• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Titian Kasih

Umat Islam di seluruh dunia
Bakal menyambut Aidil Fitri yang mulia
Setelah berpuasa sebulan lamanya
Menahan lapar dan dahaga

Puasa mengajar kita berbagai perkara
Terpulang bagaimana kita mentafsir semua
Lapar dan dahaga menguji kesabaran di dunia
Mengajar diri bersyukur sentiasa

Hari Raya hari bergembira
Di sambut bersama keluarga dan sanak saudara
Bukan bermegah di hari yang mulia
Baju emas perak di tunjuk semua

Ramadhan bulan keinsafan
Mendidik hati membentuk budi
Ramai lagi yang mengharap di beri
Titian Kasih mengharapkan bantuan

Sang Pencerita memang sedih di hati
Mendengar cerita seorang puteri
Di paksa lacur oleh ibu sendiri
Sekarang jiwa tertekan bercakap sendiri

Bila melihat mereka ini amat bertuah diri
Punya pekerjaan serta ibu bapa lagi
Ada bumbung berteduh dari terik mentari
Hujan ribut tidak sangat di khuatiri

Seandai ada pembaca yang lalu di sini
Begitu juga teman yang ku kasihi
Hulurkanlah bantuan seikhlas hati
Di bawah ini alamat untuk di hubungi

Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran
Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Contact Person
Mak Pah (Penyelia Rumah Titian Kasih) di 019 – 645 5769

Ahli-ahli mencari rezeki
Dengan menjual kerepek dan kuih setiap hari
Belas ikhsan yang di beri
Meringankan beban mereka ini

Booth di Dataran Maybank di buka
Untuk membayar air dan bil elektrik juga
Pernah di potong kerana wang tiada
Dengan berniaga mereka membayar tunggakan yang ada

http://rumahtitiankasih.blogspot.com/2008/08/lokasi-rumah-titian-kasih-titiwangsa.html

Alamat di atas blog mereka ini
Memang ramai rumah yang sebegini
Sang Pencerita tolong di sini
Tempat yang pernah di lawati

Kepada sesiapa saja yang sudi
Lawatlah laman blog yang ada di sini
Mungkin esok lusa dapat memberi
Sedikit sumbangan meringankan beban mereka ini

Titian Kasih nama di beri
Tempat perlindungan dari hujan dan matahari
Mereka juga manusia amanat Ilahi
Mengenali mereka insaflah diri

Sang pencerita mengundur diri
Semuga perkongsian membawa erti
Mereka bukan menagih simpati
Cuma berharap kasih sayang di beri

Selamat meneruskan ibadah puasa
Di hari-hari terakhir Ramadhan yang mulia
Semuga bertemu di lain masa
Mengerat ukhwah yang telah di bina

Owned and written by : Sanaa 06/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: