mengemas rumah dan menyimpan barang-barang yang digunakan selepas raya, saya berkata kepada diri sendiri yang pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Jujurnya saya bukanlah seorang yang suka makan ubat dan paling tidak suka untuk kehospital. Akan tetapi kali ini saya mengalah. Kesakitan yang datang dan surut mula melemahkan tenaga saya untuk bergerak.

Kekerasan dan ketegangan yang dirasakan sekitar perut membawa tanda bahawa ada ketumbuhan sudah membesar dikedua belah saluran ovari. Akan tetapi doktor tidak dapat mengesahkan sebesar mana ketumbuhan yang ada dan sudah berapa lama. Lalu CT Scan dilakukan untuk memastikan keadaannya.

Keputusan CT Scan membuat mata saya membulat apabila doktor mengatakan lilitan yang ada sebesar 21cm bersamaan ukuran bayi berusia 5 atau 6 bulan. Takut? Bukanlah pertanyaan yang baik tetapi saya berdebar juga memikirkan apakah mungkin ada tanda-tanda penyakit senyap yang amat ditakuti oleh semua sekarang ini.

Berkali-kali dan terus berkumat-kamit bibir saya mengucapkan syukur kehadrat Allah apabila tidak ada tanda-tanda penyakit tersebut didalam diri walaupun ketumbuhan yang ada sudah besar. Tidak ada ubat yang lebih mujarab selain menjalani pembedahan dan membuang keseluruhan rahim adalah nasihat yang diberikan oleh doktor. Saya akur dengan nasihat tersebut dan redha menerima keadaan yang menimpa saya.

Saya juga amat bersyukur apabila doktor memberi sedikit waktu untuk berehat bagi menerima keadaan dengan tenang. Menanti hari-hari yang telah ditetapkan bukanlah sesuatu yang mudah namun ia lebih mengajar saya erti sabar, tabah dan paling penting tetap bersyukur walaupun ditimpa sakit ini.

Dengan sakit ini banyak perkara terhalang oleh kerana cepat letih dan keadaan badan yang kurang selesa untuk bergerak. Tahulah saya kini apabila pesanan demi pesanan diberikan oleh alim ulama dan guru agama…hargailah kesihatan dan jangan tunggu sehingga sakit untuk kita menghargainya.

Dikala ini kata-kata itu amat tebal dalam diri saya dan akan saya sentiasa ingati. Pesanan saya juga kepada teman-teman dan juga para pembaca janganlah diambil ringan segala tanda yang datang menyerang tubuh badan kita. Ambil perhatian dengan setiap denyutan, setiap helaan nafas dan perubahan fizikal yang datang tanpa diduga.

Ajal maut tidak berapa ditangan kita begitu juga dengan penyembuhan. Akan tetapi telah Allah berikan akal untuk berfikir dan berusaha untuk mencari penawarnys. Setelah segala usaha dibuat tawakkal dan berserahlah kepadaNYA. In shaa Allah segala usaha tidak akan sia-sia selagi belum tiba masanya.

Pen by : Sanaa 6/10/17

Sekadarnya

Assalammualaikom pembaca budiman
Salam kasih saya hulurkan
Semoga semuanya sihat dan ceria
Bersua kita setelah sekian lama

Terlalu banyak hendak dicerita
Namun waktu terhad sentiasa
Demi keluarga ku korban segala
Semoga mereka bahagia dan ceria

Sedikit waktu yang ada
Ku cuba menulis sekadarnya

Teman lama dan baru ku kenali
Berkaitan dengan dunia seni
Drama ditayang tidak henti
Semuanya berkaitan novel adaptasi

Suri Hati Mr Pilot disambung semasa raya
Katanya sambutan hangat juga
Hero yang sama penyelamat Cinderella
Jatuh menjunam rating kabarnya

Terbit pula kisah seorang jurugambar
Jatuh hati dengan anak hartawan
Kisah keluarga yang kucar kacir
Anak berkahwin suruh diceraikan

Ada pula drama keluarga
Adik bertunang abang bernikah
Menjaga maruah keluarga terbela
Kisah cinta dendam amarah

Bukan niat membenci
Namun sampai bila dengan adaptasi
Kisah cinta silih berganti
Bagai tiada sudah inspirasi

Lalu ku banding drama realiti
Andainya Takdir judul diberi
Kisah cemburu amarah suami
Didera dan dipukulnya sang isteri

Jengah sebentar cerita luar
Kenapa Korea yang dikejar-kejar
Remaja dewasa tua dan muda
Tema dan latar berbagai pula

Goblin Inheritas Doctors antara nama
Meniti dibibir ramai bercerita
Tema semua lain belaka
Walaupun cinta bersulam didalamnya

Ku lihat kembali drama yang ada
Mendera isteri amat disuka
Campur tangan keluarga bercerai pula
Apakah ini yang penonton suka?

Adakala hati mahu menonton
Hasil karya anak tempatan
Namun hasrat terus terpadam
Tatkala tema hanyut dan tenggelam

Sesungguhnya ini satu pandangan
Bukan satu kritikan
Berharap benar ada perubahan
Didalam melayari karya tempatan

Pantun ku berhenti disini
Hendak diulas drama tidak ku tontoni
Sekadar membaca sinopsis setiap hari
Menonton trailer yang diberi

Apa yang dibaca sudah dimengerti
Konflik masih seperti biasa
Cemburu jatuh cinta orang ketiga
Salah faham jujuran airmata
Keluarga tak restu kawin lari
Jerit pekik sakit menyakiti

Itulah rumusan dihari ini
Setelah duduk berdiskusi
Bersama teman petang tadi
Gelak ketawa tak kering gusi

Selamat malam duhai pembaca
Ku mohon maaf salah silap yang ada
Semoga kita berjumpa kembali
Diruangan yang sepi ini

Sanaa 31/7/17