• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Borak-borak…hilang ngantuk

Sewaktu sahur di awal pagi
Ingatan ku kembali ke cjoli moli
Watak Adam dan Nur yang di rindui
Siaran ulangan menggamit memori

Demam yang ada masih belum kebah juga
Kerja yang banyak tidak buat ku lupa
Pasangan idaman yang membuai rasa
Siapa saja yang melihat mereka

Cjoli Moli Uda dan Dara
Dalam reality kita tahu nama berdua
Watak yang di bawa masih bertahta
Apakah sekarang sudah ada bunga cinta?

Hmm ku teropong dan mencari juga
Namun hanya mereka yang tahu segala
Kami di sini akan terus mendoakannya
Sempena Ramadhan yang mulia hajat terlaksana

Termakbul doa oleh Yang Maha Esa
Itulah harapan kami yang melihatnya
Bukan seorang dua yang berkata
Malahan jutaan penonton kata yang sama

Oleh kerana tiada lapuran yang ku terima
Ku duduk termenung berangan sahaja
Wajah manis terbayang di mata
Segak kacak tampan orangnya

Renungan Adam amat berbisa
Sehingga kini Nur kalah olehnya
Senyum senggeh penambat jiwa
Penyejuk rasa sepanjang masa

Nur ibu kepada tiga
Cahaya mata buah hati cinta mereka
Gelagat dan kerenah penawar duka
Adam dan Nur ibu bapa yang bahagia

Di pejabat mereka di kenali
Suami isteri yang romantik sekali
Adam tidak pernah ingin sembunyi
Kemesraannya pada sang isteri

Tersipu malu kadang kala di buatnya
Bila gurauan di perhati semua
Sayang abang hari ini nak makan apa
Adam bertanya sambil memeluk Nur dengan manja

Hai boss inikan bulan puasa
Silap-silap puasa batal ganti berganda
Lagi best sebab tak sengaja
Let’s go home honey…Adam berkata

Tutup mata kamu semua
Boss kamu memang begini sentiasa
Kalau di tegur menjadi pula
So you all duduk diam-diam saja

Hah dengar tu lady boss dah berkata
Dina menambah pantun yang ada
Alahh macamlah korang semua tak tahu sejak mula
Piala romantis bagilah kat mereka

Hai Dina ada apa-apa ke sebalik percakapan
Bonus dah keluar ke yang you dok pertahankan
Ishh ishh Encik Omar cakap jangan sembarangan
Nanti boss catu kita juga yang kekeringan

Hehehe Omar ketawa juga mendengarkan
Hai Dina apa pula ku cakap sembarangan
Hari ini boss cantik dan sepadan
Harapnya buka puasa…kami makan boss yang bayarkan

Oii oii kerja-kerja
Apa ni tak habis-habis duduk bercerita
Bulan puasa mulut kena catu juga
Ridzwan menyampuk mencelah segala

Mulut kami memang nak catu
Tapi lihatlah di hadapanmu
Boss berdua romantis selalu
Ingin benar ku mempelajari ilmu

Jam baru menunjukan pukul satu
Rasa mengantuk buatlah lawak lucu
Kami berkumpul kot-kot mana tahu
Boss buka mulut…jom buka puasa di Sri Ayu

Adam dan Nur asyik mendengar perbualan
Isteri masih juga dalam pelukan
Di buai ke kiri dan juga kanan
Hampir lena Nur dalam buaian

Lady boss sentiasa cantik dan berseri
Apakah resipi puan untuk kekal begini
Draft plan di buat microphone kini
Be happy and cari suami macam boss lelaki

Thank you sayang dengan pujian di beri
What can I get for you this anniversary
Ohh ada udang di sebalik mee
Cancel cancel ku nak tanya lagi

Berilah kami satu resipi
Yang boleh di ikut oleh kami di sini
Kaum wanita mesti tertanya-tanya kini
Wajah makin cantik tambah berseri

Wahai anak-anak buah ku sekalian
Tidak ku punya sebarang amalan
Selain bersyukur dengan segala pemberian
Redha dan tabah dalam menghadapi dugaan

Senyum manis lady boss beri
Alhamdulillah resipi juga telah di ketahui
Namun daku gerenti
10 hanya satu yang boleh mengikuti

Jangan gusar dan jangan bimbang
Semua ini di buat pengajaran
Amalan hidup pasti akan di timbang
Di akhirat kelak akhir perjalanan

Aikk boss…sudah lena rupanya
Di bahu lady boss tempat bermanja
Baguslah ini company semua ada
Duduk mengomel boleh juga…Omar berkata

Bangunlah abang wahai sayangku
Ambillah wuduk sholat dahulu
Sessi borak di tutup sementara waktu
Anak buah menanti keputusan dari mu

Ohh dah habis sesi borak rupanya
Bahu lady boss milik ku sahaja
Kalau ada yang cemburu jangan nak mengada-ngada
Nanti ku lesing senget kepala

Nak belanja or buka puasa
Pujuklah Dina di mana tempatnya
Boss lelaki hanya ikut sahaja
Sekarang diriku nak tidur juga

Semua orang tertanya-tanya
Boss mengigau atau betul suruhnya
Nanti di tempah tak mahu bayar pula
Just follow my instruction…boss berkata

Apalagi semua sudah senyum berjela
Cari date yang sesuai untuk majlis berbuka puasa
Makan di restoran sudah ada
Apa kata kita buat di rumah pula

No problem bisa di urus…Omar jadi kepala
Bab makan berilah padanya
Lady boss cakap tarikh dan harinya
Kami buat dengan hati yang rela

Kalaulah semua company begini
Pasti seronok yang tidak terperi
Mungkin juga ini salah satu resipi
Adam berjaya dan bahagia kini

Dari pagi hingga malam hari
Pantun ku berjela tak muat lagi
Baiklah ku berhenti di sini
Kalau tak senyum paksa juga diri

Esok lusa ku buat cerita lagi
Supaya blog hari-hari di isi
Karut atau tidak di tapis sendiri
Pensyarahku kata mesti tulis hari-hari

Owned and written by : Sanaa 26/08/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: