• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Di Gurun Tandus

Peluh berjurai membasahi dahi
Aduhai…kasihanku pada si buah hati
Dahlah kulit putih melepak bagai salji
Berpanas begini akan mengelupas pula nanti

Apa yang kanda renungkan pada gurun sana
Badan di sini nyawa melayang entah di mana
Wahai adinda nak serkap jarang lagi adanya
Kanda ini kasihan melihatmu wahai dinda

Tiada apa yang perlu di risaukan wahai kanda
Panas yang ada boleh lagi menahannya
Cuma yang hairan tuan director berkata-kata
Bahasa ibunda yang tidak di tuturkannya

Dinda mengigau di siang hari
Janganlah merepek tak tentu hala di sini
Cuaca yang ada hampir cair otak ku ini
Dinda pula berkata perkara yang belum ku dengar lagi

Andai kanda tidak percaya
Cuba dengar dan pasang telinga
Mesti juga kanda hairan dan tidak sangka
Yang di tutur adalah bahasa melayu sahaja

Baiklah nanti kanda fikir apa yang hendak di kata
Pasti perkara yang menimbulkan kemarahannya
Kalau tidak mesti dia buat tak tahu sahaja
Entah-entah lawak juga sebab dah cair otak kepala

Wahai tuan director kenapalah kita kemari
Tempat lain masih banyak dan cantik lagi
Oii Uda sejak bila kau direct ini movie
Sekali ku lesing kau terguling nanti

Aikk sejak bila kau faham cakap aku
Dulu sebut makanpun tak tahu
Hari ini nak kau lesing pula diriku
Wahh ini macam ka…sejak bila pun ku tak tahu

Hah kan betul apa dinda bilang
Sekarang kanda dah dengar terang-terang
Tuan Director menguasai bahasa
Di padang gurun yang panas membara

Akan kanda cuba try test sekali lagi
Kita lihat apa pula reaksi
Hish kanda janganlah nak nyalakan api
Dahlah panas berada di gurun ini

Senggeh kanda macam kambing gurun di sana
Putihnya gigi tak sangka pula dinda
Hai…hari ini dinda perhatikan semua
Sehingga gigi pun jadi perhatian adanya

Ku piat telinga nanti baru kanda tahu
Piatlah telingaku akan ku terkam dirimu
Amboi amboi senang saja kanda berkata begitu
Hilang sudah sayang dan kasih kepadaku

Ku belai pipimu yang merah menyala
Di panah mentari yang terik terasa
Senyum di beri indah di pandangan mata
Sayang dan kasihku hanyalah untukmu dinda

Oii Uda dan Dara apalagi kamu gaduh di sana
Hari-hari gaduh tapi dalam hati ada cinta
Akupun hairanlah tengok kamu berdua
Resipi apa yang kamu guna

Kanda pasti itu tuan director yang berkata
Itulah tadi terperanjat kanda di buatnya
Kita ikut sajalah arahannya
Asalkan dinda setia hanya pada kanda

Arghh Uhhh sakitnya telinga kanda
Kenapa dinda menerkan macam singa betina
Habislah dagingku di makan semua
Pulang nanti hanya tinggal tulang dan rangka

Hahaha bagus juga tinggal tulang dan rangka
Berita tersebar Dara memakan si Uda
Mengikut kata dan telunjuk sahaja
Suka hatiku menjadi tajuk utama

Hello hello wahai adinda
Sekejap telingaku masih berdengung adanya
Kenapa tak cakap dinda nak jadi tajuk utama
Tentu dah ku sebar berita Dara mengandung anak pertama

Aikk besar pula biji mata
Tadi dinda kata nak jadi tajuk utama
Kalau bilang kita bercinta
Cerita basi hanya tunggu confirmation saja

Hurmm Hurmm…dinda nak menerkam lagi gamaknya
Sahlah tu memang mengandung anak pertama
Patutlah kanda lihat tambah berseri wajah dinda
Am I really the father?

What will happen if you’re not the father
Nak tunjuk kanda lelaki terhormat adanya
Menikahi wanita yang teraniaya
Lepas itu mendabik dada serata dunia

Mana pulak kipas dan payung tadi
Hah ini dia…dinda kipaslah supaya sejuk hati
Kanda pegangkan payung…cair pula otakmu nanti
Senyum senyum dinda wahai si jantung hati

Hidung di cuit pipi di belai manja
Nak di cium pasti kasut naik ke muka
Tidur bangun makan hanya wajah berdua
Bergurau bermesra asyik di depan mata

Teman ku ada berkata
Apa nak jadi dengan kita semua
Sang Pencerita dah melalut jauh nampaknya
Bukan lagi the movie yang jadi tajuk utama

Mana tak melalut jam tunjuk 3 pagi
Idea yang ada pasti untuk Cjoli Moli
Wawancara ku akan menyusul selepas ini
Cincin dah ada tarikhnya bila pula nanti

Sang Pencerita mengundur diri
Kisah di sambung bila ada mentari pagi
Nanti ku teropong jadual tiba Cjoli Moli
Sampai KLIA squad ku dah sedia menanti

Owned and written by : Sanaa 01/07/10

3 Responses

  1. skuad dh lama dok berehat ni…..cepat2 kabor kat teman yek kapten…xsabar nk jmpe joli & moli….kikikikiki

  2. salam red,

    teropong sup pun kabur jugakk…
    nampaknya kena pakai teleskop pula
    biag terang bijik mata
    nampak semua planet dan juga dlm jiwa..hahaha

    tarikh mendarat kabokan pd kami semua
    senang kami nak siap segala jampi serapahnya
    manalah tau kot2 lepas tuh depa declare bersama
    leh la kita siap majlis sarung cincinnya…hahaha…

    meroyan x sudahhh….cheers my dear..

  3. kekeke….bila agaknya jadual tiba bagi cjoli moli ne…
    nak teropong dulu…
    lah ….teropong red kabur lah…..
    grenti bonus tak ada hujung tahun……….
    sorry kapten ….tak dapat bertugas dgn cemerlang….
    mohon kan ampun yaaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: