• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Kereta Kuda

Bahu di tepuk tanda menyapa
Kerana earphone terpasang di telinga
Entah lagu apa yang di dengar si Uda
Badan bergoyang tidak hirau sesiapa

Hai adindai…diriku ingat dinda tak sudi
Menemui kanda di petang ini
Kenapa tempat pertemuan aneh sekali
Kandang kuda jadi pilihan di hari ini

Kanda teringin menunggang kuda
Hanya di sini hajat terlaksana
Apa kata kita naik berdua
Kanda bawa dinda hingga ke hujung sana

Hahaha sakit perut dinda kerana ketawa
Biar benar apa segala yang di kata
Kalau naik keretapun dah kecut di buatnya
Inikan kuda yang boleh melompat tidak semena-mena

Dah ku usap ku belai sejak tadi
Hanya menunggu dinda sampai kemari
Kuda ini tahu yang kita amatur lagi
Tak perlu di tunggang untuk pecut lari

Biar benar ini hajat yang ada
Apa sebenarnya yang ada di hujung sana
Kalau nak tahu jom kita pergi bersama
Menunggang kuda bukannya lama

Kereta sewa banyak di depan sana
Kenapa kuda yang kanda mahu juga
Wahai adinda kereta ada di mana-mana
Menunggang kuda ini saja peluangnya

Hello ma’am and sir…are you ready
Don’t worry kuda ini jinak sekali
Kami pegang tali tidak akan lari
You berdua duduk saja di sini

Tangan di hulur lambat di terima
Kanda memang serious adanya
Jangan bimbang wahai adindaku sayang
Kuda yang ada bukan kanda yang tunggang

Takut dan berani berdetik di hati
Biar benar apa yang di buat Uda ini
Wahai adinda kenapa tiba-tiba berhenti
Janganlah bimbang dan juga sangsi

Welcome aboard ma’am sir
Tercenggang ternganga mulutku di buatnya
Wahai adinda nak kanda dukung pula
Tersenyum diriku melihat reaksi si Dara

Buah tamar dan anggur telah tersedia
Kereta kuda cantik hiasannya
Wahai kanda apa sebenarnya yang di rencana
Keliling bandar menaiki kereta kuda

Berjalan kaki lenguh kata dinda
Nak ku urut tidak di beri pula
Menaiki kereta lesen ku tidak antarabangsa
Kereta kuda saja yang lain dari biasa

Hmmm nak tunjuk dinda betapa romanticnya kanda
Kemana arah tujuan kita berkereta kuda
Masakan hanya berlegar sekeliling kota
Tadi kanda bilang ingin melihat sesuatu yang luar biasa

Apa saja yang kanda tenungkan
Tiada apa cuma melihatmu wahai rupawan
Cantik dan manis di pandangan
Di bawah cahaya lampu yang berkilauan

Wahai kanda cukuplah dengan segala pujian
Rasanya dah jauh kita berjalan
Ke mana arah dan juga tujuan
Letihnya kuda sudahpun kedengaran

Oh ya dinda!!! apa yang di kata oleh sang kuda
Aku jatuh cinta padamu wahai dara agaknya
Kanda jangan mula membuat cerita
Ada ku jerit untuk menarik perhatian semua

Oops Oops stop…stop…
Enjoy your dinner ma’am…sir
Saya akan tunggu anda berdua
Jangan bimbang saya tidak akan kemana-mana

Kita nak makan di celah-celah pohon kurma
Tadi sudah kanda bilang tempatnya lain dari biasa
Cantiknya hiasan yang ada
Janji dengan dinda…hookah tidak akan kanda cuba

Lahhh…hookah itulah tarikan yang ada
Biar esok tuan director cari kita
Akan tersiar dalam berita utama
Uda dan Dara mabuk hookah di Jordan sana

Dinda lihat di dalam sana
Hampir semua sudah khayal dan leka
Eh eh pak arab kau jangan jeling sama dia
Ini ya rahmah aku yang punya

Hehehe mereka faham ke apa yang kanda kata
Andai tak faham ku sinsing lengan adanya
Pak Arab ini semua bukan boleh percaya
Dahi licin lebih-lebih lagi tengok dara jelita

Amboi-amboi berkata tak toleh kiri kanan gamaknya
Yang bercakap tu boleh ke hendak di percaya
Hilang di mata hilang di hati juga
Orang lelaki bila nak memikat segala benua di redahnya

Biarlah masa menentukan segala wahai dinda
Sudah penat diri ini menyatakannya
Dinda masih juga rasa sangsi dan curiga
Apalah yang boleh kanda lakukan untuk dinda percaya

Dicelah-celah pohon kurma meja dan kerusi tersedia
Cahaya lilin menerangi suasana
Janganlah merajuk wahai kekanda
Dinda cuma menduga sejauh mana benarnya

Dua pelayan datang bertanya
Muah muah muah yang di sebut mereka
Dara di pandang tanpa berkelip mata
Silap-silap nanti ada tanganku naik ke muka

Hampir di cuitnya pipi si Dara
Oii jangan kau naikkan darah ku pula
Excuse me can we have the menu
Ahh so sorry she is very very pretty

Aku tahulah dia pretty
Tapi bukan untuk kau tenung dan puji
Kok bersepai gigimu ku kerjakan nanti
Pergilah cepat bawa makanan kami ke sini

Uda dan Dara menikmati bayu malam bersama
Sementara makanan di hidang untuk mereka
Uda memetik mawar di atas meja
Di selitkan pada rambut si Dara

Telah ku rakam cinta Uda dan Dara
Dalam suasana indah dan berbeza-beza
Janganlah khuatir wahai teman semua
Pasti satu masa berita gembira di terima

Wawancara belum di kenal pasti
Kerana kepulangan mereka menjadi rahsia kini
Namun akan tetap ku teropong lagi
Untuk mendapat first hand news dari cjoli moli

Owned and written by : Sanaa 03/07/10

6 Responses

  1. kak…akk mmg power ar..bnyk tul idea2 kan??? speechless

  2. hi san,

    betul kata sup ilham mu byk sekali
    tak larat nak baca rangkap demi rangkap kerana menahan gelihati
    memang teropong mu berkesan dan tembus walau jauh ke negara timur c joli moli berlari….

    3 hari red cuba layari
    hii internet kau selalu buat mood ku hilang tak terperi
    monday blues tak ku kira ‘iski’-pun curi curi
    membuka blog sambli buat laporan kerja hampir dead line dah ne..

    emm…errr….boss ku berdiri di sisi
    tak red sedar dia dah lama memerhati
    tanya kenapa red senyum-senyum pandang PC
    “tak kan tak nampak saya menyapa beberapa kali”
    alamak!!!! dah kantoi red kali ini
    laporan red buat tak menjadi
    kerana asyik baca blog pn.president yang red ketinggalan keritapi….

    • Wahai Red apa sudah jadi
      Dirimu kantoi pulak di hari ini
      Itulah lain kali rajin2lah layari
      Semuga tidak selalu ketinggalan keretapi

      Sekaranga sudah tak boleh curi-curi
      Kalau baca tampal gam di pipi
      Supaya senyum tidak di sedari
      Oleh boss yang sentiasa memerhati

      Kasihan sungguh nasibmu di hari ini
      Nantilah kuhantar squad untuk internet di baiki
      Chargenya tak usah di peduli
      Ku hantar bill di bayar bulan2 sahaja nanti

      Hehehe..lain kali hati2 wahai teman

      • hi san,
        terima kaseh atas nasihatmu ku patuhi
        tapi nak buat mcm mana
        waktu bertugas saja ku dapat layari dgn ‘curi-curi’
        hari ini nasib tak menyebelahi
        lirikan boss buat red kecut hati

        intercom berbunyi berkali kali
        bergegas red apa akan terjadi
        rupanya dia pandang muka red dgn mata tajam penuh berapi
        aduhhh boss kata petang ini main bulu tangis
        kalau tak hadir, akan ambil tindakan tegas
        sabar lah wahai hati
        kerana joli moli red mcm ne….

  3. salam sanaa..

    haha..temanku mmg byk ilham
    tiap2 hari ada sj pantun dan gurindam
    spin off jgn ckp lah..mmg mengancam
    bila baca meroyan, angau campur geram..hehe

    cenge’ sungguh moli kita
    nak tabuh org smpi bersepai giginya
    ni mcm kes king control aja..
    ingat skit..cjoli tu belum sah kamu yg punya..haha..

    hai sanaa..harapan mu harapan kami juga
    tp rasa lambat nak sampai pula
    sup ni jenis x sabag dan nak cepat aja
    ikut kan hati ku hantukkan kepala depa…haha….

    good day dear..

    • Wa-salam Sup

      Terima kasih kerana kemari
      Hanya ini yang dapat ku beri
      Bukanlah king control gelaran di beri
      Menjaga keselamatan cjoli kekasih hati

      Cenge’ moli untuk joli sahaja
      Supaya buah hati tidak di ganggu sesiapa
      Sabarlah wahai Sup mereka tak lari ke mana
      Sampai masa tak cukup majalah berita mereka

      Hahaha…good day to you to dear…be happy nanti ku hantar pantun dan gurindam lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: