• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Jejai vs Fasha and Wartawan

Ini lagi satu cerita geli hati
Seorang kata sudah 7 tahun mengenali
Lagi satu kata baru saja lagi
Jadi yang mana satu betul kini

Bapa Jejai namanya Tan Sri Ramli
Gelaran Toh Muda di pegang Jejai kini
Apakah fungsi tidaklah aku ketahui
Sekarang telah ada kabar hubungan tidak di restui

Aku tabik spring pada Kak Pora
Cukup-cukuplah tu katanya pada Fasha
Betul ke si Jejai hadir di hatinya cinta
Yang kedengaran statement Jejai dan Fasha berbeza

Zubir pula diam seribu bahasa
Setelah menulis cerita yang ada
Ada juga yang berani berkata
Berapakah jumlah yang Zubir terima

Fasha terkenal dengan publisiti
Apa saja di buat asal nama di kenali
Betul juga apa kata Kak Pora tadi
Jagalah maruah diri dan reputasi

Wahai Fasha kenapa Tiz yang kau cemuhi
Kerana popularitinya kau dengki hati
Apalah yang kau dapat buat begini
Kau nak lawan Lady Gaga yang punya peminat 10 juta kini

Janganlah berangan janganlah bermimpi
Niat busuk hati tidak ke mana pergi
Populariti akan lenyap satu hari nanti
Ambillah cuti untuk musabahah diri

Aku ingat kau cemburu dengan si Tizzy
Cantik dan manis ayu sekali
Hanya satu drama namanya di julang tinggi
Kau dah berpuluhpun orang tak peduli

Tizzy bersama hero malaya kini
Banyak negeri yang mereka pergi
Itu sebab kau cemburu hati
Kau asyik-asyik shooting hanya di sini

Semua orang cemburu pada mereka
Nama melonjak tidak semena-mena
Di sebut di tatang merata-rata
Kau and the geng mulalah buat cerita

Aku tahu kail kau panjang berjela
Tizzy baru saja hendak bermula
Kau guna tali untuk menjerat semua pengarah yang ada
Tizzy guna bakat yang di anugerah kepadanya

Nanti aku buat cerita mereka
Cinta klasik Uda dan Dara
Kau jangan marah adanya
Cinta kau dan Jejai adalah pura-pura

Nasib baik Tiz tu berbudi bahasa
Bercakap masih menjaga nama
Kau yang bercakap lagak singa betina
Tunjuk cincin tapi keluarga belum menerima

Ingatlah Fasha restu itu penting sekali
Menjamin bahagia hingga akhir nanti
Kau belajarlah musabahah diri
Akupun belajar dari cerita kau ini

Okaylah Fasha jangan buat lagi
Jangan cemburu pada Remy dan Tizzy
Aku tahu kau ada geng nak jatuhkan mereka ini
Ingatlah bahawa dunia hanya pinjaman menunggu mati

Lepas ini aku jadi pemerhati
Nak tengok siapa pula target kau selepas ini
Harap-harap tiadalah lagi
Semuga jodohmu juga di restui

Ikhtibar di ambil perbaiki diri
Walaupun kisah celebriti terkini
Manusia hidup di muka bumi ini
Buatlah baik sesama sendiri

Pantun di atas hanya renungan sendiri
Untuk di kongsi bersama teman di sini
Perkara yang baik kita ikuti
Yang buruk kita perbaiki

Owned and written by : Sanaa 05/07/10

9 Responses

  1. salam kengkawan semua
    mesti tgh berapi hati dan minda
    pasal statement si jejai n fasha
    tp, tak ape tizzy tetap di hati kita semua…

    chaiyokkkk tizzy….hee

  2. jejai nama diberi
    nk kata encem..lagi encem si moli
    nape la ko jdi cam ni???
    pasal si sendot tu ..ko sanggup ceraikan bini????

    lelaki ni mmg xbleh wat laki
    sure xserik kompom sendot jd magsa kali ni
    pas dpt madu…hmmm sah ar hampas tolek tepi
    xtakut ke si sendot tu nnti????

    uihhhh geram tul ar ngn dieorang ni
    pirahhhhhhhhh…..ap pun xbleh kan kak san, kak red n dodin

  3. Sanaa,
    salam. wah skrg ni pantun Jejai lak. Lantaklah mrk tu
    tak kemana perginya if begini formula susah nak kekal.
    I sakit tekak hari ni. Red & Dodin how are you?

    • san tumpang lalu..

      wa-salam kept ummi azah..dodin disini baik2 aje.. sakit tekak kept.. nape byk makn buah kot..or kuat sangt kot jerit kt anak buah..hahaha jgn marah yea gurau je.. lama tak dngaq kabar teman ni.. mcm mn ‘kpg M.jah’ n nk mkn ikan sawah’ tunggu NKTM plk lh kot no..

  4. eiyda….

    welcome back…..mana u pergi?
    ikut cjoli moli shooting ke?
    hehehehe…keep in touch…

    • Red….

      Thank you….i ada kat sini, cuma sblm ni jd pembaca dlm diam je…he he

      • jgn lah diam, moh kita meriahkan lagi rumah san…
        biar senyuman hingga ke tulang pipi….

        have a great day…

  5. salam fren

    budak sendat ni mmg tak gheti2
    klu hubungan tak direstui
    huhu anganlah smpai kemati
    lepaih ni Jejai tu cari lain lh lg

    ada hati nk burukkan sijoli
    kemarin dlm melodi
    sakan mengaku itu ini
    tapi jejai tu mn pi

    minah sendat ni syok sendiri
    katanye takkan peduli
    samaada hubungan direstui oleh family
    filem blm tentu nk menjadi
    yg pasti mmg tambahlh musuh berguni2

    tak yah advise lh org mcm ni
    sbb diri rasa masih menang lg
    bg dia tak perlu pandang kanan ke kiri
    tunggulh dia tergadah nnt
    baru lh dia rasa perit di hati

    • A’kum…

      Wahai teman2 ku
      Biarkan je lah si fasha & Jejai tu
      Walau semalaya pun dia org tu umum
      1 pun tak blh pakai ha ha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: