• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Operasi P.S.I

Lapuran ku terima di awal pagi
Dari anak buah yang asyik skodeng sana sini
Di manakah cjoli moli sedang bersembunyi
Dah nak raya masih tiada gambar mereka lagi

Post berdua sentiasa di nanti
Dah lama ku angankan di sini
Tahun lalu warna merah berseri-seri
Tahun ini inginkan keluarga Adam beraksi

Kalau tiada juga minggu hadapan
Akan ku photoshop edar di pasaran
Siapa yang anggau dan meroyan
Jangan lupa letak order online

Anak buah ku berkata
Berbuka puasa di tempat yang berbeza
Ada pula gigitan cinta pada si teruna
Dara dah buat apa…terus saja ku bertanya

Hehehe anak buah ku ketawa
Apalah sang pencerita buat tak tahu pula
Faham-faham sajalah apa maknanya
Nak juga ku tahu di mana gigitan bertanda?

Semalam kucing ku jadikan cerita
Gigitan cinta mengatasi segala
Ingin benar ku tahu sahihnya
Senang ku tambah rempah ratus yang ada

Alahai tiba-tiba buat tak tahu pula
Anak buah ku sudah fed-up memberi cluenya
Gigitan cinta tu hanya pada leher dan bibir sahaja
Duduk termenung sekarang dan mulakan cerita…kata mereka

Sang pencerita mulalah berangan
Bulan puasa tapi nakal Uda tidak ketinggalan
Bibir merekah kerana kepanasan
Kenapa di bilang kesan gigitan?

Aduhh sakitnya bibir merekah pula
Dara mengusik…cantiklah kanda bagai delima nampak isinya
Eee eee geram Uda mendengar usikan Dara
Bibir ku sakit kekasih ku suka hati pula

Bukannya simpati yang ku terima
Di perli pula oleh si Dara
Tiadakah simpati darimu wahai adinda
Melihat diriku yang sedang menderita

Kerana degil kanda jadi begitu
Pesananku kanda sering buat tak tahu
Sekarang dah sakit…rasakan oleh mu
Janganlah asyik nak mengadu

Mari sini ku tolong sapukan
Minyak ajaib hilang terus kesakitan
Kanda akan lupa dalam sekejapan
Pasti sembuh tanpa ada kesan

Eh eh nanti dulu…minyak apa ini dinda
Kalau di sapu kanda akan lupa apa
Minyak senyonyong buat penyembuh luka
Dalam hati dan juga penyakit lupa

Oii Oii nanti dulu wahai adinda
Pertanyaan ku tidak di jawap sepenuhnya
Oh ya…banyak perkara yang akan di lupa
Termasuk diriku yang berada di depan mata

Senyum manja Dara beri
Lagilah tidak tenteram rasa di hati
Wahai adinda kasihanlah pada diriku ini
Sakit yang ada tidak mungkin di sedari

Wahai kanda pujaan adinda
Nak ku sapu ubat tak mahu pula
Sekali sapu dinda guarantee baik adanya
Betul ke tiada ramuan untuk lupa

Hahaha benar sungguh sakit kanda
Sejak bila kanda percaya
Benda karut tak masuk akal pula
Cuma yang akan kanda lupa jalan ke sini saja

Oh oh bagusnya berilah pada ku
Supaya lenaku tidak lagi terganggu
Mari sini biar ku tolong sapu
Uh indahnya pasti lena diri ku beradu

Senggeh Uda memang manja
Tidak mampu Dara menahan senyumnya juga
Olive oil di sapu dengan kasih yang ada
Semuga sembuh sakit yang di rasa

Lahh olive oil yang dinda guna
Kenapa tak di beritahu dari mula
Dah berhari-hari ku menanggung derita
Ini saja yang perlu di guna

Itulah nasib orang malas bertanya
Bukan malas tapi nak bermanja
Alasan kukuh untuk bertemu adinda
Eee eee geramnya…di beri betis hendak peha pula

Memanglah begitu wahai adinda
Betis kecil nanti sakit kepala
Peha empuk enak tidurnya
Geram Dara bertambah dengan jenaka Uda

Alala cantiknya wajah kekasih hati
Terubat rindu ku yang dah bersarang ini
Muka merah tu yang amat ku rindui
Hidung di cuit Uda menyeringai lagi

Sudahlah kanda jangan asyik nak mengada-ngada
Nanti ku cubit lagi baru kanda rasa
Kuserahkan jiwa dan raga
Cubitlah di mana saja adinda suka

Nakal dan manja itulah Uda dan Dara
Pening pusing tetap ku fikirkan mereka
Tak ada berita ku cungkil rahsia
Ku karang sehingga menjadi cerita

Sampai di sini dulu PSI melapurkan
Teruskan misi doa juga jangan di lupakan
Kita bertemu lagi di lain siaran
Dengan cerita yang penuh gurauan

Owned and written by : Sanaa 24/08/10

6 Responses

  1. uikk!!..k.red..x leh eh…k la noted…phammm…mnurut printah..;)

  2. hihihiiiiii.. san..san..

  3. salam semua..

    huhu..mcm real saja sanaa
    dari kisah kucing sampai cerita bibir sakit pula
    sanaa skodeng smpi kat rumah ka..hahaha
    kalu imaginasi..mmg salute laa…real gilaaa..hahaha

    hmm…apa cerita cjolimoli kita yaa..
    joli dah habis shoot drama 7 lagu ka..
    dgrnya dgn khabir juga..
    moli pula apa cerita sanaa..ker berkepit ngan moto saja?..

    oklah..sup saja singgah nak memeriah suasana
    tgh stress sbb byk keja..idea pulak x da…
    hmm…slamat berpuasa semua…

  4. elok juga kalau di sapu dengan minyak gamat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: