• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2010
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Shopping Raya

Hari Ahad hari malas sedunia
Sang Pencerita duduk lepak dan berangan saja
Column di akhbar habis ku baca
Terjumpa article berkenaan Uda

Komposer terkenal memuji suara
Uda boleh menyanyi dia berkata
Hah girang hatiku tidak terkira
Lengkaplah sudah pasangan Uda dan Dara

Senyumanku dah nampak gusi
Lalu di baca lagi berulang kali
Aduhh kenapalah duit ku tak penuh guni
Boleh ku panggil Uda dan Dara menyanyi

Mulalah sang pencerita duduk berangan
Pasangan idaman duduk berdua-duaan
Cerita di sulam dengan nyanyian
Jom Tasha kita buat siri pementasan

Red, Dodin diri ku nak bertapa
Di Gua Niah ku pergi selepas raya
Hari-hari dok wirid supaya wang datang berganda
Dapat ilham untuk album joli moli sentiasa

Lepas nyanyian teringat pula tentang raya
Angan-angan ku belum ada bershopping sama
Mesti moli jealous tak terkira
Baju joli mesti dapat approval darinya

Carpet terbang canggih buatan
Invisible button satu kemudahan
Sang Pencerita ikut kemana arah tujuan
Tanpa ada mata yang perasan

Uda memandang tanpa berkata
Biarlah Dara mencuba sahaja
Masa buat pilihan akan di cantas semua
For my eyes only ke wahai Uda?

Wahai kanda…kenapa diam sahaja
Cepatlah pilih kata nak tolong sama
Nanti tak berkenan susah pula dinda
Bila di pakai kanda tak suka

Berpeluk tubuh gerun orang melihatnya
Macam bouncer nak telan orang saja
Jurujualpun takut nak bertanya
Hanya di tunjuk…geleng atau angguk sebagai tanda

Kak…kak…abang akak tu seriousnya
Tapi saya tengok kakak berdua mesra
Boleh tahu tak apakah rahsia
Mata abang tu tak pandang merata

Kalaulah sang pencerita boleh tafsirkan
Uda memandang dengan penuh perhatian
Kerana kasih tulus ikhlas di berikan
Bahagia Dara itulah yang di harapkan

Hello…hello…dinda di sini kanda di mana
Dinda perlukan bantuan segera
Terpukau Uda melihat Dara
Kurung ungu menyerlah jelita

Renunganmu kanda amatlah dalam
Adindamu ini minta pandangan
Kenapa kanda tiba-tiba terdiam
Malaikat lalu…kanda terpukau oleh keayuan

Jelingan manja Dara beri
Di selok saku lima sen di kasi
Terima kasih atas pujian kanda tadi
Simpan tabung…tulis duit pujian dinda beri

Menahan ketawa terlepas juga
Jadi perhatian di mana berada
Demam yang ada sudahlah lama
Entah bila kebah doktorpun dah tak ada ubatnya

Cantikkan bang…jurujual merapati
Memanglah cantik dirinya bidadari hati
Eee abang ni serious benar hari ini
Orangnya cantik dik…apa di pakai berseri-seri

Hijau, kuning, merah mana satu jadi pilihan
Biru…itulah jawapan
That blue mesti buat lututku bergetaran
Cubitan hinggap dek kenakalan

Uda menyerigai menahan sakit yang ada
Di pujuk juga Dara untuk mencuba
Dara mengalah juga akhirnya
Pasti Uda gembira tidak terkira

Entah kenapa hatinya berkata
Warna itu menarik di pandangan mata
Terbayang pula wajah si Dara
Warna biru yang jarang di pakainya

Royal blue itulah nama
Dari jauh terserlah jelita
Uda dah tahu lemah lututnya
Hai adinda sampai begini dirimu menyiksa

Tumpuan Uda hanya pada Dara
Melangkah lembut datang ke arahnya
Senyum di beri bergetar jiwa
Nasib baik dah berbuka puasa

Uda mengurut dada menahan rasa
Dara melangkah dengan manja
Apa komen yang kanda ada
You are miss world di mana berada

Dara nakal…saja di peraga
Cemburu Uda datang menyapa
Bila ada orang memandang Dara
Dara perasan…lagilah di tunjuk manja

Dalam hati menahan segala
Di khalayak ramai tak boleh nak di buat apa
Senyum manja di balas jua
Ok dinda…ungu dan biru theme kita

Adik…adik…jurujual di panggil Uda
Hendak di bayar tanpa membuang masa
Dara mesti di bawa keluar dengan segera
Sebelum sabarnya hilang tak semena-mena

Bertambah nakal Dara mengusik Uda
Uda berdiam diri hingga ke kereta
Dara ketawa misinya berjaya
Confirm Uda cemburu tidak terhingga

Mana mungkin Uda mengaku
Cemburunya ada masa dan waktu
Tadi ramai sangat melihat kekasih hatiku
Pastilah cemburu timbul satu persatu

Alangkah bagus kalau begitu
Kanda mengaku juga pada diri mu
Janganlah hendaknya cemburu nafsu
Ku piat telinga baru kanda tahu

Hmm…cubitlah dinda di mana saja
Nak kata lali tidaklah juga
Setiap cubitan ada cerita di sebaliknya
Kasih dan cinta yang ku simpan hanya untuk mu jua

Pujian bertalu apa maknanya
Nak dinda belanja sebutlah saja
Oh maaf lupa pula dinda
Terima kasih kerana beri duit raya

Senyum Uda manis sekali
Itulah coretan cjoli moli
Bilakah dapat ku bertemu mereka ini
Untuk ku minta pengeras diri

Hahaha pantun ku sudah panjang pula
Kisah mereka tak tahu nak berhenti di mana
Andaikata dapat ku tatap mata mereka
Mungkin terlerai soalan yang ada

Kali ini ku angan shopping raya
Esok lusa entah apa pula cerita
Mesti ada ilham untuk mereka
He ah confident benar sang pencerita

Hari ke 19 umat Islam berpuasa
Pejam celik pejam celik dah nak raya
Andai ada dugaan datang menyapa
Semuga tabah menghadapinya

Cukuplah cerita kita
Panjang sedikit dari biasa
Nantilah ku compile bila ada masa
Buat kenangan kita semua

Owned and written by : Sanaa 29/08/10

2 Responses

  1. salam sanaa….
    maaf dah lama x komen…agak busy sikit….baru paagi nie masuk kerja ..setaeah lama bercuti…terima kasih ceriakan hari akak dgn nulilan sanaa yg x pernah kering idea….cam real aje…sbb masing2 uda n dara shopping kat jalan TAR…akak pun pakai teropong juga….
    saje je uda bergaya sakan depan ramai…pasti byk mata yg melihat kejelitaan…mana x menyala cemburu uda….boleh bayangkan ..mata uda sekarang..dgn abg aidil pun meyala sakan ..inikan pula dgn org kebanyakan…cemburu kerana ade taman di hati……teruskan sanaa….akak sentiasa nantikan buah tangan sanaa…yg sentiasa terbaek!!!!!

  2. Hari Ahad hari malas sedunia
    sang pencerita tetap berjalan misi dan karpet terbangnya
    tak kira bulan puasa atau bulan cina masuk juga
    itulah kelebihan teropong sanaa hanya cjoli moli dalam agenda

    Shopping raya cjoli moli di ketahui nya juga
    Senyum simpul red baca hingga koyak rasa telinga
    Seolah olah cjoli moli di depan mata
    Hai Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna
    Maklumlah dalam hati dah mekar berbunga bunga
    pada si teruna yang kacak, dan di perawan yg cantik jelita
    biarlah cjoli moli bahagia hingga ke akhir nyawa dunia akhirat…… kita sentiasa panjatkan doa….

    Wahai Sang Pencerita….
    Selepas raya katanya nak pergi bertapa
    Gua Niah jadi pilihan utk memanjangkan wiridnya
    Red nak tanya
    Sudahkah tempah tiket penerbangan ke Miri itu lah destinasinya
    Atau u guna karpet terbang untok ke sana
    Red boleh tolong baca tulip navigator utk ke gua
    kata my late father
    itu gua bukan main besarnya
    boleh landing kapal terbang jenis airbus or apa saja
    kata my brother yang baru visit ke sana
    seronok tak terkira, cuma gelap gulita
    gigi putih pun tak nampak cahaya
    mungkin sang pencerita pilih itu gua coz byk khazanahnya
    ok lah kalau itu kemahuannya
    cjoli moli punya pasal dia buat apa saja
    asal hatinya gembira dan nawaitunya terlaksana
    kita doakan dia selamat kembali ke Kuala Lumpur sebelum raya haji menjelma pula…

    Satu pesan red, di gua nanti tak ada sesawang, network aka coverage…
    Jangan kepunan kalau cjoli moli naik pelamin u masih bertapa di sana…
    ah-ah..baru tahuuuuuu u ketinggalan keritapi Sanaa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: