• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • Archives

No More Lonely Nights

No more lonely nights
No more lonely nights
You’re my guiding light
Day or night I’m always there

Nur hanya duduk memerhati
Suaminya menyanyi tidak henti-henti
Nur berdiri di hadapan pun tidak di sedari
No more lonely nights di nyanyi sejak tadi

Nur menepuk bahu…how long have you been lonely
Nur bertanya dengan selamba sekali
Hehehe tak ada sayang..itu lirik lagu yang di beri
Bestkan musicnya marinya kita nyanyi

Adam sudah tidak sedar diri
Jangan rahsia bocor matilah dia kali ini
Orang perempuan kalau dah mengesyaki
Alamatnya bagai gunung berapi meletup nanti

No more lonely nights Adam sebut lagi
Ambil tuala langsung masuk bilik mandi
Sorry sayang jom kita mandi sama
Rindulah pulak nak mandi berdua

Sakit lagi abang ni agaknya
Isteri dah ada dua masih nak mengada-ngada
Ishh Ishh isteri abang menuduh tanpa usul periksa
Hanya diri mu sahaja buah hati kanda

Ialah…depan Nur pijak semut pun tak mati
Hanya di sini segala permintaan di penuhi
Betul tu sayang…hanya diri mu yang mengetahui
Segala keinginan dan kehendak hati ini

Senggeh Adam menjadi-jadi
Mesti di pujuk kalau tidak kempunan nanti
Kalau kena catu aku juga yang rugi
Balik sana aku jadi tukang cuci

Jom sayang bilik mandi kata mari
Nur pula kata abanglah pergi
Banyak lagi kerja nak di urus di sini
Sejak abang dah ada dua bini

Eh eh apa yang Nur melalut ini
Sejak bilalah abang ada dua bini
Hari-hari abang duduk terperap di sini
Dah putih rambut ni…tak mungkin abang kawin lagi

Abang memang suami mithali
Dalam senyap abang buat kerja ini
Patutlah sekarang keluar sembunyi-sembunyi
Pulang pula lewat malam nanti

Sayang abang jangan tuduh yang bukan-bukan
Abang keluar kerja cari makan
Memang abang keluar dengan lain tujuan
Terlebih kenyang hingga hilang haluan

One two three four apakah kesannya ini
Dah tua masih tak sedar diri
Rumah kata pergi kubur kata mari
Ini rupanya kerja abang…menipu isteri

Lahh itu kesan sos tumpah tadi
Ciumlah Nur..baunya pun macam maggi
Isteri abang ni menuduh tanpa bukti
Berdosa tau…buat begitu pada suami

Ohhh Nur buat berdosa
Apa pula hukum yang abang guna
Abang kesian sebab dia janda
Anak dua nanti boleh jadi menantu kita

Apa abang cakap…ulang sekali lagi
Errr tak ada apa pipi Nur merah berseri
Nur piat telinga sekuat hati
Adam menjerit terlolong tidak di peduli

Tak Nur tak Nur…ampun ampun
Adam menjerit meronta-ronta
Nur tidak menunjuk belas juga
Jangan Nur jangan bila sebilah pisau nampak di tangan

Abang…abang…bangun bang bangun
Adam melompat lalu terjun
Nur menepuk tangan di hayun
Menahan diri…ampun ampun

Abang abang…badan di pukul perlahan-lahan
Mengejut Adam yang masih dalam igauan
Adam memandang nampak ketakutan
Mengucap panjang peluh bercucuran

Air di hulur Adam terima
Mimpi apa sampai begini gaya
Adam terdiam tak tahu nak cakap apa
Memandang sekeliling baru merasa lega

Adam masih dalam debaran
Nasihatkan kawan bawa dalam igauan
Tidurlah bang esok saja kita bincangkan
Pujuk Nur isteri kesayangan

Nur tidurlah dulu
Adam masih merasa kaku
Kenapa mimpi sampai begitu
Tidak ada niatpun untuk menambah lagi satu

Orang kata mimpi sebagai tanda
Lawak dan jenaka mungkin ada benarnya
Jangan main-main orang tua berkata
Terkena nanti buruk padahnya

Ini seloka di hari ini
Adam cinta Nur memang kita ketahui
Mimpi di beri supaya berhati-hati
Jangan ada niat hendak menipu isteri

Cerita P Ramlee banyak erti
Itu sebab di tonton hingga kini
Apakah NKTM akan mewarisi
Lagenda P. Ramlee untuk abad ini

Sama-samalah kita nanti
Sejauh mana NKTM dapat menandingi
Kehebatan cerita tanpa teknologi
Kekal bercerita hingga hafal script sekali

Owned and written by : Sanaa 31/07/10

2 Responses

  1. san & dee,
    era baru abad kini
    lagenda cJOLI MOLI nama di beri
    atau pun Remy & Tizzy
    kalau tak percaya
    tengoklah nanti
    nama tu terpahat kat sana sini…

    cuba search engine cjoli moli
    kat google moh cari
    pasti berderet-deret sampai wikipedia pun kita boleh jejaki
    hi lovely dovey….inifinity…

  2. salam san

    betul2 ..w/pun minat ku krg pd cite p.ramlee
    tp kehebatannye ku dengar smp kini
    apalh rahsia filem tanpa teknologi ni
    smp skrang disebut2 tak henti2

    mungkin itulh rahsia filem
    bila dibikin utk ditonton
    jgn difikir sukusakat or kronism
    ikut je peredaran jgn jd bodoh sombong

    hafal scrip sdh semesti
    ayat keramatnye ingat smp la ni
    scean romantik plk angau tak bertepi..hihihi
    itulh kehebatan drama abad ini
    NK.. blh ke ditandingi dek NKTM sendiri..?

    drama Nk ada jg ciri ni
    miliki penonton n fenomenanya sendiri
    yg dibimbangi NKTM nnt
    adakh dpt memenuhi selera penonton mcm kita ni..?

    red n sup tlg sambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: