• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Di sana sini

Sejak tadi bermain di kepala
Rentetan Nur Kasih hinggalah ke spin-offnya
Lalu sang pencerita gagal melelapkan mata
Ku cari idea untuk menyambung cerita

Minyak gamat permulaan segala
Rasa terbit tapi tidak tahu apakah ia
Ustaz Hassan pula pergi buat selamanya
Adam pergi kerana gagal melerai rasa

Tinggallah Nur mencari haluan
Doa tidak putus tetap di hulurkan
Perjalanan Adam dapat perlindungan
Kerana doa yang tidak pernah ketinggalan

Pulangnya Adam mencari cinta
Menjejak kasih yang tidak boleh di lupa
Terpukau Adam di renungan pertama
Setelah empat tahun hilang tanpa berita

Bermulalah perjalanan baru
Memohon maaf dari isteri yang di restu
Oleh keluarga yang di rindui selalu
Kerana itu hidup Adam penuh sendu

Kisah yang berlalu menjadi cerita
Sehingga kini orang berkata
Lalu sang pencerita menyambung yang ada
Adam bahagia bersama isteri tercinta

Nur Amina adalah cahaya yang ada
Menyinari hidup Adam sekeluarga
Anak kembar lima tahun usia
Seorang puteri Amina Sophea di beri nama

Belaian kasih untuk isteri tercinta
Kasih sayang jua buat anakanda
Ibu dan abang tidak pernah di lupa
Adam berusaha mengubah segala

Perjalanan getir adalah panduannya
Untuk tidak mengulangi semula
Menyakiti isteri yang setia sejak mula
Banyak tauladan di dalam cerita

Amina Sophea dua tahun usianya
Degil dan nakal buah hati mereka
Amin juga banyak mewarisinya
Tapi kini Adam didik dengan sempurna

Nur Amina isteri kesayangan
Ke mana pergi tidak hilang dari bayangan
Rumahtangga bahagia toleransi di amalkan
Adam cuba tidak mengulangi kesilapan

Romantis mereka indahnya cerita
Sang Pencerita seronok berangan sentiasa
Lovey dovey di pandangan mata
Apakah sama di alam nyata

Dari dulu doa di minta
Kepada Allah Yang Maha Esa
Melihat Adam dan Nur di alam nyata
Sehingga berkata Nur Kasih adalah mereka

Teropong ku pasang tidak kira masa
Mencari ke mana saja mereka berada
Cuba ku lupa walaupun seminit sahaja
Pasti ada idea untuk mereka

Cerita terbaru di suasana raya
Akan ku teropong pula kisah selanjutnya
Ku sambung pangkal tengah dan kepala
Inilah pantun yang ada

Abang abang panggil sang isteri
Ya sayang abang ada di sini
Senyum manja isteri beri
Mohon bantuan pada sang suami

Keayuan terpancar di wajah isteri
Memukau suami yang asyik memerhati
Ciuman kasih lantas di beri
Hilang sudah tujuan asalnya tadi

Belaian kasih yang Adam beri
Nakal mengusik itulah identiti
Di lautan kasih mereka berlayar kini
Indahnya alam lagi berseri-seri

Berlari di padang adalah aktiviti
Layang-layang di main bersama anak lelaki
Ayah penyayang itulah Adam kini
Bekerja keras mencari rezeki

Sang pencerita menulis apa yang di rasa
Untuk melihat keluarga Adam yang bahagia
Setelah menempuh badai dan gelora
Apabila Nur Kasih tiada ini semua

Lantas ku sambung cerita mereka
Sokongan ku terima dari semua
Pencetus semangat dan juga idea
Meneruskan Nur Kasih versi ku pula

Masih ku angan cerita mereka
Sibuknya ibu di pagi raya
Menyiapkan anak lelaki dan juga dara
Tapi tidak sepayah suami tercinta

Setiap raya ada kenangan di dalamnya
Kadang-kadang terbawa cerita lama
Walaupun sukar untuk melupakan semua
Namun kenangan membawa bahagia

Renungan kasih Adam beri
Pipi isteri di belai kini
Terima kasih Nur pujaan hati
Kebahagian di beri tidak akan di lupai

Sama-sama kasih wahai suami
Terima kasih jua ingin ku beri
Menjadikan diriku isteri pilihan hati
Ibu kepada putera dan puteri

Adam dan Nur adalah pertemuan
Yang hadir dari sebuah keinginan
Melihat anak tidak sesat dalam kehidupan
Aturan arwah ayah yang tentukan

Sekian lama Adam mencari
Baru kini mendapat erti
Pasti Aidil Fitri mengamit memori
Kepada ayah yang telah pergi

Pusara di ziarah doa di beri
Mohon keampunan dengan ikhlas hati
Nur tidak pernah hilang dari sisi
Sebahagian dari kekuatan yang Adam miliki

Kasih tertumpah penuh erti
Marilah kita bersama meniti memori
Walaupun belum terubat hati ini
Ikhtibar ku ambil dari cinta cjoli moli

Semuga cjoli moli juga kuat menghadapi
Ujian yang ada mampu di tempuhi
Bagi mengerat rasa terbit di hati
Teruskan doa ramai yang mengingini

Melihat Nur Kasih hidup menjalani
Amanah cinta dari Ilahi
Rahsia kasih yang penuh misteri
Yang kadang sukar untuk di mengerti

Perjalanan kasih akan tetap bercerita
Selagi daya dengan segala pemberianNYA
Terhibur teman hikmah yang ada
Sedikit bakat ku kongsi bersama

Coretan ini bukanlah cerita
Tidak juga senyum untuk semua
Sekadar menulis mengikut rasa
Di sana sini tajuk sang pencerita

Berhenti kita di sini sahaja
Waktu sahur hampir tiba
Nak ku siapkan apa yang ada
Sebelum di kejut ahli keluarga

Selamat meneruskan ibadah puasa
Malam-malam terakhir banyak hikmahnya
Ambillah berkat dan berusaha
Untuk bersama mendapat mukjizat dariNYA

Owned and written by : Sanaa

One Response

  1. salam san..

    hahaha sukanya hati teman ini.. bl nmpak n3 mu didinihri..walau bercuti bersama family..tp masih tetap luangkn masa utk peminat yg setia melangut ni..
    tersenyum jgk bl terkenang.. dirimu tak blh lelapkn mata.. itulh semangt sang pencerita bg menghibur peminat setia..TQ..TQ my fren..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: