• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2010
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Tiba Masa

Berlalu sudah Ramadhan yang mulia
Hari ini kita menyambut Syawal dengan gembira
Pasti semua sibuk melayan sanak-saudara
Kunjung mengunjung amalan yang mulia.

Carpet terbang tidak dapat di guna
Kerana sibuk di hari pertama
Sejak semalam kaki dan tangan mencari cerita
Keletihan buat sang pencerita lupakan sahaja

Kunjung mengunjung amalan mulia
Pertemuan di aturpun ada juga
Kerana raya tidak nampak formalnya
Boleh cover line bila-bila masa

Terdengar juga oleh sang pencerita
Bergaduh giliran nak pulang beraya
Namun ini semua muafakat di antara
Kasih suami isteri jauhkan sengketa

Duduk se kampung tidak pergi ke mana
Berbesan berbiras boleh cover semua
Tidak bergaduh nak pulang raya
Jalan kaki pun boleh sampai juga

Uda dan Dara tidaklah jauh mana
Pulang rumah mertua dua hari sebelum raya
Dah masak ketupat rendang dan segala
Ke rumah keluarga sebelah petangnya

Tahun ini di rumah Uda
Mungkin tahun depan di rumah Dara
Semua tahu dari mana asal mereka
Highway ada…Insha’Allah boleh cover hari yang sama

Gaduh gaduh tidak bawa kemana
Lagipun raya hanya setahun sekali sahaja
Bila bijak mengatur acara
Tidak sukar untuk memenuhinya

Sunyi agaknya mereka berdua
Di tengah seorang selatan seorang pula
Namun di hati mereka tetap bersama
Belajarlah mulai sekarang ya…Uda dan Dara

Telefon berdering di malam raya
Uda menalifon bertanya kabarnya si Dara
Rindu juga untuk mendengar suara
Kerana itu berat hati untuk meninggalkannya

Apa kabar wahai adinda
Bagaimana dengan persiapan raya
Kanda bertanya di hari pertama?
Mengigau agaknya hingga terlupa

Aduhai maafkan diriku wahai adinda
Kanda ingat kita masih di malam raya
Memang kita di malam raya
Hari pertama siang nanti hari kedua

Apa yang kanda fikir hingga terlupa
Ramai benarkah tetamu yang ada
Kekasih lama di antara mereka?
Fikiran melayang mengingat kisah lama

Tidak benar telahan adinda
Memang ramai tetamu di pagi raya
Walaupun mungkin ada kekasih lama
Hati dan diriku kini milikmu sahaja

Hahaha Dara ketawa dengan pengakuan
Kanda mengaku terang-terangan
Apakah rayuan tidak meninggalkan kesan?
Benar sungguh kanda tidak tertekan

Tawamu hilang rindu yang ada
Anggaplah apa sahaja di hati dinda
Sudah ku tahu milik siapa
Hati yang satu ku serah padamu jua

Terdiam Dara buat sementara
Antara sedih gembira dan sangsi pula
Terbit bila resah hati melanda
Di salahkan rindu yang sedang bergelora

Uda juga diam seketika
I am still here wahai adinda
Jangan di fikir perkara sedemikian rupa
Apakah langsung tiada percaya?

Kanda jugapun kadang-kadang begitu
Resah dan rindu sangkaku buruk selalu
Namun ku sedar kasih dan cinta hanya untukmu
Tidak akan musnah dek gelombang waktu

Terima kasih atas pengertian
Maafkan dinda kerana keterlaluan
Dinda tidak bersalah kanda faham perasaan
Apakah janji masih boleh di sempurnakan?

Huh dalam diam dirinya mengena
Itulah detik hati Dara berkata
Akan di penuhi janji yang di metera
Tidak mungkin mengundur walaupun hilang nyawa

Di manakah tempat pertemuan
Dara bertanya memberi soalan
Tunggu kanda jam sembilan
Insha’Allah kanda datang seperti yang di janjikan

Debaran hati di tolak tepi
Mesti di harungi walaupun lautan api
Kasih dan cinta yang sedang bersemi
Restu juga telah mereka perolehi

Bertemu ibunda di hari raya
Itulah permintaan yang sedia ada
Pantun pertemuan sudah lama bercerita
Begitulah sang pencerita menganggankannya

Raya kedua confirm segala
Dara bertemu bakal mertua
Uda pula telah lama berkenal mesra
Keluarga Dara yang di cintai sepenuh jiwa

Teropong di pasang sahihnya berita
Sama-sama kita tunggu pengumuman mereka
Tidak salah teropong ku di Syawal yang mulia
Jangan tunggu lama-lama wahai Uda

Kenapa kanda diam secara tiba-tiba
Malaikat lalu membawa suara
Suara adinda membelai rasa
Berangan kanda yang adinda ada bersama

Dinda lihat kanda bersama si jelita
Tidak akan ada yang lebih jelita dari adinda
Hmm ohh salah rupanya teropong yang ada
Ehh kanda ini sebenarnya di mana?

Kanda berada di depan adinda
Teropong dinda terbalik silap benua
Uda tersenggeh kerana gembira
Melihat Dara yang kehairan tiba-tiba

Lalu di sentuh pipi si manja
Untuk menyakinkan adinda jelita
Senyum di beri bukanlah dusta
Memang benar Uda di hadapannya

Berjauhan lama rindu di hati
Bernikah belum bagaimana pula nanti
Andaikata tugas di luar negeri
Pastinya Dara sentiasa di sisi

Begitulah Uda dan Dara
Setia di hati kukuh selamanya
Tidak berpaut pada ranting sahaja
Kasih mereka hingga ke akar umbinya

Kasih di sulam dengan percaya
Uda dan Dara tahu hikmahnya
Kerana Allah menemukan mereka
Pasti kini mahu mendapat keredhaanNYA

Kasih Allah kepada manusia
Melihat kita keagungan kuasa
Kasih cinta Uda dan Dara
Bukti kepada aturan yang ada

Ramadhan berlalu bulan yang mulia
Doa di makbul bertambah pula
Dengan doa kita tabah dan cekal sentiasa
Mensyukuri nikmat yang di limpahi oleh Yang Maha Esa

Begitulah juga dengan Uda dan Dara
Melihat hikmah di depan mata
Jangan lupa dengan rahmat yang ada
Kita sambung lagi kisah mereka

Jam menunjukan dua pagi
Mata mengantuk tidak tidur lagi
Hadir pula cjoli moli
Sang Pencerita menulis rasa di hati

Selamat malam dan selamat pagi
Semuga tidurmu di buai mimpi
Yang indah lagi di berkati
Perjalanan kasih merpati dua sejoli

Doa kami terus mengiringi
Melihat bahagia cjoli moli
Tentu kini kasih telah bersemi
Sampai waktu ibu di temui

Owned and written by : Sanaa 10/09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: