• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Hati Ku Kau Curi…

Terima kasih ucapan di beri
Kepada Remy dan juga Tizzy
Anda berdua adalah sumber inspirasi
Match made in heaven gelaran terkini

Biarlah apa orang nak kata
Hatiku masih pada Uda dan Dara
Makan berdua juga heboh orang berkata
Gossip tentang mereka pasti teruja

Cerita Adam dan Nur mesti di nanti
Apakah filem terbaru mereka ini
Lovey Dovey or misteri
Sementara menunggu sang pencerita berangan di sini

Hello cik adik boleh tumpang tanya
Adik cantiklah siapa nama
Sombonglah adik ni kenapa ya
Abang hanya nak tahu senanglah kita berbual mesra

Berbaju kurung manis orangnya
Alah nak tahu nama saja apa salahnya
Si gadis dah mula nak ketawa
Gelihati melihat gelagat si teruna

Si gadis manis berlalu pergi
Tanpa berkata dan perkenal diri
Itulah Romeo sehingga tak kenal staff sendiri
Bagus juga senang nanti ku nak perli

Oii Mat..kau kenal tak tu siapa
Executive baru kat pejabat kita
Apalah boss ni…staff pun tak kenal rupa
Kan dah ngorat malu nak letak di mana

Hahh apa kau kata
Adik manis tu kerja di pejabat kita
Ya boss…dialah orangnya yang catu segala belanja
Memang payah boss nak dapat approval dari si dia

Lupakah kau ini siapa
Ku petik jari mesti dia datang punya
Janganlah asyik angkuh sahaja…gerenti susah kalaulah dia
Saya takut akhirnya boss jatuh cinta dengan dirinya

Hari ini boss baru pulang bekerja
Lebih baik cepat sebelum cik adik menyinga
Ehh sejak bila dia kawal semua
Ayah dah bagi mandat pengurusan padaku adanya

Mandat di tarik balik Dato’ tidak percaya
Kau jangan main-main Mat…aku kena kerja bawah dia
Best apa boss…macamlah boss tak tahu nikmatnya
Jaga mulut kau…sebelum tanganku naik ke muka

Elahh boss yang dah kuning otak kepala
Saya pula boss nak lesing tak semena-mena
Cik adik tu tadi kepercayaan ayahanda
Mengaku saja…boss dah jatuh cinta pandang pertama

Aku tak heranlah pada dia
Girlfriend ku ramai dah tak terlayan juga
Yang ini lain boss…satu dalam seribu belum tentu jumpa
Ayahanda dan bonda dah berkenan di hati dan mata

Ahh sudah-sudah…oh ya sebelum terlupa
Siapa nama cik executive muda
Siti Khadijah nama secantik orangnya
Cik Siti adalah panggilan kami padanya

Orangnya cantik secantik nama
Hehehe boss dah anggau sebelum jumpa
Lahh aku puji pun salah juga
Pujian boss tu lain macam bunyinya

Hehehe Mamat ketawa gelihati
Melihat bossnya yang angkuh sekali
Bab girlfriend memanglah terror si Khalid ni
Tapi aku guarantee dia kalah dengan Cik Siti

Assalammualaikom wahai Cik Siti
Nama saya Khalid perkenalkan diri
Wa’alaikomsalam Khalid…selamat bertugas kembali
Ohh jadinya cerita saya dah di ketahui

Hmm siapa tak kenal Khalid di sini
Anak boss Romeo nama timangan di beri
Janganlah begitu wahai Siti
Saya cuma nakal dan saja mengusik tadi

Waktu bekerja dah lama bermula
Tunjuklah contoh yang baik pada pekerja
Awak tu anak boss tuan empunya
Tak elok kalau duduk goyang kaki sahaja

Dalam diam aku di kenakan pula
Aduhh Siti memanglah manis orangnya
Khalid memandang dengan satu rasa
Mungkin benar cinta pandang pertama

Khalid dah lupa deparment yang mana
Ehh taklah hanya menunggu arahan sebenarnya
Siti berpusing Khalid urut dada
Nasib baik alasan boleh di terima

Lusa ada mesyuarat ahli lembaga
Silalah semak senarai yang ada
Bentang lapuran untuk mereka semua
Khalid buat lapuran marketing juga ya

Hari berganti minggu…minggu berganti bulan
Khalid meradang semua rencana gagal di jalankan
Susahnya nak pikat dara pingitan
Girlfriend yang ada semua dah di tinggalkan

Dah dua tahun Khalid memendam rasa
Susahnya nak ajak Siti makan sama
Tak tahu kenapa masih menunggu juga
Memang tidak akan di lepas walau ke hujung dunia

Mamat juga dah garu kepala
Perubahan boss amat ketara
Kalau baik terus doakan sahaja
Itulah kata kakitangan semua

Tapi Mamat masih nak menduga
Benarkah Romeo dah angkat bendera
Siti Khadijah…Khalid nama dah nak serupa
Boss ku jatuh cinta kali ini real punya

Hahaha Romeo sudah tak ada cara
Bunga dah berdozen perfume semua tak kena
Ilmu boss tak tembus pada si dia
Dah ku bilang dulu boss memang cinta

Perempuan kat luar sana banyak lagi
Kenapa boss asyik tunggu yang satu ini
Saya takut boss berjanggut nanti
Pujaan hati di bawa lari

Kau cakap baik-baik sikit Mat
Aku gerenti kali ini boleh dapat
Akan ku hantar sireh pinang pembuka adat
Mesti terkejut hingga terlompat-lompat

Mat ketawa tak henti-henti
Mendengar bossnya nak meminang Cik Siti
Pergi makan pun hanya kerana Pengerusi
Ini nak pinang harap terus menjadi

Terperanjat semua Khalid nikahi Siti
Hilang segala gossip dan speculasi
Tak percaya namun itulah realiti
Kini Khalid dan Siti bergelar suami isteri

Majlis berlangsung dengan meriah sekali
Paluan kompang memecah sunyi
Pengantin di rai doa di iringi
Tiada siapa tahu jodoh penentuan Ilahi

Semua orang gembira di hari ini
Hajat ayah dan bonda termakbul kini
Melihat anak sudah menjadi suami
Kepada Siti yang mereka kasihi

Tamatlah drama pendek di hari ini
Uda dan Dara menikah dalam drama lagi
Hmm tapi entahlah bila nak jadi realiti
Boleh tak buat macam Khalid…pinang terus jadi

Sudah ada yang mencabar diri ku ini
Berani tak you tanya pada merpati dua sejoli
Kalau berjumpa dalam realiti
Tanya Remy…bila nak hantar pinangan kat Tizzy

Hehehe sang pencerita ketawa sendiri
Beranikah ku bertanya kata hati ini
Tanya sajakan bukannya nak buat speculasi
Kalau jadi Sanaa and the gang nak lompat tinggi-tinggi

Drama dah habis sang pencerita melalut lagi
Esok kita puasa kenalah prepare minda dan diri
Jangan lupa pergi terawih malam nanti
Dapat idea ku postkan lagi di sini

Owned and written by : Sanaa 10/08/10

*****

Baraka Allahu Lakuma Lyrics

By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

6 Responses

  1. salam sanaa….selamat berpuasa…..
    pagi dah tersenyum..baca coretan sanaa….mmg fantastik…tak kenal jemu ..ada aje idea yg kau kongsi..kali ni khalid dan khadijah pulak…boleh buat drama bersiri ..pasti meletup second ranking after nurkasih…..
    senyuman akak semakin berkembang pagi nie…uda bersumpah dgn nama Allah dia tak kejakarta dating dgn sijanda….dia naik muak dgn cerita konon mrk berdua bercinta…kalau keterlaluan ..dia nak buat tindakan katanya…mak dikampong kena jaga hati..risau anak teruna dikata asyik bertukar kasih….
    kembang hati akak…naluri akak dpt merasa…hati uda mmg benar untuk dara…kasih sedang dipupuk…kena jaga hati si dara..kang merajuk melepas segala…dara jelita idaman semua…terlepas dara berputih mata….
    yup..digelar Match made in heaven ..bayangkan gelaran org berikan…org nampak serasi mrk bukan kepalang..apa lagi dara n uda jadikan kenyataan…
    salam semua…selamat berpuasa..

  2. Salam ramadan untuk semua
    tak sangka dah setahun kta bersama
    dari dulu cerita masih sama
    cjoli moli empunya cerita

    byk sudah kulihat doa
    rasanya kalau dihimpun dah jd bukit rasanya
    berbuih mulut kebas mulut semua
    especially dr geng sanaa..hahaha

    hahaha..rasanya lately depa asyik bersama
    tak caya tanya sanaa
    kalau ku jd awek remy sure bengang punya
    tp nak buat mcm mana boyfren jejaka hot melaya..haha..

    oklah..seblm sup merapu
    baik undur diri dulu
    red, dodin, seh, sanaa dan semua jwplah pantunku
    takpun kasilah kisah terbaru…huhu..

    cheers….

    • salam n selamat berpuasa

      betul sup kalau di himpun dh jd bukit rasanya..
      tp klu ditarah.. bukit pun dh rata
      maklum lh dh setahun berdoa
      tp alih2 gossip je..tak dak apa jg..
      tp yg geram dgn org lain ade..
      smpai melenting sang pencerita..hahahaha
      ni NK pun dh ditayang semula
      smbil tonton sebut2 n doa2 lg la
      moga2 dimakbulkn nnt lps raya ka
      sup jgn la putus asa..
      nnt sanaa bikin lain punye cerita
      khalid khadijah selain jolimoli n udadara..
      pagi2 senyum jg sampai ketelinga
      lg plk sanaa kata nk tye depa
      betui ka tak da ape2 kita tunggu la..
      Red..bkn subuh la..
      sahur pun dh senyum apa..

    • red sambung pantun sup
      puasa ramadhan kembali bersua
      seronok pabila menunaikan ibadat yg di nanti semua
      hai cjoli moli tetap di minda
      memang dah setahun berlalu sahur NK ke udara
      di tunggu juga tak kira wlau pagi tu dah mula berkerja
      kali ini kembali lagi ditayangkan semula
      bikin depa tak dapat lelap walau seketika…

      hi geng n kekawan semua
      anggau ne bila kan reda
      dah berpuluh malah beratus kali dah terukir kat mulut kita semua
      begitu juga doa tak putus dipanjat buat mereka berdua
      bukan seratus org berdoa malah lebih dari segalanya
      artist lain tak juga kita layan begini rupa
      malah tak pernah pun terlintas di kepala
      hai cjoli moli kalau ini jadi nyata
      minjam kata kata sup…
      tak ada org berduka di ALAM ini sekiranya IKATAN dpertemukan utk awda berdua…

      teropong sanaa memang berkesan misinya
      blog di gilap hari hari kalau tak layari rugi seharian jadinya
      walau ia satu ilusi serta imiginasi c orchid utk cjoli moli mcm real pulak….
      hai san…..P. Ramlee pun tak ada org bercerita bergini rupa
      mungkin juga era kita tidak sama
      cjoli moli saling renung merenungi pun kita dah mula mentafsir dan mengolahkan ‘rasa’
      hai………..anggau tak tahu nak sebut level or pressure apa?
      mungkin sirih junjung dari Melaka ke Subang Jaya the ANSWER….

      sebelum red merapu beribu lemon
      red mengundur diri esok nak puasa sakan
      hari ini red bedal apa saja nak di makan
      marathon bubur durian with macaroni jadi sajian …
      tak ku lupa niat utk sebulan red bacakan
      harapan red tinggi, nak tengok gambar terbaru cJOLI MOLI
      mana mana magazine tempatan
      busana melayu pasti pesona mata memandang
      kalau ada sure kita lompat tinggi-tinggi jadi koleksi dan hiasan…

    • Salam ramadhan buat diri mu jua
      Hari ini hari pertama berpuasa
      Fikiran dan badan juga belum adjust adanya
      Menjelang tengahari kepala ku dah sakit semula

      Wahai Sup kenalah cari apakah rahsia
      Setahun berlalu kita masih bercerita
      Namun indahnya hubungan yang ada
      Bertambah erat kerana cjoli moli di antara kita

      Kita lihat pada keindahan pemberianNYA
      Salah satu hikmah kita masa bersama
      Kerana Nur Kasih ukhwah terbina
      Begitu juga di harapkan pada cjoli moli kita

      Semuga suatu hari kita akan bersua
      Bertambah mesra ikatan yang ada
      Manalah tahu red carpet dan kad undangan di terima
      Majlis akad nikah cjoli moli kita…

      Selamat Berbuka my dear…take care

  3. Salam Ramadhan,
    Novel ulung ke…?
    Pagi subuh dah bikin org senyum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: