• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Aksi Kucing

Selamat Pagi kawan-kawan di sini
Dah bersahur ke awal tadi
Semuga semuanya sihat sejahtera hari ini
Kepada yang tidak puasa jangan lupa sarapan pagi

Sang Pencerita pusing dan pening lagi
Dua hari ku teropong masih tiada berita terkini
Namun ikut firasat dalam hati
Mereka ini saling rindu merindui

Tit tit telefon berbunyi
Call atau message tidak berapa pasti
Yang pasti mereka senyum tak henti-henti
Ketawa kecil kedengaran di sana sini

Pon pon menandakan ketibaan
Bunyi bising tersedar dari lamunan
Oh rupanya tadi Uda dalam perjalanan
Untuk bertemu Dara pujaan

Ketibaan Uda di sambut mesra
Dari jauh dapat melihat semua
Ada kucing dalam pelukan Dara
Uda melihat dengan cemburu juga

Salam di hulur di sambut manja
Senyum berdua tidak lekang di bibir mereka
Bertuahnya kamu kucing…di belai mesra
Aku jugalah yang asyik berangan entah bila

Apa kabar wahai adindaku
Telah selesai segala tugasan mu
Sihat sejahtera wahai kekanda ku
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehari dua yang lalu

Dara asyik membelai kucing saja
Uda perhati dengan cemburu di mata
Hanya diam membisu sahaja
Tertawa juga melihat kucing lena

Kenapa kanda diam tiba-tiba
Dinda yang tidak berkata apa
Kucing di belai kita di lupa
Uda melanggar sedikit bahu Dara

Tengoklah kucing Uda yang mengada-ngada
Dirinya di harap ku belai mesra
Bertuahnya kamu dapat duduk di riba
Aku kena bayar dan test baru dapat rasa

Wahai kucing kalau kau hendak tahu
Mari sini aku cerita pada mu
Nak dapat Dara pujaan kalbu
Bagai nak tercabut nyawa dari badanku

Issh issh apa benar katamu wahai Uda
Aku lebih beruntung kiranya
Hanya menggeow Dara datang menerpa
Kau harus bersusah payah dan keluar belanja

Ha’ah satu drama pun belum tentu cukup
Lepas tu gaduh bagai mercun meletup-letup
Bila nak pujuk jangan salah belok
Silap-silap nanti kepala ku di ketuk

Hehehe kasihannya kamu wahai Uda
Namun janganlah bimbang adanya
Kasih dan cinta Dara hanya pada mu saja
Tidak akan kamu di dera begitu rupa

Terima kasih wahai comel yang manja
Kau faham rupanya apa yang aku rasa
Aku ingat kau menggeow sajalah Uda
Pasti Dara datang tanpa membuang masa

Oh pandai kau mengajar aku pula
Ialah…dah lama bercinta kau macam tu juga
Apalagi di tunggu lama-lama
Ehh Dara yang minta di beri masa

Alahh…kau saja ikut kata Dara
Nak buktilah tu cinta konon sepenuhnya
Biarlah aku jadi kucing sahaja
Dara tetap membelai ku manja

Aii bukannya kau memihak pada ku
Kau perli pulak aku bertalu-talu
Dah tu aku beri nasihat kau tak mahu
Tunggulah kau hingga berjanggut dahulu

Eee eee aku cekik nanti baru kau tahu
Comel menjerit terngiau-ngiau
Dara datang dengan meluru
Untuk melihat apa yang di ngiaukan itu

Kenapa kanda comel menggeow begitu
Kanda buat apa sehingga jeritnya sayu
Di ambil comel duduk di pangku
Di usap di belai…di tanya siapa yang ganggu

Ngiau ngiau comel berbunyi
Matanya melihat pada Uda di sisi
Padan muka…kau terlepas lagi
Aku dah kata ngiau saja mesti Dara datang berlari

Kanda buat apa dengan comel tadi
Tak ada apa…comel suruh kanda menggeow untuk di usapi
Aduhh kanda merepek lagi di hari ini
Masakan comel dan kanda berbicara begini

Ngiau ngiau comel menggeow lagi
Tu comel dah confirm apa kami cakap tadi
Dara ketawa dengan sekuat hati
Geli hati melihat perangai kekasih hati

Dinda tahu yang kanda tidak sihat sehari dua ini
Susah hati ku melihat kanda begini
Hmm…kucing dinda belai kanda di ketepi
Manalah tidak diriku sengsara di hati

Kandaku yang bijak bistari
Dirimu ku belai bukannya begini
Ku beri seinci nak seela pula nanti
Lebih baik comel hanya makan perlu ku beri

Ohh jadinya dinda tahu apa kemahuan hati
Kenapalah tidak di cakap dari dulu lagi
Tak perlu cakap reaksi mu telah ku ketahui
Nakalmu itu terpancar di sana sini

Senggeh manja Uda beri
Pada Dara yang amat di kasihi
Aduhai dinda akan ku tetap sabar menanti
Rumah ku siap mahligai ku bina nanti

Uda deman kucing jadi teman
Cemburunya pasti berpanjangan
Melihat comel dalam belaian
Dara memandang membalas senyuman

Cerita akan ku sambung di lain siaran
Kisah Uda dan Dara sentiasa dalam ingatan
Semuga bahagia mereka dalam kehidupan
Tabah juga menghadapi ujian dan cabaran

Owned and written by : Sanaa 23/08/10

One Response

  1. sanaa…..
    dgn kucing pun uda jelous….kahkah!!!!memang sudah terok angau uda…..dia taukan dara ade banyak kucing…
    dara belai kucing..uda cemburu..minta dibelai sama…kalau dara belai uda cam belai meow…alamat dara mencari nahas…kahkah!!!!seinci nak seela…..nakal sanaa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: