• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Eee Seram

Sejak dari tadi Dara memerhati
Atas pokok Dara sembunyikan diri
Melihat gelagat Uda yang gelisah kini
Berdiam diri supaya Uda tidak menyedari

Uda menoleh ke kanan dan kiri
Terasa sesuatu benda menyentuh pipi
Namun tiada apa yang kelihatan di sini
Walaupun setelah puas mencari

Kemana pergi nya si Dara yang di kasihi
Selalu benar melarikan diri
Puas sudah Uda mencari
Terasa lagi ada benda terkena diri

Dara buat ketawa mengilai
Di lepaskan rambut supaya mengurai
Terasa seram tapi Uda tetap mencari
Remang bulu roma di siang hari

Ketawa kedengaran dekat sekali
Hish tak mungkin aku bermimpi
Di tekap di ketuk telinga untuk mencari pasti
Astaghfirullah al azim biar betul apa yang aku dengar tadi

Tak berani menoleh duduk berdiam diri
Ketawa kedengaran tidak henti-henti
Eh tak boleh jadi kalau begini
Tak mungkin benda tu keluar di siang hari

Hilaian ketawa kedengaran lagi
Macam suara yang amat di kenali
Pura-pura tidak memandang sana sini
Untuk mencari dari mana datangnya ketawa tadi

Uda mendongak melihat ke atas
Rambut mengerbang kerana di lepas
Tidak silap memang Dara yang berada di atas
Ligat memikir bagaimana nak membalas

Eh kemana pula Uda pergi
Tiba-tiba saja menghilangkan diri
Alamak trick aku tidak menjadi
Mesti Uda dah malas terus berlalu pergi

Perut Dara terasa lapar pula
Baiklah turun mencari apa yang ada
Hehehe puas hati dapat mengenakan Uda
Tak berani langsung mendongak adanya

Arghh Dara menjerit sekuat hati
Melihat topeng menari-nari
Suara garau bergema di sisi
Dara terjun saja tak ingat apa lagi

Aduuh aduuh Dara mengurut kaki
Sakitnya hanya Allah yang ketahui
Janganlah kaki terseliuh lagi
Uda entah di mana tak nampak kelibatnya kini

Hahaha…Dara terperanjat sekali lagi
Bila topeng berada di depannya kini
Dara menoleh kanan dan kiri
Namun tiada siapa kelihatan di sisi

Debar jantung Dara kuat terasa
Tangan menggigil perut berbunyi juga
Kenapa tiba-tiba senyap sunyi sahaja
Patutlah waktu rehat buat semua

Manis betul rambutan di sini
Dinda nak nanti kanda beri
Dara mencari suara yang di dengar tadi
Bayangan tidak kelihatan siapakah ini

Setangkai rambutan jatuh di tepi
Dara memandang masih tiada siapa lagi
Nak menjerit suara tersekat kini
Aduhai kanda tolonglah dinda katanya dalam hati

Ada benda jatuh atas kepala
Walaupun takut di cari juga
Biji rambutan yang Dara jumpa
Seram terasa kerana dirinya seorang saja

Entah kenapa hatinya berkata
Tak lain tak bukan ini mesti kerja si Uda
Puas mencari namun masih tiada siapa
Oii kalau berani tunjuklah muka

Suara garau menjelma semula
Itu bukan milik si Uda
Apa benar…Dara terus menekup muka
Nak lari dirinya tidak berupaya

Bunyi tapak kaki dekat kedengaran
Daun kering gemersik di tiup angin
Pipi di sentuh kasarnya tangan
Badan menggigil Dara tidak pedulikan

Sentuhan halus di tengkuk Dara
Mematikan diri buat tidak tahu sahaja
Kekuatan yang ada telah lari semuanya
Dara menangis akhirnya kerana takut melanda

Uda masih mahu mengacau lagi
Walaupun tidak sampai hati
Dibelai rambut…Dara buat tidak peduli
Terdengar tangis pasti takut kini

Rasa bersalah datang bertubi-tubi
Walaupun suka sebentar tadi
Mana mungkin di sakiti
Buah hati yang amat di kasihi

Uda menyentuh bahu si Dara
Wahai adinda di sini rupanya dirimu bertapa
Sudah puas diriku mencari merata-rata
Uda ketawa kerana Dara tidak mengangkat muka

Tangan di tarik di lawan juga
Pergi-pergi jerit Dara sambil meronta
Adinda adinda kekandamu yang ada di depan mata
Dara masih tidak mahu percaya

Dara di bawa ke dalam dakapan
Timbul pula rasa kekesalan
Permainan yang di anggap gurauan
Membuat Dara kini dalam ketakutan

Di pujuk di belai tangisanpun reda
Merenggang pelukan menatap wajah si Dara
Dalam simpati ketawa bergema juga
Mengesat airmata yang masih bersisa

Alaah alaah cantiknya buat begitu
Sama macam itik sedang menyudu
Merah muka si Dara menahan malu
Riang hati kerana Uda ada di situ

Uda bertanya apa yang berlaku
Dara menggeleng tanda tidak tahu
Uda tidak mampu menahan ketawa
Dinda tengok apa yang ada di atas sana

Dara melompat kerana terperanjat lagi
Topeng tergantung senyuman di beri
Uda ketawa tak boleh di tahan kini
Habis badan Uda mendapat pukulan tak henti-henti

Uda mengelak menangkap tangan
Siapa suruh dinda mulakan
Hehehe ketawa Uda masih kedengaran
Hah, eee, huh Dara melemparkan kemarahan

Ok ok kanda janji tidak buat lagi
Kalau dinda tidak asyik melarikan diri
Siapa kata dinda main sembunyi-sembunyi
Kanda memang tak sayang dinda lagi

Lain di cakap lain jawapan di beri
Ini mesti dinda asyik tweet sana tweet sini
Sehingga kanda dinda tolak ke tepi
Tak fikir kanda yang asyik mencari

Aduh Dara terasa sakit di kaki
Cuba bangun tapi tak mampu berdiri
Uda memegang jeritan berbunyi
Belum tekan dah menjerit sekuat hati

Uda tersenggeh tanda suka
Pasti boleh mendukung si Dara
Kalaulah ada orang melihat mereka
Meletop lagilah cerita berdua

Setakat ini dulu cerita Uda dan Dara
Nakal Uda memang buat kita gembira
Tapi kesian kaki Dara sakit pula
Yang bestnya mengimbau kenangan lama

Owned and written by : Sanaa 10/07/10

One Response

  1. sapu je dgn minyak gamat uda oiii………
    bukan susah, lepas tu balut…..
    pasti dara sembuh serta merta…
    apa lagi kalau uda yg jaga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: