• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Apa Yang Tak Kena Lagi

Berita terbaru yang di lapurkan
Remy Ishak meletak bayaran
Setelah anugerah di berikan
Hubungan dengan Maya masih jadi sebutan

Mungkin ada silapnya di sini
Walaupun Remy dah nafi berkali-kali
Cerita masih juga terkeluar lagi
Mesti ada benda yang wartawan cari

Nur Kasih melonjakan nama
Controversi pun datang melanda
Cerewet dan demand perkara biasa
Namun tidak perlu mendabik dada

Perangai manusia berbeza-beza
Ramah sangatpun jadi bahan cerita
Duduk diam orang kata sombong pula
Itulah cerita sebenarnya

Sang Pencerita yakin Remy berkata benar
Mencari rezeki bidang lakonan di bayar
Setiap drama baru ada yang di belajar
Masih tak tahu kenapa wartawan mengejar

Nur Kasih masih puncanya
Remy dan Tiz permulaan segala
Adam dan Nur nama mereka
Suami isteri cantik di pandangan mata

Tiada pelakon yang mencipta nama
Mendapat liputan di mana sahaja
Selepas mereka perkataan serasi di guna
Walaupun chemistry tak nampak di mata

Duduk berdua manis sahaja
Speku banyak masih tak mengena
Gossip di reka untuk mengumpan mereka
Supaya melatah tercetuslah cerita

Remy dan Tiz teman sejati
Mata yang melihat cemburu tidak terperi
Lakonan atau realiti cantik sekali
Kedua mereka tidak mengejar publisiti

Siapa yang tak bengang hari-hari mereka di puji
Tiada pelakon sehebat mereka ini
So call heroine sibuk persiapkan diri
Untuk mendapat gelaran pasangan secucuk serasi

Gempar gempur di sana sini
Supaya sahabat sejati tampilkan diri
Mempertahankan maruah sesama sendiri
Supaya senang di gossip mereka ini

Dah berbagai cara di lakukan
Pasangan serasi tidak mempedulikan
Melatah tidak dengan kerenah wartawan
Hubungan erat tetap di jalinkan

Andaikata mereka mengaku
Pasti semua datang terburu-buru
Mencari fakta untuk di speku
Majalah dan akhbar habis laku

Cukup-cukuplah tu wahai wartawan
Bidang kerja juga ada sempadan
Janganlah asyik mencari benda yang bukan-bukan
Hal peribadi tidak perlu di hebahkan

Sepandai-pandai tupai melompat
Akhirnya jatuh ke tanah jua
Kalaulah benar apa yang di umpat
Kebenaran pasti terbukti jua

Carilah bahan berita yang membina
Membuka minda membentuk peribadi mulia
Jangan hanya berhenti di bulan puasa
Gossip yang lahir banyak mudharatnya

Artis dan wartawan saling memerlukan
Janganlah asyik duduk bercakaran
Tuding menuding buruknya amalan
Berat sebelah juga jangan di pratikkan

Sama-samalah kita ambil ikhtibar yang ada
Jauhi segala elakkan sengketa
Pohon bergoyang kerana angin yang menuipnya
Jagalah budi pekerti supaya orang tidak mengata

Nak anggau meroyan datanglah sini
Di sini semuanya senyum sendiri
Tiap-tiap hari terapi diri
Tak usik tak kacau hanya happi

Owned and written by : Sanaa 29/07/10

3 Responses

  1. salam san
    RI asyik menafikan ttg hubungan dgn MK
    situasi yg sama dgn UN menafikan dari awal2 lagi
    last2 ada aksi pukol memukol barulah terbongkar rahsia mrk
    mungkin benar mrk mempunyai hubungan who knows ?
    lagi pulak dengar2nyer ‘natrah’ akan kembali dipentaskan bulan nov nie ! tengoklah nanti !!!!!!!! tapi ai tak sanggup nak dengar jika benar2 RI & MK ada sesuatu ! hu hu hu nanges larrrrrrrr

    • wa-salam yatty

      siapalah yang sanggup mendengarkannya
      tapi siapakah kita untuk menidakannya
      hati ini saja yang meletakan keyakinan
      RI bercakap benar tiada hubungan

      tak sangguppppppp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: