• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Uda dan Dara Menyambut Raya

Sang Pencerita membayangkan
Bila NKTM selesai penggambaran
Pastinya Adam dan Nur di gandingkan
Sessi photography untuk majalah hiburan

Cantik dan kacak pasangan sepadan
Apapun yang di gayakan menarik perhatian
Berdiri berdua anggau tidak berkesudahan
Inikan pula kalau close-up dan di rapat-rapatkan

Tahun lalu baju merah jadi pilihan
Warna apa pula akan di gayakan
Ungu memang kami nanti-nantikan
Pasti terserlah ketampanan dan keayuan

Semuga dapat melepas rindu yang tersimpan
Melihat mereka bergandingan
Saat yang sentiasa dalam bayangan
Pakaian pengantin di hari persandingan

Gurau senda sewaktu bersama
Tetap ku bayangkan di hadapan mata
Samada lakonan ataupun nyata
Angan-anganku hanya buat mereka berdua

Pujian Uda pasti berbunyi begini
Cantik dan ayunya dinda hari ini
Macam nak bersanding pula kita nanti
Itulah doaku setiap hari

Dalam menjeling Dara berkata
Kanda juga apa kurangnya
Segak dan tampan kacak pula
Akan ku rakam dalam mata

Mesti indah andainya di alam nyata
Nakal dan manja trademark berdua
Apakah salah diriku meneka
Aminn semuga segala doa di terima

Nakal Uda mengusik selalu
Terjerit manja Dara di buat begitu
Ke mana pergi pastinya mereka di buru
Nak dating mesti plan baik-baik dulu

Click click camera di petik lalu bergaya
Uda dan Dara memang bersahaja
Ramah dan mesra amalan mereka
Tugas di atur senang di laksana

Sempena menyambut Syawal yang bakal tiba
Baju baru…kuih raya tema yang ada
Dara memohon maaf pada Uda
Uda pula berkata…kanda tak buat salah dengan dinda

Dara berkata…salah kanda berguni-guni
Kecil atau besar memang kanda rancang sendiri
Dinda jatuh pokok kanda masih buat tak reti
Eh mana ada…dinda yang mulakan masih tak mengaku kini

Dinda tu yang suka larikan diri
Blackberry teman setiamu ke mana pergi
Diriku tidak di hirau dan peduli
Memang dinda tak sayang diriku lagi

Tahupun diriku dah membenci
Kenapa masih menunggu tak juga pergi-pergi
Sabar Dara dah hilang kini
Marahnya macam gunung berapi

Uda memandang dan ketawa geli hati
Melihat Dara naik hantu hari ini
Apa yang kanda ketawakan ini
Lipstickmu dah sampai ke pipi

Aduhai Uda dan Dara
Kenapalah kamu berdua ni sangat bahagia
Jealous diriku tidak terkata
Kekasihku tidak manja seperti Dara

Eh eh cameraman ni mengada-ngada pula
Uda merenung dia tersenggeh pula
Di tunjuk gambar kami berdua
Yang sedang bergaduh tadi adanya

Kami memandang sesama sendiri
Delete cepat kalau tidak nahas nanti
Oh tidak wahai Uda yang daku minati
Akan ku jadikan koleksi peribadi

Get ready Uda dan Dara
Next shoot Dara mohon maaf dengan Uda
Mana pula makeup artist ni
Lipstik Dara tidak di betulkan lagi

Gambar berdua ayu dan manja
Di apit pula dengan dua cahaya mata
Berbaju melayu ayah dan anak lelakinya
Baju kurung cekak musang pilihan Dara

Anak bersalaman dengan kedua ibubapa
Tangan di cium restu di minta
Ampunkan dinda wahai kanda
Halalkan makan minum segalanya

Ampunkan kanda wahai dinda
Lepas ini akan ku usikmu jua
Nak saja Dara mencubit Uda
Senyum Uda dan Dara menawan semua

Ibu dan anak bergaya depan camera
Bila agaknya jadi nyata
Mungkin itu yang berdetik di hati Uda
Senyuman Dara ikhlas sentiasa

Pandai sungguh anak-anak beraksi
Iras mereka ada pada anak-anak ini
Manalah mereka cari seiras dengan cjoli moli
Pasti ku beli majalah ini nanti

Ok Uda dan Dara another shoot sebentar lagi
Lemang dan ketupat telah siap di saji
Dara menyuap nak saja Uda gigit jari
Jelingan Dara beri buat Uda tersenggeh lagi

Giliran anak mendapat duit raya
Dara menadah untuk dirinya
Give me five Uda pula berkata
Deraian ketawa melihat gelagat mereka

Semua orang senang hati dan gembira
Gurau senda memang bersahaja
Selesai sudah tugas sempurna
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jua di pinta

Owned and written by : Sanaa 12/07/10

5 Responses

  1. berangan pun berangan ar..
    yg pasti ‘enjoiiceeeeee’
    nur tuk adam, joli tuk moli, tizy tuk remy!!! he5
    xsabar nk tunggu NKTM end of this year….huhu
    nasib baik kak san ad….he5

  2. sabaq dik non,
    pejam celik pejam celik
    sup n seh sambil buat assignment dan buku sekolah
    tak terasa NKTM dah ada kat panggung….
    waktu tu kita org tengah cuti kot…
    hehhehehehehe
    emmm…tak sabaq juga ne…………..

    ada tiket in advanced tak….

  3. alamak….sup, ni yang buat tak sabar nk menunggu movie kuar nih…hehehe….kat kubur siapa ek????ayah diaorang kot…tp, naper aidil cedera plak…huhu….tak sbr nyer….

  4. salam san…angan x sudah yerr…

    ada berita nak ku khabarkan
    berita hangat yg kita dok nantikan
    pasai pa lagi kalu bukan NK the muvi khhaaannn
    yg tgh rancak dlm pengambaran

    ku skodeng dan teropong di sini sana
    tup tup terjumpa pic cjoli kita
    sungguh manis duduk di sawah adanya
    berbaju hijau lembut ngan tudung tajaan Dzahra

    ku dgr pula scene terkini
    scene di kubur yg pasti meruntun hati
    hatiku dok berteka teki
    siapa pula yg mati?…hehehe..

    adam ku nmpk segak berbaju melayu
    tp keseorgn pula di situ
    nur dan mak jah ber wajah sendu
    didlm hujan lebat dikuburan itu…

    tp kulihat aidil pun ada sama
    tp ku nampak kecederaannya
    tak tahu dah nak speku apa
    eee..geram dan tak sbr nak tgk muvi nya..

    haha..jgn marah kwn2 kalu ada yg x suka dpt gambaran awal..ada yg takut x suprise..tp i jenis tak tahan…ttp ku teropong smpi hajat ku sampai…hehe..

    • Wa-salam Sup

      Biarlah diriku dengan angan tak sudah dari mendengar cerita yang meruntun hati…dirimu menyebut Nur dan Mak Jah berwajah sendu…Adam keseorangan di situ…kenapa jadi begitu? Oleh kerana lensa teropongmu lebih panjang dari biasa…kerap-keraplah hantar berita…akan ku tunggu segala update yang ada…pleasant evening dear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: