• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Ramadhan dan Cabarannya

Entah kenapa sejak dua tiga hari ini badan aku rasa letih semacam, nak kata bangun awal nak siapkan makan sahurpun tidak juga, kerana kalau setakat panaskan makanan atau goreng sayur dan ikan Sulis banyak membantu. Namun puasa kali ini memang lebih mencabar diriku sejak awal lagi. Rasa kelesuan yang amat sangat di tambah dengan bebanan kerja yang ada kerana order langsir yang bertambah sebelum puasa lagi. Huh, aku mengeluh…sakit segala sendi yang ada.

Apa yang penat sangat tu sayang? abang Adam menegur.

Entahlah bang, Nur rasa letih sangat, selalunya rasa letih macam ni bila dah nak hujung-hujung puasa tapi belum pertengahan lagi rasanya macam dah lama sangat berpuasa, senyuman yang abang Adam beri membuat aku terbayang tentang deal kami yang masih belum di meterai…Oh no please don’t give me that look…kataku.

Apa pulak? abang tengok dan dengar apa yang Nur kata saja, tak kan sampai tak boleh senyum, sambil merapati. Dah jom balik…abangpun rasa letih juga hari ini.

Baru pukul 2.30 bang, kataku. Awalnya boss nak balik hari ini? Nur baru nak tengok last minute order samada nak terima atau tidak, sambil membelek fax yang baru aku terima. Dahlah tu Nur, abang tak mahu Nur paksa diri, bukan salah kita kalau menolak, mereka hantar lambat sangat. Oh ya…hujung minggu ni kita balik kampung lagipun Jumaat cuti. No problem jawabku. Kemaslah meja tu abang nak tinggalkan pesan kat Dina sekejap…ok jawabku.

Kepala ku rasa berdenyut-denyut dan macam nak muntah juga, badan dah rasa seram sejuk…demamlah ni kataku sendiri dan belum sempat nak buat apa-apa aku meluru ke tandas membuang segala isi perut…dah tak ada apa yang tinggal cuma air asid yang keluar. Berpusing duniaku sebentar…Nur, kenapa ni? Tanpa di sedari, Salmah pembantu peribadiku berada di sisi dan menghulurkan tisu…panasnya badan you…meh duduk sini, kejap I panggilkan Adam . Tak mengapa Sal kami dah nak balik…dari pagi tadi I rasa tak sedap badan tapi tak sangka pulak demam nak naik menjelang petang. Salmah menggosok-gosok belakangku, di sapu minyak angin dan minta aku membuka tudung lalu di picit kepala. You rasa pening ke, mabuk ke or nak muntah lagi? Salmah bertanya. Entahlah Sal macam-macam rasa ada…tolong boleh, aku meminta. Cakap saja Nur kata Salmah. Hendak tak hendak I kena buka puasa, tolong bawa air panas I tak berani nak keluar dulu manalah tahu half way nak muntah lagi…hmm ok and I bagi tahu Adam sekali ya…aku cuma menganggukkan kepala dan meluru ke sink semula.

Salmah kembali dengan segelas air panas dan katanya Adam tunggu kat luar…aku meneguk air yang Salmah bawa dan dia terus mengurut-urut belakang ku dan Dina masuk pula. Are you alright Nur? Dina bertanya. I’m ok cuma berpusing jugalah, maklumlah tadi I puasa…you mengandung ke? tanpa teragak-agak Dina bertanya. Aku tergelak kecil mendengar pertanyaan itu…tak adalah Dina, belum lagi jawabku. Heh ini bukan masalah belum atau dah sampuk Salmah…bila last sekali you pergi check? Janganlah bimbang…confirm 100% I tak mengandung…you berdua ni sama saja dengan boss…I rasa tak sedap or letih sikit saja ke situ sajalah fikiran pergi…yang you berdua ni tak ada nak tambah ke? aku bertanya. Opps Salmah angkat tangan dulu…I dah cukuplah Nur…I pun kata Dina juga. Ohh pandai ya…apa bezanya you berdua dengan I? Kalau ikut umur lebih kurang saja…terdengar ketukan di pintu…is everything alright in there? terdengar suara Adam bertanya…dah risaulah tu kata Dina. Hmm jomlah kita keluar kata Salmah pula. Can I get anything for you to eat Nur? Salmah bertanya. Anything from the pantry sajalah Sal dan membantu ku untuk bangun dan sebaik saja pintu di buka, wajah risau suamiku telah menunggu.

Kenapa ni? ok tak ni? Adam bertanya dan seperti biasa kerisauannya mengatasi segala lalu tangannya terus di letakkan di dahiku, panasnya badan…dan mengambil Nur dari pegangan Dina dan Salmah. Mataku masih berpinar dan badanku bergoyang rasanya di waktu itu. Aku menggelengkan kepala…thanks Sal, Dina kataku. Don’t mention jawab Dina, duduklah dulu nanti I bawa something for you untuk alas perut. Aku memandang wajah suami yang kerisauan, di pegangnya dahiku lagi…panas sangat ni Nur. Nur cuma demam saja bang, kataku dan mengambil tanganya dari dahiku. Senang Nur cakap macam tu…Sulis baru telefon katanya Amsyar muntah sejak balik dari sekolah tadi dan Amin pula kata perutnya sakit. Apa yang anak-anak makan masa buka semalam? Adam bertanya. Semalam kita tak beli apa-apapun seingat Nur…dalam berfikir di rasakan bilik itu berpusing. Ditutup mata lagi ligat pusingnya. Kenapa Nur? terdengar Adam bertanya. Kejap bang, kepala Nur berdenyut dan rasa bilik ni macam berpusing saja dan ketika Dina masuk bawa minuman dan biskut pandangan ku kabur. Pucat benar muka you Nur, minum sikit milo tu dulu…ada apa-apa yang boleh kami tolong, boss? Dina bertanya pada Adam. Thanks Dina…I kena berkejar balik rumah ni, Sulis telefon the twins mengadu sakit dan Amsyar muntah-muntah. Salah makan ke? Dina bertanya. Tak tahulah Dina, tiba-tiba I jadi pening…ibu sakit dah cukup untuk I rasa tak tentu arah ini anak-anak juga keluh Adam. Nur tersenyum tengok gelagat suaminya. You boleh senyum lagi Nur? komen Dina. Ialah you tengok boss you tu, terus dia panic dan dah tak tahu nak buat apa…aku tertawa walaupun badan dan kepala dah tak tentu rasa. Ok ok dah tu, jangan banyak cerita…can you survive the journey? kerisauan Adam jelas kelihatan. Insha’Allah bang, nasib tak baik muntah saja dalam kereta nanti dan memaksa diri untuk bangun. Sakitnya badan hanya Allah yang tahu.

Ketika sampai di rumah semuanya senyap sunyi dan mataku berpinar sampai abang Adam kena papah masuk kerumah…thank you bang, kataku. Ciuman ku terima di dahi…please get well soon. Abang siapkan anak-anak and kita terus ke klinik ok. Tuan sudah pulang? Sulis menegur. Kakak kenapa? terperanjat Sulis melihat ku di sofa…demam jawapku. Di rasanya badanku, panasnya badan kakak, saya ambil tuala dan ais ya…aku hanya angguk saja. Anak-anak macam mana Sulis? aku bertanya…Amsyar baru saja dapat tidur kak dan Amin saya suruh dia buka puasa juga…mereka makan bubur tadi. Sophea? Baru juga tidur kak. Kamu kejutkan kembar perlahan-lahan tuan nak bawa mereka ke klinik. Masak dan buatlah apa yang patut Sulis untuk buka nanti…saya memang dah tak berdaya ni…baik kak jangan khuatir. Kesian aku tengok suamiku yang dah pucat lesi kerana melihat isteri dan dua orang anak yang sakit…dalam sakit aku ketawa juga sambil menggenggam tangannya…don’t worry Insha’Allah kami tak apa-apa kataku cuba memberi semangat. Kalau demam biasa tak apalah juga Nur kalau denggi? Jangan fikir yang bukan-bukan bang aku mencelah lagi. Bukan fikir yang bukan-bukan sayang tapi dari apa yang Nur rasa dan juga Amsyar abang syak denggi saja…hehehe mesti nanti seluruh kawasan rumah kita di periksa..aku ketawa lagi. Eh boleh lagi ketawa abang Adam dah geram…dah tu abang nak Nur menangis ke?

Telefon berbunyi dan abang Adam minta aku jawab, katanya abang Aidil. Assalammualaikom…Wa’alaikomsalam bang, aku menjawab. Eh abang call no Adam ke atau no Nur ni? No abang Adam tapi dia memandu sekarang…abang Aidil nak cakap dengan abang Adam juga ke? Hmm tak apalah dengan Nur pun boleh. Abang ni nak beritahu yang Aliya masuk hospital tengahari tadi kerana demam denggi…hah terkejut aku bila mendengarkannya. Abang di mana ni? Hospital mana? Kami datang ke KL semalam nak tengok mak Aliya masuk hospital kerana tekanan darah tinggi dan ingatkan nak balik kampung esok tapi demam Liya dah 2/3 yang lalu tak surut-surut, abang bawa ke hospital pagi tadi dan terus admit. Jadi abang dan anak-anak di mana sekarang? Masih di rumah mertua, mak ada dengan kami, ok jawabku. Nur dan anak-anak juga tak sihat ni dan kami dalam perjalanan ke klinik. Lahh ya ke? Abang Aidil juga terkejut mungkin. Ok pergilah klinik dulu nanti abang telefon balik. Kirim salam dengan Adam. Kirim salam dengan mak juga bang..ialah Insha’Allah, jawab Aidil pula lalu talian di matikan.

Apa yang abang Aidil cakap sampai Nur terperanjat macam tu? Adam bertanya. Aliya masuk hospital sebab demam denggi dan Datin masuk hospital kerana tekanan darah tinggi. Jadi mak ada di sinilah? Ada bang…nanti lepas bukalah kita pergi ya…nak pergi sekarang takut tak sempat dan Sophea pula tinggal dengan Sulis sahaja, kataku. Ialah jawab Adam.

*****

Aidil telefon siapa tadi tu? Mak Jah bertanya. Adam tapi Nur yang jawab telefon. Apa kabar mereka? Nur dan kembar demam juga mak dan Adam dalam perjalanan tadi bawa mereka ke klinik, jawab Aidil. Terdiam Mak Jah sebentar mendengarkannya. Kesian mereka tu…mak tiba-tiba risaukan Adam pulak…kenapa mak? Aidil bertanya. Kamu tahu sajalah yang Adam tu kalau Nur sakit sikit saja pun dia mulalah tak tentu arah, risaunya tu kadang-kadang tak bertempat, kata Mak Jah. Insha’Allah mak, Adam dah boleh kawal semua tu, walaupun ketakutan pasti ada…macam Aidil sekarang lagilah risau sebab bab layan anak-anak ni dan masak Aidil memang kalah, Adam lebih cekap. Tersenyum Mak Jah mendengarkannya, benar juga kata Aidil hanya kerana kelemahan yang pernah ada pada Adam terus saja di fikir perkara yang bukan-bukan, risau dan bimbang bila anak, isteri atau suami sakit dah semestinya, aku dulupun macam tu juga…mungkin itulah bisikan hati Mak Jah. Namun dalam hatinya masih tidak tenteram bila mengenangkan Nur dan cucu-cucu yang tidak sihat, kalaulah bukan kerana Aliya masuk hospital hendak sangat dia menjengah mereka.

Seolah-olah Aidil mengetahui isi hati ibunya lalu bertanya…mak nak kerumah Adam ke? Kalau mak nak ke sana lepas buka nanti Aidil hantar. Tersedar Mak Jah dari lamunannya…maafkan mak Aidil, kalau tak kerana Aliya dan Datin masuk hospital memang itulah hajat mak tapi tak mengapalah nanti kita telefon mereka balik tengok macam mana keadaan budak-budak tu dan juga Nur. Baiklah mak, Aidil mengiyakannya. Hmm nampaknya tak jadilah agaknya mereka balik kampung hujung minggu ni, entah-entah kalau mak telefon Mak Ani mesti dia nak datang tapi kesian pulak Pak Imam tinggal seorang sebab kalau bulan puasa ni jarang benar Pak Imam nak tinggalkan surau, keluh Mak Jah. Tapi elok juga mak kalau kita beritahu Mak Ani dan Pak Imam, kesian juga dengan Nur dan Adam tu, kalau ada mereka ringanlah sikit beban yang di tanggung. Iyalah…biar mak telefon mereka sekejap, lagipun perlu juga mak beritahu mereka yang kita tak balik dalam sehari dua ini.

Mak Jah : Assalammualaikom Ani

Mak Ani : Wa’alaikomsalam Kak Jah, akak dah balik ke? Datin apa kabar kak?

Mak Jah : Belum Ani itulah sebabnya akak menalipon kamu ni. Datin ada kurangnya tapi di minta berehat di hospital dalam sehari dua dan Aliya pulak masuk hospital pagi tadi kerana demam denggi.

Mak Ani : Lahh kak, bila kenanya dan apa kabar dia sekarang? Sebelum akak telefon tadi Adam baru saja telefon katanya Nur deman kuat dan si kembar pun demam dan muntah-muntah, kalau tak kurang dalam masa 24 jam nak di masukan wad juga…

Mak Jah : Akak belum lagi dapat cakap dengan Adam, mungkin juga Adam yang telefon Aidil tadi, kamu dengan Tok Imam macam mana?

Mak Ani : Itulah Ani risau juga ni kak, badan Ani asyik rasa sakit dan lemah saja sejak semalam dan Pak Imamnya pula dah mula bersin sejak pagi tadi…asar tadi dah tak larat katanya nak ke surau. Musim demamlah kak, Ani rasa…sana sini dengar orang batuk, selsema dan demam.

Mak Jah : Dah di bawa ke klinik?

Mak Ani : Belum lagi kak, katanya tengoklah dulu esok macam mana…buka nanti makan dulu panadol. Ani pun macam tu juga kalau rasa tak selesa esok nak terus ke klinik saja, kalau tidak, boleh jugalah jengah anak dan menantu di sana. Akak macam mana pula?

Mak Jah : Alhamdulillah Ani, sehari dua ni tak pula rasa apa-apa…kalau umur macam akak ni sihat orang tualah…janji ada selera makan dan tidur lena…alhamdulillah, tak ada apa yang hendak di sungutkan.

Mak Ani : Ialah kak, Ani pun macam tu juga dan rasanya anak dan menantu kita tak jadilah balik hujung minggu ni…terlupa pulak Ani nak tanya Adam tadi.

Mak Jah : Nampak gaya macam itulah tapi tak tahu jugalah Ani sebab hari Jumaat cuti umum bagi Selangor, kalau dah kurang demam Nur dan cucu berdua tu mungkin balik juga mereka. Akak harap benar Aliya cepat sembuh, kesian kat anak-anak bila ummi tak ada di rumah. Kamu tu pun kalau tak sihat terus saja ke klinik, jangan nak tangguh-tangguh lagi.

Mak Ani : Ialah Kak Jah, janganlah risaukan Ani…kirim salam kat semua dan Insha’Allah kami di sini tak ada apa-apa.

Selepas mengucapkan salam talian di matikan.

*****

Adam merasa hairan kali ini, hatinya tidak berdebar seperti selalu bila Nur dan anak-anak tidak berapa sihat, cuma bimbangnya mereka bertiga kena demam denggi itu saja dan yang mampu di buat oleh Adam kini terus berdoa yang isteri dan anaknya di jauhkan dari segala bahaya. Alhamdulillah, Adam mengucapkan syukur di atas ketenangan yang di rasai.

Amsyar dan Amin mengerang juga sewaktu menunggu giliran di panggil, walaupun panas badan mereka berdua tidak sama dengan panas badan ibunya namun dengan lembut Adam memujuk anak-anak supaya bersabar dan membantu jururawat yang bertugas hari itu sponge badan mereka dan dalam kesakitan yang di rasa pasti anak-anak merasa selamat di layan begitu. Amsyar dan Amin tahan sikit ya, selawat banyak-banyak dan bayangkan yang Amsyar dan Amin seronok masa kita pergi Disneyland dulu serta percutian yang lain. Nur memerhati ketika abang Adam memujuk dan melayan mereka dan sempat ajar mind control pula kepada mereka. Timbul lagi rasa kasih, kasihan dalam dirinya melihat suami yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah melayan anak-anak dan juga isteri. Rela dirinya sakit daripada melihat anak-anak begitu. Apakah keperitan masa lalu masih lagi membelenggu dirinya? Kadang-kadang kerisauan itu menyapa juga sudut ruang di hati Nur apabila melihat suami yang di kasihi begitu.

Dalam perjalanan pulang tidak banyak yang di bualkan, lalu Nur bertanya abang nak beli apa-apa untuk buka. Tak mengapalah Nur, abang makan apa yang ada di rumah jawabnya ringkas. Kasihan pula melihatnya, walaupun makannya tidak cerewet mana tapi aku tahu apa yang di inginkan dan kegemarannya juga. Puasa atau tidak masak lemak cili padi pasti membuka seleranya begitu juga dengan sambal udang walaupun tak selalu tapi sejak hari pertama puasa tak pernah sekalipun aku memasaknya. Ini semua kerana kelesuan yang aku alami sejak awal lagi, lalu tangan ku hulur…di sambut lantas jari-jemariku dalam genggaman, memberikan sekilas pandang beserta senyuman dan kucupan di jari-jari itu. What is that for? tanyaku. Thank you for being with me all this years, ibu kepada anak-anak kita, kasih sayang serta kepercayaan yang di berikan dan banyak lagi. Tawa kecil aku lepaskan…hmm terima kasih bang. Sama-sama kasih jawabnya dengan lirikan senyum.

Abang dah telefon abang Aidil tadi, kata Adam ketika melabuhkan diri di kerusi sewaktu hendak berbuka puasa. Apa kabar Aliya dan Datin? Datin dah ada kurangnya tapi di minta berehat sehari dua dan Aliya masih macam tu tapi taklah nampak lemah sangat, kata abang Aidil dan susah juga kerana abang aidil sejak pagi kena layan anak-anak dan berulang ke hospital. Mak pula risaukan abang…kenapa? cepat saja aku bertanya. Renungan yang di beri kali ini manja beserta senyuman dan bila menyentuh pipiku abang Adam berkata…abangkan selalu risau tak ketahuan hala bila isteri abang tidak sihat dan kali ini anak-anakpun tidak sihat sama. Azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa, rasa bersalah menguasai diri kerana tidak ada satupun hidangan di atas meja yang aku buat. Dalam tidak mahu beli tadi abang Adam berhenti juga sekejap untuk beli apa yang dia teringin, dan Sulis masak ayam lemak cili padi yang di pelajari dari mak mertuaku. Apa yang Nur menungkan? abang Adam bertanya. Maafkan Nur bang…eh kenapa pulak? pertanyaan di sertai kehairanan. Tidak ada satupun hida…terus saja jarinya menutup mulutku dari terus berkata. Walaupun abang suka bila isteri abang masak tapi tidak semestinya bila Nur tak masak ia merupakan kecacatan pada diri Nur dan abang akan menghukum isteri abang kerana itu. Okay? katanya dengan senyuman dan aku memberi kucupan di jari yang berada di bibirku sebelum mengalihkannya…terima kasih bang. Sama-sama kasih sayangku, jom makan walaupun Nur tak lalu just makan sikit apa yang boleh dan lepas maghrib nanti abang pergi jumpa mak sekejap, aku hanya menganggukan kepala namun rasa kesedihan tidak dapat ku buang sepenuhnya.

*****

Ramadhan memang penuh dengan dugaan dan tidak ada siapa yang menyangka anak-anak dan aku tidak sihat dan juga keluarga abang Aidil di mana Aliya kena demam denggi dan ibu mertuanya juga di hospital. Banyak lagi kejadian yang berlaku di bulan Ramadhan ini dan walaupun tidak ada kena mengena dengan diri dan keluargaku berita yang tersiar di akhbar-akhbar amat menggerikan, seperti kes bunuh, samun dan sebagainya. Apakah manusia sudah hilang pedoman sehingga sanggup memperkosa anak sendiri? heh mintalah di jauhkan berkata Nur sendirian. Oleh kerana kelesuan dan deman yang masih ada Nur tidak ikut abang Adam untuk berjumpa mak di rumah Aliya namun tak juga dapat melelapkan mata lalu tiba-tiba Nur teringat untuk menalifon ibunya di kampung.

Assalammualaikom mak…Nur memberi salam

Wa’alaikomsalam Nur, jawab Mak Ani. Dah ada kurangnya? Anak-anak macam mana? terus saja Mak Ani bertanya kabar Nur dan juga anak-anaknya.

Alhamdulillah mak banyak kurangnya dan Amsyar juga dah tak muntah lagi, jawab Nur. Mak dan ayah apa kabar? Nur pula bertanya.

Ayah tak berasa sihat, sakit tekak dan batuk, lepas buka terus makan panadol dan tak berdaya katanya nak ke suraupun, kata Mak Ani.

Ayah dah ke klinik ke belum, Nur bertanya. Risau datang bertandang di hatinya kerana ayah memang jarang demam macam dirinya juga.

Belum lagi Nur, ayah kata esok saja dia ke klinik, tapi kalau malam ini tambah kuat demamnya nanti mak telefon Dr. Hamdan, Mak Ani cuba menyakinkan anaknya supaya tidak risau. Jangan bimbang Nur, Insha’Allah mak dan ayah baik-baik saja, demam tu biasalah Nur dah sekeliling ni demam saja, sakit tekak dan juga pecah-pecah dalam mulut cuma mak mintak jangan denggi sudahlah.

Iyalah, tapi jangan di tangguh pulak nanti, Nur dan abang Adam ni jauhlah jugak tak dapat nak sampai cepat dan kesian juga kat abang Adam sekarang anak dan isteri demam, kata Nur lagi. Kirim salam dengan ayah ya mak, Insha’Allah kalau keadaan mengizinkan kami tetap pulang ke kampung Jumaat ini.

Insha’Allah Nur nanti mak sampaikan, jaga diri dan anak-anak tu baik-baik pesan Mak Ani pada Nur sebelum talian di matikan.

Baru Nur nak rebahkan badan telefon bimbitnya berbunyi dan nama Dina tertera…

Hello Nur, kata Dina.

Hello Dina, jawab Nur pula.

Dah ada kurangnya demam you? Amsyar dan Amin macam mana? tanya Dina.

Alhamdulillah Dina, demam I rasa kurang cuma yang tak tahan rasa bisa dan sakit badan, tak sangka juga I ni tak kuat lagi, kalau dulu memang susah nak dapat demam, aku tertawa kecil di sambut oleh Dina.

Bukan apa tu Nur, dulu seorang sekarang dah ada abang Adam nak belai dan manja, jadi manjalah semuanya, gurau Dina pula.

Pandailah you Dina, banyak masa Adam nak belai dan manja I saja, esok-esok pejabat pun boleh tutup lalu kami sama-sama ketawa.

Dalam cakap-cakap ni dan selain bertanya kabar you, I nak minta emergency leave esok, mak mertua I masuk hospital so nak balik kampung sekejap lagi, kata Dina

Bila masuknya Dina, sakit apa? tanya Nur pula

Petang tadi Nur, kata my brother in-law dia hampir pengsan and doktor kata kerana kurang air selain itu tak ada apa yang serious tapi tak sedap juga Nur nak tunggu hingga hujung minggu baru balik, jawab Dina.

Betul tu Dina balik lah jengok dia, drive carefully, pesan Nur.

Thanks Nur, you to take care and take it easy to jangan fikir kerja saja, pesan Dina. Bye kata Dina lagi.

Bye Dina, see you when you are back, kata Nur lalu telefon di matikan. Huh keluhan Nur lepaskan, itulah dugaan Ramadhan kata hatinya. Sana-sini asyik dengar orang sakit saja dan teringat dia yang belum menelefon ibu mertuanya bertanya kabar dan sebelum sempat mendail no Nur terdengar kereta masuk keperkarangan rumah dan mestinya abang Adam dah balik.

Nur menjengah juga dulu sebelum membuka pintu…kesian kat abang, mesti letihkan? kata Nur. Senyuman Adam beri pada teguran isteri, tak mengapa Nur ini juga sebahagian dari ujian, baru sikit kalau kita mengeluh macam mana kalau yang lebih berat lagi nanti. Hmm kenapa tak tidur lagi? Dah cuba untuk tidur tapi mata tak mahu nak lelap, tadi Nur cakap dengan mak sekejap, ayah juga demam dan mak sendiri dah rasa tak berapa nak sedap badan lepas tu Dina telefon yang mak mertuanya masuk hospital kerana dehydration, Nur memberitahu satu persatu. Lahh keluhan juga Adam lepaskan…astaghfirullah al azim abang Adam beristitifar. Abang nak minum? Nur ambilkan ya…boleh juga sayang air suam sahaja lalu Nur beredar ke dapur. Ketika Nur datang membawa air berita dunia memaparkan banjir di Pakistan, tengok tu Nur dugaan mereka lagi hebat…kita hanya melihat bagaimanalah mereka menghadapi dan mengharunginya. Mata mereka tertumpu di kaca tv buat sementara sambil abang Adam menenguk air. Oh ya mak, abang Aidil dan Datuk kirim salam dan abang juga berjanji kalau tak ada kesulitan Insha’Allah esok kita pergi ziarah Aliya dan Datin di hospital. Wa’alaikomsalam jawabku…mak sihat bang? tanya Nur. Alhamdulillah Nur, sihat orang tua kata mak, kami sama-sama tersenyum kerana itulah jawapan yang sering kami terima bila bertanya kabarnya.

Dah jom naik…bawa-bawalah diri tu berehat jangan nak paksa diri pula, abang Adam berkata sambil menarik tanganku untuk naik ke atas. Amsyar dan Amin tidur dengan kita malam ni, Nur bimbang kalau demam mereka naik tengah malam nanti…hmm ok lalu merangkul bahu isteri tersayang, pinggang Adam di peluk manja oleh Nur sewaktu jalan beriring ke bilik tidur.

*****

Setelah tiga hari berlalu Aliya masih belum boleh keluar dari hospital mungkin lagi sehari dua kata doktor yang merawatnya namun kami pulang juga ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah. Sebelum tu kami singgah untuk berjumpa mak di rumah keluarga Aliya, walaupun si kembar belum berapa baik girang juga hati mereka dapat berjumpa Aliesya dan Ariff cuma di pesan jangan berlari sangat. Kirim salam nanti dengan mak dan ayah kamu Nur dan ini mak bekalkan sikit untuk semua, ibu mertuaku menghulurkan kari ayam, roti jala serta sambal udang yang memang menjadi kegemaran Amsyar dan Amin. Lah mak susah-susah saja kataku…budak-budak dah makan di sini di bekal juga lagi. Tak ada susahnya Nur, di sini mak dah tak tahu nak buat apa, pembantu juga ada tiga.

Betul tu Nur, saya kata dengan Kak Jah tak usah susah-susah biar saja budak-budak tu buat tapi katanya tak biasa dan dah naik letih duduk, sayalah yang seronok masa di hospital dapat makanan dari rumah dan dah balikpun besan masak sedap-sedap, kita betullah tak puasa, kesian pula kat orang yang puasa.

Tak mengapa Datin, ada pahala menjaga orang sakit ni dan sementara saya ada kekuatan. Esok lusa kita tak tahu lagikan, kata Mak Jah. Betul tak cucu Tok? sambil mengusik Sophea yang berada di pangkuan Nur.

Eh eh mmm mmm sambil Sophea merapatkan dirinya kepada ibu. Mood tak baik mak, baru sangat tidur dalam kereta dah sampai sini kataku. Ohh moody lagilah ni kata Tok Wan pula, sambil di cuit juga pipi Sophea lalu terus merangkul leher ibunya. Tak adalah sayang, Tok tak kacau Sophea pujuk ku tapi di jengah juga wajah kedua-dua Tok yang mengusik. Cak kata Tok Wan lagi, antara senyum dengan tidak di tutup muka dengan tuala tangannya.

Amsyar, Amin dan Aliesya berlari girang di luar dan tiba-tiba Aliesya masuk lalu datang menghampiri kami. Aliesya puasa tak? aku bertanya. Tak di geleng kepalanya lalu merapati diriku dan berbisik. Boleh jawabku sambil menguak rambutnya ke belakang tapi Aliesya kenalah tanya Walid, Tok dan Tok Wan dulu sambil di renung wajahku untuk di minta belas kasihan. Hmm ini mesti nak mengendeng Mak Su supaya Mak Su dan Pak Su bawa dia balik Tok meneka. Aliesya tunduk saja bila Tok berkata begitu, sayang tanya Walid dulu ya…kalau Walid izinkan Aliesya boleh ikut Mak Su balik. Belum sempat aku habis memujuk Aliesya abang Aidil dah menghalang…tak usahlah Nur, kamu sendiri belum sihat sangat lagi, nak jaga ramai-ramai nanti bertambah bebannya. Terkelu pula lidahku untuk berkata simpati aku bertambah apabila melihat Aliesya berubah wajah, airmata senang benar turun ke pipinya lalu aku bawanya duduk di hadapanku…Walid tak izinkan Aliesya ikut sama, masa cuti sekolah nanti Mak Su, Pak Su dan semua akan balik lagi, ini Mak Su balik sebab nak tengok Nek Ani dan juga Atok yang tak sihat, lagipun Ummi masih dalam hospital, kesian kat Ummi nanti bila keluar hospital tak dapat jumpa Aliesya…Aliesya anak yang baik…lain kali saja ya sambil aku menyapu airmatanya yang tumpah lalu Aliesya menyembamkan mukanya ke pangkuan ku. Sedih aku melihatnya dan esak tangis sudah kedengaran. Abang Aidil datang nak mengambilnya tapi aku halang…biarlah dulu bisik ku.

Aliesya meronta-ronta bila abang Adam mengambilnya…janganlah macam tu kakak, tengok tu adik Sophea tengok kakak nangis, kesian kat kakak kan sayang. Sophea anggukan kepalanya tatak nangis lalu Sophea bangun dan tepuk Aliesya…tatak Sophea panggil…ernggg Aliesya menjerit, Sophea tersenyum ingatkan kakak nak main dengannya. Tu tengok tu kata Pak Su lagi, adik Sophea pun gelihati tengok kakak nangis, bila cuti sekolah nanti Aliesya datang rumah Pak Su dan Mak Su di sini ok sambil mengusap-ngusap kepala Aliesya yang berpeluh dan masih merajuk. Tiada reaksi buat seketika…Bila? tanya Aliesya…good sign tunjuk abang Adam. Bila Ummi dah sihat dan masa cuti sekolah. Cuti sekolah tak lama lagi…mari kita bilang…hari ini hari apa? tanya Pak Su kepada Aliesya…Aliesya geleng kepala. Today is Friday…tomorrow is Saturday followed by Sunday. Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday and Friday. Now Aliesya kira jari tu ada berapa minta Pak Su. One, two, three, four, five, six, seven bilang Aliesya..yeahhh clever girl kata Pak Su lagi…so another 7 days to school holidays. kejap saja lepas tu Aliesya boleh main dengan Amsyar dan Amin puas-puas ok? Aliesya mengangguk. Begitulah anak Pak Su, lalu abang Adam memeluknya…give me 5 lantas Aliesya memusingkan badannya dan menepuk tangan Pak Su, Sophea pun datang dekat dan angkat tangannya..five kata Sophea dan tersenyum bila Aliesya menepuk tangannya pula. Mak Jah, Datin dan Nur hanya memandang ketika sessi pujuk memujuk berlangsung tapi semua tak berani nak berkata takut salah suis nanti merajuk balik. Dengan perlahan sempat juga Datin memuji…pandai sungguh Adam pujuk budak-budak, hmm Mak Jah tersenyum.

Setelah keadaan reda dan Aliesya berada di pangkuan Tok, kami meminta izin untuk bertolak dulu supaya sempat sampai sebelum waktu berbuka nanti. Mula-mula Aliesya tidak mahu menghantar kami ke kereta tapi bila Tok dan Tok Wan keluar Aliesya ikut sama. Bawak kereta tu hati-hati Adam jangan ingat nak cepat saja, pesan Mak Jah. Iya mak, jawab Adam. Walaupun menghantar kami keluar Aliesya masih merajuk hanya diam saja tak mahu lambaipun Amsyar, Amin dan Sophea…namun aku minta anak-anak melambainya, sedih dan kasihan berada di hati ku melihat dirinya sewaktu kami beredar pergi.

*****

Assalammualaikom Nek, Atok…Amsyar dan Amin memberi salam. Senyap saja ibu, nenek dan atok tak ada di rumah ke? tanya Amin. Nenek dan Atok ada di belakang agaknya Amin, sebab tu tak dengar…cuba pergi ke dapur usul ayah, tapi sebelum sempat nenek dah sampai ke depan..ohh cucu nenek dah sampai rupanya, girang dan gembira wajah nenek menyambut kedatangan cucu-cucunya. Amin dan Amsyar bersalaman dengan nenek dan terus berlari naik ke atas untuk berjumpa dengan Atok pula. Sophea memalingkan mukanya bila nenek nak ambil…amboi sombongnya cucu nenek yang ini sambil menggeletek sikit badan Sophea, lagilah meronta-ronta dan mulalah bunyi mengada-ngadanya tu.

Apa kabar mak? Nur bertanya sambil bersalaman dengan ibunya.

Alhamdulillah sihat adanya, jawab Mak Ani sambil masih cuba mengusik Sophea.

Ayam…ibu tu ayam kata Sophea sambil jarinya menuding kepada ayam yang berkejaran, pandai anak ibu kataku dengan senyuman di beri. Eee geramnya ibu tengok anak ibu ni…eee eee aku memeluk geram Sophea, ketawa di beri dan minta dukung dengan ayah pula. Ayah, ayah panggil Sophea dengan merebahkan badannya…ok sayang…sekejap ya ayah angkat barang-barang ni dulu…dengan ciuman ayah beri di pipi.

Assalammualaikom ayah, Nur memberi salam. Dah ada kurangnya demam ayah tu? terus Nur bertanya.

Wa’alaikomsalam, alhamdulillah Nur banyak leganya dan memang benar petua orang dulu air kelapa di jadikan penawar dengan yakin dan tawakkal di sertai usaha dengan berjumpa doktor.

Hmm memang air kelapa jadi amalam ayah sejak dulu sebelum berjumpa doktor. Ayah puasa ke hari ini?

Insha’Allah Nur dapat dah ayah berpuasa hari ini cuma dua hari yang lepas memang ayah tidak berdaya.

Jangan paksa diri ayah kalau tidak berdaya, tegur Adam pula nanti mudarat pulak.

Insha’Allah tidak ada apa-apa, cuma rasa letih sikit saja kata ayah menambah. Sophea datang bersalam dengan Atuk tapi tidak mahu duduk bersama Atuk…atuk akit kata Sophea…iya sayang Atuk sakit, mengiyakan kata Sophea…senyum manisnya di beri pada Atuk.

Amsyar dan Amin tidak berapa seronok balik kampung kali ini, kata mereka kerana Aliesya dan Tok tak ada, maklumlah selalunya bila balik ada Aliesya untuk main sama. Dahlah kali ini demam juga dan semua pergerakan agak terbatas kerana mereka cepat rasa penat serta aku juga tak bagi mereka terlampau lasak, bimbang demam datang semula lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak berapa menentu ini.

Abang Adam ada projek bersama anak-anak muda kampung untuk surau dan juga di kebun, jadi dua hari ni nak cuba di siapkan semua dan aku memintanya jangan terlalu letihkan badan kerana cuaca panas dan puasa pulak tu. Terima kasih di atas keperihatinan isteri abang dan jangan risau ok. Cuma setengah hari saja, tak sampai petang katanya memujuk. Aku mengiyakan saja kerana sebahagian dari kerja tu adalah janji yang abang Adam buat sebelum puasa lagi tapi tidak dapat di selesaikan semuanya kerana kerja di pejabat yang menanti dan tidak dapat pulang ke kampung seperti yang di janjikan.

Sarah dah ada balik puasa ni mak? tanya Nur. Tiba-tiba teringat pula nak bertanya pasal adik seorang tu dan mak tidak ada pula menyebut tentangnya dari awal puasa.

Ada Sarah balik hari itu lupa pulak mak nak beritahu Nur, dia ambil cuti awal puasa duduklah di rumah lebih dari dua malam, kata mak.

Alhamdulillah, jawabku, lalu terdengar anak-anak menjerit…ibu ibu tolong bibir ayah pecah dan berdarah…tolong ibu. Antara percaya dan tidak aku mendengar jeritan tu lalu berlari keluar. Bibir ayah pecah ibu kata Amsyar, darah banyak keluar, terperanjat aku melihat darah yang banyak di baju abang Adam sewaktu keluar dari kereta. Sikit saja katanya lalu meluru ke bilik mandi. Tengok luka Adam tu Nur kata ayah, kalau perlu ke klinik marilah ayah temankan sambil aku terus mendapatkan abang Adam. Biar Nur tengok bang, upps terus saja abang Adam menangkap tanganku dari memegang lukanya dan merenungku. Hairan…kenapa bang? aku bertanya. Mata mereka bertembung dan seperti di pukau tidak berkata apa…sehingga Adam berkata, tak mengapa Nur sekejap. Amin tolong ambil first aid box untuk ayah…ok ayah jawab Amin. Bubuh minyak gamat Nur kata mak pula…ada sebotol di bilik Nur tu. No, thank you katanya kepadaku, tolong ambil air panas saja untuk basuh luka, thanks katanya lagi. Lagilah bertambah pelik dan hairan aku di buatnya dengan reaksi yang suamiku tunjukan. Sewaktu menyediakan air panas ligat fikiran ku memikirkan kenapa abang Adam menghalang aku untuk membantu tidak seperti selalu, tercakar kena kertaspun minta di manja, inikan pula luka yang berdarah. Bagi air juga Nur untuk Adam minum, dah batal puasanya tu banyak benar darah yang keluar, kata ayah. Baik ayah kataku.

Ketika sampai di bilik, first aid box tidak juga di buka dan mataku terus tertumpu pada botol minyak gamat di meja solek. Ini minyaknya bang, kataku. Eh nak suruh saya sapu sendiri ke? Ingatkan tadi isteri saya nak tolong sapukan. Kenangan yang paling indah bila di ingat kembali dan di situlah bermulanya aku mempelajari renungan Adam, suamiku yang sehingga kini aku masih tewas. Minyak gamat aku ambil dan merapati dirinya. Betul ke abang tak perlu ke klinik ni? kerisauan melanda kerana aku melihat masih ada darah yang keluar dan untuk menghilang getar yang ada seolah-olah kami berada di hari itu. Ku sedar senyuman terukir di bibir ketika mata kami bertemu dan Abang Adam hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kalau macam tu biar Nur sapukan minyak gamat ni ya lalu aku merapatinya. Abang Adam beralih tempat dan melabuhkan dirinya di sisi katil dan aku ikut sama. Sekali lagi pandangan kami bertemu, aku ukir senyuman buat dirinya namun matanya dalam merenungku. Aku mengalihkan pandangan seketika dan dengan perlahan aku cuba sekali lagi mengalih tangan yang menutup luka…pusing sikit bang supaya senang Nur basuh luka abang, pintaku. Perlahan sangat dia memusingkan badannya, pandangan matanya tidak beralih tak berkelip aku rasakan…apakah kami dalam memori yang sama, detik hatiku.

Lukanya tak sebesar mana tapi hairan juga dengan darah yang keluar dan mesti pedih nanti bila aku lap dengan air panas. Abang buat apa tadi sampai jadi macam ni? aku bertanya lembut dan untuk mengalih perhatiannya juga. Uhh arghh terkeluar juga dari mulutnya dan sekali lagi tanganku di ambil dan jari jemariku di belek dan di beri kucupan. Alangkah baiknya kalau aku dapat mengetahui apa yang ada dalam fikiran abang Adam kini, indahnya memori atau keperitan yang di rasai. Ketika aku membuka botol minyak gamat aku sedar lirikan matanya mengikuti segala pergerakan jariku dan apabila hampir sampai ke arah lukanya di tahan lagi. Seperti biasa apabila renungannya terlalu lama kegelisahan mula menyelinap ke seluruh sanubari ku dan dengan perlahan abang Adam membawa jariku ke arah lukanya. Tangannya masih memegang tanganku, apabila selesai abang Adam bermain dengan jari jemariku yang masih ada kesan minyak gamat…sewaktu waktu dahulu di tempat yang berbeza dalam keadaan yang berbeza jari jemari ini pernah merawat luka namun meninggalkan luka yang amat dalam di hati, ketika luka sembuh parut yang tinggal adalah siksaan dan membuat seorang insan bernama Adam hilang dalam pencarian. Jari jemariku berada di dalam genggaman, kucupan lagi ku terima, sekali lagi wajah ku di renung…thank you sayang, itulah ucapan.

Kehadiran senja yang merangkak datang bersama kesunyian di bilik ini aku tenggelam lagi dalam ingatan di kamar yang lebih banyak menyimpan sejarah indah kami dengan renungan yang masih dalam, jari jemariku masih berada di dalam genggaman di belai mesra dan di bawa ke dadanya untuk aku mengetahui getar di hatinya…dengan perlahan juga aku berada di dalam dakapannya di ikuti dengan usapan manja sehingga terdengar azan di surau menandakan waktu berbuka puasa telah tiba.

Owned and written by : Sanaa 16/08/10

*****

Nota: Cerita di atas di ilhamkan melalui pengalaman seorang teman sejak seminggu sebelum tibanya Ramadhan di mana silih berganti ahli keluarga di masukan ke hospital dengan bermacam masalah kesihatan dan kehilangan seorang ahli keluarga kerana demam denggi serta sedikit dari pengalaman sendiri dan di olah untuk di sesuaikan kepada watak-watak yang telah kita kenali. Sanaa

5 Responses

  1. sanaa dapat sembang dgn dara x….dari citer kawan yg jumpa dara..mmg dara lemah lembut…suara lembut,sopan,jelita dan suara merdu..seperti yg kita bayangkan..suara tu yg xleh tahan…
    mrk mmg sepadan…uda pun apa kurang…punyai aura lelaki sejati..mata tajam,suara jantan,susuk badan tegap…sesuai melindungi dara yg kecil molek…rasa selamat dara di sisi uda..
    mrk ade aura yg tersendiri…bila mrk beraksi..mata x fokus org lain.. kelain..bila lah demam nak kebah sanaa….ade gambar kat metro ttg event arie tu sanaa….mmg gempaq..
    sambil beribadat 10 malam terakhir nie…doa untuk diri,keluarga dan org yg disayang…doa juga untuk mrk…moga jadi spt yg dibayang dan diidamkan semua…dan yg penting mrk berdua terhindar dari fitnah manusia yg ingin menjatuhkan….moga mrk terus sukses..dan berjaya dgn cemerlang….amin

  2. sanaa…..dah jumpa dara kan…..cam ne first impression sanaa..pada dara jelita…..tu yg akak nampak …semakin bersemangat sanaa berbicara….akak x smpt jumpa dara lagi…nanti jika ade keizinanNya ingin sgt nak jumpa dara …dan lebih gembira dgn udanya sekali….hai terbaru ade pasangan serasi bersama…bila mrk berdua x nampak yg lain dah…..mcm yg lain xde..kah!!!!!!
    apa2pun sanaa…salam ramadhan….teruskan idea sanaa yg superb….akak peminat sanaa…

    • Seperti yang di idamkan kak..cantik, lemah-lembut, sopan..hmm manalah jejaka lain tidak tertawan. Syg juga tak jumpa Uda sekali…kalau tidak mungkin dpt ku ramal rahsia hati..hahaha kak jangan marah ku syok sendiri…

      Oh ya kak…teruskan doa, taburkan garam selagi ada biar masin betul ni nak akhir2 Ramadhan Allah mengangkat segala doa…semuga tercapai dan terlaksana segala cita…Aminn

  3. salam sanaa….syahdunya sanaa…lagi2bak akhir tu….speechless….sanaa…romantis sgt…bulan puasa nie ..kah!!
    mmg terbaek!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: