• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Sembang Petang

Nur Kasih telah lama berlalu pergi
NK The Movie selesai sudah penggambaran kini
Masuk panggung lambatlah lagi
Speku banyak pula di sana sini

Anak ayam turun lima
Mati seekor tinggallah empat
Kami menunggu punyalah lama
Entah bila dapat melompat-lompat

Adam Hassan kacak bergaya
Nur Amina cantik dan manja
Suami isteri kesayangan semua
Apakah ‘sesuatu’ yang ada pada mereka

Cjoli moli kami beraksi lagi
Wahh hebat sungguh pasangan ini
Betul ke tidak ada apa-apa Remy Tizzy
Penat juga dah di teropong dan juga jampi

Hehehe peminat yang dah terlebih ini
Mengharap kasih dan sayang bersemi
Bukan hanya diri ini yang menanti
Ramai lagi sebenarnya tapi masih bersembunyi

Aidil dan Aliya di kurnia cahaya mata
Seorang lelaki seorang perempuan adanya
Lapan tahun kemudian cerita bermula
Apakah pula kemajuan Adam Hassan dan isterinya

Tidur bangun hanyalah cjoli moli
Adegan di batas sawah sumber inspirasi
Aduhai hati sabarlah menanti
Untuk mengetahui perjalanan kasih cinta hakiki

Nur Amina manja di sisi suami
Remy berkata suka dengan jalan cerita kali ini
Masih ada juga pertanyaan tentang qurbani
Harap-harapnya tidak ada watak di matikan lagi

Abang…isteri memanggil suami
Ya sayang…penuh kasih jawapan di beri
NK The Movie hanya mereka ini
Mencari “sesuatu” di alam realiti

Sedikit jalan cerita telah di ketahui
Melalui sidang media NK The Movie
Semua berkata tunggulah tayangannya nanti
Pasti penuh panggung dan berpuas hati

Ingin ku sambung semua gambar yang ada
Tapi hilanglah thrill nak menontonnya pula
Dari dulu telah diri ini berkata
Hanya kasih Adam dan Nur yang ku ambil kira

*****

Adegan di batas sawah memukau semua
Itu hanya gambar yang di sebar berleluasa
Anggau dan meroyan tak hilang rupanya
Lenyap seketika kini berapi semula

Tahukah kamu wahai Remy dan Tizzy
Watak berdua menawan hati
Semua golongan asyik ternanti-nanti
Melihat kamu berdua beraksi lagi

Paneh paneh menggamit memori
Perjalanan kasih suami isteri
Hmm untung Nur…abang Adam masak untuk isteri
Pasti tersenyum bila mengingati

Renungan tajam abang Adam beri
Sebelum bertolak ke majlis awal pagi
Hai Adam masakan ada cemburu di hati
Abang Aidil dah nak nikah sekejap lagi

Jangan pergi lama-lama…itulah pesanan di beri
Bukan pesanan…nanti abang rindu kata Adam lagi
Amboi-amboi macam pengantin baru kamu ni
Memang barupun…rahsia tersimpan rapi

Episode sedih masih ada juga lagi
Adam merenung sebelum melangkah pergi
Berat hati untuk meninggal Nur seorang diri
Kerana giliran perlu di ikuti

Badan di sana hati di sini
Hanya Nur yang mengisi kekosongan diri
Sedaya upaya tanggungjawab di penuhi
Namun hati tidak dapat di yakini

Perselisihan faham masih terjadi
Itulah adat dalam kehidupan suami isteri
Terkilan juga kerana tiada diskusi
Sehingga Adam pergi membawa diri

Putaran cerita masih ada dalam NK The Movie
Kemalangan keretapi yang telah di bocori
Apakah malang nasib cjoli moli
Tidak habis di rundung malang hingga kini

Sang Pencerita berputar dengan memori
Adam dan Nur menghiasi blog ini
Makin banyak spekulasi yang di beri
Biarlah ku angan bahagia cjoli moli

Semuga idea tercetus lagi
Untuk ku anggan bahagia pasangan ini
Fikiran kelam sejak semalam lagi
Idea yang hadir juga tidak berapi

Hehehe sang pencerita mohon diri
Untuk melaksana tugas yang menanti
Akan ku skodeng merpati dua sejoli
Manakah tempat pertemuan mereka malam ini

Owned and written by : Sanaa 27/07/10

4 Responses

  1. salam buat semua teman ku di sini…

    hari ni ku skodeng lagi
    utk tahu cerita terkini
    cerita apa lagi kalau bukan nk the muvie
    yg ada our cjoli moli..hehehe

    ku lihat di sawah sana
    ada lelaki dan perempuan tua
    yg lelaki tu tgh hisap rokok or curut nampaknya
    watak aidil atau adam x ku pasti pula

    ………………………

  2. Remy Ishak pening dikatakan cerewet dan dikaitkan dengan Maya Karin

    BELUM reda dengan tohmahan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Maya Karin, Remy Ishak kini terpaksa berdepan pula desas-desus kurang menyenangkan yang mengatakan dirinya semakin cerewet atau demand apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular.

    Baginya trofi yang diterima pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009) April lalu adalah amanat dan penghargaan daripada peminat supaya dia lebih gigih bekerja, bukan tiket untuk membangga diri, jauh sekali mendabik dada mengharapkan ganjaran lumayan. “Nawaitu saya berada dalam bidang lakonan adalah untuk mencari rezeki. Itu saja. Apabila sudah dikenali begini, saya bersyukur. Tiada sekelumit pun rasa riak atau mahu menunjuk-nunjuk. Siapalah saya untuk meminta-minta dibayar tinggi kerana saya masih sedar diri. “Perjalanan kerjaya saya masih panjang. Jika saya demand tidak tentu pasal, pasti tidak ada pengarah yang berani menawarkan peluang (berlakon). Lebih baik mereka ambil saja pelakon lain,” katanya ketika ditemui ketika penggambaran filem Nur Kasih di Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini.

    Riak kesal jelas terpancar di wajah pelakon berusia 28 tahun itu tatkala satu persatu gosip dilempar terhadapnya, malah apabila diaju perihal Maya Karin yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengannya, Remy sekadar senyum dan memberikan komen ringkas.

    Masakan tidak, perihal dirinya dikhabarkan intim dengan bintang Pontianak Harum Sundal Malam kembali hangat sebaik saja Maya dan bekas suaminya, Muhammad Ali Abdullah @Steven David Shorthose disahkan bercerai pada 16 Julai lalu, sekali gus membuatkan nama Remy ‘naik’ semula.

    Pastinya gosip seperti ini agak memeningkan Remy. Tambahan pula dia dan Maya seolah-olah seperti ada keserasian apabila digandingkan dalam filem atau teater.
    Jelasnya ringkas, walau berada di bawah bumbung pengurusan sama iaitu Satu Entertainment Sdn Bhd, mereka tidak pernah berhubungan semata-mata untuk berbual kosong, apatah lagi keluar bersama hingga boleh menimbulkan ‘cakap-cakap belakang’.

    “Dulu mungkin orang nampak kami akrab sebab kami bekerja dalam produksi sama, tetapi selepas ia selesai, kami belum pernah lagi terserempak di mana-mana. Malah tiada sebab untuk kami berhubungan kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

    “Sebagai rakan, saya hanya mendoakan yang terbaik untuknya (Maya Karin). Tumpuan saya kini hanyalah kepada penggambaran filem Nur Kasih yang sudah hampir siap 100 peratus,” ulas bekas kakitangan hotel yang sudah empat tahun bergelar pelakon.

    Remy dan Maya pernah dikatakan mempunyai hubungan peribadi apabila mereka dilihat intim ketika berlakon dalam teater Natrah disusuli penggambaran filem arahan Osman Ali, Cun yang memanaskan lagi kisah keakraban luar biasa mereka. Terdahulu, kedua-duanya dipertemukan dalam filem Anak Halal, juga garapan Osman Ali.

    Bakat lakonan anak kedua daripada empat bersaudara itu sebenarnya mula dikesan oleh Osman Ali ketika menghadiri uji bakat untuk filem Akuarium Cinta pada 2006, namun ia belum ditayangkan dan kemudian ditawarkan membintangi Anak Halal serta beberapa drama, namun dilabel hero baru selepas menyerlah dalam Nur Kasih.

    Nyata siri Nur Kasih memberi impak besar dalam kerjaya seninya apabila membolot gelaran Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2009 dengan menewaskan pelakon senior yang sudah beberapa kali dicalonkan.

    Sementara itu, bicara empunya nama Mohammad Zalimei Ishak kembali rancak tatkala menyentuh pembikinan buah tangan Kabir Bhatia yang turut mengambil lokasi Jordan, Putrajaya serta sekitar Lembah Klang sebagai latar filem terbabit.

    Baginya, watak Adam yang digandingkan bersama Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah semakin sarat dengan himpitan emosi dan mainan perasaan, malah pelbagai debaran dijanjikan menanti khalayak hingga sukar untuknya ‘menyimpan’ kejutan.

    “Kalau boleh saya hendak ceritakan semua perjalanan emosi keluarga Adam terutama kehidupannya bersama isteri tercinta, Nur Amina selain hubungan mereka dengan abangnya, Aidil lakonan Fizz Fairuz yang kali ini menjadi bapa tunggal kepada dua cahaya mata.

    “Tetapi biarlah ia menjadi kejutan ramai hingga tayangannya yang dijangka awal tahun depan. Apa pun dengan skala lebih besar dan plot cerita yang bertambah tragik, selain sinematografi cantik terutama babak di Jordan, ia pastinya tidak mengecewakan,” kata anak jati Melaka itu.

    Mengimbas semula pengalaman menjalani penggambaran selama sembilan hari di Jordan bermula 25 Jun lalu, Remy menjelaskan cuaca kering dan panas tidak menghalang krew serta pelakon menyelesaikan kerja mereka mengikut jadual ditetapkan.

    Begitupun, keringat yang dicurah sepanjang 36 hari penggambaran dengan babak terakhir pada 23 Julai lalu di lokasi rumah ibu Adam lakonan Liza Othman dirasakan berbaloi apatah lagi dapat bekerjasama semula dengan Kabir Bhatia serta barisan pelakon lain.

    “Ketika penggambaran Arjuna tempoh hari saya ‘berkampung’ tiga bulan di dalam hutan dan kali ini sepenuh perhatian saya tumpukan untuk Nur Kasih. Setiap produksi membawa pengalaman berbeza sekali gus mematangkan saya untuk lebih serius bekerja,” akuinya yang lebih suka memerap di rumah apabila bebas dari jadual lakonan

  3. cjoli moli gelaran di beri
    utk pasangan remy dan tizzy
    biar bertahun NK masih cakap sana cakap sini
    virus ini tak dapat di ubat lagi
    N1K1 aka R1T1 meresap inifinity….

    hi san….gelihati juga bila kita tak pernah tak lupa adengan cjoli moli ne….
    sampai bila berhenti??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: