• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Suasana Raya

Hatiku gundah gulana
Kerana tiada kabar dari Uda dan Dara
Dara masuk berita tentang berbuka puasa
Uda pula hilang entah ke mana

Ku duduk berangan dari tadi
Mencari topic untuk di postkan hari ini
Hish telefon ini pula mengganggu konsentrasi
Nasib baik boss tak dengar ku cakap sendiri

Tiba-tiba ku teringat Adam dan Nur pula
Sudah lama tidak ku buat cerita mereka
Cerita raya pasti terhibur semua
Dalam suka masih ada duka yang terasa

Kita ikutilah kisah mereka
Di malam raya orang bersuka ria
Esoknya bersholat sunat di masjid bersama
Anak kembar yang meningkat usia

Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba
Tanjung Karang tempat tujuan mereka
Bersama Mak Jah Aidil se keluarga
Adam dan Nur tidak berebut nak balik mana

Jalan kaki boleh sampai rumah mertua
Masak rendang di bahagia dua
Baju raya semua dah siap sedia
Anak-anak menambah kemeriahan suasana

Adam dan Nur tajuk cerita
Keluarga bahagia dari sang pencerita
Satu persatu watak bermain di kepala
Supaya pantun di tulis menjadi cerita

Baju antik…Sophea berkata
Senyum di beri pada ibu tercinta
Warna biru di hari pertama
Tatak tatak smile…bergaya di hadapan camera

Ayah rajin mengambil gambar mereka
Di susun rapi dari sebulan usia
Adam tidak mahu ketinggalan detik indah bersama
Yang tak mungkin akan kembali menjelma

Abang kembar segak juga
Songkok dan sampin siap segala
Bersama ayah menunai sholat raya
Senyum Mak Jah tanda bahagia

Ketupat rendang di pagi yang mulia
Hidangan tradisi di pagi raya
Menyambut tetamu dengan penuh mesra
Silalah makan menjamu selera

Rendang wajib ada…Mak Jah berkata
Tiada rendang macam juga tak raya
Sudah lama menantu saja yang memasaknya
Hanya Nur yang tahu citarasa mertua

Bunga api permainan budak
Amsyar, Amin dan juga kakak
Sophea dan Ariff juga hendak
Di suruh pegang tak mahulah pulak

Gembira Adam melihat mereka
Lampu pelita menambah cahaya
Isteri kesayangan duduk di atas riba
Ciuman di beri tanda kasih yang setia

Ayah ayah Sophea datang berlari
Bunga api minta di nyalakan kini
Melihat ibu di riba…cemburu Sophea datang lagi
Ibu go…menolak ibu di suruh ketepi

No Sophea…ayah menegur
Terdiam Sophea airmata nak gugur
Merenung ibu perasaan berbaur
Eh eh uh uh Sophea…Tok terhibur

Duduk di sini no bunga api
Sophea bercakap apa ayah tidak pasti
Jari di tunjuk pada ibu di sisi
No Sophea…you must listen to me

Terkebil-kebil biji mata sang puteri
Sorong tarik tali dengan ayah bagai menteri
Entah apa biji butir sudah tidak di faham kini
Wajah ayah saja yang di geruni

Ibu memerhati anak dan ayah berdiskusi
Hah rasakan…anak perempuan degil tak terperi
Mengikut ayah 100% kini
Adam dan Nur masih lagi memerhati

Tok berkata dengan senyuman di beri
Mari sayang Sophea duduk di sini
Sophea menggeleng tidak henti
Ketawa Nur melihat gelagat sang puteri

Tunjuk keras Sophea mengundur diri
Di toleh ayah yang tidak senyum lagi
Merapati Tok dengan mimik muka sekali
Jari masih menunjuk ibu mengadulah kini

Adam dan Nur hanya memandang
Kedegilan puteri yang seorang
Di buat tak tahu bukan kepalang
Tok beri signal…nantilah korang

Tok Tok…unga api
Jari Sophea comel cantik berisi
Tangan Tok di pegang ajak main sekali
Datang Nek Ani dan Atuk menambah seri

Sophea main apa tu sayang
Nek Ani bertanya…Sophea memandang
Senyum di beri pada ninda tersayang
Unga api…Sophea tunjuk pada abang

Amboi besarnya anak kamu Adam
Tidak ke sakit segala tulang di dalam
Insha’Allah mak…dah ku ambil vitamin segenggam
Bolehlah tahan lagi untuk 48 jam

Tersenyum Mak Ani mendengar jawapan
Hmm banyak pula nanti kepala ku mentafsirkan
Orang mesti lihat kamu berdua dalam kehairanan
Kenapa mak? Ini kan isteri kesayangan

Aidil dan Aliya tersenyum juga
Melihat Adam dan Nur di usik orang tua
Jangan di susah Cik Ani oii..Mak Jah berkata
Kalau patahpun bukan kita yang jaga

Derai ketawa dari semua
Ada pula tetamu menziarahi mereka
Turunlah juga Nur dari riba
Walaupun Adam tidak mengizinkannya

Pak Long…adik Ariff lutut terluka
Terjatuh tadi masa main di sana
Hmm tak mengapa…sedikit sahaja
Anak lelaki mestilah tahan segala

Ariff strong boy…Pak Su berkata
Puh kiri puh kanan…sembuhlah luka
Ariff senyum dengar jampi Pak Su nya
Terus lari dapatkan semua

Apalah petua yang Adam guna
Aidil menegur Adam dengan berkata
Semua budak dah Adam pekena
Ikut pulak tu…hairan abang di buatnya

Hehehe Adam senggeh dan ketawa
Itulah rahsia…Adam Hassan yang empunya
Auta budak-budak itu saja ubatnya
Lainlah kalau darah dan patah tulang mereka

Hmm dengarlah temberang adik abang tu
Alahh sayang jealous sebab jampi selalu tak laku
Tak jealouspun sebab abang tu menipu
Eh eh anak menangis cari juga diri ku

Emm mestilah…abang ayah yang penyayang
Cakap satu sepuluh abang temberang
Anak lalai lagilah abang melayang-layang
Aksi macam Bruce Lee lawak Puah Chu Kang

Bahu isteri di rangkul mesra
Hari Raya penuh gembira
Jom kita main dengan anak-anak di sana
Riang dan gembira masih terselit duka

Kisah lama sering kembali
Di waktu begini menggamit memori
Adam merenung isteri di sisi
Ketika menyambut raya seorang diri

Sang isteri seolah-olah mengerti
Diamnya suami di bawa angan sendiri
Abang sudah berjanji tidak akan mengingati
Detik sedih sewaktu menyambut Aidil Fitri

Wajah isteri tidak mampu di renung
Dakapan di erat setia di sanjung
Adam terdiam bukan bermenung
Ciuman kasih mata bertembung

Melihat isteri hatinya menderita
Empat tahun berhari raya menipu keluarga
Tidak mungkin Adam mengulang semula
Kisah pahit dalam kehidupan mereka

Rangkulan erat di malam hari
Anak-anak masih riang berlari
Bahagia Adam dan Nur asyik memerhati
Buah hati cinta mereka anugerah Illahi

Suasana raya tiada ertinya
Tanpa kasih dan sayang bersama keluarga
Adam dan Nur kini merasai bahagia
Pengalaman lama adalah sebuah cerita

Kita sambung lagi cerita mereka
Bahagianya Adam penuh makna
Sehari dalam hidup tidak akan di lupa
Anak-anak mengikat kasih kedua ibu bapa

Dari pagi ku perah idea
Baru sekarang dapat semua
Kerja banyak kena habiskan juga
Cuti rayaku sudah nak bermula

Selamat Malam wahai kawan
Esok siang kembali bersiaran
Nanti malam ku pasang angan-angan
Kisah Uda dan Dara jadi igauan

Owned and written by : Sanaa 01/09/10

4 Responses

  1. salam sanaa….
    betul kintan…senyih memanjang….best giler…
    paling best..amboi besarnya anak kamu adam..kahkah!!!!
    ketawa memanjang…mula-mula akak x perasan…bila baca berulang2 baru perasan…apalagi gelak sorang…membayangkan gelagat nur n adam…jgn org kata giler tawa sorang2 dah…..sanaa buat hati akak berbunga2…
    betul red….adam n nur…sentiasa berbulan madu….kodo’ utk masa yg lepas…waktu masing2 bawak diri n hati….

  2. ‘Adam’ & ‘Nur’ honeymoon berpanjangan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: