• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Sebentuk Cincin Sekeping Hati

Hati Nur tiba-tiba jadi tidak tenteram…apa agaknya yang berlaku pula ini? Semalaman Nur gagal memelapkan mata dan sholatpun dirinya rasa tidak sempurna dan akhirnya setelah berhempas pulas dengan perasaan sendiri Nur mengambil keputusan untuk pulang ke tanahair. Telah sampai masanya kini dia mesti berhadapan dengan kenyataan sekeping hati miliknya dan diri hanya untuk Adam, suami yang di nikahi atas permintaan kedua ibu bapanya hampir 7 tahun yang lalu. Walaupun arus hidupnya berliku-liku sejak dari hari itu Nur tidak mampu membuang Adam dari hatinya, dengan berbekal segala kekuatan yang ada Nur meninggalkan tempat “persembunyiannya”. Nur telah benar-benar bersedia untuk memulakan kehidupan baru di samping suami yang di cintainya, hakikat yang dia terima setelah sekian lama dan tidak mahu terus membohongi hatinya lagi. Nur pasti kini segala cabaran, kesulitan dan dugaan selepas ini akan di harungi bersama suaminya Adam. Perjalanan amat jauh di rasakan dan Nur juga tidak memberitahu sesiapa mengenai kepulangannya hari ini.

Ketika Nur sampai tiada suara yang di berikan kecuali terdengar perbualan ibunya dengan Makcik Nab. Jantungnya yang memang sejak seminggu yang lalu berdegup kencang bertambah kencangnya.

Assalammualaikan mak…eh Nur, terperanjat Mak Ani…wa’alaikomsalam jawab Mak Ani lalu mereka berdakapan. Kenapa Nur tak beritahu mak yang Nur nak balik? Ada Aidil menelefon kamu? terus saja Mak Ani bertanya. Tak ada mak…kenapa mesti abang Aidil telefon Nur? Adam…perlahan saja suara Mak Ani menyebutnya. Kee…naa…pa dengan abang Adam mak? Terketar suara Nur bertanya dan bertambah kencang degupan jantungnya. Adam kemalangan dan hanyut di bawa arus, sehingga kini masih belum ada berita yang mak terima dari Aidil ataupun Kak Jah. Luluh rasa hati Nur mendengar ini semua, tak berdaya untuk dia berdiri lagi lalu airmata menggantikan segala kata. Mak Ani hanya mampu memujuk dan apabila tangisannya reda Nur minta izin untuk segera ke Kuantan. Hanya Adam yang mengisi keseluruhan hatinya ketika ini, doa tidak putus-putus di pinta sepanjang perjalanan dan debaran jantungnya juga kini beransur reda mungkin dengan zikir dan selawat yang di baca serta keyakinan di hati bahawa Adam selamat dari tragedi.

Setibanya Nur di pintu ruang masuk hospital keyakinan yang ada mula goyah kembali serta lemah lutut yang di rasa seakan gagal membawa diri sendiri. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi semuanya ini, doa Nur minta, dan memaksa diri menghayun langkah ke wad di mana Adam berada kini. Terlalu perlahan langkahnya dan apabila berada di hadapan wad Mak Jah berdiri di situ…airmata yang di takung sejak tadi tumpah kembali. Sabar Nur, abang Adam tak ada apa-apa. Alhamdulillah Allah masih menyayangi kita semua dan simpati atas segalanya, pujuk Mak Jah untuk menenangkan hati menantunya yang seorang ini. Tanpa Nur sedari ayahnya ada di sisi. Masuklah kata abang Aidil, nanti kita jumpa. Terima kasih bang, ucap Nur.

Antara debar dan keyakinan Nur membawa langkahnya ke arah katil dan dari kejauhan wajah seorang lelaki kelihatan pucat dan masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Puan boleh duduk bersamanya dan bercakap dengannya semuga suara puan dapat membantu ia sedar dengan segera, terang seorang jururawat yang membawa Nur ke katil suaminya. Airmata yang mengalir sejak tadi kering dengan sendiri apabila wajah Adam di renung serta naluri seorang isteri hadir dalam dirinya lalu mengambil tangan Adam ke dalam genggaman. Perkataan pertama yang di ucapkan…Nur dah balik bang…membawa tangan itu ke pipinya. Terlalu banyak airmata Nur tumpah hari ini dan perkara pertama yang di janjikan dalam dirinya, tiada lagi perpisahan di antara mereka kecuali yang satu itu.

Sebaik sahaja Nur mengambil tempat di sisi Adam di atas katil…abang Aidil masuk dan terus memohon maaf kerana tidak sempat memberitahunya tentang kejadian yang berlaku. Mana Nur tahu? abang Aidil bertanya. Hati Aidil sendiri sayu melihat Nur menangis di sisi suaminya serta perjalanan hidup mereka yang penuh sendu. Nur tidak tahu apa-apa bang…Nur pulang kerana Nur telah bersedia untuk menghadapi segalanya dan kenyataan yang Nur cari selama ini. Abang Aidil diam seketika dan bertambah yakin di dalam dirinya kini Adam memang untuk Nur dan Nur adalah untuk Adam sejak dahulu lagi. Pergolakan yang berlaku dalam hidup mereka berdua menambah kasih yang ada walaupun perit pada pandangan mata. Nur masih menggenggam jari jemari Adam bila bertanya macam mana kejadian berlaku dan bila? Adam terjatuh sewaktu kerja lalu di bawa arus sehingga seorang nelayan terjumpa dengannya tersangkut di dahan pokok.

Adam…Adam, abang Aidil memanggil ketika melihat Adam mula bergerak tapi masih gagal membuka mata. Nur tentu masih penat, marilah kita makan dulu, rehat sekejap dan kita balik ke mari lagi nanti. Hanya gelengan kepala Nur berikan. Aidil tidak mampu berkata apa…kalau macam tu abang bawa mak dan ayah Nur balik berehat ke hotel dulu, Nur telefon abang ya nanti. Nur mengangguk lalu abang Aidil berlalu pergi. Abang, panggil Nur kembali, terima kasih ucapnya. Walaupun senyuman berat yang terukir di wajah Nur, Aidil ketahui kini bahawa pintu kebahagian terbuka luas buat Adam dan Nur…pandai-pandailah mereka kendalikan bahtera rumahtangga selepas ini.

Senyuman itu sentiasa berseri walaupun hati dan dirinya dilukai oleh setiap perbuatan ku namun senyuman itu yang aku bawa dalam perjalanan hidupku yang penuh dengan kepura-puraan. Aduh sakitnya…tapi senyuman itu tetap menemani aku walau dalam apa jua keadaan. Perpisahan yang aku rancang, kini aku terluka sepi. Kenapa senyuman itu juga yang mengiringi? Sentuhan jari yang menyakitkan adalah memori terindah dalam perjalanan singkat kami. Apakah sebenarnya yang terjadi? Cinta yang pernah ku nafi hadir menggugat jantung hati dan dalam ketakutan diri serta debaran yang ada aku gagal mengawalnya kali ini. Tembok pertahanan diri yang dah mula retak sejak awal lagi hanya menunggu masa untuk runtuh apabila ketukan di pintu menamatkan segalanya. Sejak dari itu aku menjadi seorang perindu.

Rindu yang hadir bukan siksaan…ia hadir dalam keasyikan. Rindu itu mengajar aku erti cinta sejati dan apakah cinta itu sebenarnya dan dalam kesakitan yang aku rasai rindu itu hadir kembali. Namun kenapa aku di sini? Tidak bersama dengan kerinduan ini dan dari manakah datang usapan yang mendamaikan suasana lalu menghilangkan segala derita. Diri merasa asyik dalam belaian dan mata terlalu sukar untuk dibuka namun ku paksa jua…dalam kesamaran pandangan yang ada wajah itu menghapuskan segala derita.

Butir-butir jernih yang menuruni pipi adalah bukti kesedihannya…abang…kita tidak akan terpisah lagi ucapan yang amat menyayat hati dari seorang isteri, jangan menangis Nur, hanya itu yang Adam ucapkan. Airmata Nur turun lagi bagai sungai yang mengalir, jari jemari Adam masih dalam genggaman. Sedih Adam juga tidak dapat di bendung, di sebalik kemalangan yang menimpa Allah masih memakbulkan hajat yang satu-satunya untuk bersama Nur Amina, isteri yang di cintai dan di rindui untuk meniti bahagia dalam rumahtangga.

Bilik hospital ini menjadi tempat Nur sejak dia pulang dan semalam Adam menyatakan rasa kasihan kerana balik saja terus menjaganya di hospital, tak sempat berehat langsung tapi Nur menyangkal segalanya. Nur tentu penatkan? Sampai saja terus jaga abang di sini, Adam berkata dengan wajah kesal. Jangan cakap macam tu bang, sedih suara Nur kedengaran. Abang tak sihat dan dah jadi tanggungjawab Nur menjaga, Nur ikhlas melakukannya bang, janganlah abang rasa yang bukan-bukan pulak. Semuga abang dapat keluar dari hospital dalam sehari dua ini. Adam mengeluh lagi mengenangkannya. Abang nak makan? Nur bertanya lembut. Tak sedar oleh Adam yang Nur sudah berada di sisi, Adam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, abang tak ada selera katanya pula. Hmm janganlah ikut perasaan, makanlah sikit, Nur berusaha memujuk. Tak apalah Nur mungkin sekejap lagi lalu Adam merenung keluar tingkap. Jauh menung bang, Nur memecah kesunyian setelah beberapa ketika. Pandangan mereka bertemu senyuman meniti di bibir. Oh ya abang terlupa pulak nak beri Nur panduan, lalu menghulur sehelai kertas yang cantik berlipat dan nama Nur Amina tertulis di atasnya. Apa ni bang? Nur bertanya. Nur bukaklah kalau nak tahu, Adam menyengeh…senggeh Adam masih kekal macam dulu bisik hati kecilnya. Nur membuka lipatan kertas itu dengan penuh tanda tanya lalu membaca…”apakah anda perlu mengenali Adam Hassan”? Senyum dan senggeh Adam memang tidak berubah, itu yang Nur benar-benar ingat, merah padam mukanya dapat di rasa bila Adam merenung lalu tunduk tersipu malu. Apalah abang ni macam budak-budak, kata Nur manja. Memang budak-budak kata Adam pula sebab baru nak kenal cinta…hehehe Adam tertawa kecil dan cubitan Nur hinggap di lengannya…aduhh jerit Adam dalam tawa dan menyambung is that your trademark sayang? Bertambah merah muka Nur.

Hai bertuahnya badan kata seorang jururawat yang memerhati…apa kamu cakap seorang? seorang kawan bertanya pula. Ha’ah memang cakap seorang kerana asyik tengok patient kat dalam tu…kenapa? Romantic habis tak padan dengan sakit, yang isteri tu senyum memanjang asyik melayan karenah suami. Kan ke bagus begitu, lagi cepat baiknya. Amboi-amboi akak tengok lah tu boleh main cubit-cubit dan cuit hidung pula…eh sudah tu jangan asyik nak perhatikan orang kerja buat juga…lah akak ni jealouslah pulak, biarlah saya tengok kak…nak merasa di layan begitu entah bila. Jangan asyik nak berangan boyfriendpun belum ada lagi…yang macam tu seribu dalam satupun belum tentu…kau tengoklah puas-puas lagi kempunan ada nanti.

Abangg…jerit manja Nur kedengaran ketika Adam memberi cubitan di pipi dan dalam nada manja juga Adam bertanya…ada apa sayang? First lesson to know Adam Hassan…senggeh Adam berpanjangan…hmm macamlah Nur dah lupa siapa Adam Hassan. Aduhh…tiba-tiba Adam mengaduh sakit…kenapa bang? Sakit. jawab Adam lalu memegang dadanya…tulah nakal sangat kata Nur pula. Abang nakal dengan Nur saja, jom kita keluar ke bawah, rasa lemas pula berkurung di sini. Lemas? tanya Nur seolah kehairanan. Ya Puan Nur…lemas jawab abang Adam dengan renungan tajam di beri…oh oh kata Nur dalam hati…itu memang aku kena belajar dan untuk mengelak dari rasa tidak menentu Nur berkata…abang tunggu kejap ya, Nur ambil wheelchair kat luar tu…eh eh tak payah, abang nak jalan perlahan-lahan. Betul ni? Betulll jawab Adam kembali. Janganlah bang, nanti sakit pulak kalau jalan jauh-jauh, Nur menyuarakan kebimbangan, Nur adakan? kata Adam pula. Mati akal Nur di buatnya, lalu Adam menghulurkan tangan untuk mereka keluar dari bilik itu.

Jalan berdua berpimpin tangan tidak banyak yang di bualkan cuma sekali sekala Adam menjeling untuk melihat wajah isteri yang di rinduinya selama ini, sehingga mereka duduk di kerusi yang ada di laman hospital…hah Adam melepaskan keluhan dan memegang kembali bahagian rusuk yang terasa sakit. Abang ok ke ni? Mata mereka bertentangan tidak tahu entah yang ke berapa kali hari ini, ingin saja Adam mengusap wajah ayu di sisinya namun menangguhkan hajat yang ada kerana tidak mahu Nur merasa tidak selesa di buat begitu di khalayak ramai…hanya senyuman di beri untuk memberi keyakinan semuanya ok. Ketika senyuman Nur masih bersisa…terima kasih Nur, ucap Adam, mereka saling berpandangan senyuman menguntum lagi di antara mereka. Nur mahu memohon maaf atas segalanya ketika itu tapi sebelum sempat Nur berkata apa, jari jemarinya berada di dalam genggaman Adam. Terima kasih kerana berada di sini…memberi abang harapan dan sinar baru dalam kehidupan. Kesedaran yang wujud dalam diri Adam mengajarnya erti kesabaran, penantian yang begitu lama kini memberi Adam harapan untuk bersama Nur melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan berharap semuga tiada lagi perpisahan di antara mereka, lalu mereka hilang dalam khayalan masing-masing bersama tiupan angin petang.

*****

Abang nak ke mana ni? tegur Nur sebaik saja melihat Adam cuba bangun dari katil. Nak keluar cari isteri abang…manalah tahu kalau dia lari pula, jawab Adam berserta senggeh nakalnya. Hmm ni Nur dah sampai atau ada isteri lain yang abang nak cari? gurau Nur dengan manja. Besar biji mata Adam bila dengar apa yang Nur cakap dan sebelum apa-apa Nur sambung…Nur tak ke mana-mana bang, percayalah dan meletakan minuman yang di bawa. Betul ni? tanya Adam pula. Betul jawab Nur dan mengambil tempat di sisi Adam. Di antara bersedia dan tidak Nur cepat-cepat berkata…maafkan Nur bang kerana biarkan abang menunggu lama. Hampir tersedak Adam di buatnya dengan ucapan itu. Dengan perlahan jari jemari Nur berada di dalam genggamannya, Nur tertunduk resah dan bilik ini sekali lagi menjadi saksi kepada mereka berdua tapi dalam keadaan yang berbeza. Kalau dulu setiap kali berdua hanya pertengkaran dan kata-kata yang menyakitkan mengisi setiap ruang namun hari ini amat berbeza. Resah Nur menjadi-jadi bila jari jemarinya di belai Adam.

Nur tahu berapa lama Nur tinggalkan abang? tanya Adam

Mereka berpandangan…hanya gelengan kepala Nur berikan sebagai jawapan kepada pertanyaan itu.

559 hari dari hari pertama Nur tinggalkan abang, keluhan kecil Adam lepaskan. Perpisahan itu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri abang kerana Nur mengajar abang erti penantian, kesabaran, resah, derita dan yang lebih utama Nur memberi abang semangat dan keyakinan untuk meneruskan hidup ini dengan ketabahan. Abang belajar mengenali sesuatu dengan lebih dalam dan bermakna dalam penantian itu, abang belajar erti cinta, kasih dan sayang dalam ertikata yang sebenar.

Maafkan Nur bang, hanya itu yang mampu Nur ucapkan dalam debaran yang masih ada.

Adam bagai membelai wajah Nur dengan renungan yang di beri, senyuman yang terukir menandakan kebahagian yang Adam rasa waktu itu dan membawa jari jemari itu ke bibirnya dengan kucupan sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga. Nur tertunduk malu, tidak berapa bersedia dengan segalanya ini bila Adam membelainya begitu. Sentuhan lembut jari jemari Adam di pipinya memaksa Nur mengangkat mukanya kembali lalu kucupan Adam beri di dahinya, terima kasih Nur. Mereka terdiam seketika sehingga Adam merasakan sakit kembali mungkin posisi duduk yang tak selesa..aduhh kecil kedengaran dan Nur panic tiba-tiba…aa…bang kenapa? Dengan mengetap bibir menahan kesakitan, Adam membetulkan duduknya lalu menghela nafas panjang…hmm sakit lagi rupanya kata Adam dan ingin bersandar semula. Melihat wajah Nur yang pucat perasaan Adam juga bercampur baur bila Nur membantunya untuk bersandar semula. Abang ok, Nur janganlah bimbang, masih sempat meletak tangannya di pipi Nur dan membelainya kembali dengan harapan untuk melihat kemerahan wajah itu. Senyuman yang di beri dan bila tangan Nur menggenggamnya erat bagai memberi lagi sinar dalam hidupnya. Abang rehat dulu ok…Nur tolong mak di dapur sekejap…boleh? Adam mengangguk lalu Nur beredar pergi, tapi tangan Nur di tarik semula dengan lembut. Berapa lama Nur nak pergi? Tiada jawapan di antara mereka hanya senyuman yang meniti dan hanya mereka berdua saja yang tahu ertinya.

Nur datang merapati Mak Jah dan abang Aidil yang asyik benar bersembang bagai ada perkara penting…asyik benar mak dan abang Aidil berbincang ni boleh Nur tahu apa ceritanya? Nur menegur. Adam macam mana? Mak Jah mengaju pertanyaan sebelum menjawab pertanyaan Nur. Dah rimas katanya mak asyik duduk dalam bilik saja, nak ajak Nur keluar petang nanti. Mulalah mengada-ngadanya tu tak padan dengan sakit. Orang tengah bahagia mak, sakit semua hilang kata abang Aidil dengan senyuman dan serta merta merah muka Nur kelihatan. Pengantin barulah katakan…Mak Jah mengusik pula. Dahlah tu mak, bang, pertanyaan Nur belum lagi di jawab. Apa yang serius sangat ni mak? Hmm memang ada perkara Nur tapi tak tahulah kalau tuan punya badan nak buka rahsia ke tidak? Eh apa dia mak sampai macam tu sekali? Abang Aidil? Berilah tahu mak, macam manapun nanti kena beritahu juga, kata Aidil. Mak ni sebenarnya sedang bincang dengan abang Aidil nak berjumpa dengan ayah dan mak kamu untuk urusan peminangan…oh ya ke? betul ke ni bang? cepat saja Nur menyampuk. Nur suka benar dengan berita yang di terima. Alhamdulillah. Siapa dia bang? tanya Nur lagi dengan gembira. Hai Nur, seronok nampaknya, tegur Mak Jah. Tentulah mak, dah lama kita tunggukan? Senyum Mak Jah berjela-jela. Siapa dia bang? berilah tahu, Nur seakan mendesak kali ini. Aliya jawab abang Aidil, mereka bertemu sewaktu kami buat umrah dulu sambung Mak Jah. Aliya? Alhamdulillah jawab Adam sambil berjalan perlahan mendekati. Tak boleh duduk seorang saja kat dalam tu ya Adam? Mak Jah menegur. Bukan tak boleh mak tapi tak selesa jawab Adam dengan senggehnya dan jelingan pada Nur. Mengada-ngada namanya tu kata Mak Jah lagi…kami tertawa tapi sakit masih terasa pada rusuk Adam kalau dia ketawa. Ternampak oleh Nur lalu bertanya dan mendekati…ok ke bang? dengan kerut di wajah. Nak cepat baik Nur kenalah ketawa juga kalau tak nanti Nur asyik kurung abang dalam bilik tu saja…dah penat Nur, pandang dinding yang tak bersuara tu dengan senggehnya lagi. Hah kan betul apa mak kata…mengada-ngada dia dah sampai…Aidil yang memandang juga tersenyum.

Menyesal Adam tak betting ngan abang masa kat sana dulu…eh eh apa ni Adam? soal abang Aidil. Alahh abang saja nak sembunyi pulak sekarang…masa tu Adam cakap dengan abang pandangan abang dengan Aliya tu lain saja tapi abang yang tak nak mengaku sampai buku yang di pinjampun bawak balik ke Malaysia…eh pandailah kau ni Dam buat cerita pulak. Apa pulak buat ceritanya bang, Adam tanya masa kita kat kedai buku tu kan? Abang saja sorok-sorok tak nak beritahu, betul mak masa tu abang Aidil dah ada rasa, tambah Adam mengusik. Tu abang dah ketawa tu mak betullah apa yang Adam kata, sambung Adam lagi. Mak, Nur jangan percaya cakap si Adam ni…dia yang sebenarnya kelat hari tu lepas jumpa Nur, muka monyok ajak makan pun tak mahu pandai-pandai nak kata abang. Mana ada bang, abang saja buat cerita, depan Nur pulak tu, kalau Nur tanya nanti Adam nak jawab apa? Jawablah apa saja, kamu tu kan pandai putar belit kata Aidil lagi. Ehh abang ni…Adam masih tidak mahu kalah. Hah dah dah tu…sampai esok pun tak selesai, meh sini mak jawab, yang mak tahu doa mak di makbulkan semasa di Jabal-ar-Rahmah tu, samalah juga untuk kamu Adam. Senyuman Nur seiring dengan pandangan Adam kepada ibunya…terima kasih mak. Sama-sama kasih Adam kata Mak Jah lalu merangkul bahu Nur yang ada di sisinya. Bergenang juga airmata mereka berdua.

Aidil merapati Nur yang sedang mengangkat baju di ampaian. Terima kasih Nur, kata Aidil, Nur tak sempat rehatpun sejak balik. Jaga Adam dan ni dah nak buat kenduri pulak. Sama-sama bang dan janganlah risau, Insha’Allah Nur dan abang Adam akan buat yang terbaik untuk majlis kita nanti. Hmm baiklah kalau begitu…terima kasih sekali lagi, abang pergi dulu. Ni angkat baju ke atau berangan? Abang Aidil cakap apa Nur? suara Adam memberi kejutan pada Nur yang sedang memikirkan sesuatu. Ya Allah…terus saja tangannya menepuk Adam, terkejut Nur bang kalau iyapun bagilah salam. Nur mengurut dadanya untuk melegakan rasa berdebarnya…Adam ketawa, seronok tengok isteri pucat dalam ketakutan. Cubitan mengena di lengan Adam, aduhh Adam menyerigai kesakitan…bisanya cubitan Nur sambil mengosok-gosok kesan cubitan…nampak gaya abang kena pakai baju besi lepas ni…hahaha Nur gelak sekuat hati. Eh kuatnya gelak apa tak betul ke abang cakap? Tengok ni kesan kena cubit kat hospital pun ada lagi, Adam menunjukan kesan di tangan dan dalam tawa yang masih ada Nur berkata…kalau abang pakai baju besi Nur pun pakai baju besi jugalahlah baru adil. Eee eee bukan main nakal lagi ya…Adam memicit hidung Nur dengan geram. Tangan Adam di tepis oleh Nur, nasib baik tak off balance, Nur lari dan menoleh pada Adam…abang tak nak kejar Nur? Nur ketawa lagi. Nanti Nur ada ubi ada batas sampai masa akan abang balas. Uuuu Adam Hassan berpantun. Empat mata memerhatikan mereka dari atas rumah…apa dah kena tu kak? Mesra bukan main lagi, Mak Ani berkata. Pengantin baru Ani, biarkanlah jawab Mak Jah, lalu Mak Ani ketawa. Nur menunggu Adam di tangga setelah meninggalkan Adam yang tidak mampu untuk berjalan laju…tangan di hulur di sambut juga, penat bang? tanya Nur. Dah hambat kita satu kampung di tanya pulak tu…ketawa mereka beriringan lalu naik ke atas rumah berpimpin tangan. Empat mata masih memerhatikan mereka…Oii Kak Jah oii lepas ni Ani kena pakai speck hitamlah jawabnya…eh mak sakit mata ke? Bila mak kena? terperanjat Nur mendengar kata ibunya. Ha’ah Nur baru kejap tadi mata mak ni sakit tu lah yang datang sini nak pinjam cermin mata mak mertua kamu ni…Mak Jah tak mampu nak menahan tawanya lalu berkata…apalah yang susah sangat tu Ani oii…dulu nak sangat tengok sekarang dah ada depan mata nak pakai speck hitam pula. Dah lama sebenarnya kak saya ni tak nampak belangkas…tadi ternampak dek saya di kencingkan pula kat mata ni…tulah Ani lepas ni pandai-pandailah kamu adjust mata kamu tu ya…nanti akak ambilkan specknya. Adam dan Nur saling berpandangan kerana tidak faham apa yang di cakapkan oleh ibu mereka…ketawa kedengaran di dapur. Hmm entahlah kata Adam.

*****

Thank you sayang, kata Adam sebaik saja habis menelan ubat yang Nur berikan. Sama-sama kasih abang, jawab Nur dengan senyuman. Abang rehat dulu ok…Nur nak kemas kain baju kejap. Tak boleh, cepat saja Adam menjawab. Lahh…kalau tak boleh siapa nak kemas pakaian kita dan abang ni tak jemu tengok Nur ke? tanya Nur dengan muka manjanya. Biarlah pakaian tu kat situ…bukannya di kacau sesiapa, kain baju yang di risaukannya kita yang sakit tidak di peduli, kata Adam dengan manja juga sambil menyandarkan badannya di kepala katil. Hmm betullah kata mak siang tadi…mengada-ngada abang dah timbul. Oh ya Nur…kat mana timbulnya tu sambil menilik badannya dan dengan cepat Nur nak cubit lagi tapi kali ini Adam menangkis dengan menangkap tangan Nur…eee abang dapat tangkap Nur, kata Adam dengan riang, macam anak kecil dapat gula-gula. Eee kata Nur balik…tengok tu bang, sambil memandang ke arah tingkap. Adam terpedaya dan Nur dapat melepaskan tangannya dan terus lari keluar dari bilik. Tak sampai beberapa minit Adam dah menjelma dengan senggehnya yang memanjang, jelingan Nur berikan. Huh cantiknya jelingan isteri abang. Tak tidur lagi Adam? tegur Mak Jah pula. Awal lagi mak jawab Adam sambil menahan kesakitan bila hendak duduk di bawah. Hmm dah tahu sakit nak duduk bawah juga, macamlah rumah mak ni tak ada kerusi, kata Mak Jah sambil menjeling. Mak, Nur memanggil. Pak Harun kat kampung sebelah tu ubat orang lagi tak?. Eh apahalnya Nur? kamu sakit ke? Hmm lebih kurang macam tu lah mak…mak tengok sajalah orang yang duduk di belakang Nur ni…dia ingat badan Nur ni ada spring agaknya. Mak Jah memerhati apa yang Adam buat…tinggalkan saja Nur baru dia rasa…tak puas kena tinggal agaknya. Adam mengurut dada mendengar apa yang Mak Jah kata…hah kenapa Adam? sakit dada pulak ke? Macam tulah mak rasanya…urghh urghh Adam buat bunyi dan merebahkan kepalanya di bahu Nur. Alahai kesian suami Nur sambil membelai rambut Adam…Adam tersenyum kepuasan di belai begitu.

Hari-hari yang berlalu adalah kegembiraan buat Adam dan Nur, seperti anak-anak yang baru bertatih, itulah ibarat rumahtangga mereka. Pengantin lama tapi baru andaian yang Mak Jah berikan dan bagi Nur yang tidak pernah tahu tahap kenakalan Adam, rajuk dan manjanya. Semua ini baru dalam hidupnya dan di belajar hari-hari. Bilik ini banyak menyimpan rahsia mereka dahulu, hanya airmata mengiringi setiap kali menyendiri di kamar ini namun segalanya kini berubah wajah. Terasa diri di sayangi kini dan Nur juga tahu hatinya tidak pernah di beri pada orang lain walaupun kadang-kadang tertanya juga kenapa dan mengapa hatinya untuk Adam sahaja. Penantian yang begitu lama memberi sinar baru dalam hidupnya kini. Kerlipan bintang di langit seolah-olah tersenyum sama tika Nur melayar kenangan dan tiba-tiba…Uhh Nur terkejut bila pinggangnya di rangkul rapi…hmm jauhnya isteri abang berangan…dah sampai mana tadi? Tak sampai mana-mana kat bilik ini saja, jawab Nur. Rangkulan yang Adam berikan amat kemas di rasa lalu menyandarkan pipinya di pipi Nur. Dengan perlahan bibir Adam mengambil alih semuanya…Nur mati akal dengan permainan bibir Adam di lehernya…Nur kini berada di antara kegelisahan dan keindahan. Betul ke isteri abang tidak di buai perasaan tadi…Adam bertanya lagi secara tiba-tiba. Betullah…kalau abang tak percaya tanyalah kat dinding, lantai dan semua yang ada dalam bilik ni…Nur sedar getar suaranya. Apa kabar isteri abang malam ni? Adam bertanya. Alhamdulillah sihat adanya, jawab Nur dan makin merasakan kelainan yang amat ketara. Hembusan nafas Adam di helaian rambutnya serta tangan yang merangkul kemas pinggangnya tadi memberi urutan di badannya kini, urutan di beri membawa jauh diri Nur dalam khayalan, hilang sudah kegelisahan dan dengan lembut badan Nur di pusingkan untuk berada dalam dakapan serta renungan Adam memberi gementar di hatinya. Dengan nakal Adam tertawa kecil sambil membelai wajah isteri yang di rindui selama ini dan yang di cintai…merahnya pipi isteri abang, lagilah Nur tertunduk malu. Ciuman yang di mulai di ubun-ubun, di bawa ke dahi dan terus ke pipi…welcome home sayang ucap Adam dalam belaian kasih lalu mereka hilang di dalam kepekatan malam.

Pagi yang nyaman, angin bertiup perlahan dengan padi yang sedang menguning serta kicauan burung menemani Nur di awal pagi…Alhamdulillah, ucap Nur dengan senyuman terukir dan tanpa di sedari sekali lagi di kejutkan dengan kehadiran Adam di belakangnya. Selamat pagi sayang, ucap Adam serta ciuman di pipi, terkedu Nur dengan belaian manja di pagi yang hening ini. Hanya senyuman yang mampu di beri, selamat pagi bang ucap Nur juga. Apa sarapan kita pagi ni? laparlah pulak kata Adam yang masih merangkul dirinya serta kepala Adam di bahu Nur…hmm Nur tengah fikir apa nak buat…abang nak…tak perlu susah-susah nak fikir kak, suara Sarah kedengaran sebelum sempat Nur menghabiskan ayatnya. Sarah bawa mee hoon goreng untuk semua, sambil mata menjeling pada kakak dan abang iparnya yang masih membelai manja isteri dalam dakapan di buai ke kiri dan kanan. Alhamdulillah rezeki di pagi hari ucap Adam. Jom makan, abang lapar dan abang dah janji nak jumpa ayah di surau. Ada apa kat surau bang? Nur bertanya. Nak betulkan sikit bahagian belakang dan nak cat keseluruhan surau, jawab Adam. Sarah hanya memerhati mereka berdua dan mohon diri untuk pulang tanpa sempat Nur berkata apa. Jelingan dan senyuman yang Sarah beri pada mereka berdua mungkin mengandungi makna yang tidak di ketahui.

*****

Kenapa ni Nur? Adam menegur bila melihat Nur merenung jauh keluar tingkap. Hah…Nur melepaskan keluhan lalu mengambil tempat di sisi suaminya. Sarah jawab Nur ringkas. Hmm oh ya abang nak tanya juga tadi tapi dah sibuk terlupa pulak? Kenapa dengan Sarah dan abang tengok mak risau kerana dia asyik mengurungkan diri dalam biliknya. Cinta tak berbalas bang…jawab Nur. Errr siapa? Kalau Nur beritahu mungkin abang juga keliru dan mungkin tak percaya. Kenapa pulak? Adam rasa pelik dengan apa yang Nur cakap. Sarah memang ada hati kat abang Aidil sejak dulu lagi tapi Nur ingatkan hanya ilusi budak-budak saja, tak sangka pula di bawa hingga sekarang, jadi berita pertunangan abang Aidil meruntun hati Sarah, lalu Nur melepaskan keluhan lagi. Tanpa di sedari Nur meluahkan rasa…Nur pernah mengalaminya dulu jadi Nur tahu apa yang Sarah lalui, hanya ketabahan dan masa dapat menyembuh luka di hati. Adam terdiam…siapakah orangnya? Adam bertanya sendirian.

Adam di himpit keresahan. Kenyataan Nur bercambah cemburu di hatinya tapi kenapa? Memang terlalu payah untuk Adam melelapkan mata lalu di toleh pada Nur yang sudah lena dalam peraduan, ingin saja di hantuk kepalanya mencari jawapan kepada persoalan ini dan dalam kegelisahan yang ada, akhirnya terlelap juga. Tidur Adam tidak berapa lena dan pagi itu seluruh rumah di kejutkan dengan berita kehilangan Sarah. Mereka mencari Sarah di tempat-tempat yang berkemungkinan Sarah bersembunyi namun tidak di temui sehingga Imam Bakar mengambil keputusan untuk membuat lapuran polis. Semua orang tidak tahu apa puncanya Sarah berbuat begitu dan hati Adam menjadi sayu bila melihat Nur menangis, di rapati isteri yang dalam kesedihan. Dah tu, jangan menangis, Insha’Allah Sarah tak ada apa-apa, Adam memujuk sambil menyapu airmata yang menitis. Dengan ciuman di dahi Adam membawa Nur dalam dakapannya, tiada pujukan atau kata kerana belaian dan dakapan Adam cukup untuk menghilang resah Nur waktu itu.

Keresahan Mak Ani menjadi-jadi kerana tidak di ketahui masalah yang Sarah hadapi sehinggalah panggilan telefon dari Aidil melegakan segalanya. Aidil menemui Sarah di rumah Aliya tapi tidak di ketahui sebab-musababnya dan alasan yang Sarah beri mengundang rasa curiga di hati Aidil tapi di biarkan saja. Hanya Adam dan Nur tahu segala dan berjanji menceritakan asalkan Aidil tolong membawa Sarah pulang. Pertanyaan demi pertanyaan Mak Ani kemukakan tapi tiada jawapan di terima dan hanya kurang sihat dan fikiran terganggu saja jawapan yang Aidil terima demi menjaga maruah seorang wanita, itulah alasan yang Nur berikan ketika Adam bertanya.

*****

Nur menemani Adam ke pusara ayahnya pada sebelah petang dan mereka akan pulang ke Kuala Lumpur esok. Bermula satu lagi perjalanan baru dalam hidup Nur, bekerjasama dengan Adam di pejabat mereka, itu permintaan Adam. Angin petang yang bertiup perlahan mengiringi perjalanan pulang Adam dan Nur dari pusara. Kesepian di antara mereka memaksa Nur bertanya…abang ok ke ni? Adam diam seketika sebelum menjawab, terlalu banyak rasanya Nur yang tidak sempat abang beritahu ayah sewaktu hayatnya dan kini abang benar-benar terasa kehilangannya. Nur memaut mesra lengan Adam dengan harapan dapat melegakan gelodak perasaan suaminya di kala ini…Nur faham apa yang abang rasa tapi percayalah ayah tentu bangga dengan abang sekarang. Dengan perubahan diri abang, dengan kejayaan yang telah abang capai dan juga dengan errr errr…Nur terdiam dan terhenti. Dengan apa Nur? Adam menoleh memandang Nur lalu mengubah topic bicara…abang nak berhenti sekejap? Nur bertanya sambil Adam memandang sekeliling. Itu tempat abang kan? Mana Nur tahu? ada sangsi di suara Adam. Senyuman terukir lagi di bibir Nur, tangan Nur hulur di sambut oleh Adam lalu berjalan bergandingan ke tempat yang menyimpan rahsia Adam yang di ketahui oleh Nur sejak dahulu lagi.

Bayu petang yang mengiringi seolah-olah mengerti perasaan sepasang suami isteri ini. Jari bertaut dan malu pengantin baru masih ada juga lagi tapi Nur mula membiasakan diri dengan kenakalan Adam dan juga ketika Adam menunjuk mesranya di hadapan keluarga. Teguran yang Nur berikan hanyalah dengan mengelak kerana memang Nur tak berani nak bersuara lagi buat masa ni, tidak mahu Adam berkecil hati kerana paling Nur tahu Adam mudah merajuk dan berjauh hati dan yang paling Nur geruni dan baru di pelajari ialah cemburu Adam. Nur perasan tentang ini sewaktu di hospital ketika berbual dengan Doctor, hanya kerana Nur membalas senyuman yang di berikan oleh Doctor itu. Hampir setengah hari Adam mendiamkan diri, sepatah di tanya, sepatah di jawab sehingga Nur hilang punca di buatnya. Mereka berpandangan ketika sampai di bawah pohon, pastinya senyuman Nur cantik dan berseri di mata Adam kerana senyuman dan wajah Nur yang di rindui selama ini. Senyuman juga Adam beri dan dalam kekoknya suasana Nur berkata…sebenarnya bang…sebenarnya, Nur gagal meneruskan kata. Sebenarnya apa Nur? Cakaplah, tadipun ayat Nur tergantung sekarang ni pun sama, janganlah biarkan abang tertanya-tanya. Tawa kecil Nur lepaskan dan berkerut jugalah muka Adam melihatnya…wahai isteri abang yang comel dan manja boleh tak kalau di beritahu saja apa yang di rasa…wahai suami Nur yang di kata mengada-ngada apa yang hendak di tahu tanyalah saja. Ohh dah pandai ya? Adam geram melihat wajah comel di depannya. Mestilah jawab Nur sambil mengetap bibir serta jelingan manjanya. Dah, Nur tak mahu beritahu jomlah kita balik saja…Adam memusing badannya hendak berlalu pergi. Janganlah bang, tunggulah dulu…Nur menarik tangan Adam. Adam memandang wajah Nur dan tangan yang memegangnya…atas bawah, atas bawah atas bawah sehingga Nur rasa tak selesa. Ok ok Nur beritahu abang sekarang tapi janji abang dengar apa yang Nur cakap…I’m all yours my darling…hehehe Nur tertawa juga dibuatnya.

Sebenarnya, sebenarnya…hmm Nur dah mula sukakan abang masa di sekolah menengah lagi. Masa tu Nur di tingkatan I. Macam tak percaya telinga Adam mendengarnya. Tingkatan 1? Adam mengulanginya. Abang ingat tak Nur? Abang tak ingatkan? Serba salah Adam di buatnya kerana memang dia tak ingat langsung siapa Nur Amina sewaktu di sekolah…abang tak ingat Nur kan? ulang Nur lagi. Bukan macam tu Nur masa tu ramaikan budak-budak kat sekolah…ialah masa tu memang ramai orang minat kat abang, maklumlah jejaka macho kampung ni, Nur menyindir. Bukan macam tu tapi tiba-tiba kenangan lama muncul dalam ingatan Adam pada suatu petang sewaktu hendak di kelas tambahan ada suara kecil memanggilnya. Di hulurkan drawing block yang penuh dengan lukisan…siapa punya ni? Adam bertanya. Dia yang punya lalu menunjukkan pada seorang budak kecil yang tersipu malu. Cantik…dan mata Adam tertumpu pada sekeping lukisan yang tertera namanya dan Nur, namun nak jaga status masa tu Adam buat tak tahu saja. Awak ada bakat melukis jangan berhenti tau, lalu menghulurkan drawing block itu kembali dan berlalu pergi namun Adam menoleh kembali dengan senyuman di beri. Ahhh sekarang abang ingat Nur abang ingat sambil memetik jarinya…tipu kata Nur dan tahu yang mukanya dah merah padam. Betul abang memang ingat…waktu tu Nur ada lukis dan tulis Adam cinta Nur…betul tak? Adam bertanya dan menanti penuh harapan. Oleh kerana malu Nur menekup mukanya dan mengangguk. Adam kegirangan…yeah jeritnya. Dalam keriangan yang ada Adam menatap wajah Nur dan mengusap pipinya… ADAM CINTAKAN NUR dan membawa Nur ke dalam dakapannya. Angin petang yang bertiup menyampai segala rasa dan pohon rendang menyimpan rahsia.

Langkah lembut seorang isteri di perhatikan suami ketika membawa secawan air untuk dirinya. Airnya bang kata Nur manja dan mesra, sesuatu yang Adam hilang selama ini. Terima kasih kata Adam, dengan senyuman di balas serta wajah Nur di renung. Adam nekad untuk bertanya Nur perkara yang mengganggu fikirannya sejak sehari dua ini. Aa..NNu…tiba-tiba mereka berdua nak cakap serentak. Ada apa Nur? Tak apalah bang…abang cakaplah dulu kata Nur pula. Hmm…kalau macam tu boleh abang bertanya? Ada apa bang? Adam tersenyum memandang Nur lagi…ada apa bang? Abang senyum-senyum ni lain macam saja…apa yang lain macamnya Nur lalu Adam tertawa kecil bila melihat wajah isterinya dah mula merah padam. Merah padam muka tu malu ke, takut ke, resah ke atau nak kenal Adam Hassan dengan lebih dekat lagi? Adam bermain dengan jari jemari isterinya, lagilah rasa tak tenteram hati Nur. Abang tadi kata nak tanya, dah berminit-minit Nur tunggu tak adapun pertanyaan dari abang.

Jari jemari Nur berada dalam genggamannya…dua tiga hari yang lalu Nur ada kata mengenai apa yang pernah Nur lalui…errr…errr…apa dia bang? Hah Adam melepaskan keluhan kerana tiba-tiba bimbang Nur akan berkecil hati dengan pertanyaannya. Tanyalah bang…Insha’Allah Nur akan beri jawapan yang terbaik dan abang yakin dengan jawapan itu. Aikk belum tanya Nur dah kata yang abang akan yakin…hmm ok sambil menganggukan kepalanya…dalam hati Adam nak mengusik Nur lagi kerana seronok melihat wajah isteri yang merah padam dan tersipu malu tapi hari dah malam nyamuk juga banyak berkeliaran…boleh abang tahu siapa lelaki yang pernah berada di hati Nur? Mata mereka bertentangan…antara senyum dan tawa Nur bertanya…betul ke abang nak tahu? Abang tak mahu teka siapa dia? senyum Nur berpanjangan…seronok juga permainan ini kata hatinya.

Nur biarkan saja jari-jemarinya di mainkan oleh Adam, mulut Adam seolah-olah mahu berkata sesuatu tapi tak terkeluar pula jawapan kerana nama yang ada dalam bayangannya amat perit untuk di sebut…abang tak tahu Nur…mungkin juga abang Aidil atau…dua jari Nur menutup mulut Adam dari terus berkata…dengan pandangan yang penuh bercahaya Nur berkata…hanya abang yang berada di hati Nur dan cinta Nur hanya untuk abang. Terkedu Adam mendengar pengakuan itu lalu mengalih jari yang menutup bibirnya dengan satu pertanyaan…sejak bila Nur? Dari hari kita di ijabkabulkan, Nur memberi jawapan dengan renungan dalam ke mata Adam, senyuman terukir…jawapan ikhlas itu sebenarnya menghiris luka hati Adam dalam sekelip mata. Kekesalan hadir dalam diri lalu jari-jemari Nur di kucup…maafkan abang Nur, maafkan abang. Sudah terlalu banyak kata maaf abang ucapkan lalu mengambil jari Adam berada di dalam genggamannya…kita telah berjanji untuk memulakan perjalanan hidup kita dengan kasih sayang yang ada, dengan kepercayaan dan semuga perpisahan perit yang pernah kita alami tidak berulang lagi.

*****

Jauhnya orang sebelah tu mengelamun…tak kesian ke kat kita yang di sebelah ni? Adam mengusik Nur ketika keadaan menjadi sunyi di antara mereka. Kenapa Nur? sempat lagi Adam membelai pipi Nur masa itu. Keluhan berat Nur lepaskan, tak ada apa-apa bang lalu mengambil jari jemari yang membelai pipinya tadi dalam genggaman, cuma Sarah jawab Nur. Abang tahu Nur, tak mudah untuk melupakan orang yang kita sayang, walaupun pandangan mereka bertemu tidaklah ketara sangat renungan Adam kerana dia memandu. Kalau tadi Nur menggenggam jari jemari Adam, kini jari-jemari itu mula membelai jarinya sambil ligat fikiran Nur mencari makna kepada kata-kata Adam tadi.

Terasa macam di pukau bila pandangan mereka bertemu, Adam memberikan senyuman namun Nur tenggelam dalam fikirannya sendiri dan tidak di sedari mereka telah sampai ke destinasi. Pipi Nur di sentuh lembut, percayalah abang tahu apa yang Nur rasa tentang Sarah. Kita dah sampai, kata Adam lalu turun dari kereta. Jomlah turun, Adam mempelawa dan membuka pintu kereta. Nur memandang sekeliling…rumah siapa ni bang? Rumah abang ke? Bukan, jawab Adam. Nur kehairanan. Rumah kita, kata Adam selepas beberapa ketika setelah puas menatap wajah terperanjat isterinya. Errr…rumah ini dah lama juga abang beli tapi abang tak pindah masuk, abang tunggu Nur. Tiada apa yang mampu Nur ungkapkan lalu menerima huluran tangan Adam dan membawanya masuk ke rumah.

Ketika pintu rumah di buka, perkara pertama yang menarik perhatian Nur ialah gambar perkahwinan mereka yang tersusun rapi di meja sudut bersama lampu hiasan di tengahnya. Ada apa yang tak kena Nur? Adam bertanya. Tak dan sekaligus menggelengkan kepalanya. Lengkapnya rumah ni bang, Nur menegur. Adam hanya tersenyum mendengar kata-kata Nur. Abang beli sikit-skit dan rumah ini menjadi tempat abang berangan dan melepas rindu pada Nur serta membina harapan. Barang yang ada memang abang tak susun sepenuhnya dan juga tidak di guna kecuali sofa tu tempat abang melepaskan penat bila selesai mengemas halaman. Mata Adam tidak berkelip memandang Nur ketika berceritakan semuanya dan Nur tidak tahu nak halakan pandangannya ke mana. Matanya tertumpu kembali kepada gambar yang tersusun di meja termasuk gambar mereka berdua yang sempat di ambil semasa bekerja dulu. Adam mengikuti pandangan mata Nur, terima kasih bang lalu titik-titik jernih membasahi pipi. Tanpa kata Adam menyapu airmata yang menitis dan membawa Nur dalam dakapannya, terima kasih Nur ucap Adam dalam belaian yang ada. Mereka begitu seketika sebelum Adam merenggangkan pelukannya. Menyeka airmata yang masih bersisa, hidung di cuit manja, ciuman di beri juga, masih banyak yang perlu kita buat Adam berkata. Kita mulakan yang baru di sini dan kenangan lalu sebagai ingatan buat kita untuk di jadikan tauladan. Beberapa hari berikutnya juga adalah hari-hari dalam sejarah. Adam dan Nur mengemas dan menyusun barang dalam rumah dengan citarasa bersama.

Sengget frame tu bang, kata Nur. Ke sana sikit, eh dah terlebih pulak…sini sikit…lah banyak sangat abang anjak pulak, lama-lama Adam marah. Biarkanlah kata Adam dengan nada merajuk campur marah tapi masih melabuhkan punggung di sebelah Nur. Tengok tu, Nur menunjukan frame yang sengget, biarlah kata Adam. Nur merenung Adam yang di sisinya tapi pura-pura buat tak tahu, lalu Nur manjakan dirinya. Merebahkan kepala di dada Adam, bahunya di rangkul suami tercinta. Nur mendongak untuk melihat airmuka Adam waktu itu dan pandangan mereka bertemu, ciuman di beri di dahi, suasana sepi hanya degup jantung yang di dengari. Nur, Nur kedengaran Adam memanggil…masih tiada jawapan. Eh mana pulak isteri aku ni? kata Adam sendirian. Oh mandi rupanya, patutlah tidak berjawab. Ketika mengambil kunci kereta, kilauan batu dari sebentuk cincin membuat Adam menoleh. Masih segar dalam ingatannya…awak simpanlah, selamat tinggal Nur Amina, Adam hanya berdiri di situ merenung cincin yang tidak mampu berkata-kata dan apabila pintu bilik mandi terbuka pandangan mereka berlaga, Nur tergaman bila Adam merenung tanpa bicara.

Nur menggigil dengan tiba-tiba mungkin juga rambut yang masih basah dan angin yang bertiup dari luar sana. Abang…itu saja yang terkeluar dari mulutnya. Mata Adam masih merenungnya dan Nur tidak tahu apa lagi yang nak di kata bila Adam datang menghampiri mengambil tuala untuk mengeringkan rambutnya. Tak apalah bang, biar Nur guna hair-dryer saja. Adam masih diam tidak berkata apa, minta Nur duduk lalu tangannya menggeringkan rambut Nur dengan lembut. Nur gelisah, lalu di tangkap tangan yang masih sibuk dengan rambutnya. Adam terhenti dan Nur mengubah kedudukan, berhadapan dengan Adam kini. Abang, Nur memanggil lembut, tidak akan ada perkara yang boleh kita selesaikan kalau abang membisu begini. Please abang…kenapa tiba-tiba abang jadi begini? Hati Nur sayu lagi tapi di tabahkan hati untuk tidak menangis kali ini. Andaikata boleh Nur tafsirkan renungan Adam lebih mudah buat dirinya tapi malangnya dia tidak mampu. Jari dan tangan yang tadi sibuk menggeringkan rambut Nur kini membelai dan mengusap wajah isteri kesayangan…I love you…ucap Adam.

Adam memberi kucupun di ubun-ubun Nur…resah di hati Nur pendamkan saja, hanya melihat reaksi suaminya yang berubah secara tiba-tiba. Dengan perlahan tangan Nur di pegang, sebentuk cincin bertatah berlian di ikat dengan mas putih dan di apit oleh dua bentuk cincin belah rotan disarungkan ke jarinya. Nur memang tak pernah tengok cincin itu dan bukan juga cincin perkahwinan mereka. Alhamdulillah…it’s fit nicely, Adam berkata. Memang untuk jari pemiliknya. Ab…a…Nur tak sempat nak berkata apabila melihat Adam tersenyum dan tertawa kecil walaupun ada bayang kesedihan di wajahnya. Mereka berpandangan seketika sebelum Adam mengeluarkan cincin perkahwinan mereka. Terima kasih Nur kerana masih sudi menyimpannya dan abang beli cincin yang tersarung di jari Nur dengan duit titik peluh abang sendiri dan juga dengan harga kasih sayang.

Untuk sekian lama Nur diam memandang cincin di jari dan juga cincin perkahwinan mereka yang di pegang Adam. Akhirnya dengan sedikit kekuatan yang ada…Nur bertanya, kenapa abang beli Nur cincin ini? Nur tak suka? Adam bertanya balik. Bukan begitu bang, Nur tunduk kerana tidak mampu merenung Adam…semuanya baru bagi Nur, maksud Nur perjalanan hidup kita. Dengan jari yang di letakan di dagu Nur, Adam meminta Nur melihatnya. Nur janji simpan cincin kahwin kita dengan sebaiknya ya…dan jangan tanggalkan cincin yang di jari Nur kecuali perlu dan terpaksa. Abang nak Nur jadikan cincin ini sebagai tanda permulaan hidup kita dan kenangan indah dalam hidup kita juga sambil jari jemari Adam membelai jari jemari Nur serta cincin di jari.

*****

Tidak di sangka hanya satu malam dapat menyiapkan sebuah cerita pendek tentang kisah hidupnya bersama Adam dengan mengimbau kenangan indah mereka. Cadangan yang abang Adam beri sewaktu berada diatas pokok untuk menulis cerita kanak-kanak menjadi cerita kami dahulu, mungkin satu hari kisah kami akan di bukukan buat kenangan untuk anak-anak dan juga kepada pembaca yang masih gemar dengan romantic novel, detik hatiku. Tersenyum sendirian juga bila membaca segala apa yang aku tulis dan matapun masih belum mengantuk lagi lalu menoleh ke arah suami yang sudah lama di buai mimpi. Maaf bang, Nur biarkan abang tidur sendirian, bisik Nur pada suami yang mungkin berada di alam mimpi sambil membaringkan badannya di sisi Adam. Aku memerhati hembusan nafasnya dan wajah yang tenang dalam lenanya dengan harapan aku dapat melelapkan mata sebentar lagi. Dalam khayal memerhati, abang Adam bersuara, kenapa tak tidur lagi ni? tanyanya. Nur tenung abang kenapa? dan apa pulak kena dengan jari tu? Hmm, banyaknya soalan abang di awal pagi, kataku. Abang tak tidur lagi? Macam mana nak tidur partner hilang, selalu peluk ada response ini rupanya bantal peluk. Ohh pasal tu tak lena tidur? aku bertanya. Ialah jawabnya tapi mata pejam. Hehehe aku ketawa…cakap-cakap macam tu berilah pada Adam Hassan lalu aku memusingkan badan untuk bangun. Dalam mata yang separuh buka abang Adam menahan diriku dari meninggalkan katil. Arrggh terjerit di buatnya dengan aksi spontan tu…abangg dah tengah malam ni…masih nak bergurau lagi? tidurlah, kataku dengan geram. Yang awak tu nak ke mana Puan Nur? abang Adam bertanya. Nak lari, jawabku Ok…larilah nanti esok baru abang cari lalu tangan di lepaskan. Aku menoleh ke arah wajahnya dan memberi senyuman dengan mata yang separuh terbuka.

Terasa ada tiupan angin dari luar…hmm rupanya Adam Hassan melayan perasaan di malam yang gelap gelita, aku mengusik. Lebih baik layan perasaan dengan bulan dan bintang…ada isteripun buat tak layan saja dengan kita, di cebeknya muka dan jelingan di beri. Oh banyaknya bintang yang bertaburan serta cahaya bulan yang menerangi kegelapan malam…agaknya apa yang bulan dan bintang cakap dengan abang, lalu berdiri di sisinya. Banyak yang bulan cakap dengan abang…salah satunya? aku pula bertanya. Bulan cakap jangan lupa anniversary hanya tinggal beberapa bulan lagi…tak nampak ke tadi isteri kamu dah mula belek cincin di jari…faham-faham sajalah tentu dah minta di ganti. Ohh bulan bintang tahu pulak apa yang Nur rasa ya…hmm baguslah bang, kali ini boleh tak Nur pilih yang besar mana batunya dan classnya juga? Betullah cakap kau bulan…dengar tu apa yang isteriku kata, abang Adam berkata sambil memandang bulan di langit. Mukanya selamba saja dan aku dah ketawa…apa lagi satu cubitan mengena lengannya. Abang Adam mendiamkan diri walaupun sakit terasa mungkin…aku cucuk-cucuk badanya pun hanya di elak sedikit saja…kau tengoklah ni bulan…bawalah daku pergi dari derita ini isteri ku tidak menyayangiku lagi…uwaa..uwaa…eee buruknya orang tua menangis, kata ku. Walaupun puas untuk abang Adam menahan ketawa akhirnya ketawa juga lalu membawa Nur dalam dakapannya.

Mereka berdakapan sambil merenung bintang dan bulan di langit dengan wajah Nur terbenam di dada Adam. Dari sebentuk cincin sebagai tanda bermulanya kehidupan rumahtangga mereka kini Adam dan Nur bahagia bersama tiga orang cahayamata penyeri rumahtangga yang di bina. Dakapan Adam eratkan dalam melayari keindahan malam.

Owned and written by : Sanaa 29/07/10

9 Responses

  1. fuhhh!!!…kmbang kmpis sy mmbcanye hahah…but gud job la k.san…as always la kn…:) bak kta k.seh fav epi tuuuuu….

  2. Salam Ramadhan pada kekawan semua,

    San…
    Brilliant, marvellous, love it…lemas juga baca, thank you again and again…
    GRACIAS..

  3. salam sanaa…..
    hebatnya nulilan sanaa……
    kita dah tengok nur kasih dilayar….sanaa detailkan lagi dgn penceritaan dalaman….lagi hebat kesannya…pada kita yg membaca….hebatnya cinta nur dan adam….speechless…..tahniah sanaa…teruskan bercerita …dan akak akan terus menjadi pembaca setia.

  4. Salam Utk Sanaa & semua kengkawan.
    Terimakasih atas cerita yg sanna usahakan tu.

  5. salam kak sanaa……
    time kasih yer utk cita nih……..epi 18 n 19…..epi yg paling saya suka…dan semestinya kengkawan yg lain pun suka kan???hehehehe………sweet moment for Nur n Adam… pasangan yg serasi…cuma satu dalam seribu…hi😀

  6. salam san..

    bunga2 je hati teman pg ni sann..senyum dr semalam lg..kembali angau lh teman2 semua ..hahahah..salut la my fren

  7. sann my dearr…..

    thank you for the exaggerated epi 18 and 19….luv it soo muchh….tp mane nyer part sambal udang tuhh…? ..takper…ni pun terbuai2 gak….hehe…fr my latest teropong..something happen to that cincin kawin…but don’t worry…our cjolimoli is for eternity…in our dreams and in reality…hv a great day my dear…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: