• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Salah Siapa?

Bermula dari petang Jumaat lagi terlalu banyak yang hendak di buat kerana adik-adik dah ajak nak berkumpul untuk indoor dan outdoor picnic on Saturday dan nak bawa bekal, tak mahu makan di luar kerana bimbang pada anak-anak kecil yang ada. Waktu yang bagus dapat berkumpul and it was fun dan malamnya aku mesti menghadirkan diri di rumah salah seorang ibu saudara yang mengadakan family get-together dan mewakili mak dan abah yang tidak dapat hadir. Selalunya topic of conversation beralih dari satu perkara ke satu perkara hinggalah tersebut cerita kahwin dan juga Siti Nurhaliza.

Topic Dato’ Siti ni bukannya apa…ia lebih cendurung kerana Siti tinggal di Bukit Antarabangsa dan kami juga tinggal di situ. Oleh itu bila bertemu dengan orang baru dalam group mereka akan bertanya dekat tak dengan rumah Siti? Nasib orang yang suka bertanya demikian selalunya tidak baik kerana jawapan yang kami beri adalah itu bukan rumah Siti, itu rumah anak tirinya kerana kenalan dan group mengaji ex wife Datok K memang tidak suka apabila di tanya berkenaan Siti dan seperti selalu kebenaran tidaklah di ketahui 100% tapi bak kata pepatah yang selalu kita dengar “kalau tiada angin masakan pohon bergoyang”. Secara jujurnya apa yang boleh saya lihat di depan mata saya bagai lakonan di dunia nyata.

Kumpulan semalam rata-ratanya bercerita dan bertanya sama sendiri apa yang telah terjadi dalam ikatan perkahwinan sekarang ini dan meleret-leret sampai di sebut nama beberapa artis dan tentunya yang terbaru adalah Maya Karin. Mereka berkata, itu dah tentunya dunia artis tak ada ceritapun orang boleh bercerita tapi apa yang berlaku di luar dunia artis ceritanya lebih kurang sama juga. Apa yang buat pasangan muda ni kahwin cerai dengan mudah? Kita yang dah tua ni pun kalau boleh tak mahu melukakan hati suami atau isteri dan sekarang adalah masanya untuk menjaga satu sama lain. Dalam group tu ada dua pasangan yang tidak di kurniakan zuriat tapi pasangan yang satu mengambil anak angkat dan sekarang sudah berusia sepuluh tahun. Dari segi wang ringgit memang melimpah ruah. Pasangan yang satu tu walaupun tidak di kurniakan zuriat mereka berkata mereka bahagia dan biasalah kita manusia ni ada ragam masing-masing tapi tidaklah pernah bergaduh sampai tempik sorak dan pukul memukul. Menurut mereka kasih sayang yang ada di kongsi bersama dengan anak-anak saudara dan membantu mereka di mana yang boleh dan sekarang ni bila usia dah merangkak senja they enjoy their holiday together. Bila di tanya apa resipi…tolak ansur, faham memahami, kasih sayang yang jujur dan ikhlas. Kata mereka lagi tanya diri kita kembali kenapa kita pilih pasangan kita dahulu? dan ingati saat-saat kita di minta mendengar khutbah nikah. Semuanya lengkap di situ dan sekarang dengan kursus kahwin yang di jalankan belum dapat memastikan keamanan dan kedamaian rumahtangga. Kenapa?

Jawapan di beri amat mudah…kursus adalah teori tapi rumahtangga adalah practicalnya yang penyelesaian kepada sesuatu masalah memerlukan kekuatan diri dan daya fikir yang kuat. Soalan yang di tanya dan di jawab mereka dan boleh kita jadikan panduan juga ialah adakah dulu kita niat bernikah atau berkahwin? Adakah kita bernikah kerana cinta atau kasih sayang? Kalau kita berniat berkahwin kerana cinta tentunya tidak akan kekal lama kerana setelah berkahwin dan cinta habis, selesailah segala tapi kalau niat kita bernikah atas dasar kasih sayang yang benar-benar ikhlas bukan kerana sifat luaran dan tujuan pernikahan yang hendak kita lalui…Insha’Allah perjalanan kita akan sentiasa di redhai dan segala masalah, cabaran dan dugaan dapat di tempuhi bersama. Orang dahulu mendirikan rumahtangga atas dasar keinsafan bukan suka-suka, memang fikir itulah teman kita sehidup semati, bukannya orang dahulu tak ada cerai-berai tambah mereka tapi nisbahnya terlalu sedikit dan puncanya juga bukanlah bersifat kebendaan, ia lebih kepada kekuatan diri seorang lelaki yang bergelar suami atau seorang wanita bergelar isteri. Zaman sekarang perkara kebendaan banyak di sekeliling kita dan apatah lagi nilai moral yang makin menurun di kalangan umat Islam itu sendiri. Kekuatan diri untuk menjauhkan dan menghindarkan dari perkara ini adalah amat tipis serta pengaruh rakan dan kawan yang mahu kita terjerumus sama dengan mereka.

Makan tengahari tadipun di jemput di rumah seorang ibu saudara dan tanpa di sangka isu perkahwinan dan perceraian menjadi topic cerita. Hairan kata hatiku, kenapa dua hari berturut-turut bercerita benda yang sama walaupun bukan dari kumpulan yang sama. Cuma topic diskusi lebih kepada pertanyaan salah siapa bila pergaduhan berlaku yang membawa kepada perceraian? Tentunya perkara pertama di sebut adalah orang ketiga? dan juga campurtangan keluarga. Seorang tetamu yang hadir berkata memang mudah menuding jari pada orang lain tapi siapa yang mempelawa orang ketiga dalam rumahtangga kita? Seandainya di takdirkan kita bernikah dengan orang ketiga ni kenapa pula kehidupan rumahtangga yang di bina juga tidak harmoni. Campurtangan keluarga memang kadang-kadang akan membawa kepada runtuhnya rumahtangga lebih-lebih lagi melibatkan ibu dengan anak lelaki apabila ketua keluarga atau suami gagal memulihkan keadaan ketika perselisihan berlaku. Katanya lagi tidak ada salah sesiapa dalam hal ini. Kesalahan adalah dari kedua-duanya kerana apabila suami gagal menjalankan tanggungjawab serta mendidik isteri dan begitu juga apabila isteri gagal menunaikan tanggungjawab, menjaga kehormatan diri serta melayan suami maka akan bermulalah “drama” rumahtangga dan berbaliklah kita kepada asal kenapa kita nak berumahtangga dahulu.

Saya bukanlah ahli fikir namun apabila dua hari berturut-turut mendengar celoteh dan kupasan yang di beri membuat saya berfikir juga sebenarnya apa yang berlaku di sekeliling kita mengenai perkahwinan dan perceraian. Sebagai umat Islam kita amat beruntung kerana Allah telah siapkan garispanduan dan kita di ingatkan untuk menunaikan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala yang di larang…Insha’Allah semuanya akan selamat. Namun sudah terlalu ramai yang ingkar dengan segalanya dan kebendaan duniawi mengatasi segala serta tiadanya keinsafan, maka berlakulah sindrom perceraian yang berleluasa, anak lahir di luar nikah, anak terbiar dan bermacam lagi. Kita tidak mungkin lari dari menuding jari kepada orang lain kerana itu lumrah hidupnya manusia dan oleh itu “salah siapa” akan terus di tanya dan di ceritakan. Akhir sekali all the veteran and seniors said…you all orang muda adalah golongan yang paling rugi sekali kerana tidak tahu nikmat hidup yang di kurniakan dan lebih-lebih lagi apabila kita telah di temukan jodoh.

Kali ini jawapan tidak di beri kenapa dan mengapa mereka berkata begitu…cuma di tinggalkan pesan…Allah berikan kita akal untuk berfikir, cukup sifat dan pancaindera untuk kita menggunakan setiap satunya dengan baik terutama hati yang satu dan jagalah mulut dan tingkah laku.

Written by : Sanaa 18/07/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: