• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

“Lady in Red”

Dari jauh sudah kelihatan
Uda terpegun melihat Dara pingitan
Warna merah yang di gayakan
Memukau pandangan goyahnya perasaan

You look beautiful tonight
Thank you wahai kanda
Hmm sebelum tu only tonight saja
Senyuman di beri bertambah getar di dada

Kanda merenung apa sehingga tiada kata
Terpukau melihat dinda dengan baju merah menyala
Oklah lain kali dinda pakai hitam sahaja
Eh janganlah…macam orang berkabung adanya

Apa pula surprise kanda malam ini
Hmm surprise kanda tak menjadi
Dek terpukaunya pandangan ku ini
Melihat dinda sejak tadi

Mulalah kanda dok merapu
Lahhh…itulah jujurnya hatiku
Sehingga kakiku tidak boleh memandu
Kerana Dara jelita menawan kalbu

Janganlah nak mengada-ngada wahai kandaku
Cepatlah kanda…perutku dah berlagu
Kenapalah dindaku lapar selalu
Nak popcorn…ku belikan dahulu

Tangan Dara melepaskan cubitan
Senggeh Uda menahan kesakitan
Baiklah dinda akan ku ikut segala arahan
Asalkan jangan diri ini di tinggalkan

Ketawa Uda dan Dara tanda gembira
Kemanakah mereka malam ini agaknya
Uda sentiasa ada rencana
Nak di teka tak boleh pula

Uda merenung Dara dengan manja
Tangan di hulur di sambut mesra
Kita hendak ke mana wahai kanda
Tak kemana-mana hanya di hujung sana

Dara terkejut memandang kiri kanan
Rumah atap cahaya berkerlipan
Music kedengaran memecah kesunyian
Dara kehairanan dengan rancangan

Selamat Datang ke teratak kami
Uda dan Dara di sambut…senyuman di beri
Nak bersila atau duduk di kerusi
Could you please ask the lady

The Bamboo Hut nama di beri
Suasana indah nyaman sekali
Hidangan barat dan juga tradisi
Dinda nak makan apa malam ini

Padi mengguning melambai mesra
Ini kanda buat khas untuk kita
Ketawa Uda mendengar pertanyaan Dara
Tidak sayang..ku ubah sedikit sahaja

Pelayan datang bertanya nak order apa
Sempat pula merenung si Dara
Hello hello adik nak memikat atau nak ambil order
Ambil order bang…sambil jamu mata

Bang…bagilah tips macam mana nak pikat Dara
Uda merenung tanpa berkelip mata
Bukan abang punya saya nak daaa
Saya hendak resipinya saja

Puas Dara menahan ketawa
Di sampuk juga sambil berkata
Pengerasnya nanti adik tak berdaya
Tak mengapa kak…saya akan berusaha

Uda merenung Dara dengan debaran
Hai dinda jangan bagi harapan
Hehehe kanda cemburu dan tak keruan
Jangan sampai bermain perasaan

Lady in Red di putarkan
Lilin di bawa bersama makanan
Sekeping card di selitkan
Jemput makan Dara pujaan

Terima kasih wahai kanda
Ada juga surprise rupanya
Sekali sekala apa salahnya
Sambil menyanyi mengikut rentak yang ada

Makanan di santap dengan selera
Di temani bulan dan bintang berbicara
Suasana nyaman lagi selesa
Tiuman angin sepoi-sepoi bahasa

Apa di renung wahai kanda
Sedap sangat ke hingga kita diam sahaja
Dinda sebenarnya terbuai oleh suasana
Bukan dengan kanda yang berada di depan mata

Andaikata kandalah punca
Sudah pasti bukan di sini tempatnya
Dara melihat kenakalan Uda
Yang bermain mata dengan dirinya

Dalam mereka asyik bercerita
Lirikan manja dan senyum mesra
Jambangan mawar di bawa ke meja
Sekeping card yang tertulis adanya

Sincere, Love, Respect, Courage and Passion

Someday you will find someone
Who will watch every sunrise
With you until the sunset of your life
And that person is me

Love : Uda

Dinda tak tahu nak kata apa
Terima kasih yang tidak terhingga
Suatu hari akan ku bukukan segala
Untuk kenangan kita di hari tua

Senyuman Uda tidak berhenti
Menatap wajah Dara pujaan hati
Kaulah permaisuri hidup ini
Memberi cahaya dalam perjalanan ini

Empat mata bertemu mesra
Menyampai hasrat dan kasih yang ada
Hampir kesemua yang ada memandang mereka
Untuk mencari rahsia di sebalik mata

Ini dulu buat pagi ini
Kalau tak anggau nanti ku fikirkan lagi
Hidupku hari-hari cjoli moli
Semuga kawan-kawan terhibur setiap hari

Owned and written by : Sanaa 21/07/10

3 Responses

  1. hi san,
    terperasaan pulak red…..
    emmm….coz ‘red’ kan…
    rupanya cjoli kekasih hati moli
    bahagianya…
    ingat dulu gambar kat majalah “tut” pasangan in RED…..
    I keep those article….even the geng….
    bertungkus lumus mencari pelusuk kedai
    kaka woody curi2 baca kat kedai apek
    red cari kat kedai mamak
    the geng mcm tu juga
    angah katanya dapat kat kedai hujung corner yg dia tak pernah jejaki…..
    bila meloyan ni kebah…

  2. salam sana….
    kagumlah bagaimana sana dapat idea…x pernah kekeringan idea yg buat kita bahagia…dapat dlm mimpi ke ape..celoteh sana ..dlm lady in-red nie…kalau difilemkan kan bagus..kalaulah akak banyak duit ..rasenya nulikan shana nie akak jadikan tatapan umum..biar mrk yg macam kita semua terhibur..pelakunnya tentu uda dan dara kita yg tersayang…mesti pecah panggung…kalah kuch2 ho tahe dan titanic.. teruskan sana dlm berkarya…akak tunggu lagi esok apa yg sana mau cerita…akak sekadar tukang baca.. dan tumpang bahagia…

    • Wa-salam kak

      terima kasih sekali lagi kerana sudi melayari blog ini dan kata-kata semangat yang di beri..Insha’Allah akan terbit idea yang baru juga nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: