• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Mamak…Uda Dan Dara

Waktu rehat sudahpun bermula
Pasti Dara hanya dengan dunianya
Uda sedang mencari idea
Untuk mengganggu si Dara jelita

Hah tiba-tiba idea datang menjelma
Ke kedai mamak tempat tujunya
Wahai mamak beriku drawing block dan crayon yang murah punya
Aiyoo Uda sudah kerja lagi kedekut juga

Yang murah sekarang mana ada
Dulu adalah yang Uda selalu curi juga
Aiyo mamak apahal buka cerita lama
Cerita lamalah sedap di dengar wahai Uda

Banyak untunglah you wahai Uda
Itu Dara kulit putih lagi jelita
Apalagi mau tunggu…kawin sajalah
Kalau tak mahu bagilah sama saya

Ada juga mamak ni aku lesing hari ini
Banyak pulak cakap nak buat hati ini berapi
Mana mamak barang yang ku minta tadi
Nak ku bayar susah pulak kau nak beri

Untuk Dara ini mahal punya
Semalam dia nak beli tapi wang lupa nak bawa
Ambil ini bagi sama Dara
Bilang sama Dara mamak mahu jumpa…bawa jalan keliling kota

Aiyo…yo…yo Uda muka sudah tukar juga
Aku tak mahulah kau punya Dara
Wang tak ada nanti shoru miss…aku pula yang siksa
Tapi nanti kawin jemputlah mamak..ok Uda

Sudah-sudah sekarang Uda pergi jumpa Dara
Mamak menolak Uda keluar dari kedainya
Nanti petang datang sini bawa Dara
Mamak belanja mee goreng di simpang sana

Oh nanti-nanti…mamak bungkus kita makan di tepi kali
Sudah lama itu tempat mamak tidak pergi
You tau ka Uda…itu tempat ada nama baru di beri
Uda dan Dara jatuh cinta di bawah pohon ini

*****

Hah..Uda menyergah si Dara
Terperanjat dinda di buat oleh kanda
Mana perginya salam serta budi bahasa
Patutlah mak di kampung risau sentiasa

Hissh…janganlah di sebut mak di kampung wahai sayang
Nanti di telefon minta kanda pulang
Alamatnya nanti diriku akan jadi gila bayang
Setiap detik hanya mengingatkan dirimu seorang

Tidak di layan katanya Uda
Terus di tukar topic lalu bertanya
Ke manakah kanda dari tadi tidak kelihatan
Mamak pesan dia rindu pada dinda dah tahap gaban

Hahaha…Dara ketawa mendengarkan
Itu jawapan kepada pertanyaan
Hmm patutlah datang menerpa tanpa salam
Rupanya ada sekeping hati yang tidak tenteram

Are you all right my dear
My telinga and kepala always in good manner
Only your heart ada something tak kena
Especially bila mamak kata dia nak jumpa

Yes…that is why I love you so much my darling lady
You always know what is tak kena with diriku ini
Is that the only reason why you love me
No lah there is plenty of reason my sweet cream pie baby

Hehehe…Dara ketawa geli hati
Apalah yang tak kena dengan Uda hari ini
Bukan hal mamak yang buatkan dirinya jadi begini
Nak di tanya panjang pula ceritanya nanti

Akhirnya Dara bertanya soalan yang mudah
Kenapa drawing block dan crayon yang di beri hadiah
Itu saja yang senang di bawa berpindah
Bag diriku yang bawa sehingga bahuku dah senget sebelah

Eee…eee…Dara menahan geram yang ada
Uda pula tersenggeh manja
Inilah yang seronoknya memerhatikan mereka berdua
Dah ku kata senggeh dan ketawa sendiri boleh juga

Ini lagi satu berita yang baru ku terima
Uda dan Dara sering gaduh tak kira masa
Bergaduh bertengkar macam anjing dan kucing saja
Yang hairannya lepas itu baik semula macam tiada apa

Orang selalu berkata…gaduh-gaduh bawa bahagia
Itulah yang kini terjadi agaknya
Bahagia mereka terasa oleh semua yang melihat mereka
Kerana itu orang berkata berdiripun manis di pandangan mata

Sampai di sinilah dulu wahai teman
Dialog tepi sawah sedang ku angankan
Romantisnya pasangan sepadan
Apalah yang nak di kata kalau hati dah berkenan

Owned and written by : Sanaa 26/07/10

2 Responses

  1. emmm….byknya articles cjoli moli kita ne, kalau magazine…red loby saja…kekekekeke…

    Thanks eiyda…

  2. Artikel dlm paper berita harian

    Nur Amina ajar erti kesabaran

    Berbeza dengan versi drama, Tiz menganggap Nur Amina yang bakal muncul di layar perak pada Mac 2011 dikatakan lebih tabah menghadapi dugaan biar berdepan segala macam rintangan.

    Nur Amina mengajar saya erti kesabaran malah syukur sepanjang penggambaran, kesihatan saya terjaga walaupun ramai dikalangan krew dan pelakon kurang sihat disebabkan keadaan cuaca panas kering tidak menentu.

    Cuma pengalaman yang agak menakutkan mungkin disebabkan petugas keselamatan yang menjaga produksi sentiasa memegang senjata selain berdepan dengan ribut pasir hingga semua terpaksa berkurung dalam kenderaan lebih daripada tiga jam, imbasnya.

    Banyak mengambil air kosong antara rahsia penjagaan kesihatannya sepanjang berada di Aman, Wadiram dan Petra tambahan pula tiga hari terakhir rombongan mereka perlu bermalam di dalam khemah di tengah padang pasir.

    Semua pengalaman ini mahal harganya dan cukup manis apabila dikenang semula.
    Saya bertuah bekerja lagi dengan Khabir yang sedia mendengar pandangan kami, begitu juga dengan barisan pelakon lain.

    Mungkin kali ini senario sedikit berbeza kerana kami menerima dua ahli keluarga baru, dua kanak-kanak yang memegang watak anak Aidil. Seronok melihat telatah mereka kerana tatkala kamera di hala, masing-masing sudah sedia beraksi, katanya.

    Tidak mampu menahan debaran menanti tayangan filem Nur Kasih di pawagam, Tiz mahu memastikan kemunculan pertamanya di layar perak tidak menghampakan dengan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang penggambaran dan saling berbincang bagi mendapatkan hasil terbaik.

    Selain Tiz yang masih digandingkan dengan Remy Ishak sebagai Adam dan Fizz Fairuz (Aidil), filem yang mengambil masa kira-kira 36 hari penggambaran termasuk di Lembah Kelang itu turut menampilkan Liza Othman sebagai ibu.

    Mengambil peralihan masa selepas lapan tahun Nur Amina dan Adam melayari rumah tangga , Tizz menjangkakan penonton bakal dikejutkan dengan plot kisah yang lebih dramatik dan tragik hingga mengundang syahdu.

    Ditanya andai kata selepas ini menyusul lagi tawaran beraksi di layar perak, katanya biarlah satu persatu tanggungjawab diselesaikan memandangkan ada beberapa tawaran drama lain yang sudah singgah menyapa.

    Katanya, dalam bekerja dirinya sentiasa memastikan setiap tawaran tidak bertembung dengan jadual sedia ada bagi mengelakkan pihak lain menanggung kerugian sekali gus memalit cela terhadap kerjaya seninya.

    Saya mahu bertapak lama dalam bidang ini. Langkah saya baru bermula dan tidak mungkin berpatah balik hanya disebabkan kata yang tidak menyenangkan hati. Tidak perlu tamak mengaut tawaran jika di bahu sudah sedia tergalas tanggungjawab lain, ujarnya lagi yang pernah menerima tawaran merakam lagu ketika Nur Kasih mula-mula meletup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: