• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Kasih Yang Ada

Sang Pencerita terjaga di awal pagi
Nak bersahur masih awal lagi
Seperti biasa blog ku layari
Serta album yang penuh dengan cjoli moli

Bermacam pose dan gaya mereka berdua
Tiada satu yang tidak berkenan di mata
Setiap gambar seolah ada cerita
Alangkah indahnya kalau dapat tafsirkan semua

Bukalah segala forum dan ruangan gossip yang ada
Cerita mereka pasti lebih dari yang lainnya
Sehingga kini ku masih mencari
Apakah rahsia dan resipi di sebaliknya ini

Dah ku baca tentang aura berkali-kali
Dalam Islam ia ada hubungan dengan hati
Satu persoalan menjelma lagi
Apakah yang terselit sehingga kini masih mencari

Dalam gurau dan tawa ada juga sedihnya
Uda dan Dara rasa kecewa
Berita melanda menikam dada
Kekuatan berdua di uji juga

Kenapalah orang dengki pada mereka
Tidak habis-habis tohmahan melanda
Lepas satu-satu mereka kena
Sehingga tidak boleh nampak berdua

Kalau dulu Dara yang rasa
Sekarang giliran Uda pula
Apakah wartawan menunggu saat dan masa
Untuk mencari cerita perihal Dara

Lebih baik ku puji diri sendiri
Merepek meraban hanya untuk cjoli moli
Rekaan ku buat harapnya tidak menyakiti
Hati kedua pasangan sepadan ini

Sudahlah tu kanda…jangan di ingat lagi
Kanda juga yang kata lagi di nafi lagi menjadi-jadi
Dirimu berkata seolah tiada sangsi
Mendengar cerita begini melanda diri

Hmm Dara senyum sahaja mendengar pertanyaan
Apakah makna di sebalik senyuman wahai pujaan
Sudah hilangkah segala kepercayaan
Jangan sesekali meragui segala keikhlasan

Kita pernah sama melalui
Perkara ini tidak akan berhenti
Diam pun orang masih berkata lagi
Ketabahan dan kekuatan adalah tunggak diri

Dinda tidak berhak memutus kata
Hubungan kita tidak mengizinkan itu semua
Hati ini tidak meragui kanda
Terpulanglah pada kanda untuk tafsir perkara

Nadamu lain sekali
Maafkan kanda kerana menyakiti
Bukan ini kehendak diri
Orang berkata tidak mampu ku hindari

Carilah hikmah di sebaliknya wahai kanda
Kita di hari pertama bulan puasa yang mulia
Mungkin jalan untuk kita terbuka luas di luar sana
Bila kita mencari keredhaan Yang Maha Esa

Pulanglah bertemu ibu barang sehari dua
Kanda perlu berehat juga
Janganlah asyik bekerja
Sakit pula nanti diri sendiri yang merana

Bukankah dinda ada untuk merawatnya
Kalau luka yang nampak bolehlah ku tolong jua
Masakan dinda tidak tahu diri ini merana
Manalah dinda nak tahu kalau kanda tidak bercerita

Yang bercakap tu buatku merana
Sekarang pura-pura buat tak tahu pula
Eh eh kanda bergurau adanya
Menyesal dinda beri perhatian dari mula

Hahaha Uda ketawa kerana gembira
Melihat Dara merah padam wajahnya
Dirimulah ubat segala duka
Kasihmu yang ku bawa kemana sahaja

Usahlah kanda bermadah pula
Tadi datang wajah bermuram durja
Ku cuba tenangkan kanda bergurau adanya
Lain kali akan ku buat tidak tahu sahaja

Alahh merajuk pula si buah hati
Ok dinda…kanda janji tidak buat lagi
Janji kanda tidak boleh di percayai
Tiada titik dan noktah di beri

Manisnya wajah kekasih hati
Hidung di cuit itulah identiti
Dinda ikut kanda pulang kali ini
Kita makan asam pedas di tepi kali

Ternganga Dara mendengar permintaan
Digeleng kepala bimbang salah pendengaran
Uda di minta ulang kenyataan
Memang benar itu yang di hajatkan

Tidak usah mencari berita
Cukuplah dengan apa yang ada
Kalaulah di lihat kita berdua
Tak senang duduk pula wartawan semua

Kenapa harus kita fikirkan mereka
Orang lain bercinta juga
Salahkah kalau menemui keluarga
Bukannya kanda bawa ke disko atau pub di Melaka

Dara merenung dengan kesayuan hati
Tidak mungkin dirinya menemani Uda kali ini
Sebagai teman dan kawan ingin berbakti
Namun tidak sanggup di tuduh bukan-bukan lagi

Janganlah bimbang permaisuri hati
Pipinya di sentuh dengan lembut sekali
Ku tahu apa yang di khuatiri
Maruah keluarga dan diri mesti kita pertahankan kini

Terima kasih kanda kerana memahami
Sama-sama kasih dinda yang ku sayangi
Hanya dirimu yang memahami
Segala isi hatiku tatkala ini

Itulah namanya hormat menghormati
Tidak ada paksaan walaupun mengingini
Belum tiba masa untuk di ketahui
Cukup sekadar keluarga merestui

Panjang juga lagi cerita ku kali ini
Janganlah bosan teman-teman ku di sini
Akan ku usahakan mendapat jawapan dan resepi
Sehingga sekarang masih bercerita lagi

Jam sudah pukul dua petang
Sekejap lagi buka puasa menjelang
Apakah juadah yang akan di hidang
Buat keluarga yang tersayang

Selamat berbuka kepada semua
Ingatlah juga pada yang kurang berada
Jangan membazir belilah sekadar sahaja
Tamar elok buat pembuka kata

Owned and written by : Sanaa 11/08/10

4 Responses

  1. sanaa….
    tersenyum sendiri akak….pemikiran kita cam sama….akak dari tadi terfikir.cam sana jua….uda ajak dara balik kg…berbuka puasa bersama keluarga uda…bukan uda kata dah lama x jenguh mak di kampong….inilah masanya bawak buahhati ke kg…rasa hidup cara kg…kenal hati budi dan keluarga uda….merapu betul lah kita nie….

    • Salam Kak Tasha

      Kali ini giliran saya pulak senyum baca apa yg akak tulis…merapu atau tidak saya pasti itu yg kita rasa dan inginkan dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala…tentang pagi tadi saya juga bertambah yakin tentang Uda dan Dara…seandainya ada yg “tercetus” semuga berkekalan hingga akhirnya…selamat berbuka puasa

  2. Selamat berbuka buat Sanaa dan the geng & kekawan semua,
    andai cjoli moli membaca..
    hati hati makan kurma dan berbuka
    sama sama lah kita menghayati ramadhan yg banyak fadilatNya
    mana tahu, tahun depan tak dah bersua…

    Red baru nak memasang niat puasa…
    andai bersua juga, nak berangan tengok bulan guna helicopter….
    wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: