• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Hmm…merajuk adanya

Dah hampir petang hari ke 3 berpuasa
Diriku teringat pula pada Uda dan Dara
Apakah duduk memendam rasa
Pagi tadi Uda masih di Melaka rasanya

Dara sedih dapat ku rasa
Apa yang tidak kena pada dirinya
Tidak tidur dan marah juga
Ingin saja ku bertanya sebab yang ada

Melalui teropong ku lihat Dara di biliknya
Uda juga membelek segala majalah yang ada
Telefon kan ada smslah saja
Ataupun call untuk dengar suara

Bergaduh agaknya mereka berdua ini
Hmm ialah merajuk sayang itu sudah pasti
Uda buat apa pada Dara hingga begini
Senyap dan sunyi mungkin juga merindui

Mengalahlah Uda pujuklah Dara
Dua-dua degil tak selesai sengketa
Nanti kalau dah berumahtangga
Gaduh sikit lari balik kerumah ibu bapa

Sang Pencerita tahu isi hati mu
Kasih Uda hanya pada Dara yang satu
Mungkin juga nak melawan rasa rindu
Senang nanti nak di tinggalkan selalu

Hishh biarlah aku mengalah kali ini
Rasanya aku yang mulakan tadi
Uda hantar sms yang berbunyi
Hi sayang…kanda merinduimu di sini

Message sent lega rasa di hati
Menunggu jawapan macam gantung tak bertali
Jawaplah sayang kata Uda sendiri
Lady in Red itulah tanda kasih bersemi

Jawapan di terima Uda senyum senang hati
Terima kasih kanda kerana merindui
Apa kanda dah tak marah lagi
Dinda menunggu kepulangan mu di sini

Gembira dan hiba Uda rasa
Setianya Dara dalam segala
Kanda pulang hari ini juga
Boleh kita buka puasa sama-sama

Mulalah Uda nak mengada-ngada
Di beri betis hendak peha
Bosan ke kanda duduk di sana
Dinda tak mahu berkata apa

Tertawa kecil Uda membaca
Dara dah malas melayan karenahnya
Malam nanti kita berjumpa
Jangan buat temu janji dengan sesiapa

Terserah dinda nak keluar dengan siapa saja
Kanda tidak berhak menghalang dinda adanya
Cuba lihat dalam perjanjian yang kita ada
Bukan kehendak dinda…kebenaran dari kanda juga

Hmm kanda juga yang salah selalu
Baiklah dinda ku turut kemahuan mu
Asalkan malam nanti dapat bertemu
Kerana tidak tahan rasa rindu ku

Orang lelaki mudah berkata begitu
Sekarang menurut segala kemahuanku
Esok lusa tuduhan datang melulu
Apakah benar yang ku kata wahai sayangku

Argh tak boleh terus saja begini
Telefon juga yang menghilang resah di hati
Suara manja juga amat ku rindui
Sms berjela lagi menyakitkan hati

Dara tersenyum melihat no tertera
Salam di beri di sambut gembira
Tak marah lagilah agaknya
Sejak bila kanda marah pada dinda

I just called to say I love you
Manja benar Uda berkata begitu
I miss you wahai buah hatiku
Kalau tidak percaya belahlah dadaku

Sudah dinda periksa segala isinya
Nama dinda tidak tertera di sana
Mana mungkin namamu tiada
Hanya dinda seorang yang bertahta

Baiklah kanda nanti dinda periksa semula
Datang awal jangan lepas waktu berbuka
Aduhai dinda kenapa garang sahaja
Kerana kanda tidak pernah tepat waktunya

Baiklah adinda ku sayang
Kalau ada sayap dah lama kanda terbang
Jangan pula bawa kereta melayang-layang
Ingatlah pada keluarga yang tersayang

Talian di matikan hilang resah yang ada
Cepat Sup siapkan segala peralatan dan senjata
Kita teropong di mana Uda dan Dara berbuka puasa
Esok keluar magazine gerenti laku punya

Hingga di sini celoteh hari ini
Ikutlah kami menjalankan misi
Pasti banyak candid dan terjawab teka teki
Anggau dan angan sama di bahagi

Owned and written by : Sanaa 13/08/10

5 Responses

  1. salam kaka2 ku cayunk skalian hehehe…sesugghnye ku mngerti pe yg dmksudkn d ats tuh..hihi…mna tau brkat kta2 kita nih akhirnye akn mnjdi knyataan???aminnnnnn…;)

  2. salam semua…

    twit sana..twit sini
    rasanya dua-dua ada taman dlm hati
    sup a.k.a spy x bergaji tersenyum nmpk gigi
    nmpk spt mulut masin kita makin menjadi..hehehe

    pray hard my fren..misi blom tercapai lg
    now bunga baru nak bersemi…
    we have to struggle for our cjoli moli
    lepas ijab kabul by tok kadi..baru leh goyang kaki…hehehe

    uoollss semua paham x aper sup ckp ni?
    kalu x paham fine tune satelit kasi berfungsi
    kalu tak uoolss ketinggalan ketapi
    sbb cjoli moli dah jadi monyet & beruk dua menjak ni…hehehe

    saaannn…..keeepp praying dear…:P

    • paham cik sup !
      sorang panggil monyett
      sorang lagik balas dgn beruk
      xcukup lagi sorang dah dapat gelaran pemalas !

  3. salam san & tasya,
    teropong san bukan teropong sembarangan
    tahun ini red minjam nak teropong bulan syawal
    mana tahan asyik2 kita je yang ketinggalan….

  4. salam sanaa…..akak blur aje hari ini…bukak blog sana..hilang strees..teropong sanaa teropong power ..nampak segala ape yg dibuat uda n dara..kah!!!
    sanaa..akak akan selalu mengikuti ..segala coretanmu sanaa…moga apa yg kita konssi disini menjadai realiti …berkat doa dibulan puasa nie…malam yg lebih baik dari seribu bulan…dikabulkan semua impian kita untuk diri sendiri dan juga untuk pasangan sepadan…match in heaven

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: