• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Inilah Kehidupan…

Anak-anak masih terus bercerita tentang keseronokan berada di Disneyland dan bertanya pada ayah bila boleh pergi lagi. Ayah menjawab…Amsyar dan Amin kenalah belajar rajin-rajin. Amsyar dan Amin kena belajar cari dan simpan duit juga. Tercenggang anak-anak mendengar kata-kata ayah lalu Amsyar bertanya…sekarang Amsyar kena ikut ayah pergi office la? Deraian ketawa kedengaran dari Tok, Nenek, Atok dan semua, termasuk ayah juga. Terkebil-kebil mata Amsyar, kasihan anak ibu kerana tidak faham. Bukan macam itu sayang, kata ayah. Amsyar dan Amin tak perlu ikut ayah pergi office, duduk di rumahpun Amsyar dan Amin boleh buat duit. Tiap-tiap hari kita beli suratkhabarkan? tanya ayah. Kedua-dua mereka mengangguk. Pernah tak nampak orang datang beli suratkhabar dan majalah? ayah bertanya lagi. Kedua-dua angguk lagi dan tekun mendengar serta cuba memahami segala apa yang ayah kata agaknya. Di kebun kita ada apa? Eh banyaknya soalan ayah? barangkali itulah yang terdetik di hati si kembar kerana jawapan tidak lagi diperolehi tentang kumpul duit.

Di kampung kita ada pokok rambutan, durian, cempedak..hmmm apalagi Amsyar, tanya Amin. Kita ada kolam ikan, Atok selalu jual ikan tu, kata Amsyar lagi. Memanglah anak seorang ini agak pendiam tapi pemerhatiannya teliti juga…semuga kamu berdua jadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan kepada kedua ibubapa bila dewasa nanti dan aku tahu Amin mendapat lebih perhatian dari Toknya, walaupun Tok selalu kata sama bahagi namun ciri-ciri abang Adam yang ada pada Amin mungkin membuat hilang rindu Tok pada abang Adam semasa kecil dahulu. Bila Atok jual ikan, duit jualan Atok bagi kepada siapa? ayah bertanya. Huh ayah hari ini menduga kepandaian anak-anak nampaknya, hatiku berkata dan tersenyum melihat reaksi mereka. Tak tahu, jawab Amsyar. Duit tu Atok simpan baik-baik dalam tabung, lama-lama jadi banyak, sebab itu Atok dapat ikut Amsyar dan Amin ke Disneyland, Atok memberi jawapan. Si kembar memberi sepenuh perhatian…Ohhh jadi lepas ini duit yang Atok bagi Amin kena simpan dalam tabunglah, tak boleh bagi kat ibu atau ayah lagi. Hehehe Atok ketawa mendengar rational cucunya. Duit yang Atok bagi, Amsyar dan Amin kena bagi kat ayah dan ibu untuk mereka simpan dalam bank untuk kamu berdua guna kemudian hari. Kalau Amsyar dan Amin nak dapat duit lebih, kenalah rajin kutip buah di kebun dan kita jual, simpan suratkabar baik-baik, bila dah banyak kita jual kat orang yang beli kertas lama macam van yang lalu setiap hari tu…ohhh Amin tahu dah, pantas saja Amin menjawab seolah-olah faham benar apa yang Atok kata. Walaupun lima sen Amsyar dan Amin mesti simpan dalam tabung kerana bila kita simpan lama-lama jadi banyak macam orang dulu-dulu kata “sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit”, Atok menerangkan lagi. Hmm Amsyar dan Amin faham tak dengan apa yang Atok cakapkan ini? lalu si kembar menganggukkan kepala tanda faham…Alhamdulillah kata Atok lagi.

Anak-anak bertambah seronok bila kami pulang ke kampung menghantar Atok dan Nenek. Musim buah di sesetengah kawasan sudah bermula dan apabila melintasi barisan pokok rambutan yang sudah berbuah dan mengguning sepanjang jalan Amsyar dan Amin agaknya teringat apa yang Atok dan ayah cakap beberapa hari yang lalu.

Atok, bila kita boleh petik rambutan yang ada di kebun tu? Amsyar bertanya. Rambutan di kebun kita belum cukup masak lagi, jadi belum boleh di petik. Kita kenalah tunggu dulu sampai rambutan masak betul, terang Atok pada cucunya. Ada harapan jadi usahawan nampaknya, Mak Ani mencelah. Alhamdulillah jawab ibu. Ayah hanya tersenyum lalu berkata jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Kita kenalah terus didik mereka sehingga mereka tahu dan faham erti serta perlunya wang ringgit dalam kehidupan tambah Mak Ani lagi. Insha’Allah kita dapat lihat hasilnya nanti ujar Mak Ani penuh keyakinan.

Kami tiba menjelang tengahari dan terus ke rumah ibu mertuaku dahulu yang telah pulang sehari awal bersama abang Aidil dan Aliya. Dari jauh kelihatan Aliesya duduk termenung di atas tangga menunggu ketibaan kami dan sebaik saja nampak bayangan kereta lalu berdiri dan melompat riang. Amboi anak dara tu kalau nampak sepupunya, dah tak ingat siapa lagi, mesti nanti cerita Disneyland lagi ni…kata Mak Ani. Alhamdulillah, tengok cucu-cucu gembira Nenek pun gembira sama. Terasa lapar pulak perut ni…hmm apalah agaknya yang di masak oleh Kak Jah hari ini, sambung Mak Ani lagi. Eh awak ni, menolong tak ada, dah fikir apa yang di masak, lapar sangatlah tu bebel Imam Bakar pula. Alaahh abang ni macam tak faham pulak, Ani dengan Kak Jah tu no hal punyalah, semua settle…wah mentang-mentang baru balik dari Hong Kong berasap juga mulut kamu cakap omputih ya Ani, kata Imam Bakar. Abang Adam dan aku tersenyum sesama sendiri melihat gelagat kedua orang tua ku…kelihatan Mak Jah dan Aliya hampir ke muka pintu.

Assalammualaikom Kak Jah…tegur Mak Ani. Wa’alaikomsalam jawap Mak Jah. Kak Jah masak apa hari ini? terasa lapar pulak perut Ani ni bau masakan dari dapur…senyum Mak Ani pada Mak Jah. Memang Kak Jah masak lauk kegemaran kamu, nanti bawalah balik sikit kalau-kalau penat nak masak malam karang, sambung Mak Jah. Oh ya..terima kasih banyak-banyak Kak Jah, memang akak faham saya…hehehe tawa Mak Ani di sambut oleh Mak Jah dan Aliya juga, Imam Bakar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Nur bawak apa tu? tegur Liya. Masak asam ikan tenggiri, itu saja yang Nur sempat masak pagi tadi. Alhamdulillah ada lauk lagi, kata Liya. Ke mana destinasi kita selepas ni Adam? Liya bertanya. Belum sempat abang Adam menjawab…abang Aidil yang berkata dulu…Oii dah hilang penat ke Ummi?. Penat belum reda, poketpun belum di tambah dah nak tanya mana next destination, sambung abang Aidil tersenyum. Anak-anak bertiga kat depan tu tak tahu apalah yang di bualkan, tiba-tiba abang dengar cerita pasal nak jual rambutan dan ikan di kolam. Biar betul apa abang cakap ni? Liya macam terperanjat. Ohhh cerita pasal kumpul duitlah tu…tiba-tiba Liya teringat perkara yang di bualkan ketika baru pulang dan berehat di rumah kami. Memang Liya, sampuk ku, dari hari itu sehingga hari ini tak habis-habis bercerita pasal cari dan kumpul duit. Semalam secara kebetulan ada cerita di TV kisah dua beradik yang berusaha mengumpul duit dengan mengutip botol dan jual di kedai serta kutip bola golf yang jatuh ke dalam tasik dan di jual balik kepada pemain…hmm apalagi bertambahlah semangat mereka. Lepas itu abang Adam menasihati mereka jangan buat macam tu…ada kami pengsan nanti kalau mereka lari keluar ke padang golf pula, pesan punya pesan kat Sulis jangan leka sampai mereka terlepas keluar sejak dari semalam.

Wahh ada harapan jadi usahawan muda nampaknya ni? beriya benar mereka menerima nasihat ayah dan atok, kata Liya. Insha’Allah kita teruskan saja tunjuk contoh yang baik pasti sikit sebanyak mengikut juga nanti…tambah Tok pula. Kami menikmati makan tengahari bersama dan ayah dah berjanji petang nanti akan bawa si kembar ke kebun dan main sungai juga. Aahhh sambut Sophea selepas meneguk air di gelas, senyum dan senggehnya pada ayah melebar, mungkin nak sebut main air di sungai tak reti tapi faham yang petang nanti nak keluar. Elahh anak ayah ni, orang perempuan kena duduk di rumah belajar masak dan menjahit dengan ibu ok…masak…ahit kata Sophea…yes pandai anak ayah…masak and jahit ok…ok jawab Sophea tergelak pula bila dengar semua ketawa. Comelnya sambil ayah mencubit sedikit pipi…huh kata Sophea menggosok pipi yang di cubit. Amboii garangnya kata ayah lagi.

Arghh aku menjerit bila abang Adam menggeletek bila aku cuba mencapai sebiji dua rambutan yang masak di hujung dahan…abangg bukannya nak tolong petik untuk Nur…tak bagi Nur makan pulak tu. Nak tolong petiklah ni…nah sayang just for you dengan senyum manisnya. Jom panjat pokok Nur…biar benar suamiku ini kata hati. Are you serious? aku bertanya? sambil memandangnya. Kenapa? Nur dah berat sangat ke? hingga tak berani nak panjat pokok lagi, abang Adam seolah mencabar. Abang cabar Nur nampak gayanya…bukannya Pak Mat nak kejar kitapun kali ni, senggehnya menjadi-jadi. Jomlah sambil menarik manja tanganku…pokok ni bukannya tinggi sangat paling kuat kalau Nur jatuh pun setakat bunyi bedebup sikit aje…katanya selamba. Let’s do it abang…although it has been a long time kataku, lalu terbayang zaman anak-anak apabila melihat Pak Mat mengejar abang Adam ketika mencuri rambutan di kebunnya dahulu. After you my love, katanya beserta senggeh dan senyumannya yang makin lebar.

Dah berzaman aku tak buat kerja ni, keranamu wahai suamiku aku lakukannya getus hati kecilku. Hehehe abang Adam ketawa, panjangnya doa yang Nur baca tak sampai atas lagi, abang jangan cabar Nur…apa yang abang tunggu lagi, naiklah cepat kataku geram. Aku dapat dahan yang senang untuk ku capai buah rambutan yang masak dan bersandar, boleh duduk juga agaknya kata hatiku bila abang Adam sampai ke atas di goyangnya pokok…apalagi bergema suaraku di dalam kebun, abangggg…ketawanya kedengaran. Mana aci Nur dah ambik semua buah yang masak kat sini tak ada satupun tinggal untuk abang…dengan muka di cebek…nasiblah siapa suruh abang lambat kataku. Ohhh dengan memusing badannya abang Adam telah berada di sebelah dahan tempat ku berpaut, sempat juga mencubit aku…aduuuh…abang memang tak sayangkan Nur, memang nak Nur jatuh dari pokok ni, aku berkata dengan nada merajuk…eh eh jangan sayang…janganlah tinggalkan abang, nah ini abang petikan rambutan, makanlah sedap katanya, di beri lagi senggehnya yang memanjang…aku ketawa melihat wajahnya kerana terbayang budak comot sewaktu waktu dahulu…kenapa Nur ketawa? macam budak baik saja abang Adam bertanya, lagilah kuat ketawaku melihat wajah innocence nya di depan ku…dalam tawa yang reda aku berkata…Nur terbayang muka abang masa kecik-kecik dulu, tawaku bersambung. Aku sedar abang Adam cuba menahan tawanya tapi tak mampu…akhirnya kami sama-sama ketawa mengingatkan waktu itu sehingga hampir tersedak aku di buatnya. Ha’a buat lagi kata abang Adam…pandangannya bercahaya.

Kami bergayut di atas pokok sebelum duduk di atas dahan sehingga terdengar anak-anak memanggil..ayah, ibu..sshhh biar mereka cari, kata abang Adam berbisik. Mana ayah dan ibu pergi Atok…tadi Amsyar nampak ibu kat sini. Entahlah Amsyar, Atok pun tak tahu…ayah dan ibu dah balik agaknya. Abang Adam membaling kulit rambutan ke bawah tapi Amsyar dan Atok tak sedar. Mana si Adam dan Nur dah pergi Mat? tanya Imam Bakar. Eh tadi mereka ada di sini sekelip mata dah hilang, kulit rambutan yang di baling hampir terkena Pak Mat. Oii siapa atas pokok tu hah? Siang-siang hari kau mencuri ya… tak ada kerja lain agaknya budak-budak ni, suruh sekolah malas mencuri kerjanya, turun kau sebelum aku naik…Pak Mat dah marah. Penat dah aku nak menahan gelak akhirnya terlepas juga…Pak Mat mendongak ke atas Astaghfirullah al azim tuanpunya pokok rupanya…apa yang kau orang berdua buat atas pokok tu? kalau ya pun nak makan buah cakap sajalah Pak Mat boleh kaitkan. Alahh Pak Mat ni kacau daunlah…baru nak bercengkerama Pak Mat kacau…kata abang Adam dan menjerit walaupun tanganku tak sampai nak mencubit. Kalau nak bercengkerama tadi kenapa baling kulit rambutan kena kat Pak Mat…salah kau juga Adam…hahaha Pak Mat ketawa dan menggelengkan kepalanya…hmm tak habis-habis nakal kamu ni Adam, beruntung kamu Nur dapat suami yang suka mengusik…taklah senyap saja rumahtangga kamu, sambung Pak Mat lagi. Alhamdulillah Pak Mat jawabku tapi kadang-kadang tu terlebihlah pulak…lalu kami sama-sama ketawa.

Ayah, ibu, boleh Amin panjat pokok? Panjatlah kalau Amin berani kata ayah seolah mencabar. Hati-hati Amin kataku pula…Amsyar menuruti di belakang. Aku dan abang Adam masih lagi duduk di dahan pokok, lepas ni Nur tulis buku cerita ok…sejarah lama berulang kembali…when was the last time Nur panjat pokok…hahaha abang Adam ketawa. Don’t ever ask and laugh at me…aku menunjukan geram. Yeh Yeh Atok, Amin dah boleh panjat pokok di ikuti oleh Amsyar. Baguslah kalau begitu tapi jangan buat kalau ayah, ibu, Atok atau tiada orang dewasa bersama kamu ok? pesan Atok lagi. Hah yang kau orang berdua bila nak turun, tak ingat hari dah petang ni, bebel Imam Bakar pula. Sekejap lagi ayah, Adam nak test skill samada boleh jadi “tarzan” lagi tak? dan nak tengok sejauh mana Nur boleh panjat dan bertahan…hehehe abang Adam tergelak lagi, aku jeling dirinya. Amboiii..tajamnya jelingan isteri abang…hooh hooh abang Adam mengikut cara “tarzan” deraian ketawa dari anak-anak kedengaran di ikuti oleh Imam Bakar dan Pak Mat…suka hati kau oranglah. Amsyar, Amin mari ikut Atok dan Tok Mat balik, kalau tak nanti kamu berdua tak dapat duit jual rambutan, Atok mengumpan cucu berdua. Ok…I’m coming down kata Amin tapi Amsyar yang turun dulu. Bye ayah…bye ibu…bye kata kami sambil melambaikan tangan.

Cuaca yang mendung mungkin nak hujan walaupun jam belumpun menunjuk pukul 6 petang. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi membuatkan kami memandang satu sama lain…terima kasih Nur…untuk? aku bertanya sebelum sempat abang Adam menghabiskan ayatnya. Kenapa abang pandang Nur macam tu? bila pandangannya aku rasa amat tajam…lalu tangan di hulur minta aku menyambutnya…for all the happiness and memories. Di antara dahan pokok rambutan yang memisahkan kami suamiku masih mampu menunjukkan penghargaannya…aku memberinya senyuman dan senyuman di balas.

*****

Setelah kembali dari bercuti dan menyambungnya pula di kampung untuk sehari dua, kami pulang bekerja dan pasti banyak yang hendak di uruskan kerana Dato’ Hassan perlu design untuk joint venture projek barunya dan hampir setiap hari dalam dua minggu ini abang Adam pulang lewat. Kasihan juga aku melihat keadaan nya, tapi walau apapun abang Adam akan pulang untuk makan dan bersama dengan anak-anak sebelum mereka tidur kerana ini adalah janji yang kami buat dahulu.

Abang…aku mengejutnya perlahan. Masuklah tidur…sakit pula badan nanti asyik tidur di kerusi…terlalu susah untuk abang Adam membuka mata tapi aku paksa juga untuk dia bangun dan masuk ke bilik…thank you Nur…jalanpun dah tak berdaya, kasihan aku melihatnya.

Memang aku tidak melibatkan diri dalam projek ini kecuali interiornya sahaja tapi melihat dari lukisan yang ada dapat aku rasakan ada kesulitan di pihak kami untuk menyiapkannya. Aku membelek lagi draft plan yang di buat oleh abang Adam. Mana mungkin kami bentangkan kertas kerja bagi pihak Dato’ Hassan kalau benda yang tidak boleh buat hendak di buat juga. Mana mungkin bangunan di bina tanpa mengambil kira struktur tanah dan kawasan serta faktor keselamatan yang bakal menempatkan ratusan atau ribuan orang di dalamnya. Apakah hanya keuntungan yang di fikirkan? aku bertanya sendiri walaupun itulah hakikatnya dalam dunia perniagaan sekarang…hmm patutlah abang Adam asyik bersungut saja dua tiga hari ini dan aku pasti dia tidak mungkin menurut kehendak rakan kongsi Dato’ Hassan tanpa berbincang dengan Dato’ terlebih dahulu. Lebih baik kami kehilangan projek dari submit plan yang sememangnya kami tahu akan membahayakan orang ramai nanti.

Mana pulak proposal yang ada kat sini semalam? Rasanya tidak di alihkan kecuali di letak atas lantai bersama dengan kertas-kertas yang lain. Ini mesti Sulis yang kemas bilik dan campur adukkan segala kertas walaupun dah di pesan. Ada-ada saja yang nak melambatkan perjalanan kerja hari ini, getus Adam seorang diri. Sulis…saya tuan, awak kemas bilik kerja saya semalam? Ya tuan…kenapa? Nampak tak kertas bertulis di atas lantai dalam 5 atau 6 helai. Saya tidak mengubah apa-apa tuan cuma sapu di tepi-tepi ini saja, memang kakak sudah pesan jangan di alih apa-apa…ada nampak anak-anak masuk ke mari? Tidak tuan, kakak memang melarang keras anak-anak masuk ke mari dan mereka juga patuh dengan pesanan ibu mereka, kata Sulis. Huh abang Adam melepaskan keluhan.

Hai apa yang nampak stress sangat tu Adam? tegur Dato’ Hassan. Senyuman di beri, tangan di hulur untuk bersalaman dengan Dato’. Bukan stress Dato’ cuma pagi ini tadi bila nak cepat ada saja perkara yang berlaku yang melambatkan sedikit perjalanan kerja pagi ini, jawab Adam. Hmm biasalah tu Adam, bila kita nak cepat benda depan matapun tak nampak, kata Dato’. Apa kabar Ridzwan? So, what’s up? Dato bertanya. We are not comfortable dengan permintaan your partner untuk mengubah suai ruang yang tidak sepatutnya dan juga menambah levels yang tidak sepatutnya. Adam terus kepada tujuan utama perjumpaan. The effect of that bila dah siap from the corner akan nampak macam bangunan di kerat-kerat and the risk of having such building being built due to location and soil structure. Dato’ mendengar penjelasan Adam dan Ridzwan dengan teliti walaupun technically agak sukar baginya memahami the terms in architectural and building description. Perbincangan yang mengambil masa hampir 2 jam belum dapat kata putus dari Dato’ Hassan…kami akan tetap dengan our original plan dan perubahan yang hendak di buatpun mestilah mengikut garis panduan yang ada, tegas Adam.

Don’t you think we terlalu menekan Dato’ tadi? Ridzwan bertanya. Maksud you? We are to technical with him I rasa, walaupun Dato’ boleh memahami apa yang hendak kita sampaikan, terang Ridzwan. Apapun I tak mahu kita berselindung dan bersetuju hanya untuk mendapatkan projek, Adam tegas dengan keputusan itu kerana dia tidak mahu menjadikan firma yang di bina dengan segala penat lelah hilang begitu saja hanya kerana tamak haloba orang lain. Walaupun Adam sedar dunia perniagaan selalunya begitu namun demi kebahagian diri dan keluarganya dia tidak sanggup untuk melakukan apa-apa yang akan merosakan masa depan mereka. Ridzwan tahu dan yakin dengan segala usaha Adam kerana mereka dah lama bekerjasama namun kebimbangan bersarang di hati juga bila memikirkan karektor rakan niaga Dato’ Hassan yang mereka temui beberapa hari yang lalu.

*****

Alhamdulillah muda-muda lagi dah ada perniagaan sendiri begitulah kata-kata mak ketika Adam membawa ibunya ke pejabat ini dan ketika itu segala tenaga di curahkan kepada syarikat ini demi menjamin kemajuan yang ada dan juga merupakan jalan mengubat kerinduan hati kepada Nur, isterinya. Dengan semangat yang kuat, Adam berusaha keras mencapai impiannya dan bersama dengan Nur, mereka menambah bidang hiasan dalaman sebagai cabang senibina yang ada. Dengan itu membolehkan Nur bekerja dari rumah serta menguruskan anak-anak dengan selesa. Adam memerhati sekeliling, melepaskan keluhan yang amat berat, dia berkata sendirian tak mungkin aku melepaskan segalanya hanya kerana satu projek walaupun mengorbankan hubungan Adam Hassan and Associates dengan Dato’ Hassan. Tidak di nafikan Dato’ Hassan banyak membantu sejak pertemuan mereka tapi perkara begini Adam tidak akan ambil ringan dan hanya bersetuju sahaja walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan mahkamah seandainya Adam Hassan and Associates mengundur diri dari project ini. Adam benar-benar penat hari ini.

Tanpa di sedari jam telah menunjukan hampir pukul 1 pagi dan dia masih di sini, deringan telefon pasti dari isteri yang kerisauan…Assalammualaikom bang…lembut suara isteri memberi salam…Wa’alaikomsalam…kenapa tak tidur lagi? Nur tunggu abang, lambat lagi abang nak balik? pertanyaan Nur membuktikan kebimbangan seorang isteri. Abang dah nak tinggalkan office ni, Nur tidurlah dulu jangan tunggu abang, dah lewat ni…ok. Drive carefully, pesan Nur. I will sayang, Insha’Allah everything will be fine, Adam menyakinkan Nur dalam kepenatan yang terasa. I’ll see you at home, bye sayang, kata Adam lagi lalu telefon di matikan.

Kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi membuat Nur tidak boleh lelapkan mata selagi suaminya masih belum pulang dan sentiasa berdoa semuga perjalanan suaminya di lindungi dari segala bahaya dan perkara yang tidak baik. Dalam keresahan yang ada Nur pergi menengok anak-anak yang telah lena tidur kerana petir, guruh serta hujan yang lebat bimbang anak-anak terkejut lebih-lebih lagi Sophea, dahlah nak tidur tadi susah kerana ayah tak pulang sebelum dia tidur. Kedengaran pintu di buka membuat Nur lari ke bawah, dalam kesamaran lampu keletihan suaminya dapat di rasa. Abang Adam melabuhkan diri di sofa dengan tangan di kepala, sudah pasti ada masalah yang berat di hadapi kini. Dengan perlahan Nur merapatinya, mengambil tempat di sisi suaminya yang tersandar kepenatan. Ketika di toleh senyuman yang di beri tidak bermaya…kenapa tak tidur lagi ni? Adam bertanya lembut, sambil memegang pipi isteri kesayangan. Tak boleh tidur dan nak tunggu abang juga, jawab Nur selamba. Abang naik dulu nanti Nur bawa naik susu panas untuk abang ok…abang tak mahu naik, Nur tolong buat sekarang boleh? Boleh…jawab Nur manja. Thank you sayang…you are entirely welcome, jawab Nur.

Abang Adam memang suka dengar lagu bila dia keletihan atau bila dia tension yang sememangnya Nur dah faham dengan perangai suaminya itu. Mata dah tak mampu nak buka tapi masih nak dengar music juga, itulah yang selalu Nur kata. Airnya bang…meletakan gelas yang berisi susu di hadapan suaminya lalu duduk kembali, bersama-sama layan perasaan dengan alunan indah yang berkumandang. Anak-anak macam mana hari ni, Nur? abang Adam bertanya. Alhamdulillah bang, Amsyar dan Amin asyik bercakap nak kumpul kertas yang tidak di pakai lagi dan suratkhabar, segala tin, botol dan plastic yang boleh di recyle, asyik tanya juga bila nak balik kampung untuk jual rambutan. Biarlah Nur, semuga semangat yang ada tidak luntur dan termakbul hasrat untuk jadi usahawan muda sikit masa lagi, kami ketawa. Abang tahu mereka dapat RM15 today hasil jualan semua kecuali kertas sebab Nur kata nak go through dulu, hmm manalah tahu kalau-kalau mereka terambil kertas yang masih kita gunakan.

Memang dah lewat tapi how’s everything today? aku bertanya. It was yesterday sayang, sambil melihat jam di tangan…hmm bad, jawab abang Adam. Abang dan Ridzwan jumpa Dato’ siang tadi and explain semuanya. Abang cakap juga yang kita rela kehilangan projek dari submit plan yang kita tahu mencurigakan, maybe they have their own way to get it approve tapi nama syarikat kita yang akan tercemar and with that jangan tanya lagi for now boleh? sambil merangkul bahuku. Aku hanya mendiamkan diri dan aku bila aku menoleh abang Adam dah terlena…jawabnya kami begini sehingga subuh, nak aku kejut kasihan pula. Baru nak bangun untuk mengambil bantal…tengok kertas tu Nur, tiba-tiba abang Adam bersuara…aku melihat padanya…mata lelap, lahh mengigau rupanya suamiku ini…abang abang keluhan aku lepaskan.

*****

Halangan dan dugaan adat biasa dalam dunia perniagaan dan apa juga yang kita lakukan selagi kita ini di namakan manusia. Adam Hassan and Associates menerima surat peguam dua hari yang lalu berkenaan projek Dato’ Hassan kerana penarikan diri menjadi architect mereka yang memang telah di jangkakan oleh abang Adam sendiri dan juga rakan niaga yang lain. Abang Adam tidak mahu aku bimbang dan mahu mengambil ringan perkara ini, kerana dia yakin kemenangan berpihak kepadanya, namun mereka masih berharap untuk menyelesaikan masalah ini melalui perbincangan. Andaikata perbincangan menemui jalan buntu mereka akan sama-sama ke mahkamah. Penarikan diri sebagai architect project adalah atas suara ramai.

Dalam menghadapi tekanan yang ada, Nabila menelefon ajak makan tengahari. Aku setuju setelah kami bersepakat untuk jumpa di mana dan pukul berapa. Hai, baru balik holidaypun macam tak ceria saja? Nabila menegur. Hmm holiday dah lama berlalu, jawabku sambil menghulurkan bungkusan kecil pada Nabila.

Nur : Apa kabar Ila? Ikram dan anak sihat?

Nabila : Alhamdulillah sihat adanya. Anak dan suami juga sihat? Yang kau ni tak bermaya saja kenapa? Ada masalah besar yang melanda?

Nur : Biasalah Ila masalah perniagaan cuma kali ini lebih merumitkan kerana melibatkan seseorang yang kami kenal dan membuatkan kami berada di tengah-tengah kemelut yang ada.

Nabila : Hmm tak payahlah kau nak terang kat aku panjang lebar ya…kitapun dah lama benar tak jumpa, kita makan dan sembang perkara-perkara biasa sajalah, kau boleh cerita holiday kau yang baru berlalu dan terima kasih kerana ingat jugak kau kat aku walaupun berada jauh beribu batu.

Nur : Insha’Allah Ila aku tidak akan lupakan persahabatan kita, kau sentiasa bersama aku dalam susah senang yang ada.

Hmm bagilah petua sikit macam mana nak kumpul duit dan boleh pergi holiday selama hampir dua minggu, dah tu dengan mak ayah semua sekali, Nabila menunjukan muka ingin tahunya. Aku gelak dulu sebelum menjawab, Alhamdulilah rezeki yang di kurnia Allah kami kongsi bersama tapi tidaklah bermakna abang Adam tanggung segala perbelanjaan. Kami dah rancang lama, kumpullah duit sikit-sikit.

Nabila : Memanglah kumpul duit sikit-sikit, tapi kau punya sikit tu tak sama dengan orang lain punya sikit…dahlah ada perniagaan di sini, di kampung hasil tanipun buat duit…murah betul rezeki kau ngan Adam…cemburu jugaklah aku. Sarah ikut tak kali ini?

Nur : Alhamdulillah. Aku menggelengkan kepala. Nabila menunjukan wajah terperanjat dengan pengakuan ku.

Nabila : Kenapa?

Sesungguhnya aku tak tahu Ila…yang aku tahu Sarah memang akan mencari alasan kalau kami nak berkumpul lebih-lebih lagi kalau dia tahu abang Aidil dan Aliya ada bersama. Aku buat andaian walaupun perkara telah lama berlalu tapi Sarah masih tidak mampu untuk berhadapan dengan kami dan mungkin juga cemburu melihat kebahagian keluarga kami serta tak mampu melupakan segala peristiwa lama. Kami dah move forward cuma Sarah yang masih dengan dunianya sendiri, jadi biarlah kalau dia masih inginkan begitu. Tapi sampai bila? Dah ada ura-ura nak kawin? Nabila menyoal. Jawapan yang boleh aku beri adalah tak tahu.

Datanglah rumah, Ila, ajaklah Leha dan yang lain-lain, kita plan the date ok…boleh buat bbq sekali. Alahh Nur sibuknya kita ni tak tahulah nak cakap kalah menteri agaknya…kami sama-sama ketawa. Mana taknya, kau free aku tak free and lepas tu aku ni pulak kena tunggu si Ikram tu kalau nak pergi mana-mana, nak bawa kereta sampai rumah kau tu aku tak beranilah Nur…jauh sangat aku rasa, kata Nabila. Oii kawan highway ada apa susah, jawab Nur pula. Memanglah ada highway tapi aku tak biasa and bercerita balik pasal holiday kau baru-baru ni…budget berapa? teringin jugak nak pergi tengok gambar yang kau hantar cantik belaka. Tentang budget dan semua terus terang aku cakap aku tak tahu. Ingat tak masa kita terserempak kat Natrabu? Ha’ah kenapa? Ila bertanya. Waktu tu abang Adam dah beritahu aku yang kami semua akan ke Hong Kong untuk bercuti di Disneyland, entah bila abang Adam plan aku sendiri tak tahu. Hmm bertuahnya badan…kata Ila. Alhamdulillah aku menerimanya dengan segala kesyukuran, langsung kami sama-sama ketawa.

*****

Alhamdulillah aku mengucap syukur dengan pertemuan ku dengan Ila hari ini, setidak-tidaknya ringan sedikit bebanan perasaan yang aku tanggung walaupun sepanjang perjalanan pulang ke pejabat aku memikirkan apa yang boleh di buat walaupun kami yakin kemenangan akan berpihak pada kami.

Hi sayang, abang Adam menegur ku dengan suara riang dan datang menghampiri ku. Bahuku di rangkul…how’s lunch? Aku melihatnya dengan hairan…lunch was good. Abang dah makan? aku bertanya. Dah..Alhamdulillah kenyang jawabnya. Are you ok? risau juga tiba-tiba kot sakit pulak suamiku ini sebab sebelum aku keluar tadi boleh di katakan keseluruhan keluarga Adam Hassan and Associates dalam kebingungan. I am good, syukur Alhamdulillah. Duduklah abang Adam berkata ketika kami masuk ke biliknya. Kenapa Nur tengok abang macam tu? hairan jawabku. Abang happy semacam, tak macam masa Nur nak keluar tadi. Hahaha yes my dear I am happy because of you…because of me? aku bertanya dalam kehairanan. Abang Adam duduk berteleku di hadapanku lalu memberi kucupan di dahi sebelum berkata. Abang tenung Nur, badan abang kat sini, jiwa raga abang kat tempat lain…memang aku pelik tengok suamiku ini. Terima kasih Nur…aa..shhh sebelum sempat aku berkata…terima kasih Nur, atas berkat doa Nur, doa anak-anak dan doa semua kebenaran berpihak pada kita.

Ok…Nur tahu abang happy and you look very happy…tapi boleh Nur tanya kenapa? Bukankah tadi abang and the rest very gloomy? Bukankah Nur selalu mendoakan abang dan keluarga kita supaya selamat dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat? Ok Ok we are not going anywhere with this? Could you please tell me apa semuanya ini? Eee…eee abang Adam tersenggeh pula, yang aku ni tak sabar nak tahu segala…Alhamdulillah rakan niaga Dato’ menarik balik saman ke atas kita with Dato’ interference of course…begitu mudah? aku terperanjat. Tak semudah yang Nur sangka, abang tel Dato’ the moment kita dapat surat tu and Dato’ berjanji akan siasat the whole case sebelum bertindak apa-apa dan Dato’ juga mengaku kesilapannya kerana tidak menyiasat perkara ini terlebih awal dan hanya mengesyaki sesuatu yang tidak mengikut procedure bila Ridzwan dan abang datang bertemunya minggu lalu. So? masih belum berpuas hati dengan jawapan yang di beri. Abang beritahu Dato’ yang kita want to be in business long dan walaupun bukan tugas kita untuk menyelidik kawasan pembinaan tapi kita juga punya tanggungjawab sebagai pereka bangunan seandainya ada apa-apa yang berlaku nanti dan kawasan pembinaan yang di syorkan adalah kawasan yang di hadkan kepada lima tingkat sahaja.

Sebagai tanda kesyukuran anak buah Adam Hassan and Associates mengadakan bacaan doa selamat di pejabat, kami bersyukur yang amat sangat kerana mempunyai kakitangan yang benar-benar mengambil berat tentang urusan pejabat dan ahli-ahlinya dan ini membuatkan kami sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Bukannya kami tidak pernah di saman sebelum ini atau menyaman client yang lain tapi seboleh-bolehnya kami tidak mahu melalui proses yang remeh temeh ini dan cuba menyelesaikan segala masalah dengan perbincangan. Selain masa, wang ringgit dan juga tekanan perasaan amat merugikan.

*****

Dari jauh aku lihat macam Amsyar dan Amin yang berlari di tengah padang tu…abang berhenti bang, kenapa Nur? abang Adam terperanjat. Rasanya anak-anak kita di padang tu, dengan siapa mereka keluar? Ya Allah berderau darahku tengok anak-anak di sana tanpa ada sesiapa menemani. Amsyar, Amin aku memanggil sambil berlari ke padang, degupan jantungku kencang sangat. Abang Adam mendahuluiku setelah meletakan kereta. Apa kabar kak? Aku terperanjat melihat Sarah di situ, abang Adam menoleh tapi terus mendapatkan Amsyar dan Amin. Bila Sarah sampai? tanyaku. Tengahari tadi…saja Sarah tak telefon kakak. Sarah cuti ke? aku bertanya lagi. Hmm…cuti dua hari sebab company ada trip ke Pulau Perhentian tapi Sarah tak nak ikut. Ibu, ibu panggil anak-anak lalu aku menoleh, Amsyar dan Amin dah kumpul banyak barang, nanti kita pergi jual lagi boleh tak ibu? Boleh, nanti kita pergi tempat jual barang bila ibu tak kerja ok…jom balik aku mengajak anak-anak. Masih dalam keadaan terperanjat aku tidak tahu nak berkata apa.

Setiba di rumah puteri seorang menyambut kami…ibu…ibu panggilnya tapi yang di terkam ayah dahulu…Ibu jealouskan? Ayah mengangguk Sopheapun ikut. Eee eee geramnya lalu aku cuit pipinya dan minta di dukung pula. Sophea merebahkan badannya minta di dukung..oh eh ih semua ada, mulalah tu dengan mengada-ngadanya dan bila di ambil senggehnya lebar padaku dengan jari di tunjuk di luar. Oh no…tunggu ayah rehat sekejap lepas tu Sophea main di luar ok, Sophea main dengan abang dulu ibu nak siapkan minuman petang bila terdengar abang Adam separuh menjerit..eh eh usahawan muda mana nak bawa kertas banyak-banyak tu, mari sini ayah tengok apa dia? Amin nak susun kat bilik belakang nanti ibu kata boleh pergi jual. Haaa…mata ayah terbeliak tengok kertas yang ada dan menggelengkan kepala. Amin ini semua kertas kerja ayah dan ibu, Amin dan Amsyar ambil dari mana ni? ayah bertanya. Atas lantai dalam bilik study ayah, jawab Amsyar. Kenapa Amsyar dan Amin masuk bilik study tanpa izin ayah dan ibu? Anak-anak terdiam sekejap…ayah kata kalau nak conteng ambil kertas atas lantai…abang Adam dan aku berpandangan hanya tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Amsyar simpan dulu kertas ni nanti ayah dan ibu pergi tengok ok? Ok jawab Amin dan Amsyar

Kakak masih marah dengan Sarah? tiba-tiba Sarah muncul ketika aku melayan rasa geram, marah, gelisah dan juga kecewa dengan sikap Sarah hari ini dan juga sejak dahulu lagi. Susah kakak nak cakap Sarah…debar jantung akak ni belum reda bila ternampak anak-anak di padang tanpa ada orang menjaga dan akak tahu Sulis tidak akan berbuat begitu. Kakak memang percayakan orang lain dari adik sendiri. Bagus juga Sarah buat kenyataan itu dan itulah kebenarannya. Sulis jaga anak-anak kakak dari hari mereka di lahirkan dan kalau dia terpaksa bawa anak-anak keluar kerana kakak dan abang Adam pulang lewat Sulis akan menelefon dahulu dan mereka bermain dan berkejar sama-sama. Hari ini kakak nampak anak-anak di tengah padang, Sarah tahu tak apa perasaan kakak masa tu. Sarah ada bersama mereka…silap tu…Kamu bertiga di tempat yang sama tapi Sarah tidak bersama mereka dan mereka juga jauh dari pandangan Sarah. Memang susah cakap dengan kakak ni, lalu Sarah pergi meninggalkan aku…hahh keluhan berat aku lepaskan…salahkah aku lagi?

Sarah memerhatikan kemesraan ayah dan anak-anak ketika mereka mengemas kertas-kertas yang ada. Amsyar, Amin lain kali jangan masuk dan ambil kertas dari bilik study ayah dan ibu ok…tengok ni masih banyak yang ayah dan ibu gunakan…tapi Amin ambik yang di atas lantai saja, menegakkan kebenarannya. Ayah tahu Amin dan Amsyar ambil yang di atas lantai saja tapi kali ini yang di atas lantai masih ayah perlukan…hmm ok jawab Amin. Next time tunggu ayah dan ibu beri dan kamu berdua boleh kumpul dan jual. Tahniah anak ayah dah berusaha untuk jadi usahawan. Give me five kata ayah lalu menggeletek Amsyar dan akhirnya bergomal bertiga…gelak tawa yang amat ceria dan gembira. Lama Sarah memerhatikan mereka lalu bertanya pada dirinya apakah ini kebahagian kakak dan abang Adam yang sebenar-benarnya? Cemburunya datang lagi.

Kami pulang ke kampung untuk melepaskan penat lelah setelah mengharungi masalah yang melanda dan seperti biasa penunggu setia ketibaan kami ialah Aliesya…menurut Liya kalau dia tahu kami nak balik, Aliesya akan beritahu kawan-kawan di sekolah yang sepupunya akan balik dan tidak akan keluar bermain…sorak Aliesya yang kelihatan menunjukan riang seorang anak dalam penantian. Lambaian Aliesya dari atas tangga tidak semena-mena menyentuh perasaan ku hari ini…entah kenapa ada kesayuan menggamit dalam keriangan yang di tunjukan. Aliesya datang menerpa dan bersalaman denganku dan juga abang Adam lalu mencium Sophea kerana Sophea juga gembira dapat berjumpa dengan “tatak” sementara menunggu Amsyar dan Amin keluar dari kereta. Jom Amsyar, Amin kita pergi dapur…hari ini Tok dan ummi buat roti jala dengan kari ayam dan banyak lagi…Aliesya tak ingat tapi Tok janji nak buat kuih ketayap petang nanti. Hooray kata si kembar dan berlari masuk…yang sememangnya dari tadi asyik sebut lapar dan main teka-teka Tok masak apa. Geleng kepala abang Adam melihat telatah anak-anaknya hari ini, selain makan sibuk juga bertanya hari ini boleh jual rambutan dan ikan tak?

Assalammualaikom…Wa’alaikom salam…mak dan Liya menjawab salamku serentak dan alangkah terperanjatnya aku melihat anak kembar dah duduk di meja menikmati roti jala Tok bersama Aliesya. Amsyar, Amin tak tunggu ibu dan ayah lagi ya! dah salam dengan Tok dan Mak Long tak? sempat aku berleter lagi. Dah ibu, mak long tolong jawabkan pula…Alhamdulillah mereka tak lupa salam…Amsyar, Amin ajak ibu dan ayah makan…minta mak longnya. Ayah, ibu marilah makan…Amsyar bersuara…ayah dan ibu saja? Tok dan mak long tak ajak sama? Dahlah tu Nur, mereka dah ajak tadi…mak pula menyokong mereka. Mari duduk Adam, Nur makan sikit dulu sementara tunggu makan tengahari. Abang Aidil ke mana Liya? tak nampak dari tadi abang Adam bertanya. Ohh lupa pulak nak cakap…Pak Mat telefon tadi minta ke kebun adalah perkara agaknya…tak pulak Liya bertanya. Lahh ingatkan nak pergi sama-sama petang nanti kata abang Adam lagi. Hmm tak mengapalah Adam kejap lagi baliklah tu, nanti bincanglah sama-sama, mak pula menambah. Oh ya Adam, ada tak abang Aidil beritahu Adam tentang hajat dan niat orang kampung nak betulkan masjid kita tu? Ada mak…Insha’Allah Adam dan Nur dah berbincang kami akan bantu sebaik mungkin dan nanti Adam akan bincang juga dengan ayah dan ahli-ahli masjid malam ini apa yang di perlukan dan siapa juga contractor yang di lantik…abang Adam menerangkan. Alhamdulillah sambut mak dengan senyuman.

Assalammualaikom Pak Mat…Wa’alaikomsalam jawab Pak Mat…bila sampai Adam? Pagi tadi tapi banyak pula yang nak dibuat…terima kasih Pak Mat kerana menjaga kebun ni…dah dapat kami rasa hasilnya. Sama-sama kasih Adam jawab Pak Mat. Berbudi pada tanah tak rugi kata Pak Mat lagi. Alah sayang Atok…Pak Mat mencuit pipi Sophea dan kerana good mood senyum manisnya di beri…berbungalah hati Pak Mat melihat cucu perempuannya memberi senyuman. Ini anak siapa ni? anak ayah ke anak ibu? Pak Mat berbual dengan Sophea…ibu jawab Sophea kerana ikut yang belakang. Alahai pandainya cucu Atok ni, kata Pak Mat lagi…bertambah rianglah Sophea tapi bila Pak Mat hulurkan tangan nak ambilnya Sophea tak mahu tapi rebahkan badan panggil ayah pula. Amboi manjanya, Pak Mat geletek Sophea lalu ketawa Sophea kedengaran…eee geram dahlah comel. Bila lagi nak tambah Adam? Nur? Tanya Nur kata abang Adam pula lalu aku mengangkat kedua belah tangan dan geleng kepala. Ohh dah angkat tangan tu Adam…apa cerita…Pak Mat mengusik dengan senggehnya. Ni Adamkan Pak Mat…tahulah macam mana Adam nak buat nanti…sambil main mata dengan Pak Mat dan menjeling ke arah ku…aku senyum saja tak guna nak bergaduh di sini.

Shall we? abang Adam bertanya sambil menunjuk pokok manggis di depan kami. You must be crazy kataku. Definitely because of you jawab abang Adam pula. Dah dah jom balik aku menarik tangannya dan abang Adam menariknya balik…jomlah kita panjat pokok manggis ni…kat atas tu banyak buah dah masak…kalau abang nak panjat, panjatlah Nur tak mahu lalu menoleh dan melangkah untuk balik…eh tunggulah abang katanya mendapatkan diriku lalu memeluk bahuku…ishh isteri abang penakut katanya lalu mencuit hidungku. Aku sedar Pak Mat dan Mak Leha asyik memerhatikan kami…hmm apa nak buat suamiku memang tak pernah nak sorok kemesraannya.

Apa lagi yang abang menungkan tu…sambil memeluk bahunya dari belakang dan meletakan kepalaku di bahunya…senyuman di beri, you…jawapan yang di beri. Kami sama-sama tertawa kecil sambil tanganku di pegang dan minta duduk di hadapannya. Kita balik duduk kampung nak tak? tiba-tiba abang Adam bertanya. Aku mendongak untuk melihat dirinya…apa betul yang Nur dengar ni? You heard me katanya sambil tertawa kecil lagi. Abang bercakap seolah-olah macam orang yang dah hilang semangat. I like your spirit my dear wife…lalu keluhan berat di lepaskan. Nur tetap bersama abang di mana saja abang ingin berada. Aku cuba mengalihkan tangannya yang membelai rambut dan wajahku namun genggaman yang aku terima. Jari jemari dalam genggaman di kucup sambil merenungku dan aku sering kalah dengan renungan itu. Kucupan ku terima di pipi juga beserta renungan yang dalam dengan suara yang perlahan…abang sayangkan Nur, kebahagian Nur adalah kebahagian abang lalu aku berada di dalam dakapannya. Ciuman aku terima di ubun-ubunku pula…terima kasih Nur…terima kasih abang dan leka dalam belaiannya.

Sepasang mata yang memerhatikan mereka bertanya sendirian apakah dirinya mampu mengecapi kebahagian yang serupa?

Owned and written by : Sanaa 02/07/10

Copyright Control Julu 2010

2 Responses

  1. apple…
    mabuk ek????hehehe…..tak dpt sy nk tlg..ha..sbb sy pun tgh angau gak…kuang3…

    akak,
    sapa yg memerhati pasangan sejoli tu????he

  2. mabuk dah ni….tolongggggggg!!!!somebody help me!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: