• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

Only You

Seharian ku teropong sana sini
Apalah kabarnya cjoli moli
Dengarnya moli ada script reading hari ini
Airmata Salina teater nama di beri

Joli pula senyap dan sunyi
Mungkin berehat seminggu ini
Sebelum bermula agenda sendiri
Apakah drama dan lakonannya lagi

Uda dan Dara saling rindu merindui
Jarang berjumpa dalam minggu ini
Jadual yang ketat mesti di patuhi
Kalau tidak marah pula aunty erma nanti

Siapakah heroine untuk teater ini
Kalaulah Joli pasti senggehku hingga ke pipi
Hmm…tapi tidak ada pula ura-ura yang di beri
Sampai hati Moli tinggalkan Joli seorang diri

Hahaha Moli ketawa geli hati
Bukannya tinggalkan Joli seorang diri
Lebih senang kalau Joli heroinenya nanti
Joli dah masak dengan perangaiku ini

Aduh aduh diriku terlambat lagi
Janji nak telefon Joli untuk makan tengahari
Pecut kereta jam tak ku peduli
Wahai sayang abang on the way dah ni

Joli pula duduk seorang diri
Telefon tak di jawab jadikah nak makan tengahari
Dah tahu jadual ketat nak berjanji juga lagi
Sabarlah hati dengan perangai kekasih ku ini

Moli termengah-mengah di hadapan Joli
Abang tak lambatkan wahai buah hati
559 saat lambat juga lagi
Never on time itulah Moli

Muka dah merah janganlah marah
Sayang tak marah abang yang gundah
Hmm abang tahu…sayang memang pemurah
Dengan senyum dan tawa…jiwaku parah

Jemputlah masuk wahai kanda
Telah ku siapkan hidangan di atas meja
Eh telah kanda tempah meja di sana
Kenapa tak cakap dinda masak untuk kita

Cukuplah tu dengan mengada-ngadamu
Tiada cameraman dan reporter nak speku
Kanda tak kemari kalau mereka tahu
Kecuali kanda yang memberitahu

Cubitan juga hinggap di telinga
Dara geram di piatnya sepenuh tenaga
Aduh, ohh, oww cukuplah tu wahai dinda
Ampun dan maaf jua kanda pinta

Telinganya merah di gosok berkali-kali
Sampainya hatimu wahai joli
Apa nak buat cintaku dah terpateri
Hanya di kau di hati ini

Senyuman manis wajah ayu
Hilanglah rinduku seminggu yang lalu
Terima kasih kanda pujaan kalbu
Jemput makan janganlah malu-malu

Moli makan berselera sekali
Maklumlah Joli masak hari ini
Dalam kepala asyik dok mencari
Alasan untuk di beri pada aunty erma sekejap lagi

Moli memberi senyuman manja
Sedapnya masakan dinda
Kalau begini sepanjang masa
Alamatlah diriku tak payah kerja

Senyuman di balas dengan tawa
Dinda tahu kanda sedang mencari idea
Untuk tidak kembali ke tempat kerja
Moli tersenggeh rahsianya terbongkar juga

Masakan Joli enak di makan
Begitulah agaknya rutin harian
Jumpa di luar bimbang kelihatan
Oleh wartawan yang dahagakan lapuran

Menikmati makanan sambil bercerita
Cjoli Moli di alam bahagia
Semuga angan menjadi nyata
Bahagia mereka bahagialah kita

Diri ini masih ketandusan
Idea bernas dan memberangsangkan
Hanya ini yang dapat ku reka
Semuga yang lebih bernas akan menjelma

Owned and written by : Sanaa 29/07/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: