• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Harapan Ibu

Entah kenapa hari ini sang pencerita sakit kepala
Duduk berangan idea tak keluar juga
Dah puas ku belek segala majalah yang ada
Yezz juga yang memenuhi citarasa

Hari ini kalau teropongku mengena
Rasanya Uda masih lagi di Melaka
Tinggallah Dara seorang di sini adanya
Mungkin rindu juga yang membara

Duduk di KL pun susah nak jumpa
Balik kampung aku jadi separuh gila
Aduhai anak muda bercakap seorang pula
Hehehe tak adalah ibu hafal skrip sahaja

Orang lain boleh kamu tipu
Ibu dah makan garam terlebih dahulu
Kalau rindu katakan rindu
Jangan biar hamba tertunggu-tunggu

Uda senyum tersipu-sipu
Mendengar ibu berkata begitu
Senyum kamu telah ibu tahu
Tersimpan rindu di dalam kalbu

Wahai ibu janganlah berkata begitu
Janganlah bohongi ibu tentang rindu
Sekilas ikan di laut dah ku tahu jantan betina
Inikan pula datangnya dari anak teruna

Uda kalah dengan kata-kata ibu
Baiklah bonda memang anakanda menanggung rindu
Kan senang kalau dari tadi mengaku
Boleh ibu beri jalan penyelesaian buatmu

Uda memandang ibu penuh hairan
Wahai anak muda kenapa mata kamu di besarkan
Anakanda hairan dengan jalan penyelesaian
Itulah untungnya orang yang ada pengalaman

Dalam kepala Uda asyik memikirkan
Merasa hairan tapi perlu jawapan
Rindu itu tandanya ada keikhlasan
Menerima dan memberi dalam ketulusan

Rajuk, marah, cemburu adalah rempah ratusnya
Kasih di lafaz mengikat kata
Pengalaman adalah guru hidup kita
Mencari jalan mendamaikan sengketa

Beralah bukannya erti kekalahan
Berdiam diri juga bukan kemenangan
Semua yang datang perlu imbangan
Setelah berjaya barulah kebahagian

Ibu bercakap dari pengalaman
Walaupun gagal telah di usahakan
Ambillah ikhtibar dari keperitan
Semuga tidak berulang dalam kehidupan

Pesanan ibu menggamit sayu
Tiada kata yang dapat mengatasi sendu
Ibu tahu siapa Dara pilihanmu
Jagalah dirinya jangan di buat salah laku

Eh ibu masih jauh lagi perjalanan
Ada baiknya juga rahsia di simpan
Jagalah baik-baik perhubungan
Jangan sesekali keluar dari landasan

Ibu hanya mampu terus mendoakan
Semuga apa yang di cita di makbulkan
Bahagia anakanda bahagialah bonda
Pernikahan bukan untuk sehari dua

Gadis manis ayu dan manja
Bakal menyeri hidup anakanda
Teringin pula ibu menemuinya
Semuga dapat ibu berterima kasih padanya

Di bulan puasa yang mulia ini
Ibu terus berdoa semuga hajat anakanda di berkati
Janganlah ada sangsi dan ragu diri
Penuhi dada dengan iman yang tinggi

Uda terus tersenyum malu
Pertama kali mendengar permintaan ibu
Terbayang terus wajah Dara yang di rindu
Setelah beberapa hari tidak bertemu

Dalam diam ibu memerhati
Wajah anak yang duduk menyendiri
Benarlah agaknya ada bunga di hati
Minta di jauhkan dari tipu daya dan hasad dengki

Uda masih lagi menyendiri
Teringat Dara yang di kasihi
Lapuran akhbar lebih menyakitkan hati
Uda bersyukur Dara begitu memahami

Kalau di ikut rasa hati
Ingin saja membawa Dara ke mari
Namun persefahaman yang telah di persetujui
Tidak akan sesekali di khianati

Kanda telefon lepas terawih ya sayang
Uda masih bercakap seorang
Duduk mengenang dan asyik terbayang
Wajah Dara senyuman tidak pernah lekang

Lahh susahnya orang bercinta
Adik pula datang menegur abangnya
Bila bang kami dapat berjumpa
Tengok gambar saja semua dah terbeliak mata

Kamu jangan pula heboh bercerita
Duit poket kena tambah untuk menutup rahsia
Gaji setiap bulan pergi kemana
Duduk di kampung belanja selagi ada

Duit gaji sayalah yang punya
Ini duit untuk menutup rahsia
Kalau tidak lepas terawih adik kata pada semua
Abang ku jatuh cinta pada Siti namanya

Abang jangan hampakan harapan ibu
Orang bertanya bertalu-talu
Walaupun kami tahu kebenaran di pihak mu
Tidak mudah juga nak tangkas segala speku

Hehehe Uda ketawa geli hati
Mendengar adik bercerita begini
Harapan ibu itu sudahlah pasti
Restu ibu telah lama ku perolehi

Bahagianya Uda kini
Hidup nyatanya bagai dalam movie
Perhubungan dengan Dara telah di restui
Mungkin kah ini permulaan segala jadi

Owned and written by : Sanaa 12/08/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: