• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Tercapai Sudah

Sang Pencerita tidak sihat badan
Batuk, selsema sakit badan tidak ketinggalan
Uda dan Dara dalam ingatan
Mesra mereka sebagai pasangan idaman

Bermacam angan-angan sang pencerita ada
Yang ini dah banyak kali juga
Tak mengapalah hati ku berkata
Sampai masa hajat termakbul hendaknya

Uda dan Dara selamat di ijabkabulkan
Di hadapan keluarga rakan dan taulan
Cantik manis pengantin perempuan
Senyuman Uda penuh dengan kegembiraan

Tutup sudah satu perkara
Gossip liar tidak akan melanda
Doa kami iring buat Uda dan Dara
Kekal bahagia melayar bahtera

Sang Pencerita senyum hingga ke telinga
Melihat gelagat Uda dan Dara
Kini sudah boleh duduk bersama
Tak sabar nampaknya Uda nak mengusik Dara

Entah apalah yang di bisik Uda
Senyum malu hingga merah muka
Hidung di cuit tanda mesra
Click click camera tidak henti untuk mereka

Sabarlah Uda tidak kemana si Dara
Sudah sah menjadi suami isteri pula
Belaian manja kasih yang ada
Pasti itu menjadi usikan Uda

Majlis persandingan di malam hari
Laman di hias cantik berseri
Gemerlapan cahaya wajah suami isteri
Menambah seri majlis santapan hari ini

Jodoh pertemuan dari Yang Maha Esa
Peliharalah ia dengan sebaik-baiknya
Doa kami tidak pernah reda
Untuk melihat bersama cahaya mata pula

Gaduh sengketa selesaikan segera
Jangan di biar terpendam lama
Kasih dan sayang masih perlu di baja
Untuk menjamin kebahagian berumahtangga

Makan beradap bersama keluarga
Bahagia mereka bahagialah ayah bonda
Nakal Uda memang ketara
Masih sempat mencuit kaki di bawah meja

Senyuman manis jelingan manja Dara beri
Pada suami yang tak sabar menanti
Geram Dara dalam hati
Tunggulah wahai suami akan ku balas nanti

Senyuman mereka penuh erti
Dapat di rasa oleh tetamu di sini
Gurau senda dah mula berbunyi
Kasihan Dara muka merah bak cili

Oii Uda…pandanglah kami kat sini
Dah penat ku fokus dari tadi
Malam nanti beleklah sepuas hati
Kami janji tak ganggu seminggu dua ini

Deraian ketawa mengiringi
Usikan teman yang tidak bertepi
Hanya senggeh dan senyum Uda beri
Untuk menghindar getaran di hati

Duduklah rapat-rapat lagi
Lesen besar dah Tok Kadi beri
Janganlah malu-malu cjoli moli
Atas ribalah untuk kenangan kami

Kamar pengantin pilihan Dara
Warna pastel aman dan sentosa
Bunga melur wangi harumannya
Alahai cantiknya semua orang berkata

Suara nakal mengusik mereka
Bilik cantik tentu tak keluar punya
Hai dah tak tahu mana Dara nak sorok muka
Usikan mereka menjadi-jadi pula

Majlis ringkas lagi berseri
Merai pengantin di malam hari
Senyum Uda dan Dara melirik sejak tadi
Termakbul sudah segala hajat di hati

Bermulalah pelayaran Uda dan Dara
Tanggungjawab suami isteri pasti di pikul bersama
Pengalaman adalah guru mereka
Untuk tidak mengulanginya semula

Penat sayang…Uda bertanya
Kepala di geleng…tak jawab Dara
Letih kaki terasalah juga
Nantilah abang urut pasti lega

Jelingan manja Dara beri
Cantiknya jelingan manis lagi berseri
Sabar-sabarlah wahai suami isteri
Kami yang di sini belum nak balik lagi

Pengantin baru tunggulah sebentar cuma
Bunga api penutup majlis kata mereka
Rugi kalau tidak melihatnya
Jarang di buat oleh kami semua

Bunga api penutup tirai
Menandakan majlis akan bersurai
Rakan dan taulan mengusik lagi
Ketawa mereka berderai-derai

Ciuman kasih Uda beri
Pada Dara yang sudah bergelar isteri
Semuga hidup aman damai kini
Hingga ke akhir hayat mereka nanti

Panjang juga angan ku di hari ini
Harapnya semua senyum hingga nampak gusi
Cerita biasa tiada apa yang berisi
Cjoli moli akan bersambung selepas ini

Bila di fikir berkali-kali
Apakah salah ku berangan di sini
Tiada gossip yang menyakitkan hati
Hanya doa yang terus di iringi

Masuk bakul angkat sendiri
Hahaha sang pencerita syok lagi
Pasti ada angan-angan ku untuk cjoli moli
Yang buatkan kita semua hapi

Semuga kita bertemu lagi
Jagalah diri baik-baik di bulan mulia ini
Bulan Ramadhan yang di berkati
Bekalan hidup dan akhirat nanti

Owned and written by : Sanaa 17/08/10

2 Responses

  1. Pray hard San and one day God will grant us the reward.
    It is just a matter of time if we don’t give up.

  2. keep praying sanaa.. and get well soon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: