• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Amina Sophea…2 Tahun

Sudah lama tidak bercerita
Amina Sophea yang comel dan manja
Puteri Adam dan Nur satu-satunya
Menjejak usia dan pandai pula

Nakal ayah manja ibu tidak di nafi
Mata besar comel cute semua sekali
Pengarang jantung buah hati Adam kini
Menjejak usia makin petah lagi

Terkedek-kedek berlari sana sini
Bersama abang bermain dan berlari
Mari adik kita main gusti-gusti
Ketawa Sophea memecah sunyi

Ayut ayut Sophea meminta
Hanya abang dan Kak Sulis tahu makna
Kadang-kadang ibu juga salah meneka
Kasut di tunjuk hendak keluar sana

Bubur di makan sedap sekali
Senyum di beri ada lesung pipit di pipi
Keletah Sophea tak pernah sunyi
Keluarga bahagia kasih bersemi

Tuala busuk ada di tangan
Di pegang di cium dalam keasyikan
Hand hand itulah gelaran
Mesti ada bila hendak di tidurkan

Ibu susah hati bila ayah keluar negeri
Tidurkan Sophea memang susah sekali
Manja ayah tidak terperi
Ayah saja yang meniti di bibir hari-hari

Cucu Tok comel dan manja
Geram sentiasa melihat aksinya
Akit akit mengadu pada Tok pula
Terlanggar kerusi yang di depan mata

Puhh puhh Tok menjampi
Sophea senyum ketawa geli hati
Acih kata Sophea sebelum pergi
Alahai cucu Tok yang baik budi

Adik-adik mari kita tengok tv
Sophea geleng…tatak di panggil berkali-kali
Kakak…Aliesya betulkan lagi
Tatak kata Sophea sambil senggeh nampak gigi

Ayah ayah Sophea mencari
Merengek manja lalu merebah diri
Kenapa sayang ciuman ayah beri
Leher ayah di paut merengek juga lagi

Nak apa sayang…tanya ayah lagi
Susu kata Sophea botol di beri
Abang mengusik Sophea menangis kini
Janganlah bang…adik lapar dah ni

Amina Sophea menjejak usia
Dua tahun bulan August ini
Lagilah pandai Sophea dalam serba serbi
Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa

Hehehe…abang usik juga lagi
Ergg lagi kuat Sophea berbunyi
Dah nak tidur memang begini
Ayah ada lagilah manja Sophea menjadi-jadi

Manja ayah ada hadnya juga
Kalau degil rotan dah sedia ada
Walaupun jarang ayah guna
Anak-anak takut juga bila ayah menyinga

Ayah membelai Sophea terleka
Mata dah kuyu susu dah habis juga
Di pangkuan ayah Sophea terlena
Membetulkan duduk supaya selesa

Anak-anak harta Adam di dunia
Doanya supaya mereka jadi anak berguna
Mendidik mereka tidak Adam lupa
Itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa

Nur isteri dan permaisuri hati
Adam bersyukur dengan segala rahmat di beri
Alangkah indah keluarga bahagia ini
Ambillah ikhtibar walaupun hanya ilusi

Terima kasih rakan dan taulan
Atas sokongan dan semangat yang di berikan
Doa yang ada tidak akan ku lupakan
Hanya Allah membalas segala keikhlasan

Sehingga kita bertemu lagi
Di lain cerita lain lokasi
Adam dan Nur tetap di hati
Semuga ku jumpa adakah rahsia dan resipi.

Owned and written by : Sanaa 06/08/10

2 Responses

  1. tak sangka c princess ayah dah 2 tahun….
    ……………….

    happy birthday…

  2. salam akak…..

    sophea anak comel dan manja
    happy besday aunty ucapkan kerna menginjak usia
    moga sentiasa dilindungi Yang Maha Kuasa
    membesar menjadi anak yang berguna

    hmmmm…bila nukilan dibaca dengan penghayatan
    terbayang kemesraan dan kebahagiaan
    terlakar senyuman diwajah setiap teman
    teringat pasangan serasi dan sepadan…heπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: