• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Apa Motif…Apa Faedahnya

Cerita ini dah lama ada
Adalah 3/4 hari dulu aku membacanya
Tidak ku ambil kisah pada awal berita
Namun hari ini sakit hati datang menyapa

Para wartawan mengunjungi mereka di lokasi
Sewaktu penggambaran dan sessi media sekali
Remy dan Tiz memang ada cerita sensasi
Fasha dan Maya jadi topic diskusi

Apa tak ada soalan lain yang lebih bernas hendak di tanya
Hubungan Remy dan Maya tidak sampai ke mana
Tiz pula tidak mahu bercakap mengenainya
Kenapa ini yang masih di jadikan cerita

Tiz enggan mengulas lagi tentang Fasha
Remy berkata tak ada masa nak hubungi Maya
Memang dirinya tidak pernah menyangka
Hidup sebagai artis inilah cabaran dan dugaannya

Mencari rezeki untuk diri dan keluarga
Itulah jawapan Remy pada wartawan yang ada
Tiz pula berkata Fasha tetap kawannya
Kerana Remy dan Tiz tahu bukan salah mereka

Apa yang tidak menyenangkan hati
Motif apa wartawan bertanya begini
Sejauh mana soalan begini boleh membentuk peribadi
Atau menaikan semangat dan motivasi diri

Hati jahatku mula berkata
Apa ada dengan Maya yang terkinja-kinja
Isteri orang masih lagi perasan anak dara
Hero Malaya di katakan perosak rumahtangga

Hairan juga kenapa wartawan suka melaga-lagakan
Cerita yang tidak membawa keuntungan
Di manakah ukuran kejayaan
Seandainya cerita begini yang di sogokan

Sang Pencerita tidak tahu duduk perkara
Hati ini saja yang yakin bukan salah mereka
Berhati-hatilah di lain masa
Tidak kita ketahui apa niat dan tujuan yang ada

Kenapa Fasha dan Maya diam membisu
Tidak ada yang tampil untuk membantu
Betul ke Maya…Remy itu buah hati cintamu
Sewaktu dirimu masih bergelar isteri kejadian berlaku

Wahai Fasha dah kamu dapat restu
Dari bakal keluarga mertuamu
Kalau belum janganlah nak merapu
Umumkan satu Malaysia keadaan masih lagi begitu

Sidang media yang ada untuk NK The Movie
Walaupun jalan cerita di kawal rapi
Tak bolehkah di tanya perasaan mereka ini
Membintangi filem yang meletup sebelum di tayangkan lagi

Apalah kaitannya Fasha dan Maya dengan NK The Movie
Selain dari gossip dan kononnya cerita sensasi
Tidakkah boleh di tanya perasaan mereka untuk filem ini
Persediaan yang perlu serta cabaran yang di tempuhi

Bidang seni mereka tidak mendapat berita
Cerita lain yang memenuhi ruangan bertanya
Diriku yang membaca jadi penat tak terkira
Inikan tuan punya badan di jadikan cerita

Motif apa yang ada di sebalik segala
Ketika Remy dan Tiz berada di puncak jaya
Tidak silap andainya diri ini berkata
Segalanya di rancang untuk menjatuhkan mereka

Sedih juga perasaan ini ketika membaca
Membantu keluarga adalah niat utama
Itulah kenyataan Remy setiap kali di wawancara
Pastinya Remy sedar duduk perkara

Nur Kasih menaikan nama berdua
Remy dan Tiz di sebut di mana sahaja
Lakonan serasi pasangan sepadan itulah mereka
Setahun berlalu masih juga orang bercerita

Semuga adik berdua tabah menghadapi segala
Ikhlas dan jujur pasti kebenaran di ketahui jua
Kalau bukan salah tidak usah bimbang dan curiga
Ingatlah kepada Allah Yang Maha Esa

Wartawan juga mestilah bekerjasama
Janganlah asyik bertanya hal peribadi sahaja
Di manakah bantuan dalam mencipta nama
Hanya perkara buruk nampak di mata

Hanya ini sebagai pedoman
Salah dan silap harap di maafkan
Telah berhari ku tahan kesabaran
Hari ini benar-benar menyiksa perasaan

Owned and written by : Sanaa 26/07/10

2 Responses

  1. salam san & laennyer !
    itulah namanyer wartawan brengsek
    balik2 tanya soalan macam org terencat akal & dah nyanyuk
    makan gaji buta tak payah nak dicari berita yg terbaru
    kisah dah basi maseh nak ditanya lagi
    benci 1000X benci dgn wartawan m’sia yg perasan bagus !

  2. salam

    Itu lh keja wartawan hiburan san.. bikin cerita semakin sawan.. lg layan lagi tak tahuan.. lama2 mcm teman kata naik geram tahap gaban.. hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: