• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Adam Oh Adam

Adam merasa kurang selesa
Di minta Nur picitkan kepala
Ribaan Nur tempat sandarnya
Terbuai Adam oleh picitan isteri tercinta

Sebelah tangan memicit kepala
Yang satu lagi Adam menggenggamnya
Di letakan di atas dada
Kalau abang mati senang Nur rasa

Nur layan saja kerenah Adam hari ini
Kerana sayang dan kasih pada suami
Demam yang belum kebah sudah dua hari
Tidur meracau…Nur amatlah susah hati

Dalam lena Adam bermimpi
Bersama Nur di gua sakti
Isteri yang cantik bagai bidadari
Tidak berada di sisinya lagi

Macam mana Nur ada di sini
Bagaimana tuan hamba datang kemari
Nur…ini abang suamimu yang di cintai
Pengawal…dari mana datangnya manusia ini

Apa sudah jadi pada isteriku
Tidak lagi mengenali suamimu
Di manakah kau campakkan segala cinta dipadu
Yang kau lafazkan sejak dahulu

Airmata Adam bercucuran
Ternampak olehnya anak-anak berkejaran
Amsyar, Amin dan Sophea berteriakan
Nur hairan serta pilu melihat kelakuan

Wahai Ummi siapakah gerangan orang ini
Memanggil kami airmata tumpah di pipi
Ummi juga hairan sejak tadi
Memanggil Ummi katanya isteri

Amsyar kasihan melihat dirinya
Mungkin juga dia telah kehilangan keluarga
Wahai tuan hamba siapakah nama
Apa tujuan ke teratak hamba

Dalam sendu Adam jawabnya
Hamba mencari ahli keluarga
Telah hilang sewaktu taufan melanda
Anak bertiga menyerupai mereka

Kasihan dirinya wahai Ummi
Berilah dia persalinan diri
Wahai khadam sila kemari
Berilah makanan dan pakaian kepada tuan hamba ini

Silakan tuan hamba ke kamar peraduan
Kelengkapan telah kami sediakan
Rehatlah dulu jangan asyik di fikirkan
Bila matahari menyinar kita sama-sama selesaikan

Anak muda yang budiman
Ayah kamu di manakah gerangan
Tidak kami tahu tempat persembunyian
Setelah terjadinya perpisahan

Amat pilu Adam mendengarkan
Dalam kepenatan Adam terdengar nyanyian
Suara merdu lunak mengasyikan
Bidadari mana yang dalam kesayuan

Adam bangun dari peraduan
Mencari suara mendayu dalam kegelapan
Esak tangis pula kedengaran
Dari mana datangnya tangisan…Adam bertanya sendirian

Terlihat Adam dalam samar cahaya
Bidadari menangis bercucuran airmata
Dengan perlahan Adam merapati dirinya
Kenapa menangis wahai bidadari jelita

Tanpa menoleh tanpa kata
Maaf hanya itu yang di ucap olehnya
Terdiam Adam memerhatikan saja
Ummi sering begitu sejak ayahanda tiada

Ayahanda menghilang tanpa kabar berita
Enambelas purnama Ummi menanti dengan setia
Kepulangan ayahanda menambah derita yang ada
Isteri mudanya mengambil segala

Enambelas purnama…isteri muda
Kenapa tuan hamba mengulang segala
Maaf anak muda hamba tidak sengaja
Hairan bin ajaib Adam berkata

Anak muda berlalu pergi
Melihat Adam pada diri sendiri
Apakah ini mimpi atau realiti
Seolah-olah pernah ku dengar cerita ini

Adam terlena dalam tangisan
Tidak sedar apakah kejadian
Suara lembut yang mengejutkan
Menyapu airmata yang berlinangan

Bangun bang…abang meracau di siang hari
Amat berat bebanan yang di rasa kini
Mata di buka senyuman menanti
Kejap bang…Nur ambil tuala untuk sponge abang lagi

Tolong jangan pergi
Di manakah aku sekarang ini
Jelaskan apa yang terjadi
Bagaimana diriku boleh sampai kemari

Isteri kesayangan membelai manja
Abang tidak di mana-mana
Di mahligai cinta kita
Bersama tiga buah hati tercinta

Pandangan Adam kabur melihat semua
Senyuman isteri di sangka buaya
Terjerit Adam tangan di hayun sini sana
Ok cut…good job Uda dan Dara

Diriku yang meracau rupanya
Adam dan Nur memenuhi kepala
Cerita mereka adalah angan-anganku sahaja
Untuk semua teman semuga terhibur adanya

Cinta Adam dan Nur mengajar kita
Berkat sabar dan tabah bahagia akhirnya
Kerana itu kita masih terasa
Walaupun Nur Kasih telah setahun lamanya

Itulah saja coretan petang ini
Ada umur kita berjumpa lagi
Dengan topic yang lain semuga senyum tak henti
Jangan risau ini baik untuk terapi muka dan pipi

Owned and written by : Sanaa 21/07/10

5 Responses

  1. wah..kak red pun dh pandai berpanyun ni,…sebati dalam kata2 kan???
    kerana NK ku setia disini
    mennti nukilan kak san yg disayangi
    sehari xmasuk cini cam nk mati
    dok meroyan angan tuk sijoli moli…

  2. salam semua..

    tonite moli bertwit sakan
    layan peminat lah katakan
    fb tutup sbb dia kata x terlayan
    dia kata dia jenis sensitip..apa yg org ckp2 kan
    hanya di twitter dia blh layan

    moli kata dia mlm ni tgh shooting
    watak adam buat dia sewel dan penin
    5 hari sj lagi nak ending
    story by mira and khabir dia kata cukup happening

    joli pun ada twit sama.
    kekdahnya timing sama..mcm berjanji pula
    tp sekjp aja
    x mcm moli berjela2…

    oklah …end of report..roger and out….:)

    • hi sup,
      buat assignment buat homework
      tugas siang bertimbun di meja
      apa dah jadi pada kita semua
      tengah malam pun teropong juga….

      roger in out nama boss red
      dia memang suka in and out
      walau kaki lepas sugeriiiii
      skodeng red kat blog sana ini hari hari
      kalau tak, resah lah hati……………

      good nite beb…

    • wa-salam Sup

      terima kasih lapuran di beri
      Yang ku tak suka sorang sana sorang sini
      gambar berdua tak ada walau telah ku intai
      banyak spoiler lagi kalut diriku ini

      cuba stori mori sikit pada ku ini
      apa pendapatmu tentang this movie
      mana bahagianya cjoli moli
      masih belum nampak dek mataku ini

      hehehe i just roger not out…waiting for more

  3. hi san,
    nak tanya Nur dan Adam
    minyak apa di org palit kat badan kitaorg..
    apa lagi dengan blog ini dah sebati dgn tugasan
    kalau tak tengok pagi tapi malam pun mesti layan
    …..hehehehe…..jgn selalu meracau k…
    nanti tak semena mena san pergi rumah adam
    kan u satu kawasan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: