• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Bual Kosong

Hari Sabtu penuh acara
Penat letih namum gembira
Di Bangi acara bermula
Sehingga malam hari asyik makan sahaja

Seronok campur gembira berjumpa saudara
Heboh bercerita ada gosip juga
Holiday barang kemas baju serta kuih raya
Bual kosong sambil menikmati makanan yang ada

Rakan taulan saudara mara di rai
Majlis berkumpul ikatan di eratkan lagi
Rumah cantik di hias rapi
Nenek saudaraku Nek Su nama di beri

Bila berkumpul diriku perhatikan mereka
Ijazah di pegang jadi suri rumah juga
Hati sedih dan hiba bila bercerita
Anak yang di kasihi bercerai akhirnya

Kalau mengikut dari cerita
Pernikahan mereka melalui proxy juga
Bakal suami bertugas di luar negara
Tidak mungkin mengikut tanpa nikahnya

Berumahtangga di usia muda
Duduk pula jauh dari keluarga
Pahit getir di harungi jua
Anak pertama lahir tanpa bantuan orang tua

Zaman sekarang jauh berbeza
Wang ringgit serta kemewahan yang ada
Ibu dan bapa di minta duduk sama
Dalam pantang ibu yang menjaga

Dari situ belajar segala
Anak menangis kembung jerit mengajar mereka
Menjadi isteri dan ibu dalam satu masa
Melayan suami adalah tanggungjawab juga

Sekarang usia telah meniti senja
Anak besar cucu tempat bermanja
Kasih suami masih setia
Susah dan senang mereka bersama

Sang Pencerita jadi pemerhati
Hiasan rumah dan juga diri
Setiap benda ada memori
Berlayar kasih bersama suami

Zaman dahulu baik lelaki ataupun perempuan
Semasa menikah itulah awal dan permulaan
Lafaz setia jujur ikhlas dalam perkahwinan
Hidup berumahtangga bahtera di layarkan

Kemewahan hidup mereka kecapi
Menghargai segala jasa baik suami isteri
Cemburu mesti ada tetap di akui
Tapi tidaklah sehingga membuta tuli

Orang dahulu wang bukanlah segala
Suami bekerja isteri di rumah mengelola
Makan pakai anak dan suami di sedia
Senyum menyambut suami bila pulang bekerja

Gaji bukanlah sebanyak mana
Setiap bulan ada hadiah untuk isteri juga
Penghargaan mengurus anak serta rumahtangga
Batik lepas buatan tangan dari Indonesia

Setiap pemberian amat di hargai
Besar kecil mahal murah bukan ukurannya di sini
Hati yang ikhlas menerima dan memberi
Rukun dan damai hidup suami isteri

Pesanan yang sama tetap di beri
Pada anak dan cucu yang di sayangi
Namun kesedihan berputik di hati
Kenapa perceraian jalan yang di cari

Mereka berkata sesama sendiri
Senang yang ada bukanlah datang berlari
Jimat cermat juga tanggungjawab isteri
Jangan di minta apa yang suami tidak mampu beri

Zaman berubah tidak sesekali di nafi
Hukum Allah tetap juga lagi
Kenapa perkahwinan di buat main sekarang ini
Sedih mereka dalam mencari erti

Saudara perempuan amat beruntung ku rasa
Sekarang mereka amat bahagia
Kerana tahu suami itulah satu-satunya
Menjalankan tanggungjawab pada seisi keluarga

Bukan bergosip pasal artis kita
Namun seorang anak di dalam bidang seni adanya
Setiap hari bila akhbar di baca
Berita artis buat mereka urut dada

Bukan artis sama juga cerita yang di bawa
Suami isteri tidak sehaluan dalam banyak perkara
Masa bercinta hanya yang baik di pamirkan mereka
Bila kahwin barulah tahu buruk yang ada

Warga senja mengucap syukur berkali-kali
Kepada Allah Yang Maha Mengetahui
Perjalanan hidup yang telah mereka tempuhi
Sebelum sampai apa yang di lihat hari ini

Bila di tanya apakah resipi yang boleh di kongsi
Tidak ada apa sayang hanyalah ikhlas dalam melayari
Hidup dua zaman telah mereka lalui
Hukum nikah kawin itulah ia hingga hari ini

Hukum Allah tidak ada tukar ganti
Itulah pesanan warga senja pada anak muda kini
Biarlah dulu seribu kali
Apa kamu tak ingat pada mati

Tidak sedar waktu yang berlalu
Sudah malam kami minta izin pulang dahulu
Akan ku semat dalam diari hidupku
Prinsip warga senja dan Nek Su

Kisah rumahtangga orang dulu-dulu
Topic yang tak pernah jemu
Menjadi panduan dalam perjalanan hidupku
Kerana telah terbukti tabah dalam segala liku

Tepuk dada tanya selera
Itulah kata penutup yang sering di kata
Hendak bahagia kita berusaha
Kecewa di cari kelak diri merana

Owned and written by : Sanaa 08/08/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: