• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Muafakat

Apalah kabarnya pengantin baru
Sibuk agaknya dengan persiapan
Ialah tahun pertama menjadi menantu
Banyak perkara yang mesti di lakukan

Hari ini 13 hari umat Islam berpuasa
Tidak lama lagi kita semua menyambut Hari Raya
Debaran sudah mula terasa
Bersama keluarga mertua di pagi raya

Kedua keluarga pula yang terlalu gembira
Seorang dapat menantu perempuan ayu jelita
Seorang lagi menantu lelaki kacak orangnya
Tiada siapa tahu gelodaknya rasa pengantin berdua

Oleh itu ku teropong pasangan kita
Di manakah berada di hari pertama
Tentunya Dara ke rumah Uda
Dah jadi isteri ikut saja suami di mana berada

Namun sedih pasti terasa
Pertama kali tidak bersama ibu bapa
Ada suami tapi tempat yang berbeza
Harapnya janganlah bergaduh pula

Teropong ku pasang serata penjuru
Memastikan lapuran tepat pada waktu
Kalau gaduh ku datang leraikan dahulu
Pastinya nakal Uda buat Dara tersenyum selalu

Uda memerhati Dara sejak sehari dua
Termenung juga kadang kala
Di bilang jari hari ini puasa ke berapa
Uda tersenyum dah boleh agak kenapa

Wahai isteri apakah mendengar bulan berbicara
Di renung langit yang penuh cahaya
Maaf kanda tidak sedar adanya
Tangan di salam di cium juga

Telah berhari kanda perhati
Dinda asyik duduk menyendiri
Apakah rahsia tersimpan di hati
Kenapa tidak di luah untuk kita berkongsi

Tunduk malu dan di geleng kepala
Dagu di angkat oleh suami tercinta
Jangan berpura wahai adinda
Riak wajahnya tidak lagi ceria

Kucupan kasih Uda beri
Di dahi isteri yang amat di cintai
Berdiam diri tidak mungkin dapat di atasi
Gelodak rasa yang ada di sanubari

Pujuk rayu Dara terharu
Kasih suami terbukti selalu
Apakah nanti kanda tidak bertindak melulu
Andaikata dinda kabarkan sesuatu

Belum di tahu duduk perkara
Kenapa tindakan yang adinda kata
Hmm…biarlah kanda saja yang meneka
Pastinya dinda khuatir di mana menyambut raya

Terkedu sebentar Dara mendengarkan
Telahan suami yang duduk berhadapan
Benarkan apa yang jadi tekaan
Dara mengangguk menyatakan persetujuan

Hidung di cuit bermulanya bicara
Wahai adinda kita tidak akan kemana
Tidak akan kanda paksa tanpa persetujuan
Marilah bersama kita leraikan

Dari awal pertemuan telah dinda ketahui
Siapa kanda sejak dahulu lagi
Harapan keluarga tidak dinda nafi
Dinda sanjung pengorbanan diri

Terima kasih wahai adinda
Kerana masih mengingati segala
Tidak ku minta pengorbanan lebih darinya
Cuma sekadar pulang beraya di hari pertama

Dinda sedar sebagai isteri
Di samping suami tanggungjawab di penuhi
Kesedihan terasa bertambah kini
Tidak bersama ayah bonda di tahun ini

Senyum Uda mendengar luahan
Janganlah dinda bimbang tidak ketahuan
Akan kanda ukur sepanjang perjalanan
Kita berhenti di pertengahan

Uda sudah mula dengan nakalnya
Namun Dara masih tidak tahu apakah ia
Di pandang Uda dengan penuh tanda tanya
Mengharap jawapan dengan apa yang di kata

Dara memandang nyata keliru
Dah di huraikan masih belum tahu
Sedih diri mu adalah kesedihan di hatiku
Apakah ini akan terus berlaku

Dara sudah mula berubah wajah
Melihat Uda dengan geram dan marah
Tadi katanya muafakat membawa berkah
Hingga kini masih tidak sudah

Kita tidak beraya di sini atau di sana
Beli lemang simpan dalam kereta
Sewaktu azan subuh bergema
Di mana kita di situlah beraya

Lebih baik dinda di sini sahaja
Duduk seorang dari memendam rasa
Ada rumah tapi beraya di jalan raya
Ini bukan muafakat tapi mendera

Hehehe Uda ketawa melihat isteri
Sudah di fahami apa yang di kata tadi
Di belai manja wajah yang berseri
Ciuman hinggap lagi di dahi

Uda : Kita beraya di sini saja…hanya ada dinda dan kanda

Dara: Janganlah nak merepek wahai kanda…tanggungjawabmu hendak letak di mana?

Uda : Kita pulang selepas sembahyang raya…tidur atas jalanpun tidak mengapa

Dara : Mulalah tu dengan perangai gilanya…

Uda : Tanggungjawabku bukan hanya di Hari Raya…dinda sendiri tahu duduk perkara…janganlah kerana ini ada sengketa…tahun ini boleh kita berada di sana di hari pertama?

Dara : Wahai kanda kita sebenarnya sudah tahu duduk perkara…dari tadi cerita hanya pusing-pusing sahaja…tidak akan ku langgar janji di antara kita…sejak awal sebelum berumahtangga.

Uda : Tanggungjawabku bukan di sana sahaja…keluarga mertua tanggungjawabku juga…akan ku pujuk mereka berdua untuk bersama kita beraya di sana.

Dara: Senyum Dara tidak terkata…tidak terfikir olehnya Uda akan berbuat begitu…apakah benar kanda tidak menipu…hmmm tiba-tiba hadirnya ragu

Uda : Senyuman Uda balas dengan mesra…ketidakselesaan mereka itulah ragunya…akan kanda yakinkan mereka berdua…kalau tak mahu kita lari saja.

Dara : Cubitan juga hinggap di lengan…dalam serious Uda buat permainan…

Uda : Aduhh Uda terjerit kerana kesakitan…janganlah ada gusar di hatimu…sebenarnya ayah dan ibu telah lama setuju…akur dengan kehendak menantu yang satu…telah ku guna segala ilmu sewaktu memujuk dan merayu

Dara : Terima kasih wahai kanda…tidak dinda sangka pujuk dan rayu mu mengena…boleh ku dapat resipi yang ada…

Uda : Ehh mana boleh? Nanti dinda guna untuk pikat lain teruna…kanda gigit jari langsung jadi gila…oh tak boleh tak boleh…dengan senggeh panjang berjela

Dara : Tidak ku perlu resipi dari mu…untuk memikat anak teruna pilihan ku…ku beri senyuman pada yang satu…sepuluh datang mohon pada ku (jelingan manja Dara beri)

Uda : Apa katamu wahai dinda? Satu datang sepuluh bermohon? Di manakah diriku hendak di letakan? (dalam gurau debaran jantung berdegup kencang)

Dara : (Meletakan tangan di dada Uda)…hahaha suamiku berdebar pula…ku depangkan tangan merangkul dalam dakapan…di sinilah akan dinda letakan…

Dengan manja pandangan bertemu…dakapan di erat tanda kemesraan…gurau manja pasangan idaman dalam melayari bahtera kehidupan. Muafakat di atur membawa berkat.

Owned and written by : Sanaa 24/08/10

One Response

  1. Salam san,
    esss…..cjoli hanya untuk moli, moli hanya untuk joli….Aminnnn…..
    “mun faham bisai”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: