• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Suara

Oleh kerana kekalutan kerja
Tidak dapat ku teropong Uda dan Dara
Namun ada teman menghantar berita
Katanya Uda masih sibuk bekerja

Hari Raya bakal menjelang tiba
Uda harus kembali bekerja
Tiga hari raya sudah meninggalkan sanak saudara
Betul ke Uda tugas yang memaksa mu kembali segera?

Hanya Uda saja tahu jawapannya
Tiada pula kabar tentang si Dara
Teropong sang pencerita tidak menepati rasa
Di hari-hari terakhir Ramadhan yang mulia

Mencari kita keberkatan di hari mulia
Lailatul Qadar itulah hari nya
Semuga dapat semua bertembung sama
Doa di minta Allah makbulkan segera

Dengar kabar Uda mahu berniaga
Ikan keli serai dan segala
Wahh usahawan muda segak bergaya
Pasti nanti ramai yang mengikut jejaknya

Sang Pencerita menyokong idea
Berlakun sementara ada
Bertani walaupun ada pasang surutnya
Namun usaha tangga jaya

Uda dan Dara bersama di hari raya
Bertemu dengan ibunda tercinta
Uda beraya bersama keluarga
Dara pasti datang menziarahi mereka

Carpet ku terbang melayang-layang
Mencari destinasi jalan pulang
Shortcut long cut ku letak palang
Uda lalu ku tekan butang

Pita rakaman asyik di ulang-ulang
Bahagia melihat mereka sembang-sembang
Senyum melirik adik untuk abang
Getar hati abang bila nak pulang

Selamat Hari Raya wahai adinda
Kanda mohon diri sehingga berjumpa pula
Sms akan ku hantar untuk mengutus berita
Jaga diri baik-baik jangan nakal sentiasa

Kanda yang nakal dinda pula yang kena
Sembah salam buat ibunda tercinta
Jangan lupa pulang nanti di bawa
Hmm apa ya namanya…dinda dah lupa

Kalau dah lupa bagaimana caranya
Untuk ku siapkan dan hendak di bawa
Apa kata kita pulang bersama
Dinda tengoklah sendiri apa yang berkenan di mata

Rapatnya Uda ketika berbicara
Boleh di dengar getar yang ada
Walaupun berpisah sementara sahaja
Uda masih belum beredar juga

Dara resah dengan permintaan
Tidak mungkin di tolak terima juga kesangsian
Pertemuan dahulu meninggalkan kesan
Sehingga kini masih dalam percaturan

Eh cantiknya bulan di malam ini
Dara mendongak ke langit tinggi
Spontan ciuman Uda beri
Pipi gebu Dara dapat di takluki

Dara menjerit terperanjat adanya
Tangan mencubit dan memukul juga
Uda diam tanpa berkata
Salah diri…namun di tahan tiada daya

Aku sayang padamu…Uda ucapkan
Diri ku juga begitu…luahan si Dara
Berilah kanda suatu kekuatan
Untuk ku beredar dari sini dengan segera

Tawa Dara memecah kesunyian
Gam apa yang kanda gunakan
Entahlah dinda tidak pula ketahuan
Senang saja jawabnya…hantar sireh peminangan

Uda dan Dara mencari suara
Apa kanda kata…Dara bertanya?
Bukankah itu jawapan dari dinda
Tidaklah…dinda tidak berkata apa

Hairan dan ajaib kata Uda
Benarkah bukan itu yang dinda kata
Sungguh kanda tidak dinda bersuara
Ikat sungguh-sungguh Uda…jangan terlepas pula

Cincin emas batu delima
Apakah benar hatimu hanya untuk si Dara?
Selama ini tidak susah begini adanya
Kakimu seolah melekat di bumi sahaja

Masih pandang di antara mereka
Seram dan sejuk sudahpun terasa
Siapakah kamu wahai suara
Tolonglah hamba jangan di siksa

Dah ku tolong kalian degil juga
Terang-terangan ku tunjuk sahih buktinya
Berterbangan bebas di angkasa
Lambang kasih anda berdua

Hahaha lalu kedua mereka ketawa
Melihat cupid di mana sahaja
Uda dan Dara pandang sesama
Mana mungkin…di geleng kepala

Pergilah kanda…hari makin dinihari
Bukan dinda menghalau…ia adalah realiti
Suara itu ada makna di beri
Apakah mungkin nasihat kanda ikuti

Erhh Dara terus saja berkata
Merah padam jelas kini di pipinya
Ciuman tadi masih bersisa
Inikan pula terang-terang Uda bertanya

Untuk menahan debar di dada
Suara itu baik nasihatnya
Namun janganlah khuatir wahai kanda
Kasih ku hanya padamu sahaja

Tiada sangsi di dalam jiwa
Kasih dan cintaku jua untukmu wahai adinda
Cuma malam ini berat kaki melangkah adanya
Meninggalkan diri mu barang sehari dua

Telah ku rungkai masalah yang ada
Degil benar kamu berdua
Wahai suara janganlah di paksa
Adinda ku masih belum penuh bersedia

Hidup juga tidak boleh selalu bersedia
Spur of the moment banyak indahnya
Kalau di ikut hati ku sahaja
Telah ku buat sejak sekian lama

Benar sungguh kasih mu wahai teruna
Kebahagian Dara adalah yang utama
Wahai Dara ingin pula ku bertanya
Apakah bahagia Uda bahagia mu jua?

Wahai suara bagai angin yang berlalu
Bila kasih tulus semestinya begitu
Cuma masih ku tunggu detik dan waktu
Berilah sedikit keyakinan pada diri ku

Renungilah dalam hati dan mata
Dari mana detik permulaannya
Telah berdua menangkis rasa
Kini tidak dapat lagi menafikan segala

Uda merenung wajah Dara
Memang benar kata suara
Hanya keyakinan bertapak di jiwa
Dara pujaan idaman sukma

Maka itulah hentikan alasan
Berani gagah maju ke hadapan
Kukuh dan eratkan hubungan
Mesti jujur ikhlas tepis halangan

Meremang pula bulu roma berdua
Biar benar bicara pada suara
Namun hakikat sudah mereka terima
Whoa hehe kasih berdua jelas ternyata

Teropong ku tidak silap lagi
Di akhir Ramadhan kabar gembira di beri
Berkata teman cepatlah nikah merpati dua sejoli
Dapat ku timang bakal cucu nanti

Itulah harapan yang menggunung tinggi
Tidak pernah ku lupa walau sehari
Rindu ku pada cjoli moli
Kadang kala melebihi pasangan kekasih ini

Uda masih juga berdiri
Gagal untuk mengangkat kaki
Suara masih lagi memerhati
Nasihat apa yang boleh di beri kini

Halangan dan dugaan telah di tempuhi
Masih berdua mengikat janji
Semuga pernikahan tidak di selubungi
Oleh cemburu dan iri hati

Pasangan bahagia dekad ini
Menghalusi perasaan bukan mainan
Agar kasih di sulam berpanjangan
Tidak musnah walau di hempas gelombang dan badai

Uda dan Dara adalah realiti
Harapan ramai buat mereka ini
Tiada paksaan hanya Allah sahaja yang mengetahui
Bijaknya manusia perasaan halus indah di beri

Tangan di genggam masih keberatan
Meninggalkan Dara kekasih pujaan
Ramadhan kali ini meninggalkan kesan
Amat mendalam amanah dari Tuhan

Sang Pencerita pasti itulah harapan
Kini tiada paksaan dalam hubungan
Hati yang ikhlas tidak pernah kesangsian
Walau di mana kasih tetap di sulamkan

Gaduh sengketa kadang kala ada
Itulah lumrah adat hidup manusia
Uda dan Dara belajar dari yang dewasa
Semuga nanti hubungan tidak akan sia-sia

Kanda mohon diri dahulu
Jaga diri mu senyumlah selalu
Akan ku rindu saat di samping mu
Semuga Allah makbulkan hajat ku yang satu

Baik-baik jaga diri
Bila memandu tolonglah berhati-hati
Janganlah ada segala sangsi
Tetap dinda tunggu pulang mu ke mari

Kasih di tunjuk belaian di pipi
Masih berat untuk melangkah pergi
Entah kenapa soalan itu di ulang lagi
Mungkin lebih bermakna Ramadhan dan Aidilfitri di tahun ini

Biarkanlah mereka kali ini
Mencari makna yang tersembunyi
Kita skodeng di lain hari
Azan subuh akan berkumandang sebentar lagi

Semuga tabah dan sabar di akhir waktu
Sang Pencerita berhenti dahulu
Celoteh di sambung dengan cerita terbaru
Carpet terbang telah ku beritahu

Owned and written by : Sanaa 07/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: