• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Cjoli Moli Day Out

Uda dan Dara saling merindui
Mungkin jarang berjumpa sehari dua ini
Dah ku teropong banyak kali hari ini
Rasanya dua-dua busy

Masa di Jordan banyak cerita ku perolehi
Kembali ke Malaysia akal ku terus terkunci
Agaknya ramai sangat yang dengki di sini
Teropong ku asyik malap dah berhari-hari

Sup sekejap ada sekejap tak ada
Dodin dah dua hari tak singgah juga
Apple dan Seh banyak pula kerja
Hmm manalah mereka semua…hari ini Red saja

Telefon berbunyi sms rupanya
Jom main bowling message yang tertera
Kalau nak kanda ambil sekarang juga
Setengah jam pasti kanda tiba

Best juga kata Dara
Oklah kanda datanglah segera
Dinda tunggu tapi janganlah lupa
Tidak sayang…itulah jawapan yang di terima

Orang ramai sewaktu mereka tiba
Uda dan Dara rasa semacam pula
Kenapalah orang melihat begitu gaya
Macam alien pula mereka terasa

Senyum manja di beri pada semua
Mereka datang nak main bowling juga
Janganlah pandang begitu gaya
Kami juga manusia biasa

Comel putih ayu itulah Dara
Mungkin ada yang tidak berkelip melihatnya
Kacak tampan segak jejaka…itulah Uda
Masakan orang tidak memandang mereka

Setahun yang lalu ramai yang berkata
Berdiri berdua nampak serasi bersama
Gambar di tangga itulah tanda
Kasih suami pada isteri tercinta

Your turn sweetheart…Uda berkata
Ternganga mulut orang mendengarnya
Tentu semua ingin memasang telinga
Untuk mendengar apa lagi yang mereka kata

Uda dan Dara hanya senyum memerhati
Idea di cari untuk gimmick seterusnya nanti
Uda suka menyakat penonton di sini
Nak sangat…meh ku tipu hidup-hidup hari ini

Bisik-bisik kedengaran di sini sana
Betul ke apa di dengar oleh mereka
Janganlah berdiri saja
Marilah kita main sama…Uda mempelawa

Ramai pula yang volunteer diri
Dara meneruskan permainannya kini
Biarlah Uda uruskan semua di sini
Seorang lelaki seorang perempuan…peluang di beri

Dara main dengan teliti
Seorang dua duduk memerhati
Terror juga si buah hati
Kata Uda sambil tersenyum sendiri

Mata yang memandang mencari erti
Senyuman berdua nampak berseri
Apalagi alasan yang boleh di beri
Kecuali mataku memang telah di kaburi

Mereka masih lagi bermain berdua
Penonton mereka bertambah ramai pula
Marilah main sama…pelawa Dara kali ini
Janganlah hanya asyik memerhati

Seorang perempuan seorang lelaki
Dua pasangan menunjuk skill tersendiri
Uda dan Dara pula memerhati
Seronok mereka tidak terperi

Permainan berlangsung dengan gembira
Kemenangan milik Uda dan Dara
Ramai pula minta autograph mereka
Layanlah sayang nanti merajuk pula

Tadi sweetheart ini sayang
Betulkah…atau telingaku yang goyang
Balik nanti pasti ku ulang tayang
Mencari kepastian untuk novel ku yang akan datang

Terima kasih kepada semua
Sampai di sini dulu pertemuan kita
Ada masa kita berjumpa semula
Gimmick Uda…tangan di hulur Dara menyambutnya

Banyaknya lensa camera
Manja Dara di sisi Uda orang berkata
Dah ku bilang sejak dulu kala
Boleh ke percaya tak ada apa-apa

Sepanjang jalan mereka di sapa
Uda dan Dara murah senyuman mereka
Lagilah manis tidak sombong pula
Uda dan Dara menawan hati semua

Di gerai makan begitu juga
Camera di click ketika mereka bercerita
Macam dalam filem saja lagak mereka
Uda dan Dara lupa agaknya di mana mereka berada

Banyaknya kanda order hari ini
Boleh habis ke semua sekali
Selagi tak habis kita duduk di sini
Tak boleh jalan kanda dukung nanti

Tajam saja telinga yang ada
Lagilah suka Uda buat cerita
Senggehnya sampai ke telinga
Dara memandang dengan ketawa

Entah apa di guraukan mereka
Ketawa kecil kedengaran sekali sekala
Opps…Uda lupa di mana mereka
Hidung Dara di cuit dengan manja

Itulah kalau ikhlas menerima
Tidak perlu berpura-pura
Mencubit adalah trademark si Dara
Terlepas juga bila Uda mengusiknya

Perhatilah sepuasnya…kata mereka
Kami juga insan biasa
Berkawan bercerita melepas sesak di dada
Bukan selalu dapat keluar bersama

Apakah akan tiba masa
Untuk sang pencerita bertemu mereka
Pasti seronok dapat bersua muka
Ingin juga ku perhatikan lagak berdua

Beranganlah kamu sang pencerita
Kalau berjumpa berkajang pula pantun yang ada
Mungkin lidah ku kelu untuk berkata
Jariku kaku untuk menaip pula

Hehehe seronok berangan di pagi hari
Pantun berjela tiada isi
Ok kawan-kawan ku mohon permisi
Jangan lupa sarapan pagi ini

Owned and written by : Sanaa 02/08/10

4 Responses

  1. si joli n moli mnjadi bahan
    dah setahun sentiasa mnjadi pilihan
    csi dok diam sendirian
    nak cari jejaka idaman cam adam hassan..
    hahahahahahaahahahaha

    ideamu mmg dinanti
    walaupun apple n seh mnyepi
    blogmu pasti ku singgahi
    bz ku kini manjadi jadi
    dek kerana paperwork menggunung tinggi

    teruskan nukilanmu jgn dihenti
    NKTM ttp setia ku nnti
    ape pun spekulasi yg ku dengari
    setiaku pada joli n moli ttp utuh disini
    selagi kak san teruskan misi..hihihihi

  2. salam buat teamn semua…

    pejam celik pejam celik..dah nak puasa kita
    masa berlalu dengan pantasnya
    teringat tahun lepas punya cerita
    dok bersahur sambil mata tgk NK the drama..hahaha

    sanaa jgn worry..sup, red and dodin sentiasa ada kat sini
    teman mu setiap hari
    kdang2 kat blog..kdg2 kat email kita kongsi
    kalu dok diam tu sbb terlampau bz..hehehe..

    bak kata dee..dah setahun kita dok cerita
    cjoli moli lekat di hati dan mata
    tak tau bila nak habis angaunya
    tgk cjoli pasti teringat moli dan sebaliknya…hahaha

    buat sup hanya satu ubatnya
    hehe…nasi minyak dari cjoli moli kita
    kompem demam blh cure smpi bila2
    ku sengeh smpi x ingat dunia…haha..

    good day my luvly frens…

  3. salam san n red

    wahai sang pencerita don’t worry
    dodin sentiasa ada hari2
    menemani mu pagi2 lg
    cuma teman jd peminat silence kini

    hihi..teropong sakti dh tumpul kini
    balik sini pun dh x leh dibolosi
    depa simpan cite dlm peti besi
    smp mati akai pencerita kami..

    pagi2 senyum sendiri
    teringat cerita joli moli
    tp skrg dh tak dak cerita terkini
    merapu2 pun blh jadi..hihihi

    dulu2 joli moli kini uda dan dara
    semuanye cerita mereka
    nmpk je tak de ape2
    tp dh setahun kita bercerita..
    percaya or not dh nk raya plk..hahahah

  4. Hujan lebat membasah bumi
    Dari semalam belum berhenti
    Hai San betul2 inspirasimu tinggi
    Pagi2 dah buat Red gelihati..dengan pantun buat Cjoli Moli

    Selamat bertugas….semua..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: