• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Menjejak Mimpi

Song By Julio Inglesias Title: Fuiste Mia (You were mine)

Selamat Pagi wahai teman di sini
Kabarnya cjoli moli pulang hari ini
Maaf info lambat ku terima tadi
Tak dapat nak serkup tapi doa dah menjadi

Mereka pulang dengan gembira di hati
Setelah menjejak kembali cinta hakiki
Dugaan dan cabaran kini mampu di atasi
Kerana kasih dan cinta tulus di hati

Panas terik di padang tandus
Hidup adakalanya melawan arus
Berkat sabar semua pasti terurus
Muafakat yang ada di jalin dengan tulus

Bahagia derita kita yang mengolahnya
Dugaan cabaran sentiasa ada
Kasih sayang adalah teraju utama
Ikhlas dan jujur merasai nikmat yang ada

Ibu mendengar dengan gembira
Anakanda pulang dengan selamatnya
Walaupun 10 hari tidaklah lama
Bimbang juga dengan cuaca di sana

Doa keluarga sentiasa bersama
Itulah berkat keluarga bahagia
Berkawan dahulu permulaan cerita
Kasih bersemi anugerah Allah adanya

Cinta hakiki di sambung lagi
Ke Tanjung Karang menggamit memori
Tempat jatuh bangun c joli moli
Adam dan Nur menjejak mimpi

Pasangan sepadan di mata semua
Kerana kasih yang terselit di jiwa
Semuga kami merasa bahagia bersama
Meniti kasih harapan yang ada

Biarlah sementara ia menjadi rahsia
Agar terhindar dari salah sangka
Kami pasti adanya cinta
Yang hadir dan wujud di alam nyata

Berehatlah dahulu wahai Uda dan Dara
Pasti tugas bersambung semula
Meniti bahagia dan cabaran bersama
Itulah ia rahsia hidup bahagia

Amatilah kata-kata pujangga
Cinta mampu merobah segala
Lihat saja janji Yang Maha Esa
Kita adalah bukti kekuasaanNYA

Cinta hadir tanpa di paksa
Kesedaran yang ada penuh tanda tanya
Perbezaan berdua amatlah ketara
Namun makin mekar dan bersemi adanya

Doa kami sentiasa bersama
Menjejak kasih di mana saja berada
Gambar berdua di atas tangga
Tidak pernah lekang di hadapan mata

Kita akan bertemu lagi
Mengikut jejak-jejak cinta hakiki
Segala pengorbanan telah di beri
Tibalah masanya mimpi di realisasi

Teman-teman yang di kasihi
Selamat menjalani segala tugas yang di beri
Jangan pula lupa sarapan dan makan tengahari
Walau apapun perut mesti di isi

Have a good week ahead to all…Love Sanaa

Owned and written by : Sanaa 05/07/10

6 Responses

  1. hehehe…..syoknyerrrrrrrr..jap, nk berangan dulu k

  2. salam semua jua,
    wah san…u buat org anggau tak tentu rasa
    red ne bukan lagi tahap gaban malah terus meloyan….
    hahahahahaha….
    speechless….

  3. salam san & semuanyer !
    wah2 ! san betol2 pasti berita nie !
    klu betol horayyyyyy !
    akan ku tunggu pengumumannyer nanti !

  4. salam san n sup

    taman pun tertny2 betul ke kabar mu pg ni.. teropong ajaib n perasap mu dh menjadi sekali..kini ku kejar mu kesana kemari..kejap disini ..lpaih tu kt fb..n kesini kembali.. nk ku tahu jgk berita terkini..klu blh link kn add nye kt sini..supaya kita semua blh layari.. lepaih tu br blh nk lompat tinggi2…hihihiihi

    • Wahai Sup dan Dodin yang di kasihi
      Berita yang ku beri mesti tepat sekali
      Hanya tunggu sahaja berita terkini
      Esok lusa setahun dua lagi belum ku ketahui

      Kepercayaan ku tak goyah punya
      Hanya anggau yang gaban tentunya
      Jangan fikir yang lain hanya Uda dan Dara
      Pasti berita gembira yang di terima

      Ok buat teman berdua…tunggu saja pengumuman mereka…good day dear

  5. wahhh..sanaa..betul ke cjoli moli tiba ari ni?..haha bagus betul teropong mu kali ni…tp betulke doa kita dan menjadi?..cek masih ragu2 lagii..mcm mana boleh begitu pasti?…sudi2 ler berkongsi….hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: