• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Jom Sembang-sembang

Nur Kasih The Movie banyak sudah spekulasi
By the time masuk panggung bermacam versi di ketahui
Banyak telah ku dengar dan skodeng sana sini
Namun kemalangan keretapi tidak aku sukai

Kabarnya Moli juga terkorban akhirnya
Tak pula ku dengan bagaimana cerita
Aidil dan Nur berumahtangga
Inikah Nur Kasih yang di nantikan semua

Walaupun tiada satu kepastian
Cakap orang juga mesti di dengarkan
Kesabaran semua dalam penantian
Melihat Adam dan Nur dalam kebahagian

Kalaulah benar Nur Amina menjadi ibu
Ayahnya Aidil ada orang memberitahu
Cukuplah sekadar ini yang ku ambil tahu
Nur Kasih The Movie tidak akan ku tunggu

Speku yang ada membuatku resah segala
Kenyataan Remy pula suka pada cerita
Apakah perginya Adam membawa bahagia
Setelah hidup bersama Nur Amina isteri tercinta

Kemalangan dan keretapi lambang cerita ini
Sejak dahulu hingga di bawa ke movie
Wahai Dodin inikah yang ingin kita lihat nanti
Diriku dan dirimu pasti kecewa tidak bertepi

Skodeng Sup memberi segala inspirasi
Ahli nujum berasap sehingga subuh hari
Andaikata kesedihan di penghujung penantian ini
Lagilah panjang anganku untuk joli moli di sini

Nur Kasih mendapat rating tertinggi
Kerana itu di buat pula Nur Kasih The Movie
Kesinambungan Adam dan Nur menjejak cinta hakiki
Akhirnya berkorban kasihkah juga lagi

Di awal pagi telah ku lakarkan
Rasa tidak puas hati asyik dengan kemalangan
Ingin ku lihat Adam dan Nur mencipta kejayaan
Menjelang tengahari terpaksa ku batalkan

Diriku berfikir terlalu awal untuk mengata
Filem baru habis shootingnya sahaja
Namun sebaran cerita yang berleluasa
Menambah sakitnya hati ketika membaca

Nak ku hindar tak boleh juga
Kerana diri ini yang ingin mencari segala rahsia
Dengan harapan bukan sad-ending yang ada
Rupanya diri ini akan lebih kecewa

Kenapa tragedi yang meragut nyawa
Mematikan watak dengan mudah sahaja
Adakah itu trademark untuk cerita mereka
Mira penulis script dan Kabir pengarahnya

Pantun tidak cukup untuk meluahkan rasa
Mungkin terpaksa jua ku menulis rencana
Akan ku fikir dan lihat info yang ada
Benar atau tidak kita cari bersama

Uda dan Dara Cjoli Moli ku jejaki
Moli ada script reading untuk teater kali ini
Cjoli mungkin masih berehat lagi
Ingin ku selam perasaan mereka untuk the movie

The Movie atau tidak cjoli moli cerita ku teruskan lagi
Keluarga bahagia menjalani kehidupan sehari-hari
Masalah cabaran dugaan adalah kamus diri
Cekal dan tabah dalam menghadapi

Panjang sungguh waktu the movie
6/7 tahun hingga 40 tahun di akhiri
Tentulah banyak yang berlaku di sini
Di manakah akhirnya cinta hakiki

Romeo and Juliet Laila Majnun epic lama
Berkorban cinta tanpa usul periksa
Versi bertukar mengikut zaman dan masa
Yang mana satu pilihan filem kita

Kejutan excitement pasti ada
Itulah sebabnya orang asyik bercerita
Tiba-tiba hati ini jadi tertanya-tanya
Heboh orang berkata kerana cerita atau pelakonnya

Remy dan Tiz antara pelakon utama
Gandingan mantap cerita masih menyala
Nur Kasih adalah permulaan mereka
Hingga ke movie mereka memburu cinta

Apalah pula spekulasi yang ada hari ini
Norman Hakim dan Rahim Razali di lihat di sini
Siapakah mereka dalam Nur Kasih The Movie
Marilah kita skodeng sehingga jawapan di beri

Tadi ku lihat cjoli moli gembira di hati
Dapat bertemu untuk makan tengahari
Lebih baik ku skodeng mereka berdua ini
Anggau dan senggeh senyum tak henti-henti

Hai sang pencerita kau lupalah The Movie
Buat penat tayanganpun lambat lagi
Kalaulah cjoli moli bernikah hari ini
Pasti masa preview dah ada zuriat di beri

Hahaha besar sudah mataku ini
Bila berangan untuk cjoli moli
Nanti ku bertafakur teropong sana sini
Activiti mereka dan kasih yang bersemi

Setakat ini sembang-sembang yang ada
Kita sambung di siang hari pula
Awal pagi cerita ada takut merapu adanya
Ku tunggu Sup beri lapuran semasa

Owned and written by : Sanaa 28/07/10

2 Responses

  1. salam semua…

    hai dodin..ekau pergi ke mana?
    ku tunggu komen mu di blog sanaa
    sibuk agaknya yaa..
    smpi x sempat curi kabel mcm red saja…haha

    sup pun sibuk juga
    nak buat mcm mana..tgjwb byk maa
    tp sempat sup skodeng juga
    utk tatapan teman semua

    rasanya rahim razali..aidil masa tua
    sebab setia dgn baju putihnya
    nur pulak tuanya emak aziz m osman punya muka
    adam x nampak pula

    ada watak nama mamat dan julia
    di bwk oleh munif dan sara
    budak liar dibimbing cikgu adam dan nuramina
    tp bila tua mamat jd norman hakim pula

    behind the scene pun best juga
    adam dok borak ngan nur amina
    byk sungguh topik mereka yaaa…
    x taulah kot2 kebetulan aja…hahaha…

    good day frens…

  2. salam san..

    hahaha san betul kata mu lg
    Diriku dan dirimu pasti kecewa tidak bertepi
    dh ku agk klu masuk bab ketapi
    mesti ada yg tak berkenan dihati..hihihi

    klu ada yg kena mati
    biarlh jng sijolimoli
    nnt meluat bkn sj NKTM
    habih semua cite melayu diboikot nnt

    apa hal plk Norman Hakim dan Rahim Razali.. kn meka ni tak buat cite2 mcm ni..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: