• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Ada-ada Saja…

Hari-hari duduk bercerita
Cerita berkisah Nur Kasih, NK The Movie Adam dan Nur sahaja
Anggau dan meroyan setengah orang berkata
Demam tak kebah tersebut jua

Apalah resipi yang mereka guna
Sekumpulan kami tidurpun tak lena
Demam bola juga telah tiada
Kami di sini masih lagi sama

Nakal dan manja mereka berdua
Berkelip mata hilanglah segala
Nasib baik ada DVD untuk di ulang semula
Harapnya NKTM panjanglah sikit adanya

*****

Adam melihat isteri tidur lena
Tidur petang tidak boleh lama
Cemburu melihat Sophea di sisinya
Comel dan ayu mereka berdua

Nur sedar Adam memerhati mereka
Pura-pura tidak tahu untuk melihat akalnya
Memang pasti Adam memikir sesuatu
Nak mengusik dirinya yang di sangka lena

Amin dan Amsyar dah lama menunggu
Nak ke padang bersama adik dan ibu
Di suruh kejut mereka tak mahu
Peluang ayah untuk berbuat begitu

Sophea memusing membuka mata
Senyuman di beri mengigau agaknya
Kembali tidur dengan lena
Ayah memerhati dengan penuh manja

Bulu ayam Adam jumpa
Mengganggu Nur yang di sangka lena
Bangun sayang hari dah senja
Malam nanti giliran abang pula

Belaian Adam bertambah lagi
Nur cuba untuk mematikan diri
Ciuman di beri masih buat tak reti
Memang susah dengan suami ku ini

Suami Nur memang jahat sekali
Cemburu anak dengki isteri
Eh apakah Nur bermimpi
Abang hanya duduk memerhati

Bangunlah sayang anak-anak menanti
Pergilah mandi segarkan badan kita boleh berlari
Tak mampu jalan abang boleh dukung lagi
Silap-silap kita berkurung dalam bilik mandi

Wahai Adam Hassan suami yang ku cintai
Bilang saja apa hajat di hati
Tak perlu alasan corner sana sini
Boleh ku rasa senyummu hingga nampak gigi

Bahagianya diriku ini
Isteri offer tak selindung lagi
Akan ku minta Sulis bawa anak-anak hari ini
We can have fun in the bathtub…baby

Aikk isteriku memusing bagai nak terkam
Sabar sayang we have all the time
Hehehe kulit cerah muka dah merah padam
Ku usap ku belai terus terdiam

Memang Nur nak buat buku cerita
Duduk dengan Adam Hassan boleh jadi gila
Nakal dan manja dah tak ada ubatnya
Anak tiga perangai sama juga

Wahhh pasti hebat nanti jualannya
Akan ku kabar apakah rahsia
Pasti semua orang tertanya-tanya
Melihat isteriku muda sentiasa

Wahai abang kasihanilah diriku ini
Kasih sayang ku memang tidak berbelah bagi
Telah ku tahu itu semua wahai isteri
Bathtub dah ready untuk kita berendam nanti

Hahaha isteri abang tak terkata lagi
Jom Sophea kita ke padang berlari
Lari…ball kata Sophea dengan senyuman di beri
Ibu…Sophea pergi dengan ayah nanti ibu ikuti

Bye sayang…jangan berendam lama-lama
I want my share juga
Eee eee abang memang mengada-ngada
Siang hari bercakap tak pandang kiri kanan pula

*****

Blog ini Adam dan Nur bergembira
Masa Nur Kasih tidak puas kami melihatnya
Baca pantun bayangkanlah mereka
Untuk merasa kebahagian sekeluarga

Namun segalanya adalah rekaan semata
Harapan di bina semuga nyata
Melihat Adam dan Nur bahagia di NKTM pula
Tapi rasanya masih filem airmata

Apapun kita bukan pengeluarnya
Pasti Filmscape tahu yang terbaik buat mereka
Jangan di nafi kejayaan adalah kerana penonton yang ada
Kami di sini nak lihat cjoli moli bahagia

Owned and written by : Sanaa 20/07/10

6 Responses

  1. salam san…
    tersenyum sendiri akak baca…betul2 meroyan nie…hingga ke kamar mandi ..ceritamu ini ..kah!!!!
    apapun celotehmu ..membuat hari akak begitu gembira sekali…tiap hari nak masuk blog ni…kalau x macam makan gulai tanpa garam….kalaulah tiz dan remy msuk dalam blogmu ini..pasti tersenyum lebar mrk berdua…ade peminat yg begini…dapat merasai kisah mrk…..perasaan kasih dan sayang kami ..kata uda dan dara…

  2. salam teman semuaa..

    kita kat kat x hbs2 bercerita
    cerita psl NK and cjoli moli saja
    mmg sah demam x kebah punya
    angau sampai tak tau bila

    ku teropong lg utk teman semua
    siap psg satelit spy sng broadcast from Jordan sama
    sup ni mcm paparazzi aja
    kodeng org sini sana

    sup nampak ada terrorist juga
    pakai m16 mcm kat jordan sana
    nur mcm ada kecederaa kat dahi saja
    yg terbaring tu sapa pula

    yg terkini ada cikgu adam dan cikgu nur amina
    bersama2 bimbing remaja liar dan x punya siapa
    hehe…hensemnya adam ngan kapur tulisnya
    mmg ada talent laaa..

    ada scene di jordan duduk berdua
    tp muka nur mcm kelat aja
    x tau dah nak speku apa
    pandai2 la ko susun storylinenyer sanaa…

    cheerss….

    • Wa-salam Dodin dan Sup

      Hehehe nakal ku bertepi
      Sekadar hiburan kita di sini
      Janganlah gam blog ku ini
      Kasihan pada teman2 hilang tempat meroyan nanti

      Aduhh Sup teropong mu ajaib sekali
      Sekarang diriku di minta buat story
      Yang ku nampak jelas hanya cjoli-moli
      Ku tukar title ke cjoli moli suami isteri

      Jangan bimbang wahai kawan
      Otak ku ligat memikirkan
      Apa story nak submit for next tayangan
      Finas pun pening lalat ku buatkan….

      hehehehe..good day dear friends

  3. salam sannnn…..

    hahaha..”Ada-ada Saja” tajuk pantun mu kini
    penuh bermakna n nakal lagi
    bkn sj dh senyum smp ke pipi
    tp ni angau ikut mai plk ni..

    Wahai teman dh ku kt akal mu panjang kembali
    dek tengok gambar joli terbaru n terkini
    lham datang tak perlu dicarigali
    Mula bercerita dh tak blh berhenti

    Baik cerita keluarga ini or remy tizzy
    Idea mu datang tak perlu digali
    Tngok apa pun pasti ingt kt depa ni
    Smpi tido pun tak cukup..bgn pukui 4 pg

    Hr ni mai gheja pening2
    Entah esok sakit gigi
    Dh setahn kita semua lagu ni
    Dok2 senyum sorang diri

    Wahai teman pantun mu semakin nakal kini
    Jgn smpai kena sensor nnti
    Takut nnt kena angkat pi
    Sapa nk tolong.. teman tak berani..hihihi

    Sorang sana sorang sini
    Hari2 lapor diri
    Jgn smp kena gam blog mu ini
    satu lg tkt tak de tmp nk meroyan nnti..hihihi

  4. san..heheheh…nakal juga ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: