• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Safari

Uda suka pada sesuatu yang luar biasa
Puas di fikir apa surprise untuk Dara
Lama juga mereka tidak keluar berdua
Ke tepi pantai memang mereka suka

Wahai kanda kemana arah tujuan kita
Dinda tanyalah pada steering kereta
Oh ya dinda lupa kereta juga boleh berkata-kata
Dara terus diam seribu bahasa

Hehehe Uda ketawa mencari idea
Dara masih tidak mahu bersuara
Tolehpun tidak untuk melihat Uda
Marah hatinya tidak terkira

Uda membrek secara tiba-tiba
Sekumpulan lembu menyeberang jalanraya
Tangan Uda pantas menahan Dara
Dari terhantuk kepala

Senyuman di beri tanpa suara
Dara terperanjat buat seketika
Uda berkata it’s alright tiada apa
Dara kembali diam semula

Bagai orang bisu lagak mereka
Uda bersiul menghilang resah yang ada
Apalah nasib diriku yang malang
Kekasih ku merajuk tinggalkan ku seorang

Uda menjeling pada Dara
Dara menoleh tepat pada masa
Senyuman di beri pada si manja
Tangan di hulur di sambut mesra

Uda senang dalam hati
Jari jemari dalam tangan kini
Masih bersiul gembirakan hati sendiri
Ke manakah tujuan kita ini…Dara bertanya sekali lagi

Dara bertanya memecah sunyi di antara mereka
Kalau di beritahu bukan surprise lagi namanya
Dalam sebulan berapa kali surprise yang ada
Rajin betul kanda fikir semuanya

Hanya itu saja kelebihan kanda
Membuat dinda sering tertanya-tanya
Hmm terima kasih wahai kanda
Kerana membahagiakan diri ini sentiasa

Sama-sama kasih wahai adinda
Kita telahpun sampai di tempatnya
Dara hairan melihat keliling gelap sahaja
Jantung Dara berdegup kencang tiba-tiba

Dalam hati Dara berkata
Ini bukan Uda yang punya idea
Uda datang membuka pintu untuknya
Wajah Dara pucat jelas nampak di muka

Kenapa dinda macam tak selesa
Kanda bertanya seolah tidak tahu kenapa
Tempat ini membuat dinda rasa curiga
Walaupun kanda ada bersama

Uda tersenyum dengan ketawa
Eh kanda ni ketawa pula dia
Dinda kata apa yang di rasa
Kanda faham adindaku manja

Kita telah berada di sini
Di hujung sana tempat di tujui
Apakah boleh dinda penuhi permintaan ku ini
Lepas makan kanda janji kita beredar pergi

Debar dan takut silih berganti
Hanya kepercayaan yang ada di hati
Kalau macam ni tak perlu surpise lagi
Hehehe dinda takut ya kanda terkam nanti

Uda mengaduh cubitan mengena
Dara geram melihat perangainya
Di baham harimau diriku lebih rela
Dari mendengar orang bercerita tentang kita

Cantiknya…Dara berkata tiba-tiba
Sinaran lampu berkelipan bercahaya
Kanda tahu saja kedai makan di mana-mana
Tapi yang ini bukan kedai macam khemah saja

Silakan wahai permaisuri hati
Kita makan ala safari hari ini
Hiasan dalaman ada zirafah, monyet dan juga unta
Soft toys yang cantik belaka

Tangan di tarik dengan mesra
Duduklah wahai Daraku manja
Ku order kebab dan roti nan juga
Hmmm sushi ada tak wahai kanda

Hahaha Uda dan Dara ketawa bahagia
Dara gembira kerana suasana luar biasa
Nasib baik masuk tadi tidak di suruh tutup mata
Bagilah kat Uda untuk buat ini semua

Hello I am here wahai Dara
Kalau tak puas hati kita discuss esok lusa
Buat masa ni jangan nak menyepi saja
Can I have your attention for now please

Hmmm mulalah tu nak jadi budak-budak kembali
Orang tua manja lain sikit wahai buah hati
Itu hint untuk dinda ketahui
Atau amaran yang kanda tidak boleh di percayai

Deraian ketawa tanda gembira
Uda dan Dara berbual mesra
Keadaan sekeliling nyaman dan selesa
Kepercayaan yang ada menghilang curiga

Adik ku berkata anggau dah tak ada levelnya
Carilah perkataan lain gantikan gaban dia berkata
Ku bertanya Adam dan Nur atau Remy dan Tizzy
Sama saja termasuk cjoli moli jawapan di beri

Owned and written by : Sanaa 12/07/10

2 Responses

  1. apple,
    dik kata anggau tak ada level nya
    tak mengapa
    yang penting kita happy dgn nukilan san yg semakin umppp hehehehhe
    cjoli moli walau hanya rekaan semata mata
    sekurang-kurangnya hilang stress atau tension dgn singa kita
    mana tahu singa ini nanti ikut jejak kita
    tanpa di sedari melayari blog sanaa pengubat luka
    kerana mempunyai staff yg ketawa sampai keluar air mata
    belum cukup jam dah mula surfing sesawang
    bukan trading matawang rupanya lain job cascade hobi sampingan…

    cheersssssssss…red lah tu…

  2. :o)….. cayalah kak…..toinggg…toinggg…toinggg…
    angau yg tiada penghujung nyer……
    joli ke moli ke tiz ke remy ke nur ke adam ke….
    yg pnting….they all ttp dihati…muaaahhhhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: