• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Sweet Memories

Hidup ini adalah sebuah perjalanan, mencari yang hakiki, mencari keabadian. Tiada siapa yang dapat menentukan nasib mereka sendiri, tiada siapa yang mampu mengubah takdir dan suratan. Pengalaman yang bertandang memberi kematangan, menguji keimanan, mendamba kesetiaan, menuntut pengorbanan. Mencari semangat untuk kembali mencari… Demi sebuah janji (diefly)
Credit to : Kabir Bakhtiar (Director) / Mariana, Mira, Maizura (Script Writter)

Thank you dieflyhomevideo

*****

Macam mana perit kehidupan mesti ada yang manis di celah-celah rintihan dan keluhan. Setiap insan di dunia ini mesti akan melaluinya dan merasai masam manis hidup di dunia yang fana ini. Begitu juga dengan saya walaupun buat masa ini manis yang di rasa adalah dari sebuah drama yang masih belum putus di sebut, di bicara dan mungkin di tonton apatah lagi dengan kehebatan dua pelakon yang bertapak dan melekat di hati Remy Ishak dan Tiz Zaqyah a.k.a Adam dan Nur. Memang menjadi kegemaran saya mencari di celah-celah kebahagian dan penderitaan yang di lalui mereka, detik cinta berputik atau rasa yang tidak boleh di tafsir dan di rungkai.

Adam dan Nur adalah dua insan yang berbeza yang di temukan di atas keinginan kedua ibubapa. Kita cuma merasa pasti yang Adam pulang kepangkuan Nur setelah penderitaan di lalui tapi rasanya tidak ada yang mahu mencari titik permulaan “rasa” dalam diri Adam. Nur kita anggap dah memang menaruh minat pada Adam sejak di bangku sekolah namun terpaksa menahan segala rasa supaya tidak di ketahui Adam. Nur menghadapi segalanya kerana cinta yang ada tapi bagaimana pula dengan Adam. Di manakah dan bilakah “rasa” itu bermula?

Trademark Nur Kasih adalah di station keretapi. Di mulakan di station keretapi dan berakhir di station keretapi juga. Pernah tak kita bertanya kenapa? Saya sendiri tidak berapa menyedarinya sehinggalah saya dapat menonton Nur Kasih ‘with my own sweet time’ dan boleh di forward and rewind. Kalau tak silap saya pernah menyentuh sedikit berkenaan perkara ini sewaktu di forum Nur Kasih TV3 dan ada di antara rakan-rakan forum yang menafikan “rasa” ini terbit dalam diri Adam di awal cerita. Percayakah kawan-kawan dan teman sekalian yang “rasa” itu bermula sewaktu Adam melihat Nur menghantar Nabila di station dan bertanya pada abangnya Aidil, siapa tu bang? Kepada sesiapa yang punyai dvd lihatlah kembali dan perhati gerak geri dan mata Adam sewaktu scene itu. Mungkin ramai di antara kita yang akan menafikan apa yang saya kata tapi tak kurang juga yang akan mengiyakannya. “Rasa” itu tidak hilang begitu saja, boleh di lupakan (mungkin) tapi perjalanan Adam dengan “rasa” itu bermula dari situ, tanpa sedar ia bertapak dalam diri Adam apabila kita ikuti scene-scene selanjutnya.

Nur merayu kepada kedua orang tuanya untuk menolak lamaran tersebut tapi tidak di persetujui. Setelah mengetahui bakal suaminya adalah Adam, Nur mohon untuk berjumpa. Pertemuan tidak berjalan lancar kerana dua-duanya keras kepala dan kenapa Adam berkata “jangan jatuh cinta dengan saya”. Sebelum itu kenapa Adam saja yang bercakap? tanpa memberi peluang Nur bercakap selain dari membantah sedikit sana sini. Nur meninggalkan ruang tamu dan turun kebawah lalu mengajak maknya pulang dan Adam mengikuti di belakang dan “pura-pura” ambil air. Kenapa saya kata pura-pura? Jawapan yang saya ada ialah Adam menahan getar di dada dan besar kemungkinan kalau ibunya dan ibu Nur tidak ada di situ perbalahan akan berlaku lagi sebab Adam sedang melawan perasaan ataupun ini adalah cinta pandang pertama (saya amat yakin ia adalah cinta pandang pertama) tapi kita gunakan “rasa” buat masa ini.

Malam pengantin yang mereka lalui memanglah tidak sama dengan pasangan lain kerana dengan egonya Adam berkata tidak akan menyentuh isterinya kerana dia bukan pilihan dan not his type. Maaf saya berkata, pepatah mengatakan “kucing kalau nampak ikan tak di makan di hidu juga”. Apakah tidak “terusik” hati Adam ketika ini apabila melihat keayuan seorang wanita yang penuh dengan sopan santun dan budi bahasa. Saya tidak katakan cinta, “rasa” sekali lagi menjadi perantaraan di antara Adam dan Nur.

Lakonan mereka di hadapan kedua orang tua amat menyakinkan dari awal sehingga perpisahan yang berlaku tapi tiada siapa yang dapat melupakan scene minyak gamat. Renungan dan tenungan Adam yang tajam mempunyai erti yang berbeza-beza, terlalu banyak yang boleh di tafsirkan namun oleh kerana saya kurang pasti di waktu ini telah berapa lama mereka diijabkabulkan. Sebelum itu kenapa Adam bergurau tentang siapa nak sapukan minyak sewaktu Nur kata ini minyaknya. How are we going to interprete this? Cinta atau “rasa”.

Apakah boleh kita katakan yang Adam kini menemui “cinta dan rasa” yang sebenar? Kita semua tahu yang Adam sudah punyai teman wanita di Australia. Babak-babak di antara minyak gamat sehingga perginya Ustaz Hassan adalah babak-babak yang menyakitkan dengan kata-kata tapi perlu apa Adam berbuat begitu? Yang saya pasti scene di tepi tingkap dan juga di taliair. Scene-scene itu sebenarnya untuk menunjukan Adam membenci tapi sebenarnya perkara-perkara yang menyakitkan ini menambah “rasa” yang ada, di mana Adam tidak menyedarinya.

Nur Kasih membawa kita kisah “cinta” yang berbagai kerana itu ia menarik perhatian semua ketika menontonnya tapi berapa ramai di antara kita mahu mengambil cerita ini dan membawanya ke alam reality. Kenapa perlunya pengarah dan penulis script membawa cerita ini ke layar perak? Apa yang berlaku dalam kehidupan Adam dan Nur dalam Nur Kasih banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita cuma mungkin kita tidak tahu atau tiada kena mengena dengan kita. Oleh kerana commercial value yang perlu di masukan olahan cerita tidak begitu menonjol kepada “cinta” yang menjadi asas cerita ini. Keinginan kita sebagai penonton untuk melihat “keindahan” cinta Adam dan Nur tidak kesampaian dan semuga Nur Kasih The Movie mampu mengisi kekosongan itu.

Sementara itu walaupun setelah hampir setahun berlalu the sweet memories lingers on…scene minyak gamat, Dato’ Hamzah, Adam cintakan Nur masih mampu buat kita tersenyum dan mengubat luka yang ada and my one of my favourite…cuit hidung…hehehe

Kepada kawan-kawan dan teman serta pembaca yang di kasihi please may I have feedback on bermulanya rasa dan cinta Adam untuk kita sama-sama mencari realiti di sebalik cerita.

Owned and written by : Sanaa 11/07/10

7 Responses

  1. salam perkenalan ….
    akak peminat anda… mula minat dgn nukilan shana…bile kawan link kan blog nie…untuk tzfc….
    sejak itu akak jadi peminat setia….

    akak terpanggil nak komen…bila adam mula jatuh rasa kat nur….yang sgt nampak..adengan minyak gamat…baru adam nampak betapa cantiknye nur ..pandangan mata adam nampak sgt dia kagum dan tertarik dgn nur….kalau makjah tak panggil nur…akak rasa adam terpaksa menelan kata2nya sendiri untuk tidak menyentuh nur…..after that..pandangan adam nampak lain…bile nur nak kedapur pun adam still pandang nur…begitu jugak aidil…nur nampak agak seksi waktu tu….baju jarang sikit…dan akak rasa waktu itu…hari kedua pernikahan mrk….
    waktu nur dan adam masuk tidur…rasa adam pada nur semakin kuat untuk menyentuh nur…tapi nur yg terasa adam tak nak sentuh dia…tak memahami apa yang adam rasa saat tu…..akak rasa kalau ustaz hassan hidup lama lagi…mungkin adam semakin cepat jatuh cinta kat nur…..

    dan of couse…cinta adam yg nyata nampak first time jumpa nur after 4 year tak berjumpa….dirumah imam bakar…nur lepas solat. pakai telekung ..sambut salam adam…mmg nampak cinta kat mata adam untuk nur….

    lepas tu…kita semua tau.. bagaimana adam berusaha memikiki hati dan diri nur….sampai saat ini kita masih demam yg belum kebah dgn setiap adengan romantis yg melibatkan nur dan adam….pasangan paling serasi dekad ini…..

    • Salam perkenalan juga dari saya dan terima kasih kerana sudi melayari blog ini…sememangnya pasangan paling serasi dekad ini dan perjalanan cinta mereka membuat kita demam tak kebah serta anggau yang dah tak ada tahap…hehehe

      Bila habisnya ne? Rasanya tak habiskan sebab NKTM akan berada di pawagan December ni…jadi kita tunggulah kesinambungan cinta Adam dan Nur serta romantic scene mereka…

      • tgk gambar kat tengah sawah…nur dan adam melukis bersama …romantis giler……cam x sabar nak menanti disember…rasa masa berlalu seakan lambat rasanya….harap movie nie akan mencipta fenomena spt drama bersirinya juga…kita akan tgk berkali-kali .. hingga hafal jalan cerita…dan skripnye juga…..
        kalau semua spt kita…akak percaya…nktm akan menjadi filem box office …kalah adnan sempit dan lain2….filem melayu yg paling best …for ever…

  2. kak..agaknya ‘RASA’ tu dh ad time they all first shooting kot!! time tu adam aka remy dh start jatuh hati kot…nobody knows right?…maybe ni peluang remy tuk curahkan ‘rasa’ , bak kata pepatah ‘sambil mnyelam , minum ayoq’……..he5

    bnyk scene yg xdpt nk dlupakan..lau ingat sure dok tersengih2…time sapu mnyk gamat, kaki nur perpelecok,tali air, ketapimai,time adam pas lmas kat sepital tu..dato’hamzah.. iskhhhhh..bnyk lagi ar…

    • wahai adik…gembira di hatiku mendengar jawapanmu, direct tak perlu berliku-liku…alright ku terima dan akan ku buku…di mana cinta hakiki menjejak memori….

  3. Salam san, sup,

    Never ending story agaknya N1K1 ne….sampai bila kita tak tahu kan…

    Seronok juga…

  4. hi sanaa..

    hmmm..bermulanya ‘rasa’…for me..in the 1st episode..time adam tgk nur..mungkin ada ‘rasa’..tp sup rasa adam x menyedarinya..adam pndg nur hnya disbbkan ingin tahu apa yg dipandang aidil time tu…adam hanya betul2 ‘rasa’ time scene sapu minyak gamat..coz that time he’s ‘willing’ to be touched and be closed enuf with nur…b4 that..even first night he’s in denial..and still memberontak and not ‘willing’..he cannot see clearly wat’s happen around him….after the gamat scene ..we can see he in ‘serba salah’..remember the time bila dia nak tidur kat bwh pakai baju T kuning tuh..hehe…and ‘cinta’ and determination to be with Nur only comes when he saw Nur the 1st day dia balik fr Aussie…hehe…my 2 cents worth ..eh.. 1 sen jerr kott…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: