• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Pedoman Diri

Dari kabaran yang baru ku terima
Uda kini berada di Melaka
Berbuka puasa di hari pertama
Bersama ibu dan keluarga tercinta

Segala tohmahan dan gossip melanda
Sang Pencerita masih mahu mempertahankannya
Uda punyai hati dan budi bahasa
Mungkin itu kelebihan yang kita lupa

Don’t judge the book by it’s cover
Itulah perumpamaan yang ada
Cerita Uda yang telah banyak ku dengar sejak lama
Hanya buruk saja nampak di mata

Walau apapun orang berkata
Uda bekerja untuk keluarga
Ibu di kampung tentu gembira
Punyai anak yang ikhlas membantu mereka

Bukan sang pencerita asyik membela Uda
Diriku sendiri banyak kelemahannya
Ku cuba letak diri dalam situasi yang sama
Apakah langsung tiada baiknya

Sang Pencerita menyanjung niat baik Uda
Membantu keluarga dengan bakat yang ada
Masih ramai anak di luar sana
Yang memerah tenaga orang tua

Sudah berkahwin bekerja juga
Anak di hantar kerumah ibu bapa
Ibu kasihan kerana cucu tiada yang jaga
Tapi anak patut menyediakan pembantu untuk mereka

Balik kerja hidangan tersedia
Cucu menangis nenek juga memujuknya
Ibu dan ayah nak menjamu selera
Penat seharian bekerja itulah alasan yang ada

Sang Pencerita melihat sendiri
Ibu dah tua masih penat begini
Tidak tahu salah siapa kali ini
Salah ibu atau anak tidak menyedari

Andaikata kita di antara golongan ini
Hentikanlah segala umpat dan keji
Pada Uda yang mencari rezeki
Kesenangan keluarga Uda dahului

Kesihatan ibu sentiasa di takuti
Bila gossip melanda diri
Mudah untuk kita menuding jari
Tidak kita dalam situasi ini

Sang Pencerita selalu berkata
Cerita sebenar tentang gossip yang ada
Sedih dan hiba ada kalanya
Mendengar gossip yang melanda Uda

Pelakon lain ada juga cerita
Tidak pula ada di akhbar sentiasa
Uda dan Dara target utama
Seolah-olah mereka yang merosak industri kita

Benar juga seorang kawan berkata
Wartawan bekerja dan makan gaji juga
Apakah yang di rasa bila membuat cerita
Pernahkah di tanya halal haram gaji yang di terima

Memikir dunia senang sahaja
Ada duit boleh belanja
Akhirat tidak pernah di nilai kita
Kecut perut bila mengenang ini semua

Janganlah bongak dan bangga diri
Andai apa yang di kata keluarga di dahului
Harapan mereka hanya padamu anak yang di kasihi
Mengubah corak perjalanan hidup hari ini

Sang Pencerita hanya mengambil dari apa Uda kata
Salah Uda berkata salahlah semuanya
Sedih di hati sebagai orang biasa
Yang mengenal Uda hanya melalui lakonannya

Gossip di lempar ku ambil ikhtibar darinya
Tanpa bukti menuduh itulah ia
Diriku kadang-kadang bercerita juga
Dengan rakan dan teman mengetahui pendapat mereka

Alangkah indah ku dapat pasti
Orang tertentu di sebalik tabir ini
Mengikut permainan di zaman moden ini
Hati dan perasaan tidak lagi di hargai

Untukmu Uda tabah dan cekal menghadapi
Hanya itu dapat ku hulurkan di sini
Arus kehidupan berbagai cabaran mesti di tempuhi
Kejayaan yang datang juga ujian buat diri

Kepada teman dan rakan selamat menjalani
Ibadah puasa masuk hari kedua ini
Semuga kesihatan yang di miliki
Berpanjangan hingga akhir nanti

Owned and written by : Sanaa 12/08/10

2 Responses

  1. sabar sup,
    red nak berbuka ne….
    nanti pn.president sakit kepala pulak

  2. salam san,

    benci pula bila baca
    segala gossip yg melanda uda
    tak habis2 disensasi oleh media
    yg pendek akal mcm keldai aja

    paper kosmo sengaja panaskan cerita
    uda dan maya dikata sgt mesra
    smpi tulis mereka kdgkala bertentang mata
    eeiii..pls laaa..takkan berckp dgn org nak pdg kat lain pulaa…

    gambar dirakam biasa saja
    tp dipanaskan dgn caption “detik kemesraan” pula
    konon ada tersurat di sebalik tersirat katanya
    eeee…pls la…jgn dok create benda yg x ada…..

    intim uda dan dara xde pulak dihebohkan
    tp bila dgn maya kecoh smpi ke hutan
    agaknya relationship bujang sama bujang x dak value kaannn..
    kisah uda dgn isteri org or janda lg hot dan meletup sakannn…

    sbr sup..kamu puasa ari nih…hehe..sorry guyss…saja nak lepas geram…..cheerrssss…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: